CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 20 April 2010

Harga Remaja 2 ( sajak )

MAHSURI

Pengenalan
- watak ini selalu diingati dengan sumpah mahsuri ke atas langkawi yang dikaitkan dengan keadaan bermasalah selama 7 keturunan / generasi
- dianggap sebagai suatu kes menganiaya terhadap seorang perempuan yang setia
- dianggap sebagai mangsa fitnah


Maksud rangkap 1
- Mahsuri digambarkan sebagai seorang gadis yang baik dari segi jiwa dan zahirnya. Semasa dibunuh ia mengeluarkan darah bewarna putih yang dianggap suci.
- Selepas 7 keturunan pulau Langkawi telah pulih seperti sediakala kerana sumpahan telah tamat

Rangkap 2
- penyair melahirkan pendapat bahawa kisah Mahsuri mungkin diilhamkan oleh para seniman . Namun kerana kekesanan bahasa yang digunakan oleh seniman tersebut menyebabkan kisah Mahsuri tetap hidup / berpanjangan dan dihayati oleh masyarakat.
- Penyajak melahirkan rasa kagum kerana nama Mahsuri telah menyebabkan Pulau Langkawi menjadi terkenal dan menyebabkan nama negara ini menjadi terkenal.

Persoalan
1. perbuatan memfitnah yang wujud dalam masyarakat boleh menyebabkan mereka yang tidak bersalah menerima nasib yang buruk
2. karya sastera dan kisah sesebuah masyarakat boleh menjadikan sesebuah tempat menjadi terkenal

Pengajaran
1. kita hendaklah sentiasa memelihara dan menghargai karya sastera tanah air
2. janganlah suka menabur fitnah yang mungkin menyebabkan penderitaan kepada orang lain
3. jangan terlalu cepat membuat keputusan apabila mendengar berita / maklumat yang disampaikan kepada kita . kita seharusnya menyelidiki benar atau salah maklumat yang kita terima.
4. kita hendaklah berusaha memajukan negara walaupun terdapat pelbagai halangan

soalan
1. nyatakan keburukan fitnah / menyebarkan fitnah
2. cara mengatasi tersebarnya fitnah
3. cara mempopularkan hasil karya seniman tempatan


ADAT SEZAMAN
Pengenalan
- setiap kaum / bangsa memiliki adat yang harus dipertahankan agar ianya dapat diwarisi daripada zaman ke zaman
- penerusan amalan tradisi / adat menjadi kayu ukur pada keteguhan budaya sesebuah masyarakat ( faham ke ? )... kalau adat itu diamalkan / tidak dilupakan bermakna masyakat itu memiliki adat resam yang yang dianggap tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan ( betul ke ? )

Rangkap
1. adat tradisi tinggalan / warisan memiliki keunikan yang tersendiri daripada segi keindahan budaya / tradisi
2. adalah sesuatu yang sangat molek dan padan apabila dapat menggabungkan antara dua watak yang sangat sempurna iaitu seorang gadis yang memiliki kesopanan yang tinggi dan seorang lelaki yang memiliki sifat warak / taat agama untuk disatukan / dikahwinkan ? ( agaknya lah )
3. peredaran zaman sekarang menyebabkan situsai diatas menjadi sebuah keinginan yang sukar tertunai. Ini kerana kesukaran mencari watak lelaki dan perempuan yang digambarkan sesempurna mungkin ( zaman dulu senang / zaman sekarang susah sikit – kenapa )
4. kebanyakan pemuda dan pemudi pada zaman sekarang telah hilang sifat malu dan menghormati adat yang digambarkan melalui perbuatan bermesra dikhalayak ramai tanpa segan silu . perbuatan ini pula melampaui batasan agama.
5. Pada masa sekarang , adat , tradisi dan budaya semakin dilupakan. Ini ditambah lagi dengan lemahnya pegangan agama dan menjadikan budaya luar / barat diangkat sebagai budaya sendiri.

Persoalan
1. adat / tradisi kaum jangan dilupakan kerana memiliki banyak kelebihan / keindahan dan faedah kepada masyarakat itu sendiri.
2. pergaulan bebas golongan muda masa kini seakan dilakukan tanpa batasan
3. kemodenan yang dikejar menyebabkan tradisi / adat menjadi semakin luntur

Nilai
1. menghargai – menghargai adat sezaman ( diwarisi daripada stu zaman ke satu zaman )
2. kesedaran – betapa pentingnya memelihara adat / tradisi terutama dalam soal hubungan pemuda dan pemudi
3. menghormati orang tua – adalah penting memelihara pengormatan terhadap orang tua yang dianggap lebih berpengetahuan / berpengalaman / tahu baik buruk
4. teguh pendirian / jati diri – tradisi dan adat menjadi benteng ampuh untuk mengelak diri daripada terjebak ke lembah maksiat



TIBA WAKTUNYA

Isu
- peranan wanita masa kini
- cabaran wanita masa kini

Maksud
1. perubahan zaman berlaku dengan pantas . wanita pada zaman ini perlu merebut peluang yang ada untuk memajukan diri mereka ( kerjaya / pendidikan )
2. wanita tidak perlu memikirkan isu gender/ jantina seperti mana yang dihadapi oleh golongan wanita selama ini. Ini kerana hal itu akan menyebabkan mereka lambat bertindak dalam usaha memajukan diri
3. wanita digalakkan berani mengemukakan pendapat mereka kerana apabila mereka bersuara mereka mampu menyumbang ke arah kemajuan dan kebaikan
4. wanita seharusnya melupakan segala masalah remeh. Mereka juga seharusnya berani menghadapi cabaran/ dugaan / ujian tanpa meninggalkan norma / nilai / pegangan moral / jati diri / ketinggian peribadi
5. wanita digesa meningkatkan keupayaan mereka dalam usaha meningkatkan martabat / maruah wanita dengan penuh keimanan , semangat dan kemampuan yang mereka miliki.
6. telah sampai masanya wanita menggemparkan dunia dengan keupayaan yang ada

Persoalan
1. ciri wanita zaman dahulu dan sekarang sangat berbeza daripada segi penghormatan / tanggapan / peranan dalam masyarakat dan negara
2. keupayaan / tenaga wanita perlu disatukan ke arah pengupayaan yang maksima
3. wanita perlu berani mengemukakan pendapat dalam usaha memajukan / membela nasib wanita

nilai
1. kekentalan semangat – wanita memiliki semangat yang kental jika ingin merebut peluang untuk memajukan diri
2. keberanian – berani mengemukakan pendapat / idea demi kemajuan negara
3. berbudi pekerti – walaupun menuju ke arah permodenan , nilai peribadi harus dikekalkan
4. berwawasan – faham bahawa mereka perlu memiliki hala tuju dan matlamat yang jelas

soalan
1. bagaimana wanita perlu berfungsi / berperanan
2. dalam bentuk/ isu / kepentingan apa pendapat wanita boleh disumbangkan
3. keupayaan wanita melebihi lelaki . mengapa terjadinya hal demikian

Isnin, 19 April 2010

contoh elemen 3 ( versi 2 )

SOALAN:

BAGAIMANAKAH SAMBUTAN PERAYAAN TRADISI PELBAGAI KAUM DAPAT MEMPERKUKUHKAN DAN MENGEKALKAN PERPADUAN DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA?


Di Malaysia terdapat pelbagai jenis perayaan tradisi yang dirayakan oleh kaum-kaum yang ada di Malysia ini.Seperti Hari Raya Aidilfitri dirayakan oleh kaum Melayu.Tahun Baru Cina oleh kaum Cina,Depavalli oleh kaum India, Krismas oleh kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak dan penganut dalam kalangan berbangsa India atau Cina yang menganut ajaran Kristian.


Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini dapat memperkukuhkan dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kaum-kaum yang ada di Malaysia ini sama-sama menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa masing-masing.Rumah terbuka antara kaum mengalakkan mereka saling kunjung mengunjungi di antara satu sama lain.Dalam skala lebih besar kesemua penduduk negara ini bersama- sama berkongsi kemeriahan dan kegembiraan semasa menyambut hari perayaan.Melalui Majlis rumah terbuka ini sifat muhibah dan semangat bermasyarakat dapat lahir dengan sendirinya.Tetamu yang tidak perlu diundang tanpa segan silu datang berkunjung ke rumah jiran tetangga , kenalan rapat , kenalan sepejabat dan sebagainya sebagai tanda menghormati perayaan yang dirayakan oleh sahabat mereka itu.


Semasa perayaan berlangsung kita dapat melihat bagaimana kaum-kaum yang menyambut perayaan ini melayani tetamu mereka dengan baik walaupun berlainan bangsa dan agama.Ini juga mencerminkan mereka adalah insan atau masyarakat yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Melalui perayaan ini akan lahir nilai hormat menghormati terhadap kaum-kaum lain.Perjalanan negara ini dalam usaha memupuk perpaduan bersifat nasional sedang menuju ke arah yang positif hasil wujudnya keadaan dan situasi memberansangkan ini. Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti menyokong Konsep Satu Malaysia yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Malysia yang disanjungi.

Perayaan tradisi juga menunjukkan bahawa masyarakat perlu bersefahaman dan bermuafakat di antara satu sama lain.Masyarakat perlu bertolak ansur , bekerjasama dan tolong menolong sama ada semasa di jalan raya untuk pulang ke kampung menyambut perayaan atau menolong ketika membuat persiapan untuk menyambut perayaan kerana semasa musim perayaan semua rakyat Malysia akan bercuti walaupun kaum yang tidak menyambut perayaan ketika itu.

Sebagai rakyat Malaysia tidak kira di mana kita berada, sifat bertanggungjawab kepada bangsa dan negara perlu disematkan di dalam sanubari masing-masing.Justeru itu Semasa perayaan tradisi kita perlu lebih bersatu padu dan berharmoni.Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersyukur menjadi warganegara Malaysia.Semua kaum diminta menyayangi negara dan bangga kepada negara Malaysia kerana dengan cara ini dapat mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

contoh rumusan

RUMUSAN

Daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur patriotisme yang saya boleh saya rungkaikan .Melalui tajuk kajian yang telah saya siapkan ini menjadikan saya seorang yang bersyukur dan menghargai perayaan ini kerana perayaan ini merupakan perayaan keagamaan yang dituntut dalam agama saya. Selain umat Islam hari lebaran juga disambut oleh seluruh penduduk negara ini tanpa mengira anutan agama semasa sambutan peringkat kebangsaan diadakan . Ianya begi menandakan bahawa tidak terdapat jurang yang besar semasa perayaan ini disambut dalam Negara yang berbilang kaum ini.

Melalui kajian ini saya dapat mengetahui serba sedikit latar belakang perayaan yang ada di Malaysia ini.Perayaan utama atau terbesar di negara ini akan disambut oleh semua kaum yang ada di Malaysia ini. Sama ada kaum Melayu, Cina atau India.Perayaan tradisi ini melahirkan perpaduan terhadap bangsa di Malaysia, melahirkan nilai hormat-menghormati antara kaum dan perpaduan bertambah erat dengan kunjung mengunjung antara kaum semasa perayaan.Hakikatnya detik kegembiraan dikongsi bersama oleh penduduk negara ini.


Sebagai rakyat Malysia saya berbangga dengan negara saya kerana di negara ini terdapat pelbagai kaum dan perayaan tradisi.Ianya menyebabkan keadaan Negara menjadi aman dan harmoni sepanjang masa tanpa sebarang konflik yang besar. Ini kerana daripada perayaan inilah wujudnya ukhuwah dan rasa perpaduan dalam naluri dan nurani penduduk negara ini. Tegasnya negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum yang pada tanggapan masyarakat dunia sukar dipadukan dan menyerap sebarang perbezaan baik agama , budaya , bahasa dan adapt kepercayaan .

Saya amat menyayangi negara Malaysia.Dalam kepelbagaian masyarakat negara ini ia mencerminkan satu jiwa bangsa yang bersatu dibawah satu bendera bernama Malaysia.

CONTOH HURAIAN ELEMEN 2

Hasil Kajian

1 Perayaan Tradisi:
1.1. Nama perayaan/Nama lain

Hari Raya Aidilfitri (bahasa Arab: عيد الفطر‎; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah dan Hari Lebaran. Ia merupakan antara salah satu daripada perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.


1.2. Pihak/Etnik/Kaum yang terlibat

Di Malaysia pihak yang terlibat dalam perayaan ini ialah orang Islam . Kaum Melayu merupakan kaum majoriti yang menyambut perayaan ini di samping kaum lain seperti India Muslim , Cina Muslimdan golongan mualaf ( orang yang memeluk Islam daripada kaum lain ). Namun begitu di negara ini sambutan terhadap Hari Raya Puasa telah diangkat ke peringkat kebangsaan yang dinamakan Sambutan Hari Raya Peringkat Kebangsaan. Dalam majlis sebesar ini ramai tetamu yang bukan Islam turut sama dijemput dalam memeriahkan sambutan ini .

1.3. Tarikh/Tempoh masa dirayakan

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.Kira-kira 20 tapak melihat anak bulan menempatkan pegawai khas telah disediakan .
Bagi umat Islam ia dirayakan mengikut kalender Hijrah iaitu pada bulan Syawal mulai 1 haribulan dan berakhir setelah munculnya bulan Zulkaedah.

1.4. Tujuan perayaan

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat. Tujuan ianya disambut ialah :

a. sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.
 Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.
 Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.
2 Latar Belakang:
2.1. Sejarah/Asal usul perayaan
Umat Islam sejak daripada zaman Nabi Muhammad merayakan aidilfitri setelah berpuasa dan menahan diri daripada lapar dan dahaga serta beramal mengikut syariat sepanjang bulan ramdhan

2.2. Upacara khusus dalam perayaan
Amalan khusus pada hari raya kebanyakannya terfokus kepada sembahyang sunat hari raya yang dilakukan kebanyakkannya oleh jemaah lelaki. Ianya dilakukan bermula dengan takbir beramai-ramai , sembahyang sunat hari raya dua rakaat dan diikuti dengan khutbah khas hari raya.



2.3. Individu yang mengetuai upacara khusus

Sembahyang hari raya diketuai oleh Imam tiap-tiap masjid yang dilantik oleh kerajaan negeri.

2.4. Tempat khusus sambutan dijalankan

Sembahyang hari raya diadakan di masjid seluruh negara. Bagi Hari Raya peringkat Kebangsaan sesuatu tempat dipilih untuk dirayakan secara bersama dengan lain-lain penganut agama. Bagi kebanyakan orang Melayu , mereka akan pulang ke kampung pada musim perayaan untuk berhari raya bersama ahli keluarga dan sanak-saudara.

3 Persiapan Sambutan Perayaan:

3.1. Sebelum
Masyarakat beragama Islam terutama orang Melayu menjadikan Hari Raya Puasa sebagai sebuah sambutan yang besar bagi mereka berbanding dengan Hari Raya Aidil Ahda yang disambut secara lebih sederhana . Ini kerana ianya disambut selama sebulan. Antara perkara yang diberi perhatian sebelum menyambut Hari Raya ialah :

3.1.1. bulan ramadhan

Ramadhan , terjemahan harfiah: "panas terik") (biasa digelar "Ramadan Al-Mubarak") adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:

“ Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu... ”
— surah Al-Baqarah, ayat 185

Penentuan awal Ramadan
Takwim Hijrah didasarkan pada orbit bulan mengelilingi bumi dan awal setiap bulan ditetapkan saat terjadinya hilal (bulan sabit). Kaedah penentuan saat terjadinya hilal yang digunakan ketika ini ada dua, iaitu kaedah penglihatan dengan mata kasar ("rukyah") dan kaedah perhitungan astronomi ("hisab").

Sesetengah negara menggunakan rukyah sahaja manakala sesetengah yang lain menggunakan nisab sahaja . Dunia Melayu terutamanya di Indonesia dan Malaysia amnya menggunakan kedua-dua kaedah sekaligus .

3.1.2. Lailatul Qadar

Lailatul Qadar (malam ketetapan), adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Malam ini dikatakan dalam al-Qur'an pada surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan . Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walaubagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.

3.1.3. Amalan sewaktu Ramadhan

Umat Islam digalakkan membanyakkan ibadah pada bulan Ramadan kerana ganjarannya digandakan pada bulan ini.Antara yang wajib ialah berpuasa dan berzakat sementara yang disunatkan ialah membanyakkan bersedekah , membaca al quran , menghidupkan malam dengan qiamulail , qatam quran dan sebagainya


3.1.4. berpuasa di bulan ramadhan

Ramadhan ialah satu bulan dimana semua umat Islam berpuasa, bermula dari subuh hingga ke maghrib.Selain dari larangan terhadap makan dan minum, umat Islam juga dilarang memasukkan sesuatu kedalam rongga, merokok, dan melakukan hubungan seks di waktu siang.Hanya mereka yang benar-benar uzur sahaja diizinkan untuk tidak berpuasa. . Di negara ini
ibadah puasa diajar termasuk kepada anak-anak kecil. Walaupun tidak dapat menghabiskannya sehari penuh , kanak-kanak ini dibolehkan berbuka pada tengah hari ( puasa sekerat hari ) sebagai satu bentuk latihan apabila mereka sudah baligh nanti.

Orang Islam disunatkan bersahur sebelum berpuasa . Sahur (makan sebelum fajar) membezakan puasa orang Islam dan puasa lain. Semasa berbuka puasa (iftar), disunatkan pula berbuka dengan makanan atau minuman manis serta tidak berlebih-lebihan. Disunatkan juga untuk menjamu orang lain berbuka puasa.

Pada malam harinya, setelah solat Isyak, umat Islam melanjutkan ibadahnya dengan melaksanakan solat Tarawih, solat khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjama'ah di masjid-masjid. Di sesetengah tempat, sebelum pelaksanaan solat tarawih, diadakan ceramah singkat atau tazkirah untuk menasihati para jama'ah tentang hal-hal keagamaan.

3.1.5. mambayar zakat

Ibadah zakat, iaitu bersedekah sebahagian dari harta kepada pihak-pihak yang tertentu adalah juga rukun Islam seperti puasa. Zakat fitrah yang dikeluarkan pada bulan Ramadhan adalah bertujuan menyucikan harta dan rohani dari kemungkaran. Ia mesti ditunaikan sebelum akhir Ramadhan

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula . Di negeri Johor ianya bernilai RM 5.50 setiap orang . Bagi keluarga yang memiliki 3 orang ahli ia perlu membayar sebanyak RM 16.50

3.1.6. malam tujuh likur

MALAM tujuh likur yang menjadi sebahagian daripada budaya setempat pada setiap Ramadan di negara ini . Daripada sudut agama , malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah.

Di sesetengah kampung lazimnya beberapa rumah berhampiran akan bersatu tenaga menyediakan juadah seperti dodol dan meminta bantuan kanak-kanak untuk menumbuk gula mahupun tepung menggunakan lesung kaki selain bergilir-gilir mengacau kerana ia mengambil masa panjang untuk dimasak,” katanya.

Tradisi memasang panjut atau pelita raya di kawasan sekeliling rumah juga diadakan .Ianya dikatakan bagi membantu mereka yang menuju ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Orang kampung memasang panjut sepanjang Ramadan sebenarnya sebagai simbol meraikan bulan mulia itu dan menjadi penyeri setiap rumah kerana pada masa dahulu tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.


3.1.7.kad raya

Kad raya biasanya dihantar kepada beberapa pihak sebagai satu cara mengucapkan salam lebaran kepada orang tersayang , ibu bapa , kenalan dan sanak saudara terdekat. Ianya melahirkan rasa gembira dan sekaligus mengucapkan selamat Hari Raya dan memohon maaf zahir dan bathin atas segala salah dan silap sepanjang hubungan ini berlangsung. Pada masa sekarang ianya dibuat dalam bentuk kad raya yang boleh diemailkan , sms , mms dan sebagainya.

3.1.8. lagu raya
Bagi masyarakat Melayu hari raya tidak akan lengkap dengan lagu raya. Radio akan mula memutarkan lagu raya sepanjang seminggu sebelum hari raya tiba. Suasana ini meningkatkan kemeriahan pra sambutan . Lagu raya yang sangat berkesan kepada ramai orang Melayu ialah Dendang Perantau oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Ini diikuti dengan lagu-lagu nyanyian Saloma( Selamat Hari Raya ) , Sanisah Huri ( Aidilfitri ) , Sudirman ( dari jauh ku mohon maaf ), S Jibeng ( Musafir di Aidilfitri ) dan lain-lainnya. Kebanyakan nada lagu raya berkisarkan melankolik iaitu kesedihan terhadap perpisahan semasa sambutan hari raya.


3.1.9. malam raya

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:
“Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat.”
Bagi para ibu bapa pada malam tersebut mereka sibuk membuat persiapan terakhir untuk menyambut ketibaan hari lebaran. Tugasan utama biasanya berkisar memasang langsir , menghias rumah , memasak ketupat , lodeh dan sebagainya.

3.2. Semasa

3.2.1. Pagi Aidilfitri – solat sunat hari raya


Solat Sunat Hari Raya merupakan solat sunat yang didirikan secara berjemaah (biasanya di masjid) pada awal pagi Hari Raya Aidilfitri . Solat Hari Raya Aidil Fitri hukumnya adalah sunat muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah SAW.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakar menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.

Kita juga disunatkan mandi dan membersihkan diri (niat mandi sunat Hari Raya). Disunatkan membersihkan diri dengan mencukur buku-bulu pada tubuh, memotong kuku, menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan dari badan dan pakaian dan memakai wangi-wangian.

Selain itu sisunatkan makan dahulu sebelum solat sunat Aidilfitri (afdhal makan tamar dengan bilangan ganjil) jika tidak sempat makan di rumah, maka makan di jalanan dan sebagainya supaya dapat membezakan Aidilfitri dengan hari sebelumnya yang diwajibkan berpuasa.

Selain itu disunatkan memakai pakaian yang paling bagus, walaupun bukan berwarna putih kerana tujuannya untuk menzahirkan nikmat. Disunatkan juga membawa anak-anak yang sudah mumayyiz untuk solat sunat Hari Raya.

Solat Sunat Hari Raya mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir lima kali pada rakat kedua, yang mana dibaca tasbih diantara takbir-takbir tersebut. Dan apabila selesai takbir dan tasbih, barulah diteruskan solat seperti biasa.


3.1.2.- takbir

Takbir ialah menyebut dan melaungkan kalimah Allahu Akbar, اyang bermaksud "Tuhan itu Besar" atau "Tuhan Maha Besar," Pernyataan ini adalah pernyataan bagi mengagungkan Tuhan dan dijadikan sebagai salah satu zikir harian dan munajat bagi masyarakat Islam. Pada kebiasaannya akan dimulakan dengan takbir dari masjid-masjid, yang telahpun berlanjutan dari malam sebelumnya.
Di masjid ia ianya dikendalikan oleh kalangan jemaah yang mahir melaungkan takbir dan diikuti oleh para jemaah yang lain secara nyaring.

3.2.2. bersalam-salaman

Selepas mengerjakan solat sunat Aidilfitri, pada kebiasannya para jemaah akan saling bersalam-salaman di samping bermaaf-maafan . Bagi sesebuah keluarga akan berkumpul untuk bersalaman dan meminta maaf antara satu sama lain. Anak-anak akan meminta maaf dari ibu bapa, manakala ibu bapa akan meminta maaf dari datuk dan nenek.Ianya ialah suatu bentuk budaya yang diterima dalam masyarakat Melayu sebagai salah satu pengisian penting sempena hari lebaran.

3.2.3. juadah hari raya

Pada kebiasaannya juadah yang dihidangkan ialah ketupat , nasi himpit , lemang , berlaukan lodeh , serunding daging , kuah kacang , ayam masak kari , XXXXXX
Begitu juga kuih raya akan disediakan di atas meja untuk dijamah oleh para tetamu. Kuih raya paling popular ialah bahulu , kek , bangkit , batang buruk , wajik , dodol , sarang semut ,kuih tat ,
Kuih moden ialah almond london , kek lapis,

3.2.4.kunjung-mengunjung

Menjelang tengahari, semua sanak saudara dan jiran sekampung akan kunjung-mengunjung antara satu sama lain untuk ‘beraya’ atau adat berziarah. Ucapan ‘selamat hari raya ‘ bersilih ganti dan kemaafan dipohon, menandakan kesalahan lalu telah dilupakan.

3.2.5. duit raya
Kanak-kanak biasanya akan membuat kumpulan lain untuk berziarah, samada ke rumah jiran, saudara atau rakan-rakan , dimana tradisi memberi ‘duit raya’ memeriahkan lagi suasana.

3.2.6. Pakaian
Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju kebaya.


3.3. Selepas

3.3.1. puasa enam
Apabila hari lebaran disambut ada sesetengah umat Islam memulakan puasa sunat pada hari raya kedua sebanyak enam hari. Tidaklah disyaratkan ialanya berturutan .Terdapat pelbagai fadhilat hasil berpuasa enam iaitu pahalanya seolah-olah sama seperti puasa sepanjang tahun.

3.3.2. rumah terbuka

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat. Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akan dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.Pada masa inilah peluang diambil sempena cuti hari raya kunjung mengunjung antara sanak saudara dapat direalitikan . Amalan berkunjung ke rumah saudara mara terdekat merupakan satu amalan yang sangat dititiberatkan sepanjang hari perayaan ini.


3.4. Peraturan/Pantang-larang/Amalan sampingan
Sesuai dengan nama ianya bersifat keagamaan , maka sudah semestinya amalan berpuasa dan sambutan hari raya tidak terkeluar daripada tuntutan agama. Contohnya tidak boleh bersalam-salaman antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim , meminum minuman yang memabukkan dan sebagainya.

kesan perayaan
Pilih 4 saya cadangkan
1. kekeluargaan - ikatan kekeluargaan bertambah baik / amalan berziarah / bermaaf-maafan / dah lama tidak berjumpa / melepas rindu

2. perpaduan
- perayaan disambut bersama - tidak kira bangsa dan agama
- kunjung mengunjung - sesama jiran / rumah kakitangan
- sambutan peringkat kebangsaan - meriah .. semua rakyat malaysia terlibat

3. pelancongan
- pelancong ingin melihat keunikan yang terdapat di negara ini
- cara perayaan disambut/ dilaksanakan
- juadah hari raya - keistimewaan tersendiri

4. peluang perniagaan
- buka bazar ramadhan - peluang berniaga terbuka luas di seluruh negara -rezeki bulan puasa melimpah ruah
- kunjungan bertali arus - menjual pelbagai juadah berbuka
- jualan sempena hari raya oleh pasar raya - lipat ganda keuntungan
- pendapatan sampingan - berniaga songkok , baju , tempahan menjahit baju dan langsir

Khamis, 15 April 2010

latihan tb

Pilih jawpan yang sesuai.

1. Ramai sanak-saudara Encik Ambalagam _______ ke rumahnya sewaktu menyambut perayaan Deepavali.
A. berhimpun
B. bertandang
C. berjumpa
D. bertemu

2. Kanak-kanak mudah _________ dengan unsur-unsur yang kurang sihat.
A. tertipu
B. terpengaruh
C. terhindar
D. terbawa-bawa

3. Jangan duduk _________ di kompleks membeli-belah kerana perbuatan itu tidak elok dan merugikan masa.
A. berjam-jam
B. bermain-main
C. merayau-rayau
D. tertawa-tawa

4. Kemalangan itu berlaku apabila sebuah kereta cuba _________ sebuah lori yang sarat dengan muatan batu-bata.
A. memotong
B. memintas
C. menghalang
D. melintas

5. Amalan pemakanan yang tidak seimbang boleh ________ pertumbuhan tubuh badan seseorang.
A. mencacatkan
B. merencatkan
C. memudaratkan
D. menguruskan

6. Baju kebaya _________ itu sangat disukai oleh adik kerana warnanya.
A. kuning telur
B. telur kuning
C. kekuningan telur
D. telur kekuningan

7. kapal terbang MAS melakukan _______ kecemasan kerana satu daripada enjinnya tidak berfungsi.
A. berdarat
B. pendaratan
C. penerjunan
D. penerbangan

Tandakan betul atau salah ayat di bawah .
8. Tentera Amerika telah menyerang Afghanistan dengan bantuan tentera Britain.
9. Pasukan bola sepak Perak Menyerang bertalu-talu ke pintu gol pasukan lawan.
10. Puam Zamilah menyerang jirannya yang menuduhnya mencuri mempelam.
11. Ibu sedang menyerang air di dapur untuk dibuat air minuman.
12. Aliman telah membeli beberapa buah buku roti.
13. Johan menyusun buku di perpustakaan itu supaya kelihatan kemas.
14. Peristiwa lama itu masih buku di hatinya.
15. Dua buku benang diperlukan untuk menjahit baju-baju itu.
16. Keselamatan para pelancong sentiasa terjamin apabila berada di negara ini.
17. Pasukan keselamatan telah ditugaskan menjaga perairan negara ini daripada penceroboh.
18. Tuan Hamid telah mengupah dua orang lelaki untuk menjaga keselamatan rumahnya.
19. Langkah keselamatan telah diambil oleh pihak berkuasa suapa kuman penyakit berbahaya itu tidak merebak

PENILAIAN KURIKULUM 2 TING 2

UJIAN PENGESANAN 2
SMK FELCRA BUKIT KEPONG
SEJARAH
TINGKATAN 2

Jawab semua soalan

1. Pada tahun 1791 Sultan Abdullah mengarahkan tenteranya menyerang Pulau Pinang. Mengapakah baginda bertindak demikian ?
A. SHTI menzalimi penduduk tempatan
B. SHTI menyekat bekalan makanan ke Kedah
C. SHTI tidak memberikan bantuan ketenteraan
D. SHTI menjalin hubungan baik dengan Siam

2. Stamford Raffles telah membuka Singapura pada tahun 1819. Mengapakah Belanda membantah tindakan Raffles ?
A. mengingkari Persetiaan London
B. menggugat perdagangan Betawi
C. menganam kedaulatan sultan Melayu
D. melanggar Perjanjian Surat Kew

3. Mengapakah SHTI memerlukan sebuah pelabuhan di Kepulauan Melayu pada kurun ke-18
A. membanteras lanun
B. meningkatkan hasil dagangan
C. mengumpul bahan mentah
D. menyekat kemaraan Belanda

4. Mengapakah Sultan Kedah meminta bantuan ketenteraan daripada SHTI pada tahun 1786
A. mengekalkan kedaulatan negeri
B. menyekat serangan Belanda
C. menghalang perebutan tahta
D. menentang ancaman lanun

5. Satu perjanjian antara Kedah dengan Francis Light dilakukan pada akhir kurun ke 16. Apakah kesan daripada perjanjian itu ?
A. Kedah kekal merdeka
B. Pendudukan British di Pulau Pinang
C. Kedah memperoleh bantuan ketenteraan
D. Pampasan diberi kepada sultan Kedah

6. Mengapakah pihak British mengiktiraf Tengku Hussein sebagai Sultan Johor pada 1819
A. menyelesaikan masalah perebutan tahta
B. memudahkan urusan pentadbiran
C. menyekat perluasan kuasa Belanda
D. membuka loji perdagangan di Singapura

7. Satu surat dari Sultan Kedah dihantar kepada Francis Ligh pada 1791. Matlamat penulisan surat tersebut ialah untuk meminta SHTI tidak tinggal lama di Pulau Pinang. Mengapakah surat tersebut dibuat ?
A. SHTI memungkiri janji
B. SHTI enggan membayar cukai perdagangan
C. SHTI telah tidak memperbaharui pajakan
D. SHTI tidak membayar wang pampasan

8. Satu perjanjian telah dimetrai antara Stamford Raffles , Sultan Hussien serta Temenggung Abdul Rahman pada 7 Jun 1823. Apakah kesan daripada perjanjian ini
I. Sultan Hussien kehilangan kuasa
II. British berkuasa penuh di Singapura
III. Temenggung memonopoli perdagangan
IV. Johor berkembang maju
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

9. Mengapakah negeri Melaka , Singapura dan Pulau Pinang disatukan dalam sebuah pentadbiran ?
I. kekurangan kemudahan II. mengukuhkan pertahanan
III.menyeragamkan pentadbiran IV.menjimatkan perbelanjaan
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV

10. Bagaimanakah sultan Kedah menghadapi ancaman daripada Siam , Bugis dan Burma ?
A. menghantar bunga emas
B. meminta bantuan British
C. menerima Orang Bugis dalam pentadbiran Kedah
D. menambah kekuatan tentera

11. Satu perjanjian Surat-surat Kew telah diadakan antara Raja Belanda dan British. Kesan perjanjian ini ialah ...
A. penyebaran agama
B. persaingan kuasa barat
C. Perang Napoleon di Eropah tamat
D. British menduduki jajahan Belanda di Timur

12. Dialog berikut mungkin berlaku di negeri Melayu pada kurun ke 19.
William Farquhar : kita telah gagal mendapatkan pengiktirafan pemerintah Johor
Stamford Raffles : Jangan risau. Kita akan menggunakan muslihat untuk mendapatkan Singapura.
Apakah muslihat yang dimaksudkan ?
A. menyingkirkan Temenggung Abdul Rahman
B. melantik Sultan Abdul Rahman
C. mengiktiraf adik sultan Mahmud III
D. menabalkan Tengku Hussien

13. Pada tahun 1786 Sultan Abdullah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang. Mengapakah baginda bertindak demikian ?
A. memperoleh keuntungan
B. mengatasi masalah lanun
C. memajukan lagi Pulau Pinang
D. mendapatkan bantuan ketenteraan

14. British dan Belanda membahagikan pengaruh mereka di antara negeri Melayu dengan Indonesia. Apakah pengajaran daripada peristiwa ini?
A. bersikap prihatin
B. berpandangan jauh
C. saling muafakat
D. sentiasa berwaspada

15. Pada tahun 1791 Sultan Kedah cuba mengambil kembali Pulau Pinang daripada SHTI secara kekerasan. Apakah kesan daripada tindakan sultan itu ?
A. inggeris melantik pengganti sultan
B. Inggeris mengambil Seberang Perai sebagai wilayahnya
C. Inggeris membatalkan pembayaran saguhati kepada sultan
D. Inggeris bertindak campurtangan dalam negeri-negeri Melayu

16. Apakah faktor utama Inggeris menduduki Singapuira pada tahun 1819
A. British berkehendakkan sebuah pangkalan laut yang strategik
B. British berhasrat menyekat pengaruh Belanda di Kepulauan Melayu
C. British bimbang penguasaan semula Riau oleh Belanda
D. British mendapati Singapura selamat aripada ancaman lanun

17. Pada tahun 1883 seorang Cia warganegara British telah dibunuh di Pekan. Apakah kesan langsung peristiwa tersebut ke atas Pahang ?
A. kegiatan perdagangan British terancam
B. hubungan British dengan pembesar terancam
C. undang-undang British dilaksanakan di Pahang
D. pengaruh Inggeris mula meluas

18. Berdasarkan jadual di bawah:
 Tokoh negeri Tahun
 Sultan Abdullah Perak 1874
 Dato Kelana Sg Ujung Negeri Sembilan 1874

Antara berikut pernyataan yang manakah dapat dikaitkan dengan tokoh di atas ?
A. pernah dibuang negeri
B. pernah menentang British
C. pernah dibantu British
D. pernah membantu kegiatan kongsi gelap


 Peningkatan permintaan bijih timah
 Keperluan perluasan kawasan pasaran

19.Maklumat di atas ialah kesan daripada Revolusi Perindustrian di Eropah pada kurun ke-19. Apakah kesan revolusi tersebut kepada Tanah Melayu
A. perkembagan industri desa
B. terhapusnya pertanian sara diri
C. wujud campurtangan kuasa luar
D. perpecahan negeri Melayu

 pada tahun 1874 rumaha api yang dibina oleh British di Tanjung Rachado telah diserang
20. kesan serangan ini ialah
A. kapal dagang British dirompak
B. pergaduhan kongsi gelap
C. pelantikan residen British di Selangor
D. berlakunya Perang Klang di Selangor

 pembentukan Persekutuan 1896 telah dikritik oleh raja-raja Melayu.
21. Mengapakah tindakan ini dilakukan
A. residen jeneral terlalu berkuasa
B. pembangunan negeri terlalu lambat
C. kegagalan penubuhan Majlis Raja-raja
D. ketiadaan garis panduanpentadbiran yang lengkap


Syarat perjanjian X
1. British mengakui hak Siam ke atas negeri Melayu
British akan
2. membantu Siam jika diserang musuh

22. Pernyataan di atas adalah syarat suatu perjanjian . X merujuk kepada.
A. Perjanjian Pangkor 1874
B. Perjanjian Bangkok 1909
C. Perjanjian Sulit 6 April 1897
D. Perjanjian Inggeris –Belanda 1824


KAWASAN X

 Kaya dengan bahan mentah
 Kawasan pasaran keluaran kilang

23. X dalam rajah di atas merupakan ...
A. faktor kuasa barat sangat berminat untuk meluaskan kuasa di Tanah Melayu
B. Faktor perbalahan antara pembesar Melayu
C. Faktor termetrainya Perjanjian Inggeris Belanda 1824
D. Faktor penubuhan Negeri Melayu Bersekutu

24. Menjelang abad ke-19 pihak British mula campurtangan. Apakah alas an yang digunakan oleh British untuk menguasai negeri-negeri Melayu?
A. untuk membebaskan negeri Melayu daripada pengaruh Siam
B. untuk menamatkan perbalahan antara pembesar
C. untuk menghapuskan sebarang masalah politik di negeri Melayu
D. untuk melicinkan pentadbiran

 pada tahun 1871 pembesar Melayu Perak menabalkan raja ismail sebagai Sultan Perak
25. Mengapakah Raja Abdullah membantah pelantikan ini ?
A. dipengaruhi oleh British
B. dipengaruhi oleh pembesar Perak
C. bertentangan dengan wasiat ayahandanya
D. baginda adalah raja muda ketika itu

26. Mengapakah Perang Klang meletus pada tahun 1867 ?
A. Raja Mahadi mendakwa daerah Klang adalah kawasan ayahandanya
B. Merebut cukai di kawasan Klang
C. Kawasan itu mahu diberikan kepada Tunku Kudin , seorang putera Kedah
D. Raja Ismail anak raja Abdullah telah memajakkan Klang kepada saudagar di Singapura

27. Mengapakah Sungai Linggi menjadi kawasan yang penting pada tahun 1830-an ?
A. kawasan perlombongan bijih timah
B. jalan perdagangan bijih timah
C. pelabuhan persinggahan pedagang
D. kawasan penempatan pedagang

28. Sejak kurun ke 18, Sultan Muhammad Jiwa telah menghadapi masalah dengan tiga kuasa luar yang mengancam keselamatan negeri Kedah. Ketiga-tiga kuasa luar ini adalah
A. Portugis, Siam dan Acheh B. Siam, Burma dan Bugis
C. Siam, Acheh dan Bugis D. Portugis, Siam dan Bugis

29. Di negeri Kedah telah mengalami masalah politik kerana ada golongan yang tidak puas hati dengan tindakan Sultan Muhammad Jiwa. Apakah faktor utama yang menyebabkan masalah politik ini wujud?
A. Sultan memberikan Pulau Pinang kepada British
B. Sultan melantik Tunku Abdullah sebagai pewarisnya
C. Sultan tidak mahu menghantar bunga emas kepada Siam
D. Sultan enggan menjelaskan hutang orang Bugis.

30. Edward Monckton adalah wakil pertama dari Syarikat Hindia Timur Inggeris yang dihantar untuk berjumpa dengan Sultan Kedah pada 1772 tetapi beliau gagal mencapai matlamatnya. Apakah tujuan utama Edward Monckton berjumpa dengan Sultan Kedah?
A. berunding supaya British dapat menduduki Pulau Pinang
B. membuka sebuah petempatan di Seberang Perai
C. berunding supaya British dapat berdagang dengan bebas di Kedah
D. mendapat peluang untuk membuka petempatan di negeri Kedah

31. Stamford Raffles mendapati Singapura adalah satu pelabuhan yang sesuai untuk dijadikan petempatan oleh British. Bagaimanakah Stamford Raffles berjaya membuka petempatan British di Singapura pada 1819?
A. membeli Singapura dari Sultan Johor
B. melantik Tengku Hussein sebagai Sultan Johor
C. membeli daripada Temenggong Abdul Rahman
D. membuka petempatan di Singapura selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

32. Surat-surat Kew ditandatangani pada 1785 antara Raja Belanda dengan Raja England. Selepas perjanjian ini ditandatangani, British dapat menduduki dua kawasan utama Belanda di kawasan Timur iaitu
I. Riau II. Lingga III. Melaka IV. Jawa
A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV

33. Soalan 6 berdasarkan kenyataan di bawah
 Perdagangan di Negeri-negeri Selat mula dijalankan dalam mata wang India iaitu rupee
 Banduan-banduan dari India dihantar ke Negeri-negeri Selat

Faktor-faktor di atas merupakan beberapa faktor yang menyebabkan pedagang di Negeri-negeri Selat tidak puas hati. Apakah perubahan yang berlaku pada 1867 di Negeri-negeri Selat?
A. Pentadbiran NNS dipindahkan dari India ke London
B. Singapura dijadikan pelabuhan entrepot
C. Pentadbiran NNS diletakkan dibawah kuasa Gabenor NNS
D. Perdagangan di NNS tidak lagi dijalankan dalam mata wang rupee.

34. Di Sungai Ujong, hubungan antara Dato' Kelana dengan Dato' Bandar menjadi tegang pada 1874. Apakah peristiwa yang menyebabkan hubungan mereka merosot ?
A. Dato' Bandar mengadakan hubungan persahabatan dengan British
B. Dato' Kelana mengadakan hubungan persahabatan dengan British
C. Kedua-dua tokoh merebut untuk menguasai daerah Sungai Ujong
D. Dato' Kelana mengadakan hubungan dengan kongsi gelap Hai San

 Sultan Pahang, Sultan Wan Ahmad tidak mahu menerima seorang Residen British di Pahang tetapi pada 1888, baginda terpaksa menerima seorang Residen

35. Apakah peristiwa yang menyebabkan Sultan Ahmad terpaksa menerima seorang Residen British pada 1888 ?
A. Kematian Goh Hui di Pekan
B. Permusuhan baginda dengan Raja Mahadi
C. British menggugut akan menjatuhkan baginda daripada kedudukannya
D. Wujud masalah lanun yang tidak dapat dikawal

36. Pada 1826, Perjanjian Burney ditandatangani di antara British dengan Siam. Apakah kesan daripada perjanjian ini?
A. British dapat berdagang dengan bebas di Bangkok
B. Siam berjanji tidak akan mengenakan sebarang sekatan terhadap perdagangan British di Pulau Pinang
C. Sultan Kedah berjaya mendapat takhta kerajaan baginda
D. British mengiktiraf Kedah sebagi milik kerajaan Siam

37. Terdapat dua perjanjian iaitu Perjanjian Sulit British-Siam 1897 dan Perjanjian Sempadan 1899 yang ditandatangani antara kerajaan British dengan Siam secara sulit. Mengapakah kedua-dua perjanjian ini ditandatangani secara sulit?
A. Siam tidak mahu membuka negerinya kepada kuasa barat yang lain
B. British ingin menyekat kuasa Siam di Negeri-negeri Melayu
C. Siam mahu menjalin hubungan persahabatan dengan British
D. British tidak mahu melanggar dasar tidak campur tangannya di Negeri-negeri Melayu

38. British berjaya menguasai Negeri-negeri Melayu Utara selepas Perjanjian Bangkok 1909 ditandatangani dan British telah melantik Penasihat-penasihat British di Negeri-negeri Melayu Utara . Bagaimanakah Penasihat-penasihat British ini diterima oleh pemerintah Negeri-Negeri Melayu Utara ?
A. Sultan-sultan Melayu tidak menerima Penasihat British
B. Sultan-sultan Melayu tidak mahu mengiktiraf Perjanjian Bangkok
C. Penasihat-penasihat British tidak menghadapi sebarang masalah
D. Pembesar-pembesar Melayu tidak mahu menerima Penasihat-penasihat British


Perjanjian X -
 British mengiktirafkan Negeri-negeri Melayu Utara sebagai hak Siam
Siam melantik pegawai British di Negeri-negeri Melayu Utara

39. Pernyataan di atas merujuk kepada syarat satu perjanjian. Apakah nama perjanjian X?
A. Perjanjian Sulit 1897 B. Perjanjian Burney 1826
C. Perjanjian Bangkok 1909 D. Perjanjian British-Siam 1902


 Kuasa Barat Kawasan yang diminati
Rusia Ujung Salang
Amerika Syarikat Terengganu
40. Namakan perjanjian yang ditandatangani oleh British bagi menyekatkan kemaraan kuasa Barat lain.
A. Perjanjian Sulit 1897 B.Perjanjian Burney 1826
C. Perjanjian Bangkok 1909 D.Perjanjian dengan Perancis 1904
41.Pernyataan di atas merupakan syarat Perjanjian Bangkok 1909. Apakah hak kehakiman yang diberi kepada warganegara British di Siam menurut Hak Wilayah Asingan ?
A. Diadili di hadapan raja Siam B. Diadili mengikut perundangan Siam
C. Diadili mengikut perundangan British D. Diadili mengikut perundangan antarabangsa

42. Mengapakah British menandatangani Perjanjian Bangkok 1909 dengan Siam?
A Menyelesaikan masalah sempadan
B Untuk menguasai kekayaan hasil bumi
C Mengelakkan campur tangan kuasa Barat lain
D Menyelesaikan masalah perutan antara kuasa barat


“Beta bantah penyerahan Tabal kepada Siam”
Sultan Muhammad IV

43. Apakah reaksi penduduk wilayah Tabal yang tidak berpuas hati dengan penyerahan Tabal kepada Siam oleh British?
A.Berhijrah ke Kelantan B.Mengaku ketuanan Siam
C.Melancarkan ke atas Siam D.Melancarkan pemberontakan terhadap British

44. Selepas Perjanjian Bangkok,suatu rundingan diadakan antara sultan Kelantan dengan British tahun 1910.Apakah kesan perjanjian tersebut terhadap Kelantan?
A.menerima Residen British dan menjadi negeri naungan British
B menerima Penasihat British dan menjadi naungan British
C menjadi negeri yang bebas daripada kuasa British
D menjadi tanah jajahan British


 Kedah
 Perlis
 Kelantan
 Terengganu

45. Mengapakah negeri-negeri di atas menghentikan penghantaran bunga emas ke Siam selepas tahun 1909?
A Telah mendapat kemerdekaan B Menjadi negeri naungan British
C Telah terjalin hubungan diplomatik D Mempunyai pasukan tentera yang kuat

46. Tunku Mahmud telah melakukan pelbagai cara untuk mengekalkan identiti negeri Kedah
Antara usaha-usaha yang dilakukan oleh baginda ialah
I.surat rasmi perlu ditapis II.menggunakan kalender Hijrah
III.meletakkan cuti umum pada hari Jumaat IV.menggunakan bahasa Melayu dalam pentadbiran
A. I dan II B.III dan IV C.II dan III D.I dan IV


47. Penyataan manakah berkaitan dengan negeri Kelantan antara tahun 1910 hingga 1915?
A.British membayar elaun kepada sultan
B Penasihat British ditempatkan di Kelantan
C Mesyauarat Jemaah Menteri diadakan di Golok
D Tergubal perlembagaan Ittiqan-ilmuluk bi-ta’dil ilsuluk

48. Apakah yang dilakukan oleh Penasihat British di Perlis iaitu Kapten Meadowe Frost bagi
mengukuhkan kuasanya?
I. Menggunakan tipu muslihat untuk memujuk raja Perlis
II Memperbaiki sistem pentadbiran dan pemerintahan
III Menubuhkan jabatan-jabatan baru
IV Menguasai jabatan kewangan
A. I dan II B.III dan IV C.II dan III D I dan IV
 Kesan Perjanjian Terengganu-British 1910
 Sultan Zainal Abidin III mengambil langkah untuk memelihara kedaulatan Terengganu

49.Apakah langkah yang telah dilakukan baginda?
A.Menjalinkan perhubungan dengan Siam B Membina kubu pertahanan
C Menggubal perlembagaan D Memajukan ekonomi

50. Penasihat British ditempatkan di Negeri-negeri Melayu Utara
Bagaimanakah reaksi raja-raja di negeri-negeri tersebut ?
A Marah dan menghantar tentera mereka untuk menyingkirkan Penasihat
B Membantah tetapi tidak berupaya untuk menghalangnya
C Menerima dengan hati terbuka demi memodenkan negeri
D Mengadakan hubungan yang baik dengan Kerajaan Siam

PENILAIAN KURIKULUM 2 SEJ

SMK FELCRA BUKIT KEPONG MUAR
UJIAN PENGESANAN SEJARAH TINGKATAN 3
FOKUS TING 2 ( 35 SOALAN ) TING 3 ( 15 SOALAN BAB 2 DAN 3 )

Arahan : Tiap-tiap soalan di bawah diikuti dengan empat jawapan. Pilih jawapan yang tepat bagi setiap soalan.

1. Sejak kurun ke 18, Sultan Muhammad Jiwa telah menghadapi masalah dengan tiga kuasa luar yang mengancam keselamatan negeri Kedah. Ketiga-tiga kuasa luar ini adalah
A. Portugis, Siam dan Acheh B. Siam, Burma dan Bugis
C. Siam, Acheh dan Bugis D. Portugis, Siam dan Bugis

2. Di negeri Kedah telah mengalami masalah politik kerana ada golongan yang tidak puas hati dengan tindakan Sultan Muhammad Jiwa. Apakah faktor utama yang menyebabkan masalah politik ini wujud?
A. Sultan memberikan Pulau Pinang kepada British
B. Sultan melantik Tunku Abdullah sebagai pewarisnya
C. Sultan tidak mahu menghantar bunga emas kepada Siam
D. Sultan enggan menjelaskan hutang orang Bugis.

3. Edward Monckton adalah wakil pertama dari Syarikat Hindia Timur Inggeris yang dihantar untuk berjumpa dengan Sultan Kedah pada 1772 tetapi beliau gagal mencapai matlamatnya. Apakah tujuan utama Edward Monckton berjumpa dengan Sultan Kedah?
A. berunding supaya British dapat menduduki Pulau Pinang
B. membuka sebuah petempatan di Seberang Perai
C. berunding supaya British dapat berdagang dengan bebas di Kedah
D. mendapat peluang untuk membuka petempatan di negeri Kedah

4. Stamford Raffles mendapati Singapura adalah satu pelabuhan yang sesuai untuk dijadikan petempatan oleh British. Bagaimanakah Stamford Raffles berjaya membuka petempatan British di Singapura pada 1819?
A. membeli Singapura dari Sultan Johor
B. melantik Tengku Hussein sebagai Sultan Johor
C. membeli daripada Temenggong Abdul Rahman
D. membuka petempatan di Singapura selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

5. Surat-surat Kew ditandatangani pada 1785 antara Raja Belanda dengan Raja England. Selepas perjanjian ini ditandatangani, British dapat menduduki dua kawasan utama Belanda di kawasan Timur iaitu
I. Riau II. Lingga III. Melaka IV. Jawa
A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV

6. Soalan 6 berdasarkan kenyataan di bawah
 Perdagangan di Negeri-negeri Selat mula dijalankan dalam mata wang India iaitu rupee
 Banduan-banduan dari India dihantar ke Negeri-negeri Selat

Faktor-faktor di atas merupakan beberapa faktor yang menyebabkan pedagang di Negeri-negeri Selat tidak puas hati. Apakah perubahan yang berlaku pada 1867 di Negeri-negeri Selat?
A. Pentadbiran NNS dipindahkan dari India ke London
B. Singapura dijadikan pelabuhan entrepot
C. Pentadbiran NNS diletakkan dibawah kuasa Gabenor NNS
D. Perdagangan di NNS tidak lagi dijalankan dalam mata wang rupee.

7. Di Sungai Ujong, hubungan antara Dato' Kelana dengan Dato' Bandar menjadi tegang pada 1874. Apakah peristiwa yang menyebabkan hubungan mereka merosot ?
A. Dato' Bandar mengadakan hubungan persahabatan dengan British
B. Dato' Kelana mengadakan hubungan persahabatan dengan British
C. Kedua-dua tokoh merebut untuk menguasai daerah Sungai Ujong
D. Dato' Kelana mengadakan hubungan dengan kongsi gelap Hai San

8. Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah ditubuhkan pada 1896. Di manakah pusat pentadbiran bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu ?
A. Kuala Lumpur B. Singapura C. Perak D. Selangor

9. British telah menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 1909. Mengapakah badan ini ditubuhkan?
A. mengembalikan kuasa Sultan-sultan Melayu B. mengurangkan kuasa Residen Jeneral
C. mengurangkan kuasa residen D. memberi peluang pembesar mentadbir

10.Lembah Sungai Sarawak telah menjadi satu kawasan yang terkenal di kalangan pedagang-pedagang dari timur dengan barat sejak kurun ke-13 lagi. Apakah yang menyebabkan pedagang-pedagang tertarik dengan Lembah Sungai Sarawak?
A. strategik dan sesuai dijadikan tempat persinggahan
B. pusat pengumpulan rempah-ratus dari Kepulauan Melayu
C. berhampiran dengan pelabuhan Kuching
D. Pelabuhannya terlindung daripada tiupan angin kencang

11. Sultan Brunei telah menghantar wakilnya iaitu Pangeran Mahkota ke Sarawak untuk mentadbir secara langsung. Mengapakah Sultan Brunei berbuat begitu?
A tidak percaya kepada pembesar-pembesar tempatan Sarawak
B ingin menguasai semua kekayaan yang terdapat di Sarawak
C. ingin mengukuhkan kekuasannnya di Sarawak
D. bercadang untuk memajukan ekonomi Sarawak

12. Keluarga Brooke telah meluaskan empayarnya di Sarawak. Bagaimanakah mereka berjaya menguasai daerah Lawas?
A. menguasai Lawas apabila timbul kekacauan di sana
B. membeli Lawas daripada Sultan Brunei
C. membeli Lawas daripada Syarikat Berpiagam Borneo Utara
D. Pembesar Lawas telah setuju menerima naungan daripada Keluarga Brooke

13. Soalan 13 berdasarkan kenyataan di bawah
 Residen di Negeri-negeri Melayu
 Residen di Sarawak

Jawatan residen wujud di negeri-negeri Melayu dan juga di Sarawak. Apakah persamaan di antara tugas antara kedua-dua pegawai British ini?
A. mewujudkan keamanan
B. memungut cukai daripada penduduk tempatan
C. mengetuai sistem pentadbiran di kawasan masing-masing
D. menyelesaikan semua masalah yang timbul di daerah masing-masing
14. Pada 1881, Alfred Dent berjaya mendapat piagam diraja untuk Persatuan Sementara Borneo Utara daripada kerajaan British di London. Mengapakah piagam diraja ini sangat penting bagi syarikat itu?
A. dibenarkan mengeksploit semua kekayaan di sabah
B. sah menjadi pemilik Sabah
C. menjadikan negeri Sabah naungan kerajaan British
D. Sabah akan dimajukan dari segi ekonomi dn sosial oleh kerajaan British

15. Soalan 15 berdasarkan maklumat di bawah

- Sultan Pahang, Sultan Wan Ahmad tidak mahu menerima seorang Residen British di Pahang tetapi pada 1888, baginda terpaksa menerima seorang Residen
Apakah peristiwa yang menyebabkan Sultan Ahmad terpaksa menerima seorang Residen British pada 1888 ?
A. Kematian Goh Hui di Pekan
B. Permusuhan baginda dengan Raja Mahadi
C. British menggugut akan menjatuhkan baginda daripada kedudukannya
D. Wujud masalah lanun yang tidak dapat dikawal

16. Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah ditubuhkan pada 1881. Apakah kesan terpenting selepas syarikat ini ditubuhkan?
A. Syarikat ini meluaskan kuasanya sehingga ke Sarawak
B. Orang Cina berjaya memonopoli sistem ekonomi Sabah
C. Pengaruh British bertambah luas di Sabah
D. Sultan Sulu hilang sama sekali pengaruhnya di Sabah

17. Pada 1826, Perjanjian Burney ditandatangani di antara British dengan Siam. Apakah kesan daripada perjanjian ini?
A. British dapat berdagang dengan bebas di Bangkok
B. Siam berjanji tidak akan mengenakan sebarang sekatan terhadap perdagangan British di Pulau Pinang
C. Sultan Kedah berjaya mendapat takhta kerajaan baginda
D. British mengiktiraf Kedah sebagi milik kerajaan Siam

18. Terdapat dua perjanjian iaitu Perjanjian Sulit British-Siam 1897 dan Perjanjian Sempadan 1899 yang ditandatangani antara kerajaan British dengan Siam secara sulit. Mengapakah kedua-dua perjanjian ini ditandatangani secara sulit?
A. Siam tidak mahu membuka negerinya kepada kuasa barat yang lain
B. British ingin menyekat kuasa Siam di Negeri-negeri Melayu
C. Siam mahu menjalin hubungan persahabatan dengan British
D. British tidak mahu melanggar dasar tidak campur tangannya di Negeri-negeri Melayu

19. Sultan Abu Bakar adalah sultan Johor yang terkenal kerana baginda telah menjalankan banyak pembaharuan di negerinya. Pembaharuan-pembaharuan yang telah dilakukan oleh baginda adalah
I. Menubuhkan sekolah Inggeris untuk anak golongan bangsawan
II. Menubuhkan bandar Johor Bahru
III. Mewajibkan sistem pendidikan kepada semua rakyat Johor
IV. Menggubal Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV

20. British berjaya menguasai Negeri-negeri Melayu Utara selepas Perjanjian Bangkok 1909 ditandatangani dan British telah melantik Penasihat-penasihat British di Negeri-negeri Melayu Utara . Bagaimanakah Penasihat-penasihat British ini diterima oleh pemerintah Negeri-Negeri Melayu Utara ?

A. Sultan-sultan Melayu tidak menerima Penasihat British
B. Sultan-sultan Melayu tidak mahu mengiktiraf Perjanjian Bangkok
C. Penasihat-penasihat British tidak menghadapi sebarang masalah
D. Pembesar-pembesar Melayu tidak mahu menerima Penasihat-penasihat British

21. Charles Brooke telah menubuhkan Majlis Negeri Sarawak dan persidangan pertamanya diadakan di Bintulu pada 1867. Tujuan utama majlis ini ditubuhkan adalah untuk
A. memberi peluang ketua kaum bumiputera menyuarakan pendapat
B. memberi peluang Charles Brooke berkenalan dengan penduduk tempatan
C. Mengurangkan kuasa pusat dan mengagihkannya kepada kerajaan negeri
D. Memberi peluang keada orang asing menjadi ahli dalam majlis ini

22. British telah berusaha untuk meluaskan kuasanya di Johor. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh British untuk meluaskan pengaruhnya di Johor ?
I. British mencadangkan pembinaan landasan kereta api dari Johor ke Singapura
II. British cuba menyekat Johor daripada menghubungi secara terus dengan kerajaan British di London
III. British memujuk Sultan Abu Bakar mengambil seorang Penasihat Am
IV. British membenarkan Johor berdagang dengan Singapura tanpa sebarang sekatan
A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV

23. Rentap telah menyerang kubu James Brooke di Nangka Skrang apabila beliau dan orang Iban dituduh sebagai lanun. Apakah tindakan seterusnya yang diambil oleh Rentap?
A. Rentap telah membuat pakatan dengan Dato' Abdul Ghapur
B. Rentap telah meminta bantuan daripada Mat salleh
C. Rentap telah mendirikan kubunya di Bukit Sadok
D. Rentap telah mendirikan kubunya di Sungai Selangit

24. Penentangan terhadap British di Pahang telah dimulakan oleh Dato' Bahaman. Apakah sebab utama yang menyebabkan bermulanya Pemberontakan Pahang?
A. Tindakan British yang tidak membenarkan beliau memungut cukai
B. Tindakan British menangkap tiga orang pengikut Dato' Bahaman yang memungut hasil-hasil daripada hutan tanpa pas
C. Tindakan British mendirikan balai polis di Lubok Terua tanpa berbincang dengan Dato' Bahaman
D. Tindakan British mengeluarkan waran menangkap Dato' Bahaman yang dituduh tidak membayar cukai tanah

25. Di Sabah, Mat Salleh telah bangun menentang Syarikat Berpiagam Borneo Utara dari 1894 hingga 1900. Bagaimanakah penentangan Mat Salleh dapat ditamatkan oleh Syarikat?
A. Syarikat berjaya menangkap Mat Salleh dan beliau dibuang negeri ke Singapura
B. Syarikat telah menjatuhkan hukuman mati terhadap Mat Salleh
C. Mat Salleh terbunuh dalam usahanya menentang Syarikat
D. Mat Salleh melarikan diri ke Entabai dan tidak berjaya ditangkap oleh Syarikat

26. Lada hitam, buah pala dan kayu manis merupakan antara tanaman awal yang diusahakan oleh British di Tanah Melayu. Tanaman-tanaman ini telah ditanam secara besar-besaran di
A. Pulau Pinang B. Melaka C. Johor D. Singapura

27. Soalan 27 berdasarkan kenyataan di bawah

 Rancangan Sekatan Stevenson
 Rancangan Getah Antarabangsa


British telah memperkenalkan kedua-dua rancangan ini untuk mengawal harga getah di pasaran dunia. Mengapa Rancangan Getah Antarabangsa berjaya menaikkan harga getah di pasaran dunia ?
A. negara pengeluar getah tidak dibenarkan membuka kawasan baru untuk penanaman getah
B. negara pengeluar getah telah dikenakan kuota dalam mengeksport getah mereka
C. penubuhan Institut Penyelidikan Getah yang berjaya meningkatkan mutu getah asli
D. British tidak membenarkan getah tiruan dijual di pasaran dunia

28. British telah membenarkan penubuhan sekolah Melayu, Cina dan India di Tanah Melayu. Bagaimanakah Undang-undang Buruh dikaitkan dengan sistem pendidikan di Tanah Melayu ?
A. Majikan ladang diwajibkan membina sekolah untuk anak pekerja
B. Hanya buruh yang dapat membaca dan menulis dibenarkan bekerja di Tanah Melayu
C. Buruh yang dibawa dari China dan India harus menduduki satu peperiksaan am kerajaan
D. Majikan harus menyediakan tempat yang khas untuk membina sekolah Cina

29. Idea-idea Kaum Muda yang dianggap terlalu reformis tidak dapat diterima oleh Kaum Tua yang terdiri daripada ulama-ulama kampung. Apakah idea-idea Kaum Muda ?
A. mahu masyarakat menerima budaya-budaya daripada kaum lain
B. mendesak British untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu
C. menyeru masyarakat menerima pendidikan barat supaya dapat memperbaiki nasib
D. menyeru masyarakat meninggalkan amalan kolot yang menjadi penghalang kemajuan

30. Mengapakah Sultan Abu Bakar memperkenalkan Undang-undang Tubuh Negeri Johor pada 1885 ?
A. mengukuhkan kuasa baginda sebagai pemerintah Johor
B. memberi peluang kepada orang Johor membantu baginda dalam pemerintahan
C. memperkembangkan ekonomi negeri Johor
D. mengekalkan kemerdekaan Johor

31. Banyak sekolah Cina telah ditubuhkan di Tanah Melayu sejak awal kurun ke-20. Apakah matlamat utama penubuhan sekolah Cina di Tanah Melayu ?
A. memberi pendidikan yang baik kepada masyarakat Cina
B.menanamkan semangat setia kepada negara China
C. menyebarkan ideologi komunisme
D.membolehkan orang Cina bekerja di Tanah Melayu

32. Pelajar-pelajar dari Tanah Melayu yang belajar di Timur Tengah telah menerbitkan majalah Seruan Azhar dan Pilihan Timur. Tujuan penerbitan majalah ini ialah untuk
A. meningkatkan lagi pengetahuan mereka dalam agama Islam
B. menyebarkan idea penyatuan kaum
C. menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka
D. menitik-beratkan pendidikan Islam dalam masyarakat Melayu

33. Ibrahim Hj. Yaacob, Ahmad Boestaman dan Ishak Hj. Muhammad adalah di antara beberapa tokoh yang terlibat dalam penubuhan satu parti yang bersifat radikal di Tanah Melayu. Mereka terlibat dalam menubuhkan
A. Kesatuan Melayu Muda B. Kesatuan Melayu Singapura
C. Persatuan Melayu Singapura D. Pesaudaraan Sahabat Pena

34. Perang Klang meletus antara Raja Abdullah dengan Raja Mahadi pada 1867. Pilih kenyataan yang betul mengenai perang ini ?
I. Raja Mahadi yang memulakan penentangan terhadap Raja Abdullah
II. Raja Mahadi telah meminta bantuan daripada Sultan Pahang
III. Kongsi gelap Ghee Hin telah membantu Raja Mahadi
IV. Raja Abdullah telah meminta bantuan daripada Sultan Terengganu
A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

35. Apakah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh residen-residen semasa mereka bertugas di Negeri-negeri Melayu ?
I. Mereka tidak diberi sebarang garis panduan dalam menjalankan tugas mereka
II. Mereka tidak boleh memaksa sultan menerima nasihat mereka
III. Kuasa yang diberikan kepada mereka sangat terhad
IV. British tidak mengambil berat tentang kebajikan mereka
A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

36.Pernyataan di bawah menerangkan suasana politik di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua
 Kekalahan Jepun menyebabkan kekosongan politik berlaku di Tanah Melayu
Apakah kuasa yang mengambil kesempatan mengisi kekosongan tersebut ?
A.Bintang Tiga B.Malayan Union
C.Pentadbiran Tentera British D.Parti Kebangsaan Melayu Malaya
37.Senarai di bawah merupakan pertubuhan yang menyokong Malayan Union.
• Angkatan Pemuda Insaf(API)
• Angkatan Wanita Sedar(AWAS)
• Barisan Tani Malaya(BATAS
Pertubuhan tersebut menyokong gagasan Malayan Union kerana ....
A mengekalkan pentadbiran British B.menyatukan sistem pentadbiran
C mengembalikan kuasa raja-raja Melayu D.mengetatkan syarat kewarganegaraan

38. Tokoh-tokoh di bawah terlibat dalam penubuhan Malayan Union
• Frank Swetteham
• George Maxwell
• Richard Winstedt
Apakah peranan tokoh-tokoh di atas terhadap penubuhan Malayan Union?
A. Membantah penubuhan Malayan Union
B. Memaksa sultan menandatangani perjanjian Malayan Union
C. Mendesak British menyatukan Singapura di bawah Malayan Union
D. Meninjau pendapat orang Melayu tentang penubuhan Malayan U

39.Rajah di bawah menujukkan peristiwa penting di Tanah Melayu.
 Tahun Tempat Peristiwa
 1946 Kelantan 10000 orang menunjuk perasaan
 1946 Alor Star 50000 orang berdemonstrasi

Peristiwa tersebut merujuk kepada
A keganasan Bintang Tiga
B kekalahan tentera Jepun
C penentangan terhadap penubuhan Malayan Union
D penentangan terhadap penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

40.Maklumat di bawah berkaitan dengan penentangan terhadap Malayan Union
 “ Orang Melayu dan Raja-raja Melayu telah bersatu
padu menentang gagasan Malayan Union”

Apakah tindakan berani yang diambil oleh mereka bagi menyuarakan penentangan tersebut?
A. Mengadakan rapat umum dan demonstrasi.
B. Menyeru orang Melayu supaya tidak bekerjasama dengan British
C. Melancarkan pemberontakan di seluruh Tanah Melayu.
D. Memulaukan upacara perlantikan Gabenor Malayan Union

41.Maklumat di bawah berkaitan perpaduan Melayu
 Perpaduan orang Melayu telah menggagalkan rancangan Inggeris untuk memperkenalkan Malayan Union.

Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah
A.seperti aur dengan tebing
B.air dicencang tidak akan putus
C.bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
D. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan

42. Maklumat di bawah berkaitan dengan akhbar.
Akhbar memainkan peranan penting dalam menyampaikan pandangan dan penentangan masyarakat dan individu terhadap gagasan Malayan Union
Antara yang berikut, yang manakah akhbar yang terlibat?
I Utusan Melayu II Warta Negara III Berita Harian IV The Time
A. I dan II B.I dan IV C.II dan III D.III dan IV

43. Senarai di bawah berkaitan dengan ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
 • Konsep Raja Berpelembagaan diperkenalkan
 • Syarat kerakyatan diperketatkan
Apakah maksud syarat kerakyatan diperketatkan ?
I Pemohon berusia 21 tahun II Jus soli terbuka kepada Rakyat Raja
III Pemohon wajib fasih berbahasa Inggeris IV Anak angkat pemohon layak menjadi warganegara
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

44. Maklumat di bawah berkaitan dengan cogan kata UMNO
 - hidup Melayu
 - merdeka

Siapakah yang bertanggungjawab mencadangkan perubahan cogan kata UMNO di atas ?
A Dato’ Nik Ahmed Kamil B Syeikh Gharieb Raub
C Zainal Abidin bin Ahmad D Dato’ Panglima Bukit Gantang

45. Mengikut Perlembagaan pentadbiran Malayan Union diketuai oleh….
A. Raja England B. Gabenor British
C. Parlimen British D. Pesuruhjaya Tinggi British


46. MPAJA menguasai Tanah Melayu dengan mudah kerana…
A. kekalahan Jepun B. kekosongan politik
C. masalah kewangan D. perebutan taktha di antara raja.

47. Antara yang berikut, manakah cara penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union?
I.Secara Individu II.Melalui akhbar III.secara kolektif IV.secara rusuhan
A.I, II dan III B.I, III dan IV C.I, II dan IV D.II, III dan IV

48. Apakah tindakan yang diambil oleh Sultan Johor untuk menentang Malayan Union?
A.Menghantar surat kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan
B.Mengadakan rundingan dengan raja-raja Melayu yang lain
C.Meminta semua Raja-raja Melayu memulau majlis pelantikan gabenor Malayan Union
D.Mengarahkan orang Melayu mengadakan kongres kebangsaan

49. Kiai Salleh Karim merupakan seorang tokoh tempatan yang terkenal.
Apakah sumbangan utama beliau?
A.mengatur gerakan menentang Malayan Union
B.menyerang orang Cina di Bandar Batu Pahat.
C.mengetuai tunjuk perasaan semasa lawatan Harold MacMichael
D.mencadangkan penubuhan pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

50. Apakah perjuangan UMNO semasa penubuhannya pada tahun 1946?
A.Memperkasa kemajuan bangsa B. Mendapat kebebasan mentadbir
C. Menyokong kerakyatan terbuka D. Memperjuangkan kemerdekaan

51. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Febuari 1948 bertujuan

I. Mengelak desakan parti politik Melayu radikal
II. Mengelak penentangan orang Cina secara kekerasan
III. British tidak mahu PKM mempengaruhi orang Melayu
IV. British menjalankan dasar dekolonisasi yang disaran oleh PBB
A.I dan II B. I dan IV C.II dan III D. III dan IV

Selasa, 13 April 2010

NOTA SEJ TING 2 : BAB 9

BAB 8 – KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN UNTUK MENGANGKAT MARTABAT BANGSA
- semangat kebangsaan dibangkitkan golongan intelektual melalui akhbar, majalah dan penulisan kreatif
- perjuangan semakin berkesan melalui penubuhan pertubuhan untuk perjuangkan hak dan kepentingan bangsa

8.1 Maksud Semangat Kebangsaan (Teks m/s: 199)
- semangat kebangsaan atau nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia yang mendalam terhadap bangsa dan tanah air
- semangat berjuang menebus maruah bangsa
- semangat inilah mendorong kita berjuang membebaskan negara daripada British untuk membentuk negara merdeka dan berdaulat

8.2 Perkembangan Negara Luar Memberi Inspirasi Perjuangan
(Teks m/s: 199-202)
- awal kurun ke-20 berlaku gerakan kesedaran kebangsaan di Turki, Mesir, Jepun, China, Filipina, India dan Indonesia
- perkembangan ini memberi inspirasi kepada penduduk Tanah Melayu untuk menentang penjajahan British

a) Gerakan Kebangkitan Islam di Timur Tengah
- berlaku akhir kurun ke-19
- kebangkitan dosebabkan kuasa-kuasa Barat memecahbelahkan dan menguasai empayar Islam Turki Uthmaniyah
- pengaruh Barat di Turki mencetuskan Gerakan Pan-Islam iaitu gerakan untuk menyatukan seluruh umat Islam dan menentang penjajahan Barat
- gerakan ini mempengaruhi dan menyatukan umat Islam di negara-negara Timur Tengah, India dan Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu untuk menentang kuasa asing

b) Gerakan Pemulihan Islam Mesir
- gerakan ini turut mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu
- tahun 1882 Mesir dijajah oleh British dan telah mencetuskan Gerakan Islah
- Gerakan Islah atau Gerakan Pemulihan Islam ialah gerakan menyeru orang Islam berpegang kepada ajaran Islam sebenar berdasarkan al-Quran dan Hadis juga menyeru umat Islam supaya bersatu menentang penjajahan Barat di negara Islam
- gerakan ini dipelopori Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh
- pengaruh gerakan ini disebarkan ke Tanah Melayu oleh pelajar yang menuntut di Mesir setelah kembali ke tanah air

c) Perang Rusia-Jepun
- tahun 1905 Jepun berjaya mengalahkan Rusia
- pertama kali dalam sejarah moden sebuah negara Asia berjaya mengalahkan kuasa Eropah
- kejayaan ini menyemarakkan semangat negara-negara Asia lain untuk menentang penjajahan Barat

d) Gerakan Kesedaran Kebangsaan China
- tahun 1911 berlaku Revolusi China yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen
- berjaya menumbangkan kerajaan Manchu dan menubuhkan sebuah negara republik China
- keadaan ini membangkitkan kesedaran rakyat Tanah Melayu untuk menentang British

e) Gerakan Kesedaran Kebangsaan Filipina
- Jose Rizal memimpin perjuangan rakyat Filipina menentang penjajahan Sepanyol
- Menubuhkan Liga Filipina untuk memajukan orang Filipina dan menuntut Sepanyol memberi layanan adil kepada rakyat

f) Gerakan Kesedaran Kebangsaan India
- gerakan dipimpin oleh Mahatma Gandhi
- tujuan untuk membebaskan India daripada penjajahan British

g) Gerakan Kesedaran Kebangsaan Indonesia
- Soekarno menubuhkan Parti Nasional Indonesia untuk membebaskan Indonesia daripada penjajahan Belanda

8.3 Gerakan Islah Mencetuskan Kesedaran Kebangsaan
(Teks m/s: 203-204)

(i) Latar belakang Gerakan Islah di Tanah Melayu
- awal kurun ke-20 semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan pelajar berpendidikan di Universiti al-Azhar, Mesir
- tahun 1925 terdapat 80 orang pelajar dari Tanah Melayu di universiti ini
- mereka terpengaruh dengan idea pemulihan Islam oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh
- sekembali ke Tanah Melayu mereka memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu dan dikenali sebagai ‘Kaum Muda’
- tokoh penting seperti Sheikh Muhammad Thani bin Jalaluddin, Haji Abbas bin Muhammad Taha dan Syed Sheikh Ahmad al-Hadi

(ii) Penyebaran Idea Gerakan Islah
- idea pembaharuan ‘Kaum Muda’ disebarkan melalui majalah ‘Al-Imam’ (pemimpin) yang diterbitkan di Singapura tahun 1906
- tujuan diterbitkan adalah untuk;
“… mengingatkan mereka yang lalai dan menjagakan mereka yang tidur dan menunjukkan mereka yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebaikan …”
- majalah ini memberi kesan besar dalam perkembangan pemikiran orang Melayu
- orang Melayu mula sedar kepentingan pendidikan dan ekonomi mereka
- antara seruan Al-Imam ialah;
- menyeru orang Melayu berpegang kepada al-Quran dan Hadis
- tekankan pentingnya ilmu pengetahuan untuk mencapai kejayaan
- menitikberatkan pengetahuan sejarah kerana banyak iktibar yang boleh dipelajari
- menasihati ibu bapa supaya memberikan pendidikan sempurna kepada anak-anak
- menggesa kaum wanita diberi peluang mendapatkan pendidikan
- mengetepikan adat resam dan kepercayaan karut yang boleh menghalang kemajuan
- tahun 1908 majalah Al-Imam dihentikan penerbitannya dan diteruskan oleh akhbar lain seperti Neracha, Al-Ikhwan, Pengasuh dan Saudara
- Kaum Muda menubuhkan beberapa buah madrasah untuk menyebarkan idea dengan lebih berkesan seperti Madrasah al-Masyhur al-Islamiah di Pulau Pinang, Madrasah al-Diniah Kampung Lalang di Padang Rengas dan Madrasah Il-Ihya Assyariff, Gunung Semanggol di Perak

(iii) Tentangan Gerakan Islah
- idea pembaharuan Kaum Muda ditentang oleh ‘Kaum Tua’ melalui akhbar ‘Suara Benar’ dan ‘Lidah Benar’
- Kaum Tua terdiri daripada golongan ulama’ dan pegawai agama yang tidak menerima idea Islah Kaum Muda
- mereka berpegang kuat kepada adat dan agama Islam
- pertelingkahan antara mereka hanyalah perkara kecil yang tidak melibatkan perkara pokok dalam agama Islam

(iv) Tokoh Pelopor Gerakan Islah di Tanah Melayu

a) Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin
- lahir di Sumatera tahun 1869
- berpendidikan di Makkah dan di Universiti al-Azhar, Mesir
- menerbitkan majalah Al-Imam
- pernah dilantik sebagai Mufti Negeri Perak
b) Haji Abbas Muhammad Taha
- lahir di Singapura tahun 1885
- berpendidikan di Makkah
- pernah dilantik sebagai kadi di kawasan Tanjung Pagar, Singapura
- menerbitkan akhbar Neracha

c) Syed Sheikh al-Hadi
- lahir di Melaka tahun 1862
- mendapat pendidikan agama di Terengganu dan di Pulau Penyengat, Riau
- sering berkunjung ke Makkah dan Mesir
- mendalami idea perjuangan Syeikh Muhammad Abduh
- menerbitkan akhbar Al-Ikhwan dan Saudara

8.4 Intelektual Mematangkan Perjuangan
(Teks m/s: 205-206
- Gerakan Islah menimbulkan kesedaran di kalangan intelektual Melayu
- tahun 1930-an golongan intelektual ini menyemarakkan kesedaran kebangsaan

(i) Golongan Intelektual Pendidikan Melayu
- golongan ini lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim, Perak
- terdiri daripada guru-guru Melayu yang berperanan sebagai pemimpin masyarakat
- MPSI disifatkan sebagai ‘The Cradle of Malay Nationalism’
- Berganding bahu dengan golongan cerdik pandai agama untuk memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan
- Usaha ini menimbulkan kesedaran untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British
- Antara tokoh nasionalis ialah Harun Aminurrashid, Ibrahim Haji Yaacob dan Abdul Hadi Hassan

a) Harun Aminurrashid
- tokoh pejuang kebangsaan lepasan MPSI
- merupakan guru yang bersemangat kebangsaan
- penulis yang aktif mempelopori penulisan puisi bertemakan semangat kebangsaan


b) Abdul Hadi Hassan
- seorang pensyarah MPSI
- sentiasa menanamkan semangat cinta akan bangsa dan negara kepada para pelajarnya

(ii) Golongan Intelektual Pendidikan Inggeris
- berjuang menuntut hak orang Melayu dalam bidang ekonomi, pendidikan dan pentadbiran
- menubuhkan persatuan dan bidang penulisan untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu
- antara tokoh-tokohnya ialah Raja Chulan, Mohammad Eunos Abdullah, Dato’ Onn Jaafar dan Ishak Haji Muhammad

a) Raja Chulan
- mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar
- tahun 1924 dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Persekutuan
- menggesa British meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dan menambah peluang orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan

b) Mohammad Eunos Abdullah
- berpendidikan Inggeris di Raffles Institution, Singapura
- merupakan orang Melayu pertama dilantik sebagai Ahli Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat
- pernah bertugas sebagai Ketua Pengarang akhbar Utusan Melayu dan Lembaga Melayu
- tahun 1926 menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura

c) Dato’ Onn Jaafar
- berpendidikan Inggeris di England dan Kolej Melayu Kuala Kangsar
- pernah menjadi pengarang akhbar Warta Malaya, Lembaga Malaya dan Warta Ahad
- tahun 1936 dilantik sebagai Ahli Tidak Rasmi dalam Majlis Mesyuarat Negeri Johor

8.5 Perjuangan Naionalisme Melalui Mata Pena
(Teks m/s: 207-212)
- akhbar dan majalah merupakan media yang rapat dengan rakyat
- sesuai dijadikan saluran untuk melahirkan kesedaran kebangsaan
- melalui media idea tentang perjuangan kebangsaan dapat disalurkan untuk bacaan semua lapisan masyarakat

(i) Peranan Akhbar dan Majalah Melayu
- tahun 1930-an akhbar Melayu mula menyuarakan isu sosial, kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu
- akhbar berjaya menyemai semangat kebangsaan di kalangan masyarakat Melayu
- melalui serua-seruan akhbar orang Melayu menubuhkan persatuan untuk merintis pergerakan lebih tersusun
- antara peranan akhbar dalam membangkitkan semangat kebangsaan ialah;
- mengkritik dasar British yang tidak menguntungkan orang Melayu
- menyeru orang Melayu bersatu dan menghapuskan semangat kenegerian
- menuntut kedudukan yang lebih baik dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan pendidikan
- antara akhbar yang berpengaruh sebelum Perang Dunia II ialah Warta Malaya (1930-1941) di Singapura, Majlis (1931-1941) di Kuala Lumpur dan Utusan Melayu (1939-1941) diterbitkan di Singapura
- akhbar-akhbar lain ialah;
- Lembaga Melayu (1914-1931) di Singapura
- Pengasuh (1918-1941) di Kota Bharu, Kelantan
- Majalah Guru (1924-1941) di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
- Al-Ikhwan (1926-1931) di Pulau Pinang
- Saudara (1928-1941) di Pulau Pinang
- Fajar Sarawak (1930) di Sarawak

a) Akhbar Warta Malaya
- diterbitkan di Singapura
- pengarang pertamanya ialah Dato’ Onn Jaafar
- menyiarkan tentang keadaan sosioekonomi orang Melayu
- mendesak orang Melayu diberikan lebih banyak jawatan penting dalam perkhidmatan kerajaan

b) Akhbar Majlis
- diterbitkan di Kuala Lumpur
- pengarang pertamanya Abdul Rahim Kajai
- mendedahkan kelemahan dasar British yang mengancam kedudukan orang Melayu
- dianggap akhbar yang berani

c) Akhbar Utusan Melayu
- diterbitkan di Singapura
- pengarang pertamanya Abdul Rahim Kajai
- menggesa orang Melayu meningkatkan taraf ekonomi dan menubuhkan persatuan bagi memperjuangkan nasib bangsa dan tanah air

Tokoh Akhbar Melayu

a) Abdul Rahim Kajai
- seorang nasionalis yang berjuang melalui bidang kewartawanan
- digelar Bapa Kewartawanan Melayu
- menjadi Ketua Pengarang akhbar yang berpengaruh pada zamannya seperti Warta Malaya, Majlis dan Utusan Melayu

(ii)Kegiatan Persuratan di Kalangan Orang Cina dan India

a) Akhbar Orang Cina
- orang Cina terbitkan akhbar sebelum Perang Dunia II
- antaranya akhbar Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan Modern Daily News
- tahun 1881 akhbar Lat Pau diterbitkan
- melaporkan tentang kegiatan sosial dan ekonomi orang Cina di Tanah Melayu
- juga menyiarkan peristiwa yang berlaku di negara China
- terdapat juga akhbar berbahasa Melayu yang diterbitkan oleh masyarakat Cina Peranakan (Baba dan Nyonya)
- antaranya akhbar Surat Khabar Peranakan, Bintang Timor, Khabar Uchapan Baru dan Bintang Pra Pranakan
- tahun 1884 akhbar Bintang Timor diterbitkan dan merupakan satu-satunya akhbar berbahasa Melayu yang berani melaporkan berita pemberontakan Dato’ Bahaman di Pahang
- tahun 1930 diterbitkan akhbar Bintang Pranakan yang membicarakan hal ehwal masyarakat Cina peranakan yang menunjukkan taat setia kepada British sebagai pemerintah Tanah Melayu

b) Akhbar Orang India
- diterbitkan akhbar Ulaga Nesan, Tamil Nesan dan Tamil Murasa
- pada 24 September 1924 akhbar Tamil Nesan diterbitkan di Kuala Lumpur
- melaporkan berita tentang kegiatan sosial dan ekonomi orang India di Tanah Melayu
- juga peristiwa yang berlaku di negara India
- terdapat juga akhbar berbahasa Melayu diterbitkan oleh masyarakat Jawi Peranakan
- antaranya Jawi Peranakan, Sekola Melayu, Taman Pengetahuan dan Tanjung Penagri
- tahun 1888 akhbar Sekola Melayu diterbitkan dan dijadikan bahan rujukan di sekolah Melayu

Kesedaran Kebangsaan Melalui Penulisan Kreatif
- semangat kebangsaan dibangkitkan melalui karya kreatif seperti puisi, novel dan cerpen
- karya kreatif menjadi saluran untuk menyuarakan perjuangan orang Melayu oleh golongan guru, penulis dan wartawan

(i) Penulisan Puisi
- sebelum Perang Dunia II banyak puisi bertemakan semangat kebangsaan dan disiar dalam akhbar dan majalah
- tujuan untuk menyuburkan perasaan cinta akan bangsa dan negara, menyeru rakyat merebut peluang ekonomi dan mempertahan maruah bangsa
- antaranya:
- puisi oleh Harun Aminurrashid seperti Tenaga Kaumku, Mempertahankan Hak Kita dan Perwira Melayu
- Abdul Samad Ahmad menulis puisi Serunai Pujangga, Kapal Tiada Nakhoda dan Hari Kejatuhan Kita
- Muhammad Yusuf Harun menulis puisi Dunia Yang Fana dan Di Lautan Seberang
- puisi lainnya seperti Bangkitlah oleh Omar Mustaffa, Seruan Kebangsaan oleh Melati Pahang, Sedarlah oleh Mahmud Ahmadi dan Di Tengah Segara oleh Muhammad Yasin Maamor


(ii) Penulisan Novel dan Cerpen
- melaluinya kesedaran kebangsaan dapat disampaikan kepada masyarakat lebih berkesan
- karya-karya sastera ini bertemakan semangat perjuangan, nasib bangsa dan semangat cintakan tanah air
- tema ini menimbulkan kesedaran di kalangan orang Melayu
- antara penulis cerpen yang terkenal ialah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dan Shamsuddin Salleh
- cerpen yang terkenal seperti Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai, Rumah Besar Tiang Sebatang oleh Ishak Haji Muhammad, Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang dan Siasat Yang Tiada Diminta oleh Shamsuddin Salleh
- manakala novel pula seperti Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh al-Hadi, Iakah Salmah? Oleh Ahmad Rashid Talu, Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminnurrashid, Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad, Mari Kita Berjuang oleh Abdullah Sidek dan Melati Kota Bahru oleh Abdul Kadir Adabi

8.6 Kesepakatan Menjamin Keutuhan Perjuangan
(Teks m/s: 213-219)

- pertubuhan berperanan penting dalam gerakan kesedaran kebangsaan
- pertubuhan di peringkat awal bersifat kenegerian serta memperjuangkan kepentingan ekonomi dan sosial
- menjadi pendorong kepada kemunculan penubuhan bersifat pertubuhan

(i) Kemunculan Pertubuhan Melayu
- golongan wartawan dan akhbar menimbulkan kesedaran politik orang Melayu dan mendorong menubuhkan pertubuhan untuk perjuangkan hak dan kepentingan mereka
- antaranya;

a) Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
- menjadi peransang kepada pemimpin di negeri-negeri Melayu
- diasaskan tahun 1926 oleh Mohammad Eunos Abdullah
- dianggotai golongan bangsawan, kakitangan kerajaan, wartawan dan peniaga
- tujuan penubuhan adalah untuk;
- menggalakkan ahli berperanan lebih besar dalam politik dan pentadbiran
- perjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang pendidikan
- menjadi wakil Melayu berurusan dengan British bagi hal berkaitan dengan hak dan kepentingan orang Melayu
- akhir tahun 1930-an banyak persatuan bersifat kenegerian ditubuhkan seperti Persatuan Melayu Perak (1937), Persatuan Melayu Pahang (1938), Persatuan Melayu Selangor (1938), Persatuan Melayu Negeri Sembilan (1938), Persatuan Melayu Pulau Pinang (1937) dan Persatuan Melayu Kelantan (1939)
- lain-lain persatuan seperti Persatuan Melayu Melaka (1937), Persatuan Melayu Serawak (1939) dan Persatuan Melayu Johor (1939)
- tujuan penubuhan untuk meningkatkan ekonomi dan sosial orang Melayu
- dianggotai cerdik pandai Melayu yang berpendidikan Inggeris dan berkhidmat dengan British
- perjuangan bersifat sederhana
- menunjukkan taat setia yang kuat kepada Raja-Raja Melayu dan bekerjasama dengan British
- mendesak British memberi lebih banyak peluang kepada orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan

b) Persatuan Melayu Selangor
- dipimpin oleh Tengku Ismail bin Tengku Muhammad Yassin
- memperjuangkan;
- mendesak lebih ramai pegawai Melayu dalam kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
- keanggotaan askar Melayu
- menubuhkan angkatan laut dan udara Tanah Melayu

c) Kongres Melayu Se-Tanah Melayu
- tahun 1939 kongres yang pertama diadakan di Kuala Lumpur
- dianjurkan bersama oleh Kesatuan Melayu Singapura dan Persatuan Melayu Selangor
- tujuan untuk mewujudkan perpaduan kebangsaan di kalangan orang Melayu
- berjaya menghimpunkan wakil daripada semua persatuan Melayu untuk berbincang memajukan bangsa Melayu
- tahun 1940 kongres kedua diadakan di Singapura
- berjaya menarik lebih banyak penyertaan persatuan Melayu termasuk dari Sarawak dan Brunei
- menyarankan semua persatuan Melayu memajukan orang Melayu di negeri masing-masing
- kongres ketiga tidak dapat diadakan kerana Jepun telah menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941

d) Persaudaraan Sahabat Pena
- nama penuhnya ialah Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
- ditubuhkan tahun 1934
- dikendalikan oleh akhbar Saudara yang menyediakan ruangan untuk ahli-ahlinya menulis dan mengemukakan pendapat
- cogan kata mereka ialah ‘Hidup Bahasa Hidup Bangsa’
- menggalakkan ahli-ahlinya dari Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah bertukar pendapat
- tujuan untuk meningkatkan semangat dan kesedaran kebangsaan di kalangan mereka
- pada November 1934 mengadakan persidangan di peringkat kebangsaan yang pertama di Taiping, Perak
- berjaya menghimpunkan ahli dari seluruh Tanah Melayu
- semangat kenegerian dapat dipecahkan dan konsep kebangsaan Melayu mula terbentuk
- persidangan seterusnya diadakan di Pulau Pinang, Singapura, Ipoh dan Seremban

e) Kesatuan Melayu Muda (KMM)
- ditubuhkan tahun 1938 di Kuala Lumpur
- merupakan pertubuhan Melayu bersifat politik yang pertama di Tanah Melayu
- dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob
- pemimpin yang lain seperti Mustapha Hussain dan Ahmad Boestamam
- tujuan untuk menanamkan semangat perpaduan dan kesedaran di kalangan orang Melayu dan mempertahankan hak
- berjuang membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British
- bercita-cita menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia untuk mewujudkan Melayu Raya
- kebanyakan anggotanya terdiri daripada guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)
- perjuangan KMM bercorak radikal kerana mengamalkan dasar tidak bekerjasama dan menyuarakan pertentangan secara terbuka terhadap British
- mengadakan pakatan sulit dengan Jepun untuk menentang British
- akhbar Warta Malaya digunakan untuk membangkitkan perasaan anti British dan memperjuangkan cita-cita KMM
- tahun 1941 Ibrahim Haji Yaacob dan 150 anggota KMM ditangkap oleh British dan dipenjarakan di Singapura
- mereka dibebaskan semasa pendudukan Jepun
- tahun 1942 KMM diharamkan oleh Jepun

(ii)Pertubuhan Orang Cina dan India
- sebelum Perang Dunia II orang Cina dan India di Tanah Melayu lebih menumpukan perhatian kepada keadaan yang berlaku di negara asal
a) Pertubuhan Orang Cina
- awal kurun ke-20 terdapat beberapa pertubuhan orang Cina di Tanah Melayu seperti Hsing Chong Hui dan Chung Ho Tang
- menumpukan perhatian kepada negara China
- terdapat juga orang Cina yang memberi perhatian kepada politik tempatan terutama oleh orang-orang Cina yang lahir di Negeri-Negeri Selat atau Cina Peranakan yang menjadi warganegara British
- tahun 1900 Persatuan Orang Cina Peranakan British telah ditubuhkan oleh orang Cina Peranakan yang berpendidikan Inggeris
- antara tokoh-tokohnya ialah Tan Jiak Kim, Lim Boon Keng, Song Ong Siang dan Seah Liang Seah
- presiden pertama persatuan ini ialah Tan Jiak Kim
- antara pengasas utama persatuan ini ialah Lim Boon Keng
- tujuan penubuhannya untuk melindungi kepentingan orang Cina Peranakan di Negeri-Negeri Selat
- selain itu menggalakkan orang Cina Peranakan memperoleh pendidikan tinggi dan teknikal
- mereka juga menunjukkan taat setia kepada British
- antara tokoh golongan ini ialah Tan Cheng Lock

(i) Tan Cheng Lock
- lahir di Melaka
- berpendidikan Inggeris di Sekolah Tinggi Melaka dan Raffles Institution di Singapura
- tahun 1923-1934 telah dilantik sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat

b) Pertubuhan Orang India
- terpengaruh dengan gerakan kebangsaan di negara asal sebelum Perang Dunia II
- tubuhkan persatuan dengan tujuan melindungi kepentingan orang India di Tanah Melayu
- awal kurun ke-20 golongan cerdik pandai India yang berpendidikan Inggeris menubuhkan persatuan India di bandar-bandar utama seperti Taiping, Kuala Lumpur, Melaka, Klang, Seremban dan Pulau Pinang
- menjadi perintis kepada pembentukan pertubuhan yang menyatukan orang India di Tanah Melayu
- tahun 1039 Persatuan India Pusat Tanah Melayu ditubuhkan
- dipimpin oleh A.M.Soosay
- merupakan gabungan 12 buah persatuan India dan 4 dewan perniagaan India
- tujuan untuk memperjuangkan hak dan kepentingan orang India di Tanah Melayu

NOTA SEJ TING 2 :TOK JANGGUT , HARL

7.10 Tok Janggut Pejuang Jihad
(Teks m/s: 187-189)

(i) Latar belakang
- nama sebenar Haji Mat Hassan bin Munas
- dikenali sebagai Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada
- dilahirkan tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
- mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Makkah
- mahir dalam ilmu persilatan
- menetap di Kampung Nering, Kelantan
- bekerja sebagai petani dan peniaga

(ii)Faktor Penentangan

a) Peraturan Tanah
- Tok Janggut menentang peraturan cukai tahun 1915 yang mewajibkan petani membayar cukai tanah

b) Pengenalan Cukai Yang Membebankan
- petani dikehendaki membayar cukai seperti;
- cukai pokok kelapa berbuah sebanyak 3 sen sepokok
- pokok pinang satu sen sepokok
- sirih 5 sen sejunjung
- kerbau dan lembu sebanyak 20 sen seekor
- peraturan ini membenakan rakyat

c) Perasaan anti-British
- sentimen anti-British meningkat apabila Britain menyerang kerajaan Turki Uthmaniyah semasa Perang Dunia I tahun 1914
- kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam di seluruh dunia berjihad menentang penjajah Barat
- Tok Janggut menyahut seruan menentang British di Pasir Puteh

d) Pembayaran Cukai Yang Menyusahkan
- penduduk tempatan menghadapi masalah membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh di bandar
- Tok Janggut telah beberapa kali pergi untuk membayar cukai tetapi gagal
- mereka yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda
- penduduk tempatan marah kepada British kerana sikap biadab pegawai British

(iii)Peristiwa Penentangan

28 April 1915
- Pegawai Daerah Pasir Puteh menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut kerana gagal membayar cukai
- perbalahan berlaku menyebabkan Sarjan Che Wan mati ditikam oleh Tok Janggut

29 April 1915
- Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Sahak Merbol mengetuai angkatan melancarkan serangan ke atas Pasir Puteh
- mereka menduduki Pasir Puteh selama 3 hari dan mengisytiharkan Pasir Puteh bebas daripada ancaman British
- Ungku Besar Jeram iaitu Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh
- Tok Janggut sebagai Perdana Menteri

9 Mei 1915
- British menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya

23 Mei 1915
- British membakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya kerana enggan menyerah diri
- Tok Janggut bertindak balas menyerang Pasir Puteh

24 Mei 1915
- British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh, Saring
- Tok Janggut terkorban
- mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu kemudian digantung songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama 4 jam
- kemudian dikebumikan di Pasir Pekan

(ii)Kesan Penentangan
- Tok Janggut dan rakan-rakan terkorban sebagai pahlawan yang menentang kuasa penjajah Barat
- semangat juang mereka kebanggaan kita walaupun tewas di tangan British

7.11 Haji Abdul Rahman Limbong Pejuang Tani
(Teks m/s: 290-192)

(i) Latar belakang
- nama sebenar Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid
- dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong kerana beliau sering ke Limbong, Kemaman untuk mengajar agama
- beliau berjuang untuk membela nasib petani yang ditindas
- perjuangannya dikenalsebagai ‘Kebangkitan Tani’ di Terengganu

(ii)Faktor Penentangan

a) Pas Kebenaran Yang Membebankan
- 1921 diperkenalkan Peraturan Tanah Baru
- petani yang ingin membuka tanah dan bercucuk tanam perlu mendapatkan kebenaran dengan bayaran 50 sen
- peraturan yang sama jika menebang pokok dan mengutip hasil hutan seperti daun nipah, buah salak, sagu, rotan dan daun palas
- membebankan hidup petani yang sedia ada miskin

b) Penguatkuasaan Undang-Undang Binatang Buas
- 1923 diperkenalkan Undang-Undang Kawalan Binatang Buas yang melarang penduduk memburu binatang liar
- sesiapa yang ingkar dikenakan denda sebanyak 500 dolar dan senapang mereka akan dirampas

c) Peraturan Tanah Baru
- 1924 peraturan tanah mewajibkan penduduk mendaftar tanah mereka dengan bayaran sebanyak 2.50 sen seorang

d) Pengaruh Pemimpin Agama
- pemimpin agama berperanan penting dalam kebangkitan anti-British di Terengganu
- Haji Abdul Rahman Limbong menegaskan ‘tanah adalah hak Allah dan rakyat bebas mengerjakannya tanpa perlu membayar cukai kepada kerajaan’
- Haji Musa Abdul Ghani menyifatkan peraturan British bertentangan dengan syariah Islam

(iii)Peristiwa Penetangan

Kebangkitan 1922
- petani di Kuala Telemong menentang peraturan baru dengan membersihkan tanah tanpa mengambil pas kebenaran
- British menangkap 43 orang petani dan mendakwa mereka di mahkamah
- Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam
- British gagal mematahkan hujahnya bahawa tanah adalah hak Allah dan bukan hak negeri
- mahkamah menerima hujah tersebut dan membebaskan mereka

Kebangkitan 1925
- seramai 300 - 500 orang petani berkumpul di Kuala Telemong untuk bercucuk tanam
- mereka membersihkan 200 ekar tanah milik Tengku Nik Maimunah dan 400 ekar tanah kerajaan
- tindakan dilakukan kerana British akan memberi konsesi tanah tersebut kepada saudagar Cina
- British mendesak Sultan Sulaiman supaya bertindak terhadap Haji Abdul Rahman Limbong
- Haji Abdul Rahman Limbong menjelaskan kepada sultan bahawa pentadbiran British di daerah Kuala Berang menindas rakyat

Kebangkitan 1928
- British mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas petani-petani yang enggan membayar cukai
- ini menyebabkan seramai 1000 orang petani berhimpun di Marang, Kuala Telemong dan Kuala Berang
- mereka mengisytiharkan perang terhadap British
- mereka menduduki balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang serta mengibarkan bendera merah
- British meminta bantuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
- pertempuran berlaku di Padang Kacong

(iv)Kesan Penentangan
- seramai 12 orang petani terkorban dan semua pemimpin petani termasuk Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap
- tahun 1928 mereka dibicarakan di Kuala Terengganu
- Haji Abdul Rahman Limbong dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah atas tuduhan menghasut dan mencetuskan kebangkitan di Terengganu