CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK
Memaparkan catatan dengan label KARANGAN RANSANGAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KARANGAN RANSANGAN. Papar semua catatan

Khamis, 15 September 2016

KARANGAN RANSANGAN

TEKS TINGKATAN 5 – UNIT 4
-          PERPADUAN MENJAMIN KEAMANAN
-          BANDAR DALAM  TAMAN
Bahagian A
[ 30 markah ]
[Masa yang dicadangkan : 45 minit]
Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada  langkah-langkah mengekalkan  perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di negara kita agar dapat menjamin keamanan negara. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah mengekalkan perpaduan kaum.  Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.


LANGKAH MENGEKALKAN PERPADUAN


GOTONG ROYONG

PROGRAM RIMUP DI SEKOLAH


HORMAT MENGHORMATI


RUMAH TERBUKA

KARANGAN RANGSANGAN

UNIT 3 :  PENGANGKUTAN ALAF BARU
KERTAS 1
BAHAGIAN A .
[ 30 markah ]
[Masa dicadangkan : 45 minit]
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah  pengangkutan alaf baru. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan

FAEDAH-FAEDAH PENGANGKUTAN ALAF BARU.







                                                        
                        
  • MUDAH DAN PANTAS
  • MENJIMATKAN KOS
  • MESRA ALAM



 





KARANGAN RANSANGAN

TEMA 2: PENDIDIKAN ALAF INI
Bahagian A.
( 30 Markah )
Masa yang dicadangkan: 45 minit
Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan kejayaan seseorang itu. Huraikan kepentingan ilmu dalam era globalisasi yang semakin mencabar pada masa ini. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KEPENTINGAN ILMU
  • MENGUASAI BIDANG PERNIAGAAN
  • MEMAJUKAN NEGARA
  • MELAHIRKAN MASYARAKAT PROAKTIF
  • MENCIPTA INOVASI BARU


Skema Jawapan:
Pendahuluan – Penguasaan ilmu penting – memberi manfaat – tuntutan zaman.
Isi 1 - boleh mencipta inovasi baru dalam pelbagai bidang kehidupan.
Isi 2 – memajukan negara
Isi 3 - menguasai bidang perniagaan, k-ekonomi
Isi 4 - melahirkan masyarakat yang proaktif
Isi 5 – melahirkan sebuah generasi yang hebat dan mampu bersaing di peringkat global.
Isi 6 - negara dapat melahirkan tenaga pekerja yang mahir dan berkebolehan.
Penutup - Orang yang menguasai ilmu akan menguasai dunia.         

  
Bahagian B.

Dalam usaha kerajaan memartabatkan sistem pendidikan agar bertaraf dunia, sistem pengajaran dan pembelajaran secara maya telah diperkenalkan di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Bincangkan kelebihan-kelebihan pendidikan maya dan usaha-usaha untuk menggalakkan penggunaan pendidikan maya.

Skema Jawapan:
Pendahuluan – Sistem pendidikan maya diperkenalkan atas usaha kerajaan untuk    memartabatkan lagi sistem pendidikan
Isi 1 – membolehkan para pelajar mengikuti tutorial tanpa perlu terikat dengan waktu pembelajaran di dalam kelas.
Isi 2 – dapat menggunakan E-buku yang boleh dimuat turun secara langsung dari alam maya
Isi 3 - membuka peluang untuk para pelajar berinteraksi menggunakan internet dan juga e-mel.
Isi 4 – menaik taraf sekolah dan institut pengajian tinggi
Penutup - Pendidikan  maya memberikan pelbagai kelebihan kepada seluruh lapisan  masyarakat.

           


KARANGAN RANSANGAN

Karangan Bahagian A
Berdasarkan grafi di bawah hurangkan tentang kebaikan mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan di Malaysia.

Kebaikan Mengadakan Rumah Terbuka


  • MENGERATKAN PERPADUAN
  • MENGENALI BUDAYA KAUM LAIN
  • MEMBINA SEMANGAT KERJASAMA




Cadangan isi

Mengeratkan perpaduan

Semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan beramah mesra dengan tetamu yang lain. Jadi, sudah tentu perkara ini akan membolehkan mereka berbual mesra dan saling memahami antara satu sama lain. Oleh itu, di samping menjamu selera, secara tidak langsung perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ini akan dapat dimantapkan. Hal ini bersesuaian dengan pepatah Melayu, iaitu "Tak kenal maka tak cinta".

Mengenali budaya kaum lain

Semasa menghadiri rumah terbuka juga, para tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum akan memahami budaya dan adat resam kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-sama, walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan agama. Sebagai contohnya, orang-orang Cina, India, Iban, Kadazan akan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Jadi, mereka akan dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. Perkara ini sudah tentu akan mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. 

Membina semangat bekerjasama

Semasa membuat persiapan untuk mengadakan rumah terbuka, sekiranya rumah terbuka diadakan di kawasan kejiranan, jiran-jiran boleh membantu menyediakan juadah atau mempersiapkan tempat. Begitu juga semasa menghadiri rumah terbuka, tetamu yang hadir bolehlah membantu tuan rumah memcuci pinggan dan mengemas setelah selesai. Hal ini akan dapat memupuk semangat bekerjasama.

Karangan B
Amalan rumah terbuka banyak membawa kebaikan kepada masyarakat. Namun, banyak belaku pembaziran dalam amalan rumah terbuka ini. Berikan pandangan anda tentang punca-punca berlaku pembaziran ini.
·         Tuan rumah atau penganjur ingin menunjuk-nunjuk
o   Tukar perabut, langsir baru

·         Tuan rumah atau penganjur bimbang makanan tidak mencukupi
o   Menyediakan makanan terlalu banyak tetapi tetamu yang hadir tidak begitu ramai

·         Juadah yang disediakan tidak menepati selera tetamu menyebabkan makanan tidak habis
o   Makanan tradisi sesetengah kaum tidak menepati selera kaum lain seperti tosei yang mungkin tidak digemari oleh sesetang orang Melayu

·         Persediaan-persediaan lain yang mungkin tidak perlu
o   seperti menyewa alat-alat karaoke atau persembahan nyanyian atau tarian singa.

·         Tuan rumah atau penganjur tidak merancang perbelanjaan
o   Tuan rumah atau penganjur tidak membuat anggaran perbelanjaan dengan teliti