CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 12 Disember 2009

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Semasa perhimpunan itu setiap pekerja dinasihati agar _________ produktiviti masing-masing.
A meningkat B tingkatkan C meningkatkan D peningkatan
2. Penduduk Kampung Binjai bergotong-royong _________ perigi untuk kegunaan bersama.
A memperdalam B mendalami C dalamkan D mendalamkan
3. Tarian tradisional Melayu yang ________dipersembahkan kepada para delegasi negara ASEAN pada majlis makan malam itu.
A lemah-laun B lemah-lembut C lemah-longlai D lemah-gemalai
4. Gambar pemandangan yang cantik itu _________ pada dinding rumah.
A menggantungkan B menggantung C tergantung D bergantung
5. Demi meringankan penderitaan yang ditanggungnya, kita wajar menderma ________ yang kita mampu.
A seberapa B sebanyak C sejumlah D semungkin
6. Pondok usang itu _________ akibat ditiup angin kencang malam tadi.
A rebah B tumbang C roboh D robek


7. Beberapa________kayu api itu kelihatan masih berasap.
A batang B puntung C ketul D kerat

8. Parlimen Malaysia akan ________pada bulan depan dan perasmiannya akan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

A bermesyuarat B berlangsung C berbincang D bersidang
9. “___________ akan pergi ke istana esok,” kata Temenggung kepada Laksamana.
A Beta B Patik C Hamba D Daku

Soalan 10 hingga Soalan 18
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B dan C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tidak kesalahan dalam ayat berkenaan.
10. Pemain badminton negara kita mampu menyaingi dengan pemain dari Indonesia apabila
A B C
diberi peluang. Tiada kesalahan.
D
11. Puisi yang dimelodikan oleh guru pasti akan merangsang minat pelajar terhadap pelajaran
A B C
Bahasa Melayu. Tiada kesalahan.
D
12. Zainal Abidin Hassan cuba mempertajamkan serangan pasukan bola sepak Pahang dengan
A
menggunakan empat orang penyerang pada satu-satu masa. Tiada kesalahan.
B C D
13. Keluarga hartawan itu telah menyampaikan sumbangan yang tidak ternilai kepada penduduk
A B
yang kurang berkemampuan. Tiada kesalahan.
C D
14. Gugusan pulau-pulau yang terletak di dalam Lingkaran Api Pasifik akan mengalami gempa
A B C
bumi dan letupan gunung berapi. Tiada kesalahan.
D
15. Syahadan berangkatlah. Ratu Kuripan mencemar duli setelah sembuh daripada penyakit yang
A B
dihidapinya selama ini. Tiada kesalahan.
C D
16. Tokoh guru-guru akan diminta mencari jalan penyelesaian bagi membantu kaedah
A B
pengajaran yang terbaik di sekolah.Tiada kesalahan.
C D
17. Syarikat Petroleum Shell telah berjaya mencari gali minyak di kawasan pengairan Sabah.
A B C
Tiada kesalahan.
D
18. Pegawai itu telah menerangkan tentang kedudukan sebenar perkara itu supaya diketahui
A B
oleh orang ramai. Tiada kesalahan.
C D

Soalan 19 hingga Soalan 23
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.
19. I Haslina berasa curiga terhadap kata-kata jurujual itu.
II Kejadian tidak diingini yang sering melanda kampung itu menyebabkan penduduk-penduduknya sentiasa dalam keadaan curiga.
III Tingkah laku pendatang itu telah menimbulkan curiga Rahim, selaku ketua kampung di situ.
IV Sikap curiga antara kaum boleh menggugat keharmonian negara kita yang bercirikan masyarakat
A I sahaja B I dan II sahaja C I, II dan IV sahaja D I, II, III dan IV

20. I Kebanyakan pelajar dapat menghuraikan isi-isi penting yang terkandung dalam petikan yang
dibaca.
II Ketika menghuraikan ikatan perahu itu, Farid teringat akan bekalnya yang tertinggal di serambi rumah.
III Rambutnya yang panjang menghuraikan itu menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandang.
IV Dengan bantuan tuan kadi, Asni dan Asaraf dapat menghuraikan masalah yang membelenggu rumah tangga mereka.
A I dan II sahaja B I dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D I, II dan IV sahaja

21. I Tuan Imam menghabiskan upacara pernikahan itu dengan bacaan doa.
II Ayah bangun awal pagi untuk menghabiskan kerjanya yang masih belum selesai di kebun.
III Si Pekan telah menghabiskan telur tembakul yang dimasak oleh Melur.
IV Panglima itu berjanji pada dirinya akan menghabiskan musuh dalam peperangan itu.
A II dan III sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

22. I Walaupun usianya baru dua tahun, sebutan kanak-kanak itu tidak pelat.
II “Itulah seperti mana sebutan dalam kuliah saya yang lalu,” kata Imam Adin.
III Puan Masliza mendapat sebutan mulut murai kerana sikapnya yang suka mengomel.
IV “Jagalah diri baik-baik. Jangan sampai dirimu menjadi sebutan dek perangaimu yang sumbang,” pesan emak kepadaku.
A I dan IV sahaja B I, III dan IV sahaja C II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV

23. I Walaupun berusia lanjut namun semangatnya seperti orang muda.
II Dia berazam untuk lanjut pelajarannya ke menara gading.
III Sesekali berkumpul, mereka berbual lanjut hingga larut malam.
IV Bapa mengeluh lanjut memikirkan perangai adik yang tidak mendengar kata.
A I dan II sahaja B II dan III sahaja C II, III dan IV sahaja D I, III dan IV sahaja

Soalan 24 hingga Soalan 30
Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.
24. Pelajar yang amat pintar sekali di sekolah itu telah mendapat tawaran belajar di salah sebuah universiti luar negeri.
A teramat pintar sekali B paling terpintar
C terpintar sekali D amat pintar sekali

25. Oleh kerana suasana yang tidak tentu di negara itu, pelancong tempatan dinasihati supaya tidak berkunjung ke sana.
A Oleh sebab suasana yang tidak menentu B Oleh sebab suasana yang tidak tentu
C Oleh kerana suasana yang tidak menentu D Oleh kerana suasana yang tidak tentu

26. Pihak pentadbir sekolah bercadang untuk mengadakan aktiviti memperindahkan semua taman-taman bunga yang diuruskan oleh badan beruniform.
A memperindahkan semua taman bunga B memperindah semua taman bunga
C memperindah semua taman-taman bunga D memperindahkan semua taman-taman bunga

27. Matlamat utama pertubuhan itu adalah membantu golongan yang daif.
A ialah membantu golongan B ialah untuk membantu golongan
C adalah untuk membantu golongan D adalah membantu golongan

28. Saya benar-benar tidak mengetahui tentang kejadian yang menimpa kamu baru-baru ini.
A Saya benar-benar tidak tahu tentang kejadian
B Saya benar-benar tidak mengetahui akan kejadian
C Saya benar tidak tahu akan kejadian
D Saya benar-benar tidak mengetahui tentang kejadian

29. Kasut baharu yang ayah beli itu saya akan pakai pada hari raya nanti.
A yang ayah belikan akan dipakai oleh saya
B yang dibeli oleh ayah itu akan dipakai oleh saya
C yang dibeli oleh ayah itu akan saya pakai
D yang ayah beli itu saya akan pakai

30. Mereka bukan pergi ke Pulau Langkawi tetapi Pulau Tioman kerana perbelanjaannya yang
lebih murah.
A pergi Pulau Langkawi tetapi pergi Pulau Tioman
B pergi ke Pulau Langkawi tetapi ke Pulau Tioman
C pergi ke Pulau Langkawi dan Pulau Tioman
D pergi ke Pulau Langkawi tetapi Pulau Tioman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan