CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Ahad, 13 Disember 2009

MODUL KOMSAS 6

Latihan Komsas – PMR



1.Apakah nilai kemanusiaan yang terdapat dalam Pantun
Kanak-kanak?
a. kerajinan c. ketelusan
b. kejujuran d. ketabahan

2. Apakah keistimewaan yang ada pada Putera Badar ketika
menuntut ilmu berdasarkan Syair Badrul Zaman?
a. mudah memahami pengajaran guru
b. tekun semasa menelaah pelajaran
c. rajin membuat latihan
d. berjaya menamatkan pengajian dalam masa yang singkat

3. Berikut merupakan sifat-sifat yang ada pada diri ayahanda
Badar kecuali...
a. mementingkan ilmu c. menghargai jasa
b. murah hati d. berdedikasi

4. Tema Syair Badrul Zaman ialah...
a. kasih sayang Badar akan ayahnya dan guru yang
mendidiknya
b. kebijaksanaan Badar dalam menyelesaikan masalah
berkaitan pentadbiran negara.
c. kesungguhan Badar menuntut ilmu sejak kecil
d. kegigihan Badar mencari guru untuk menuntut ilmu

5. Laksana menumbuk beras beralas nyiru dalam Syair
Menyambut Pelajaran ialah gaya bahasa...
a. metafora c. simile
b. peribahasa d. personifikasi

6. Mengapakah seseorang itu sukar untuk memahami
pelajaran daripada guru?
a. Kerana cepat bosan semasa belajar
b. Kerana tidak memberi tumpuan terhadap pengajaran guru
c. Kerana pendengarannya tidak begitu jelas
d. Kerana suasana pembelajaran yang tidak selesa

7. Persoalan-persoalan berikut terdapat dalam sajak Negeri
Cinta kecuali...
a. cinta akan keindahana alam semulajadi
b. melindungi alam daripada kemusnahan
c. sikap berani untuk mengkritik orang yang mencemarkan alam
d. mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat

8. Baris ayat kini rambut memutih kepala dalam sajak
Seorang Guru Tua menggambarkan guru penyajak
a. tidak menghiraukan rambutnya
b. mengalami masalah kesihatan
c. sudah dimamah usia
d. tidak kacak lagi

9. Apakah tema sajak Seorang Guru Tua?
a. dedikasi seorang pendidik semasa menjalankan tugas
b. pengorbanan dan kegigihan pendidik untuk mendidik
anak bangsa
c. kejayaan dan kebijaksanaan para pelajar
d. jasa dan pengorbanan pendidik dikenang para
pelajarnya
10. Apakah tema sajak Surat Dari Kampus?
a. Sayang akan kampung halaman
b. Perpaduan masyarakat di kampung
c. Nilai persahabatan yang tinggi
d. Pengorbanan seorang mahasiswa

11. Apakah tema sajak Puisi Buat Mama?
a. Pengorbanan seorang ibu yang terpaksa berpisah dengan
anaknya kerana menunaikan tanggungjawabnya.
b. Pengorbanan seorang anak yang terpaksa berkongsi kasih
sayang
c. Ketabahan seorang anak kerana suatu perpisahan
d. Kerajinan seorang ibu tua membesarkan anaknya.

12. Cerpen Gema Menggegar Kota berakhir dengan peristiwa...
a. bom yang dijumpai oleh para pelajar itu berjaya dimusnahkan
oleh pakar bom
b. bom itu meletup di tepi pantai menyebabkan Rasyid
mengalami kecederaan
c. Cikgu Zaidah menyuruh para pelajarnya membuat kajian
tentang bom itu
d. para pelajar meminta Cikgu Zaidah supaya membenarkan
mereka mengkaji bom itu

13. Mesej yang terdapat dalam cerpen Diari Seorang Pengawas ialah
a. Kita tidak boleh membiarkan orang lain mempermainkan diri
kita
b. Kita tidak harus menceritakan keburukan orang lain
c. Para pelajar hendaklah menjauhkan diri daripada budaya tidak
sihat
d. Sebagai pelajar, kita haruslah menumpukan perhatian terhadap
pelajaran

14. Berikut adalah pengajaran yang tersirat dalam drama Bila Retak
Kota Melaka kecuali...
a. jangan berasa takut untuk menegakkan kebenaran supaya
pembohongan dapat dihindarkan
b. jangan suka menabur fitnah
c. kita tidak harus berdendam kerana ia membawa padah yang buruk
d. janganlah mementingkan kekayaan kerana akan timbul pelbagai masalah

15. Berdasarkan sajak Mata Ayah, nilai murni yang dapat dicontohi
oleh golongan muda ialah...
a. rajin bekerja setiap masa
b. menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa
c. bekerjasama dengan golongan tua
d. sentiasa bersopan santun di mana-mana sahaja berada

16. Berikut merupakan pengajaran yang tersirat dalam sajak Seuntai
Kata untuk Dirasa kecuali...
a. kita janganlah hanya bijak berkata-kata
b. kita jangan bertindak mengikut emosi
c. kita harus menerima kritikan orang lain
d. kita mestilah bekerja bersama-sama

17. Apakah nada bagi sajak Bicara Buat Guru?
a. Melankolik c. Protes
b. Sinis d. Romantis

18. Nada sajak Ruang ialah...
a. protes c. patriotik
b. romantis d. sinis

19. Perkataan berceritera dan manikam adalah penggunaan
a. bahasa moden c. bahasa Arab
b. bahasa istana d. bahasa klasik

20. Apakah tema yang ingin dipaparkan dalam cerpen Batu?
a. Sesuatu perbuatan jahat pasti akan mendapat balasannya
b. Kebijaksanaan dalam pengetahuan sains dan teknologi
c. Kesan buruk akibat daripada bertindak secara melulu
d. Keprihatinan masyarakat terhadap ilmu ghaib

21. Persoalan yang ingin diketengahkan dalam cerpen Erti Kasih
Makna Sayang ialah...
a. hubungan kekeluargaan
b. masalah kepupusan haiwan disebabkan kegiatan manusia
c. sikap tidak berperikemanusiaan terhadap haiwan
d. usaha-usaha untuk memulihara haiwan liar

22. Apakah pengajaran yang ingin disampaikan dalam Pantun Budi?
a. Janganlah terlalu mementingkan kekayaan sehingga
mengabaikan budi bahasa
b. Kita mestilah membantu orang lain walaupun hidup melarat
c. Amalan budi bahasa dapat mendatangkan kekayaan
d. Budi pekerti yang baik disanjung masyarakat

23. Apakah tema yang ingin diketengahkan melalui Syair Tenaga
Muda?
a. Generasi muda sering bertindak mengikut emosi
b. Golongan muda sangat rajin bekerja
c. Kekuatan generasi muda mampu memajukan negara
d. Golongan muda mudah tewas pada godaan

24. Nada sajak Bahasa ialah...
a. melankolik c. romantis
b. protes d. sinis

25. Apakah tema sajak Bila Berjauhan?
a. Perasaan rindu apabila berjauhan
b. Perasaan kasih sayang semakin luntur apabila berjauhan
c. Derita isteri dan anak-anak akibat berjauhan
d. Perasaan kasih sayang terhadap keluarga semasa berjauhan
26. Tema sajak Ketika Kami Bercerita Tentangnya ialah...
a. bapa yang mengharapkan balasan daripada anak-anak
b. pengorbanan bapa demi kejayaan anak-anak
c. kasih sayang bapa sungguh besar
d. penderitaan hidup menyebabkan bapa sakit

27. Berikut adalah pengajaran yang terdapat dalam sajak Ketika
Kami Bercerita Tentangnya kecuali...
a. jasa dan pengorbanan ibu bapa haruslah dihargai oleh anak-
anak
b. anak-anak mesti menyerahkan pendapatan kepada bapa sebagai membalas budi
c. anak-anak haruslah berusaha untuk memenuhi harapan bapa
d. kita hendaklah tabah menghadapi cabaran hidup

28. Sajak Usia mengutarakan tema...
a. ekonomi c. sosial
b. keagamaan d. perpaduan

29. Peristiwa yang menunjukkan peleraian dalam cerpen Sayang
Ayah ialah...
a. ayah Angamah ditimpa kemalangan di tempat kerja
b. mayat ayah Angamah dibawa balik ke rumah
c. Angamah dibawa ke hospital untuk melawat ayahnya
d. ayah Angamah ditahan oleh polis

30. Apakah yang menyebabkan banyak graduan menganggur
berdasarkan pandangan Haji Sapudin?
a. tiada pekerjaan kerana ekonomi meleset
b. mereka hanya berminat bekerja makan gaji dengan kerajaan
c. mereka tiada pengalaman bekerja sebelum ini
d. keputusan mereka tidak cemerlang

31. Apakah tema cepern Hikayat Mat Jenin?
a. kecekalan apabila berada di tempat orang
b. kegigihan adalah asas kejayaan
c. ilmu pengetahuan penentu kejayaan
d. berhijrah ke tempat lain membawa kejayaan

32. Apakah kesudahan cerpen Rahsia?
a. Penduduk kampung memukul Amar kerana menyangkanya
hantu
b. Amar gembira kerana Zulfakar telah sembuh
c. Amar menerima hakikat bahawa Zulfakar terkorban dalam
nahas itu
d. Amar terus berusaha mencari Zulfakar yang hilang

33. Mengapakah Matain tidak dapat makan gulai ikan keli?
a. Kerana gulai ikan keli telah habis
b. Kerana dia belum balik ke rumah
c. Kerana dia sudah makan nasi berlaukkan ikan goreng
d. Kerana dia sudah makan nasi sebelum gulai ikan keli itu
dimasak

34. Apakah kesudahan drama Asar Belum Berakhir?
a. Yatim dapat melihat semula selepas Orang Tua itu
mendermakan matanya
b. Akhirnya Orang Tua bersetuju menyumbangkan wang untuk
membaiki surau
c. Orang Tua mengikut Yatim ke surau
d. Orang Tua tidak mahu pergi ke surau walaupun diajak oleh
Yatim

35. Pemikiran drama Adik Berjasa ialah...
a. keberanian dan kepintaran remaja menyelesaikan masalah
b. semangat bergotong-royong semasa perkhemahan
c. sikap prihatin terhadap perkara di sekeliling
d. aktiviti perkhemahan banyak memberikan faedah


36. Pilih peristiwa yang menjadi penamat dalam drama Jalan
Sempit?
a. Kawasan yang berpagar akan dijadikan tempat hiburan
b. Lebai Dahaman tidak membenarkan tanahnya diambil untuk membesarkan jalan
c. Penduduk kampung tidak bersetuju kawasan berpagar dijadikan kilang
d. Penghulu gagal menyelesaikan masalah penduduk kampung


















Nama:....................................................................................................
Kelas:.......................................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan