CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 12 Disember 2009

ujian pengukuhan

Tulis karangan daripada salah satu tajuk di bawah . Panjang karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 180 patah perkataan .

1. Selaku salah seorang wartawan , anda telah ditugaskan untuk menemu ramah seorang pegawai polis berkenaan kes pecah rumah yang kerap berlaku di kawasan tempat anda tinggal . Tulis temu ramah tersebut selengkapnya .

2. Sebagai seorang guru Matematik anda ditugaskan memberikan ucapan kepada pelajar sebuah sekolah berkaitan dengan cara menguasai subjek tersebut . Tulis ceramah tersebut selengkapnya .

3. Tempat pembuangan sampah yang baru dibuka di kawasan anda telah mendatangkan masalah kepada penduduk . Sebagai seorang penduduk kawasan itu tulis sepucuk surat kepada pihak berkenaan untuk memberitahu masalah ini .

4. Kejadian kemalangan jalan raya banyak disebabkan oleh kecuaian pemandu . Bincangkan .

5. Anda dan keluarga anda telah menyertai satu program keluarga angkat anjuran sebuah persatuan belia . Keluarga anda telah menerima seorang pelancong dari luar negeri . Ceritakan pengalaman anda sepanjang program tersebut .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan