CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 12 Disember 2009

cerpen

1.Tina

Haidi mempunyai seorang adik perempuan yang sangat disayanginya. Haidi selalu terkenang akan adiknya ,Sutina / Tina yang sudah meninggal dunia disebabkan oleh penyakit jantung berlubang . Semasa dia masih hidup Haidi selalu membawa adiknya berjalan-jalan di padang permainan . Kematian Tina meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada Haidi . Kenangan itu menjelma kembali apabila Haidi mengenali seorang budak perempuan yang mirip/ seiras wajah Tina . Haidi mengetahui nama budak perempuan itu ialah Kursiah . Haidi berusaha mendekati Kursiah dan berjaya berkenalan dengannya . Kursiah aktif dalam sukan dan sama rumah sukan dengan Haidi . Pada hari sukan , Kursiah memasuki acara 5000 metar . Kursiah telah jatuh pengsan selepas menamatkan larian lalu dihantar ke hospital . Haidi berharap agar Kursiah tidak menghidap penyakit yang sama seperti adiknya , Tina .Dia menjerit sambil menyebut nama Tina . Akhirnya Haidi rebah .

Tema
- kasih sayang iaitu ikatan kasih antara seorang abang kepada adik perempuannya.

Persoalan
1. Kasih sayang antara adik beradik. – Haidi sangat mengambil berat akan adiknya lebih-lebih lagi adiknya menghidap sejenis penyakit yang berbahaya . Haidi selalu membawa adiknya berjalan-jalan di padang permainan


2.Batu
Iskandar berjanji untuk berjumpa dengan Malik di Jalan Melaka . Dalam perjalanan Iskandar ditegur oleh penjual batu gandapuri , iaitu Mazlan . Mazlan cuba menipu Iskandar dengan menyatakan bahawa batu gandapuri itu mempunyai pelbagai hikmat . Iskandar menceritakan hal itu kepada sahabatnya , Malik . Malik memberitahu Iskandar bahawa batu itu ialah batu karbonit yang akan bertindak balas apabila terkena air limau . Hasil daripada kebijaksanaan Malik , Mazlan telah ditangkap oleh polis yang berpura-pura ingin membeli batu hikmat tersebut .

3.Buku catatan Farid Badrul

Farid menulis catatan hariannya bermula daripada permulaan cuti penggal ketiga iaitu daripada 13 november hingga 29 november . Dia berasa bosan tinggal seorang diri di rumah kerana mama dan papanya sangat sibuk . Farid meminta izin daripada ibu bapanya bercuti di Kampung Buluh Perindu , iaitu di rumah bapa saudarnya . Di kampung itu Farid banyak menghabiskan masanya dengan sepupunya , Hamzah . Farid mengikut Hamzah ke kelas agama untuk belajar tentang sembahyang dan bacaan dalam sembahyang . Seminggu kemudian , papa dan mama datang untuk menjemput Farid pulang. Farid tidak mahu pulang kerana ingin menghabiskan cuti sekolahnya dengan belajar agama .



4.Mama

Mama mempunyai 3 orang anak lelaki iaitu Akbar , mokhtar dan Bakhtiar .Mama , wanita yang gigih bekerja untuk membantu menambahkan pendapatan keluarganya . mama seorang yang bertanggungjawab, tekun bekerja dan berusaha berusnggh-sungguh demi memberi kebahgiaan kepada keluarganya .Mama bekerja sebagai pembantu rumah Dr Safuan . Selain itu mama juga membuat kuih karipap untuk dijual di kedai Mat Sengeh . Suami Mama bekerja sebagai penjual ikan dan sayur-sayuran pada waktu siang manakala pada sebelah malamnya suami mama berniaga menjual air di pasar malam . Mama sebenarnya menghidap penyakit berbahaya . Daripada perbualan Dr Safuan dan isterinya Mona , mama hanya boleh hidup selama tiga bulan sahaja lagi . Namun begitu Mama telah merashiakan daripada pengetahuan ahli keluarganya . Dr Safuan memberi mama cuti selama dua minggu untuk berehat . Semasa cuti itu mama begitu tekun melaksanakan tugasnya sebagai seorang ibu dan isteri yang baik . Mama sering mendoakan agar keluarganya sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan daripada Allah . Mama telah meninggal di atas tikar sembahyang semasa mengerjakan sembahyang zuhur ( tengah hari / petang )

5.Erti kasih makna sayang

Cerpen ini mengisahkan sebuah keluarga iaitu Ungin , Indusai , Seganti dan Puan Antagi yang bersimpati terhadap nasib malang dua ekor mawas .Mawas dua beranak ini ditemui oleh anak-anak Antagi iaitu Ungin dan Seganti di dalam karung guni. Kemudian mereka membawa pulan ke rumah lalu di masukkan ke dalam sebuah kurungan. Mawas itu mengalami kecederaan akibat perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab .Kaki mawas itu cedera dipercayai dipukul oleh manusia yang cuba menyeludu mawas ke luar negara kerana harganya yang mahal. Ibu mawas itu diberikan nama Busut manakala anak mawas dinamakan cendawan . Mereka anak beranak menjaga dan merawat mawas-mawas itu sehingga sembuh . Setelah kedua-dua ekor mawas itu sihat , mereka menyerahkannya kepada Pusat Pemulihan Hidupan Liar .

6.Tangan kanan , kiri atau kedua-duanya

Cerpen ini mengisahkan sebuah keluarga Cina terdiri daripada seorang anak gadis bernama Ee Nah dalam usia belasan tahun .Mereka merupakan sebuah keluarga yang memiliki bakat seni .Ayaknya merupakan pelakon drama manakala ibunya ialah pelakon teater. Abang ee Nah iaitu Ha Lim pula menjadi seorang wartawan meskipun ayah mereka mahukan abangnya menjadi seorang ahli perniagaan. Ee Nah amat meminati bidang muzik . Namun begitu minat nya mendapat bantahan daripada bapanya .Ee Nah serba salah dengan pendirian bapanya , bekas pelakon televisyen . Pada mulanya bapa Ee Nah merestui minat anaknya dalam bidang muzik iaitu bermain piano tetapi kemudiannya menghalang cita-citanya. Ee Nah mendapat sokongan daripada penjaga dan sepupunya iaitu Lisa . Lisa selalu memberi dorongan kepada Ee Nah berkecimpung dalam bidang muzik .Bapa Ee Nah turut menghalang cita-cita abangnya Ha Lim yang ingin menjadi seorang penulis . Akibatnya Ha Lim meninggalkan rumah .
Pada satu hari mereka Ee Nah dan Lisa berpakat untuk menyertai satu pertadningan nyanyian. Mereka berlatih dengan giat bagi memantapkan vokal / suara dan tarian . Dalam pertandingan tersebut , mereka telah berjaya mencul sebagai johan . Kemenangan mereka mendapat liputan yang meluas daripada akhbar . Mereka menerima banyak tawaran untuk menjadi artis rakaman . Setelah menyaksikan kegigihan Ee nah dan membaca tentang kejayaan anaknya melalui akhbar , akhirnya bapa Ee Nah menyerahkan keputusan kepada Ee Nah untuk menentukan masa depannya sendiri . Ee Nah terharu akan keputusan dan perubahan ke atas bapanya dan gembira dengan kepulangan abangnya ke pangkuan keluarga .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan