CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 5 November 2013

KUNJUNGAN KE 3 JUTA

ALHAMDULILLAH.........
AKHIRNYA BLOG INI MENCAPAI SASARAN 3 JUTA SEBELUM BERAKHIRNYA TAHUN 2013. DALAM USIA SEMUDA INI TENTU BANYAK KEKURANGAN . TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG KE SINI. SALAM HORMAT. RAZAK JOHAR. 6/11/2013 SELAMAT MENJAWAB SPM 2013

Isnin, 7 Oktober 2013

JAWAPAN SEJARAH PMR 2013 PETANG TADI 7/10/2013

Jawapan PMR Sejarah 2013.......... rasanyalah!

ada kekeliruan kepada saya untuk jawapan beberapa soalan. nnti saya kemaskinikan ..... setakat ini yang bertanda merah tu dah ada 2. terima kasih kepada yang melihat jawapan saya. sedang sibuk menjalankan tugas mengawasi peperiksaan PMR 2013. Mungkin ada sedikit pembetulan lagi selepas ini
1.      A
2.      B
3.      A
4.      D
5.      D
6.      A
7.      C
8.      B
9.      D
10.  B
11.  TAK PASTI C ATAU D
12.  A
13.  B
14.  D
15.  A
16.  C
17.  A
18.  D
19.  D
20.  B
21.  C
22.  A
23.  A/ D  TUNGGU
24.  B
25.  A
26.  A
27.  A
28.  B
29.  B
30.  D
31.  A
32.  C
33.  pembetulan ..... 
34.  C
35.  A
36.  B
37.  D
38.  C
39.  A
40.  C
41.  B
42.  B
43.  C
44.  D
45.  D
46.  A
47.  B
48.  A
49.  C/D
50.  D
51.  B
52.  B
53.  C
54.  C
55.  C
56.  B
57.  C
58.  C
59.  B
60.  D


Rabu, 25 September 2013

gerak gempur 1

PANITIA SEJARAH MUAR
GERAK GEMPUR SEJARAH
PRA PMR
2013

Arahan – jawab semua soalan.
1          Senarai tokoh di bawah mempunyai persamaan tentang pengertian Sejarah
·         Ibn Khaldun
·         Herodotus
·         Muhd Yusuof Ibrahaim
Apakah persamaan definisi sejarah menurut pandangan tokoh di atas ?
A.Peristiwa sejarah  ditafsirkan secara berbeza        B.Sejarah mesti mempunyai tarikh
C.Peristiwa yang telah berlaku                                  D.Penyelidikan tentang alam

2          Maklumat di bawah berkaitan kaedah kajian sejarah.
   
Kaedah Arkeologi
·         Menjalankan kajian saintifik
·         Melakukan proses gali cari
Apakah maklumat yang dapat diperoleh daripada kaedah kajian tersebut ?
I          Pentarikhan budaya masyarakat        II         Ketetapan usia bahan kajian
III       Kebenaran kelahiran tokoh                IV       Perbezaan tafsiran fakta sejarah
A         I dan II           B         I dan IV          C         II dan III        D         III dan IV

3.Maklumat  berikut merujuk kepada tapak ekskavasi masyarakat purba di  negara kita.
                                                                                                    
·         Kota tampan, Perak
·         Gua Niah, Serawak
·         Tingkayu , Sabah                                   
            Apakah ciri kehidupan masyarakat di tapak tersebut?
    A     Mencipta barang perhiasan                B         Menggunakan peralatan batu
    C     Mengamalkan aktiviti pertanian        D         Menjalankan kegiatan perdagangan

4          Rajah  berikut merujuk bahagian pentadbiran kepada sebuah kerajaan awal di Asia
             Tenggara. Ciri kerajaan x ialah
·         Pentadbiran diraja
·         Pentadbiran ketenteraan
·         Pentadbiran daerah

            X  ialah kerajaan
   A      Kedah Tua      B         Angkor           C         Chih Tu                  D Srivijaya

5          Senarai di bawah merujuk kepada kerajaan yang menjadi musuh Melaka.
·         Siam
·         Majapahit  
Apakah strategi pemerintah Melaka untuk menghadapi kerajaan tersebut?
    A     Menubuhkan tentera laut                       B    Membina kubu pertahanan
      C   Mengambil askar upahan Jawa              D    Menjalin hubungan dengan China
6.         Apakah peranan Orang Asli dalam membantu Parameswara membangunkan
            Melaka?
A         Menjaga keselamatan                        B        Membekalkan hasil hutan
C         Menjadi pembantu pedagang            D        Memegang jawatan pentadbir

7          Rajah merujuk kepada kemudahan yang disediakan di pelabuhan Melaka

·         Gudang
·         Pengangkutan
·         X
            Apakah X  ?
A         Bekalan makanan                               B         Sistem perhubungan
C         Pinjaman kewangan                           D         Pengawal peribadi

8          Mengapakah Sultan Mahmud Shah  mengarahkan supaya Bendahara Tun Mutahir dibunuh?
A         Bersubahat dengan musuh                 B         Derhaka terhadap sultan
C         Percaya kepada fitnah                        D         Keinginan menguasai perdagangan
                                              
9          Maklumat berikut berkaitan situasi ketenteraan di Melaka pada awal kurun ke-16.
·         Senjata tradisonal
·         Askar tidak terlatih
·         Bergantung kepada askar upahan

            Apakah kesan situasi tersebut ?
A         Kemerosotan Melaka                                     B         Perebutan kuasa antara pembesar
C         Tanah jajahan  membebaskan diri      D         Penabalan putera Sultan Mahmud Shah

10         Jadual berikut  merujuk kepada pusat pentadbiran kerajaan Johor.

Tahun              Pusat Kerajaan
1623 – 1677    Pulau Tembelan / Makam Tauhid
1677 – 1685    Batu Sawar / Riau
1685 - 1699    Kota Tinggi

            Mengapakah pusat pentadbiran sentiasa diubah ?
A         Mewujudkan pelabuhan baru            B         Mengukuhkan peranan sultan
C         Menerima ancaman kuasa luar           D         Menjamin kesejahteraan rakyat

11         Apakah yang menjadi punca kepada tercetusnya  Perang Tiga Segi ?
A         Merampas takhta pemerintahan         B         Mempertahankan agama Islam
C         Menunjukkan kekuatan tentera         D         Menguasai Selat Melaka

12        Mengapakah Kelantan dan Terengganu menghantar bunga emas kepada Siam ?
A         Kaya dengan hasil emas                    B         Tanda persahabatan
C         Mendapat penghormatan                   D         Kalah dalam peperangan



13        Peralatan berikut digunakan oleh masyarakat Melayu dalam menjalankan kegiatan ekonomi.
·         Penyisir
·         Tenggala
·         Pencakar
Peralatan tersebut berkaitan dengan ekonomi
A. perikanan               B. Perdagangan          C. Pertanian      D. Perlombongan

14. Apakah tujuan masyarakat Melanau merayakan Perayaan Kaul?

A.Memperoleh tangkapan yang memuaskan            B. Memohon kemaafaan daripada tuhan
C. ketaatan kepada pemimpin                                   D. nenek moyang dilindungi

15        Rajah berikut menunjukkan kesenian masyarakat Sabah. Ciri tarian X ialah
·         menyambut hari Magavau
·         diiringi pukulan gong

X  ialah
A.Tarian Limbai                                 B Tarian Sumazau
C. Tarian Magunatip                          D Tarian Mangalang

16        Senarai di bawah menunjukkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di Tanah Melayu
Peristiwa
  • Pembukaan Singapura 1819
  • Perjanjian Inggeris – Belanda 1824
  • Penubuhan Negeri-negeri Selat 1826

Apakah kesan peristiwa di atas terhadap British ?
A.   Mewujudkan pangkalan tentera yang besar      
B.   Menjalin hubungan baik dengan Belanda
C.   Menguasai perdagangan rempah di Timur
D.  Menguasai negeri-negeri Melayu

17        Maklumat  di bawah menunjukkan peristiwa yang berlaku semasa Perang Napolean di Eropah pada tahun 1773 – 1814.

  • Perancis menakluki Belanda
  • Raja Belanda menandatangani Surat-surat Kew

            Apakah kesan daripada peristiwa di atas ?
A              Betawi dan Melaka ditabir oleh British secara sementara
B              British membantu Perancis menyerang tanah jajahan Belanda
C              Belanda menyerahkan semua tanah jajahannya kepada Perancis
D              Belanda meminta bantuan ketenteraan daripada kerajaan British

18     Kapal berkuasa wap merupakan ciptaan terpenting berkaitan jalan laut pada abad ke-19.
Apakah kepentingan ciptaan tersebut ?
I         Membawa muatan yang banyak         II        Menjimatkan minyak
III       Mengurangkan kemalangan               IV       Mempercepat perjalanan
A.     I dan II  B.     I dan IV C.     II dan III                       D.     III dan IV
           
19    Apakah faktor yang membawa kepada campur tangan British tersebut ?
·         Campur tangan di Selangor 1874
  I        Pembunuhan warganegara British     II        Rompakan kapal dagang
 III       Serangan rumah api                            IV       Pewarisan takhta
A             I dan II       B             I dan IV      C             II dan III    D             III dan IV
           
20      Perundangan di bawah telah diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar di Johor.
·         Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor
Tindakan Sultan Abu Bakar menggambarkan beliau seorang yang
  A       berpendirian tegas               B       berhemah tinggi
  C       berusaha gigih                     D      berpandangan jauh

21.Lembaga tersebut telah ditubuhkan oleh British dan berhubung terus dengan Pejabat Tanah Jajahan di London.

·         1896    Lembaga Penasihat Johor

Apakah fungsi Lembaga tersebut ?
I. Mengurus hubungan luar                II.  Mengawal ekonomi luar
III.  Menguruskan pembangunan      IV.  Menasihat sultan tentang hal pentadbiran

A           I dan II         B           I dan IV        C          II dan III      D           III dan IV

22.Sistem Pentadbiran di Sarawak
·         Sebelum kurun ke 19 Sarawak ditadbir oleh pembesar tempatan
·         Selepas kurun ke 19 Sarawak ditadbir oleh pembesar Brunei

Jadual di bawah merujuk perubahan sistem pentadbiran yang berlaku di Sarawak sebelum pemerintahan James Brooke
            Mengapakah dasar tersebut berubah ?
A           Sarawak akan membebaskan diri    
B           Menghadkan kemasukan orang Cina
C           Bimbang penguasaan oleh kesultanan Sulu
D           Menguasai kekayaan  bahan mentah

23. Senarai di bawah menunjukkan sistem pentadbiran james Brooke di Sarawak

·         Menasihati Residen
·         Mengetuai ketenteraan
·         Mengutip cukai
·         Menjaga keamanan
Apakah majlis yang melaksanakan tugas-tugas di atas?
A     Majlis Bahagian             B     Majlis Tertinggi
C     Majlis Wilayah               D    Majlis Negeri

·         Kerajaan British telah menganugerahkan piagam kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British
24        Apakah syarat-syarat pemberian piagam tersebut?
I. Menggalakan pajakan tanah untuk pertanian        II. Nasihat kerajaan British mesti dipatuhi
III. Adat resam penduduk tempatan dipelihara        IV.British tidak mencampuri urusan pelantikan pegawai
A. I dan II      B.I dan IV      C. II dan III   D. III dan IV

25        Apakah langkah-langkah yang diambil oleh SBUB untuk menggalakkan penanaman getah di Sabah?  

I.Mengurangkan cukai eksport                      II. Memberi dividen
III. Membawa masuk buruh                          IV.Pembinaan kilang berasaskan getah
A. I dan II      B.I dan IV      C. II dan III   D. III dan IV

26        Apakah langkah yang diambil oleh British bagi menghadapi kemerosotan tanaman tradisional?
A.Membuka lebih banyak tanah                    B.Memperkenalkan tanaman baru   
C. Menyediakan kemudahan pengangkutan D.Menggalakkan penanaman secara kecil-kecilan

27        Apakah faktor-faktor yang membawa perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu?  
I. Perkembangan  industri perkilangan tempatan
II. Perkembangan industri membuat  makanan
III. Pelaburan syarikat-syarikat Eropah
IV. Kejatuhan harga kopi

A. I dan II      B.I dan IV      C. II dan III   D. III dan IV

28       
·         British telah menjalankan dasar dwiekonomi di Tanah Melayu.
Apakah kesan dwiekonomi terhadap orang Melayu?   
I. Ekonomi tradisional terabai                       II. Mewujudkan jurang ekonomi
III. Keperluan tenaga buruh yang ramai       IV.Pengenalan kepada pertanian moden

A. I dan II      B.I dan IV      C. II dan III   D. III dan IV

29        Antara penyataan berikut, yang manakah merupakan faktor penentangan Dato’ Bahaman terhadap British di Pahang?          
I. British yang menghina Sultan Pahang       II. Pembinaan balai polis di Lubuk Terua
III. Kehilangan hak memumungut cukai       IV. Penjualan senjata secara haram

A. I dan II      B.I dan IV      C. II dan III   D. III dan IV

30        Orang Murut dilarang oleh SBUB daripada membuka tanah baru. Apakah kesannya ke atas masyarakat tersebut?     
 A    Berhijrah beramai-ramai ke Kalimantan            B. Kekurangan bahan makanan
C. Meninggalkan cara hidup tradisional                   D. bekerja di ladang-ladang tembakau
31        Apakah kesan daripada pengenalan peraturan-peraturan di bawah di Terengganu?  

  • Undang-undang binatang buas
  • Peraturan tanah baru
  • Keperluan pas membuka tanah

A. Penangkapan pemimpin petani                 B. Mencetuskan Kebangkitan Tani
C. Perisytiharan perang terhadap British       D.Pembersihan tanah kerajaan di Kuala Telemong

32. Al Imam ialah antara akhbar atau  majalah di Tanah Melayu.
Apakah sumbangan terbesar majalah di atas terhadap pemikiran orang Melayu? 

A.Mendesak orang Melayu menerima perubahan
B. Membangkitkan semangat setia kepada negara
C. Mementingkan perpaduan antara kaum
D. Menekankan kepentingan pendidikan dan ekonomi

33    Golongan berikut telah menimbulkan gerakan islah dan menyemarakkan kesedaran kebangsaan  pada   tahun 1930-an di Tanah melayu dalam kalangan orang  Melayu
  • Golongan intelektual berpendidikan Melayu
  • Golongan cerdik pandai agama
      
Apakah peranan golongan di atas ?
         A     Mendirikan sekolah-sekolah Melayu
         B     Memimpin pertubuhan politik radikal
         C     Mengetuai demonstrasi menentang British
         D     Menyedarkan tentang kemajuan orang Melayu

34     KesatuanMelayu Singapura yang telah diasaskan oleh  Muhammad Eunod Abdullah. 
         Apakah matlamat perjuangannya?

 A     Memperjuangkan kemajuan pendidikan         B     Menggalakan politik radikal
C     Mementingkan perpaduan Melayu                    D     Meningkatkan penguasaan ekonomi
      
35        Senarai novel-novel di atas dihasilkan oleh Ishak Haji Muhammad

  • Putera Gunung Tahan
  • Anak Mat Lela Gila

Apakah mesej yang hendak disampaikan oleh beliau melalui novel-novel tersebut?   
I. Mengkritik dasar British                            II. Menghapuskan semangat kenegerian
III. Menyeru penyatuan politik Melayu        IV. Membela nasib bangsa

A. I dan II      B.I dan IV      C. II dan III   D. III dan IV

36     Apakah langkah yang diambil oleh Amerika Syarikat akibat tindakan Jepun tersebut?
1932    Menakluki Manchuria
1937    Memenangi perang China-Jepun Kedua
1940    Menduduki IndoChina

A.Mengebom bandar raya                   B       Mengepung pelabuhan
C Mengenakan sekatan ekonomi         D       Mengisytiharkan Perang Pasifik
        
37        Maklumat di bawah menunjukkan kemenangan tentera Jepun Di Tanah Melayu.
·         Pada 8 Disember 1941, Jepun mendarat di Kota Bharu. Kemudian Tentera Jepun telah dapat menawan seluruh Tanah Melayu daripada kuasa British dalam masa 10 minggu.

Apakah faktor kemenangan tersebut?
I. Tentera British kurang bersemangat          II. Bantuan kaisha Jepun
III. Keberanian tentera Jepun                                   IV. Maklumat perisikan lengkap

A. I dan II      B.I dan IV      C. II dan III   D. III dan IV

38     Pasukan di bawah ditubuhkan oleh Jepun di Tanah Melayu.

·         Pembela Tanah Air ( PETA )

         Apakah tujuan penubuhan pasukan tersebut ?

A      Mengatasi kekurangan pegawai awam             B      Menentang tentera bersekutu
C      Menggiatkan ekonomi                                      D      Menjadi agen dasar penjepunan

39        Kekalahan Jepun menyebabkan kekosongan politik berlaku di Tanah Melayu.
            Apakah kuasa yang mengambil kesempatan mengisi kekosongan tersebut ?

A      Bintang Tiga                             B      Malayan Union
C      Pentadbiran Tentera British      D      Parti Kebangsaan Melayu Malaya

40        Apakah tujuan kongres tersebut diadakan?
·         Tarikh Tempat            Peristiwa
·         1 hingga 4 Mac 1946 Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur         Kongres Melayu

A         Memulau perlantikan Pesuruhjaya Tinggi     B.Mengadakan referendum
C         Menentang Malayan Union                           D.mengemukakan  hak istimewa Melayu

41        Rajah di bawah menunjukkan moto yang digunakan oleh UMNO
           
·         Hidup Melayu – kepada ... Merdeka

            Mengapakah berlaku perubahan moto seperti di atas ?
A         Menarik bangsa lain menyertai penubuhan UMNO
B         Memperjuangkan kemerdekaan dariapada British
C         Mengatasi permusuhan kaum
D         Mewujudkan perpaduan yang lebih erat antara kaum
           

42       Pernyataan di bawah merujuk kepada Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.             

Rancangan Persekutuan merupakan satu kemenangan besar kepada orang-orang Melayu
Apakah peristiwa  yang dapat  dikaitkan dengan kemenangan orang Melayu?
I          Pengenalan sistem Raja Berperlembagaan    II         Pembubaran Malayan Union
III       Pelonggaran syarat kerakyatan                      IV      Pengembalian kuasa residen

 A. I dan II     B.I dan IV      C. II dan III   D. III dan IV

43        Antara berikut pernyataan yang manakah berkaitan dengan fahaman komunis?
           
·         Pengasas        Ajaran
·         Karl Marx     Komunisme
 I         Memperjuangkan masyarakat berdarjat            II     Menyokong golongan imperialis
 III      Memiliknegarakan tanah                                  IV        Menentang golongan feudal

            A. I dan II      B.I dan IV      C. II dan III   D. III dan IV

44     Rajah di bawah merujuk kepada rancangan yang dijalankan di Tanah Melayu pada
         tahun 1950-an.
                 Konsep kawasan hitam dan putih
X              Pelonggaran syarat kerakyatan
                 Pengampunan beramai-ramai     
           X ialah

 A        Rancangan Briggs                  B          Min Yuen
 C        Perang Saraf                           D          Gerakan Kelaparan
45        Apakah tujuan kerajaan Perikatan mencadangkan pengampunan tersebut?
                       
Kerajaan telah menawarkan pengampunan bagi menggalakkan pengganas
komunis menyerah diri.   Sebanyak 40 juta risalah dan 12 juta pas pengampunan
telah diedarkan dalam bahasa Cina, Melayu dan Tamil.

           I       Menjamin keamanan negara             II     Mengehadkan keahlian parti
          II      Mempercepatkan kemerdekaan         IV      Mewujudkan perpaduan kaum
        A. I dan II          B.I dan IV      C. II dan III   D. III dan IV

46        Jadual di atas menunjukkan peningkatan belanjawan pertahanan Tanah Melayu antara tahun 1948 dengan tahun 1953.

Tahun                          Belanjawan
1948                            $82 juta
1953                            $296 juta
Apakah faktor yang menyebabkan peningkatan belanjawan tersebut?
 A        Mengehadkan kemasukan imigran
 B        Membangunkan kawasan luar bandar
 C        Membenteras kegiatan pengganas komunis
 D        Memberi peluang pekerjaan kepada penduduk

47.Jadual di bawah merujuk kepada persefahaman yang telah dicapai

·         Tahun              Peristiwa
·         1954    Menteri Besar, pihak British dan Parti Negara telah mengadakan Konferensi Nasional
Apakah tujuan konferensi tersebut?
A         Membangunkan ekonomi Tanah Melayu    B           Membincangkan tarikh pilihanraya
C         Menetapkan tarikh kemerdekaan                  D         Melahirkan kerjasama politik

48      Pernyataan di bawah berkaitan dengan laporan pelajaran di Tanah Melayu.

Pendidikan sekolah rendah diwajibkan
Sekolah rendah menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Sekolah menengah menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

Apakah laporan yang dimaksudkan
A         Laporan Barnes 1951                  B       Laporan Razak 1956
C         Laporan Fenn-Wu 1951              D    Ordinan Pelajaran 1952

48.Jadual di bawah merujuk kepada persefahaman yang telah dicapai

Tahun              Peristiwa
1954    Menteri Besar, pihak British dan Parti Negara telah mengadakan Konferensi Nasional

Apakah tujuan konferensi tersebut?
A         Membangunkan ekonomi Tanah Melayu    B           Membincangkan tarikh pilihanraya
C         Menetapkan tarikh kemerdekaan                  D         Melahirkan kerjasama politik
           
49.Pernyataan  di bawah merujuk kepada manifesto Parti Perikatan.

Parti Perikatan telah mengeluarkan manifesto bagi meraih sokongan dalam pilih raya Majlis Perundangan Persekutuan

Apakah perkara yang terkandung dalam manifesto tersebut ?
A         Melindungi hak-hak raja Melayu
B         Menyokong penguasaan British di Tanah Melayu
C         Bekerjasama dengan British dalam sistem pentadbiran
D         Bergabung dengan Indonesia membentuk Melayu Raya

50.Rajah di bawah merujuk kepada rombongan  ke London.   

Tahun              Peristiwa
1956                Rombongan Merdeka
Apakah tujuan utama rombongan tersebut ?
A         Menuntut supaya pilihan raya umum diadakan
B         Meminta pertambahan kerusi Parti Perikatan dalam Sistem Ahli
C         Membincangkan kemerdekaan Tanah Melayu dengan pihak British
D         Menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka

51.Pernyataan di bawah merujuk kepada pengisytiharan kemerdekaan.Persekutuan Tanah Melayu.
Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu sekembalinya daripada rombongan ke London
Di manakah peristiwa tersebut berlangsung ?
A         Stadium Negara, Kuala Lumpur        B         Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
C         Padang Kota Lama , Pulau Pinang    D         Padang Bandar Hilir, Melaka 

52        Apakah intipati yang terdapat di dalam Pemasyhuran Kemerdekaan ?

I. Perlembagaan Persekutuan berkuatkuasa pada 31 Ogos 1957
II. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan bersyarat
III. Pengabungan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan
IV. Penguasaan Ratu England ke atas Negeri-Negeri Selat terbatal

A. I dan II      B.I dan IV      C. II dan III   D. III dan IV
           
53. Peristiwa di bawah merujuk kepada tindakan yang dilakukan oleh Charles Vyner Brooke terhadap negeri Sarawak dan penduduknya

Perkara            Tarikh
Peristiwa X     8 Februari 1946
 Apakah  X?

A.  Penyerahan Sarawak kepada kerajaan British  
B. Penyerahan Sarawak kepada Majlis Tertinggi
C. Meluluskan Undang-undang Penyerahan Sarawak
D. Mendapatkan tandatangan pemimpin tempatan

54     Pertubuhan di atas telah ditubuhkan di Sarawak awal abad ke-20.   Mengapakah pertubuhan   tersebut menentang penyerahan Sarawak kepada British?

                                   Pertubuhan di Sarawak
•          Barisan Pemuda Sarawak
•          Persatuan Dayak Sarawak
•          Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak

         I        Pemimpin bukan tempatan tidak diajak berunding
         II      British enggan memperbaiki taraf ekonomi Sarawak
         III     Penyerahan Sarawak bertentangan dengan Perlembagaan 1941
         IV      British enggan menabalkan Anthony Brooke sebagai Raja Sarawak

A  I dan II      B.  I dan IV                C.  II dan III  D.    III dan IV

55     Antara berikut yang manakah menerangkan tentang Kumpulan Rukun Tiga Belas?
         I       Menentang British secara gerila
         II     Kumpulan antipenyerahan Sarawak
         III    Dianggotai oleh Pergerakan Pemuda Melayu Sibu
         IV    Mendapat sokong penduduk Sarawak
A  I dan II      B.  I dan IV                C.  II dan III  D.    III dan IV

56     Antara berikut yang manakah sebab Sabah diserahkan kepada British?
         I Menjamin keselamatan British        II      Menghadapi masalah kewangan
        III    Desakan kesultanan Sulu          IV    Eksploitasi sumber bahan mentah

A         I dan II                       B.I dan IV      C. II dan III               D. III dan IV

57        Apakah cadangan Tunku Abdul Rahman di Hotel Adelphi, Singapura pada tahun 1961?
A         Pembentukan Parti Perikatan
B         Penubuhan Gagasan Malaysia
C         Pembentukan Suruhanjaya Cobbold
D         Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka

58     Apakah tugas Jawatan Kuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ?

 A        Menghapuskan pengaruh komunis
 B        Meninjau tindak balas rakyat tentang pembentukan Malaysia
 C        Mengadakan rundingan ke arah melahirkan gagasan Malaysia 
 D        Mengadakan rundingan untuk mewujudkan perpaduan Malaysia

59     Mengapakah kerajaan Singapura bertindak sedemikian?

Tarikh                          Peristiwa
1 September 1962      Referendum

A    Mendapat sokongan rakyat                    B    Merangka perlembagaan baru
C    Membentuk persekutuan Malaysia         D    Menambah ahli Parlimen  Singapura

60   Petikan di bawah menjelaskan tindakan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana 
       Menteri Malaysia.

Kita terpaksa mengeluarkan Singapura daripada Malaysia dan inilah saat yang sungguh bersejarah kerana sungguhpun kita berasa sedih dan dukacita kerana satu negeri terpaksa keluar….  
                                                                                   Tunku Abdul Rahman
            
   Mengapa tindakan di atas dianggap wajar ?

A.Menghapuskan pengaruh komunis                        B.Memenangi pilihan raya  
C.Menjamin perpaduan kaum                       D.Menamatkan pemberontakan rakyat


SOALAN TAMAT





SKEMA PEMARKAHAN

No Soalan       Jawapan          M/S     No Soalan       Jawapan          M/S
1          C         1          31        B         190
2          A         12        32        D         205
3          B         22        33        D         213
4          D         38        34        A         213
5          D         51        35        B         212
6          B         52        36        C         4
7          A         64        37        D         14
8          C         92        38        B         30
9          A         92        39        A         46
10        C         103      40        C         60
11        D         107      41        B         72
12        B         123      42        A         75
13        B         151      43        D         87
14        A         185      44        C         99-101
15        C         198      45        B         102
16        D         13-22   46        C         110
17        A         13        47        D         123
18        B         31        48        A         129
19        C         37        49        A         139
20        D         66        50        C         149
21        B         69        51        D         152
22        D         77        52        B         166
23        A         84        53        A         176
24        C         104      54        D         178
25        C         112      55        C         183
26        B         128      56        B         189
27        D         130-131          57        B         202
28        A         141      58        D         203
29        C         179      59        A         207
30        A         185      60        C         228