CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 12 Disember 2009

DIAGNOSTIK 3

Pilih perkataan yang sesuai bagi mengisi petak kosong di bawah .

1. Untuk menghilangkan kotoran , kita cuba campurkan secamca besar cuka ke dalam tiga gayung air ____________.
A. pembilas B. membilas C. bilasan D. bilas
2. Mereka belajar muzik di bawah ______________ seorang guru muzik yang terkenal .
A. dorongan B. bimbingan C. pendorong D. kebimbingan
3. Azudin menerima ________________ daripada abangnya yang berada di luar negara .
A. bingkis B. membingkis C. bingkisan D. terbingkis
4. Majikannya selalu ___________ para pekerjanya .
A. bising B. kebisingan C. membisingkan D. membisingi
5. Norlia membongkok dan ______________ sesuatu ke telinga anaknya .
A.membisikkan B. bisik-bisik C. bisik D. bisikan

6. Setiap bulan Aishah ___________ sebahagian daripada pendapatannya untuk membeli saham . A.mengumpulkan B. menjumlahkan C. menentukan D. menyebelahi
7. Chee Yuh duduk ___________ teman-temannya di dalam dewan itu .
A. menghadapkan B. membelakang C. membelakangi D. terkebelakang
8. Saya dan Alimah _____________ oleh kata-katanya yang lemah lembut itu .
A. terpesona B. terganggu C. tenggelam D. tertipu
9. Safian menggertak budak itu dengan _____________ bola matanya .
A. membeliakkan B. membesarkan C. membulatkan D. menyepetkan
10. Para pelajar digalakkan untuk hidup ____________ .
A.bersendiri B. berdikari C. bertaubat D. bersama

11. Dia ialah bekas __________ yang telah dibebaskan .
A. penjenayah B. banduan C. biduan D. curi
12. Apabila anda sudah besar dan berpangkat , janganlah kita ___________ kedua ibu bapa kita .
A. dibelakang B. terkebelakang C. dikebelakangkan D. membelakangkan
13. Hang Kasturi menghunus kerisnya dan _________ sebentar .
A. terbelek-belek B. terlihat-lihatnya C. melihat-lihatnya D. membelek-beleknya
14. Jalan ke Bentong sangat ___________ .
A. berbelit-belit B. berbengkok-bengkok C. berlorong-lorong D. berlurus-lurus
15. Dia cuba ________ sesuatu kepada saya .
A.berucap B. berkata-kata C. berceramah D. menerangkan

16. Manusia sekarang terlalu bersifat __________ .
A. benda B. kebendaan C. berbenda D. benda-benda
17. Anak ialah ___________ Tuhan .
A. pemberian B. anugerah C. kurniaan D. hadiah
18. ___________ apa sahaja yang tersirat di fikiran anda .
A. Keluarkan B. Muntahkan C. buangkan D. luahkan
19. Setiap tahun beribu-ribu pesakit di seluruh dunia mati akibat ___________ oleh pelbagai penyakit berbahaya .
A. diserang B. dijangkiti C. dihinggapi D. dimakan
20. Bajunya yang sudah koyak rabak itu masih ___________.
A. dipakainya B. ditenunnya C. disulamnya D. dikaitnya

21. Raju berlari ________ akibat dikejar anjing gila
A. lintang-pukang B. simpang –siur C. bolak-balik D. compang-camping
22. Perkara itu telah difikirkannya ________
A. mentah-mentah B. putus-putus C. sayup-sayup D. masak-masak
23. Pencuri itu ______ untuk melepaskan diri
A. meronta-ronta B. meminta-minta C. merata-rata D. menarik-narik
24. Pengemis itu berpakaian _____
A. corat-coret B. comot-momot C. compang-camping D. pucat-lesi
25. ________ terdengar bunyi guruh dan kilat sabung-menyabung
A. sekali-kali B. sekonyong-konyong C. semata-maa D.seolah-olah

26. Pekerja itu menerima ______ yang setimpal daripada majikannya apabila dia diberhentikan kerja A.sagu hati B.isi hati C. ganti rugi D. gaji buta
27. Walaupun Anisah hanyalah _______ namun dia tetap disayangi oleh Haji Kassim dan isterinya
A. anak emas B. anak angkat C. anak celup D. anak manja
28. Impian Zurina untuk melanjutkan pelajaran ke universiti _______ apabila dia gagal dalam peperiksaan .
A. jauh hati B. patah hati C. hancur lebur D. habis akal
29. Kulit Suria yang ________ bertambah seri apabila dia memakain kebaya berwarna cerah
A. hijau daun B. hitam legam C. merah padam D. hitam manis
30. Sambil menangis Rozie meluahkan _____ kepada teman sebiliknya
A. isi hati B. inti sari C. isi perut D. kata dua

31. Pak Mat telah mengajar Mary cara __________ biola .
A. memetik B. menggesek C. memain D. memalu
32. Pemburu itu cuba __________ seekor harimau yang telah cedera .
A. mengamati B. menjejaki C. menuruti D. mengawali
33. Tong buruk yang terapung itu akhirnya __________ di tepi pantai .
A. mendarat B. berlabuh C. tersadai D. terkumpul
34. Hubungan Aminah dan Siti akan baik __________ kedua-dua mereka dapat saling memaafkan .
A. manakala B. malahan C. andainya D. walaupun
35. Surat yang saya hantar tidak sampai __________ abang .
A. ke B. kepada C. untuk D. daripada

36. Ayah mengumpul beberapa __________ padi di atas batas sawah .
A. gemal B. cekak C. rumpun D. jambak
37. Dia akan berpindah __________ bandar Muar tidak lama lagi.
A. ke B. Kepada C. Mana D. Bila
38. Kapal terbang itu _________ pada petang semalam .
A. berlabuh B. Berlapas C. Melepas D. Mendaki
39. Bilakah perlawanan bolasepak itu akan __________ ?
A. ada B. Diadakan C. Berada D. Ketiadaan

40. Semua pelajar __________ membawa beg masuk ke dalam makmal sains.
A. jangan B. Ditangguhkan C. Dilarang D. Dibenci

Tiada ulasan:

Catat Ulasan