CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 19 Mei 2013

kerja kursus sejarah 2013 - rujukan ... mcam mana nak tulis

rujukan

1. buku - nama pengarang, tahun terbit, nama buku, tempat terbit, nama penerbit

2. jurnal- nama pengarang, tajuk eseinya, tajuk jurnal, bilangan ke berpapa, bulan dan tahun terbit

3. surat khabar- nama surat khabar, tarikh, muka surat

4. orang sumber - nama orang sumber, umur,alamat penuh

5. melawat tempat kajian- alamat penuh

6. majalah- nama majalah, tarikh, tahun

7. televisyen
-tajuk program, tarikh siaran , masa, rangkaian berapa

kerja kursus sejarah 2013 - contoh rumusan


RUMUSAN


        Kajian yang dilakukan selama kira-kira 2bulan ini memberikan saya pelbagai pengalaman baru dan menarik. Tugasan ini menggerakkan saya untuk mempelajari tentang tatacara bagi mendapatkan bahan untuk keperluan kerja kursus ini. Melalui kajian ini, saya menyedari bahawa kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai seperti Malaysia.
       
  Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada kemajuan pesat ekonomi negara kita dalam pelbagai bidang adalah natijah daripada kepimpinan negara yang mengambil berat terhadap nasib dan masa depan bidang pertanian di negara ini. Di pihak pengurusan kejayaan beliau ialah hasil daripada kotmitmen yang jitu terhadap bidang tugasnya selama ini.
       
Secara tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat bertanggungjawab, tabah, cekal dan prihatin . Pada masa yang sama, saya sedar bahawa banyak perkara sebenarnya mampu menyumbang kepada kemajuan negara.