CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 12 Disember 2009

latihan

Gariskan perkataan yang anda fikirkan sesuai menggantikan tempat kosong di bawah

1. Dalam makanan ________ bermacam-macam jenis zat galian dan vitamin . ( terkandung / mengandungi / dikandungi / mengandung )
2. Selain _____________ lembu daging , Sudin juga berniaga . ( membela / penternakan / ternakan / keluaran )
3. Negeri Perak ialah __________ bijih timah yang terbesar di Malaysia . ( pengeluaran / pengeluar / mengeluarkan / keluaran )
4. Rimbunan pokok renek di sekeliling rumah Pak Abu _______________ lagi halaman rumahnya . ( cantikkan / mencantikkan / kecantikan / tercantik )
5. Pokok getah _______ untuk mendapatkan susu ( toreh / ditoreh / torehan / penoreh )
6. Pertemuan Zakiah dan Mahani _________ lagi tali persahabatan antara mereka berdua .
( beerat / mengerat / mengeratkan / dierat )
7. Kambing-kambing peliharaan Pak samad __________ rumput dipadang ( diragut / ragutan / ragut / meragut)
8. Bekalan elektrik merupakan sumber kemudahan infrastruktur yang sedang _________ ke kawasan luar bandar . ( berluas / diperluaskan / diperluas / meluas )
9. Di kalangan negara dunia ke tiga , peranan kita sebagai juru cakap negara-negara membangun sudah mula ___________ dan dikagumi . ( dipaerakukan / diakui / diperaku / teraku )
10. Tanggungjawab untuk membina negara ________ atas bahu semua rakyat ( meletak / terletak / diletakkan / diletak )
11. Wanita turut serta _________ tenaga dalam usaha meningkatkan taraf hidup keluarga ( menggembleng / bergembleng / mengembeleng / gembeleng )
12. Bau dari kawasan sampah sarap itu ________ hidung . ( tertusuk / ditusuk / menusuk / tusuk )
13. Tangan ibu berdarah kerana _________ jarum peniti ( mencocok / tercucuk / dicucuk / tercocok )
14. Jangan endah tak endah terhadap nasihat yang _________ oleh bapa kamu . ( diberi / memberi / terberi / diberikan )
15. Dadah digunakan sebagai satu bahan untuk ________ kesakitan .( reda / redakan / meredakan / meredahi )
16. Oleh sebab malas saya sengaja _________ kerja . ( lambat / lambatkan / melambatkan / berlambatkan )
17. Kita sentiasa berdoa agar hasrat kerajaan untuk menjadikan negara ini negara maju akan ___________. ( terlaksana / perlaksanaan / laksana / dilaksanakan )
18. Dia telah _________ untuk melakukan perbuatan pecah amanah itu . ( mendorong / mendorongkan / terdorong / didorongan )
19. Dalam pesta sukan kali ini pasukan merah telah ______________ pasukan lain . ( mendahului / pendahulu / pendahuluan / didahulukan )
20. Mereka yang didapati bersalah akan _________. ( dipecat / dipecah / pemecatan / pemecahan )
21. Tabiat suka membaca harus __________ di kalangan kanak-kanak . ( semai / semaian / disemai / menyemai )
22. _________ jawatan itu menimbulkan kegelisahan kepada orang ramai . ( meletakkan / perletakan / letakkan / diletakkan )
23. Penggambaran filem itu terpaksa ________ kerana hari hujan .( ditangguh / ditangguhkan / tertanguh / penangguhan )
24. Beliau menyaksikan pertandingan bolasepak itu hingga _______ ( tamat / habis / berakhir / terakhir )
25. Kerja ________ kulit lembu memang menyusahkan . ( melapah / menapah / mematah / pelepah )
26. Rohani bekerja sebagai setiausaha tetapi dia juga ________________ penolong pengurus syarikat itu .( menangkap / merangkak / melengkap / merangkap )
27. Akibat menyalahgunakan wang syarikat , Rahim kini ______________ dalam penjara . ( merangkak , memekak / melengkok / merengkok )
28. Semasa kejadian banjir , saya terpaksa ___________ air yang deras itu . ( mengharung / mengharungi/ menyarung / diharungi )
29. Walaupun dirawat di hospital pakar , keadaan Pak Isnin masih tetap tidak ____________. ( mengubah / diubah / berubah / mengubahkan )
30. Pasukan polis ____________ peranan penting dalam menjaga keselamatan negara . ( main / dimainkan / memainkan / dipermainkan )
31. Dia telah __________ pihak-pihak tertentu untuk menyelesaikan masalah itu . ( menjumpai / berjumpa / dijumpakan / menjumpakan )
32. Juruterbang itu melakukan __________ kecemasan kerana enjinnya rosak . ( daratan / pendaratan / darat / mendarat )
33. Ketua pasukan _________ itu sentiasa menyebabkan pasukan lawan iri hati dan benci kepadanya . (sorak / penyorak / sorakan / bersorak )
Program _________ sampah di bandaraya terpaksa dilakukan untuk mengurangkan jumlah sampah . (kelupusan / perlupusan / melupusi / lupus )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan