CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK
Memaparkan catatan dengan label KOMSAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KOMSAS. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Disember 2009

plot

Berdasarkan novel yang disenaraikan huraikan plot cerita dari permulaan , perkembangan , klimaks dan peleraiannya.

Dalam novel Anak Din Biola , kisahnya dimulakan dengan penulis menceritakan tentang watak Budiman , Chong dan Chandra yang tinggal di rumah anak yatim iaitu Rumah Bonda. Budiman pula menerima undangan ke majlis pengurniaan pingat bagi mewakili arwah ayahnya . Bapa Budiman dianugerahkan dengan Pingat Jasa Kebaktian dalam majlis itu kelak.

Perkembangan novel ini digambarkan oleh penulis dengan peristiwa Budiman terserempak dengan Pak Mat Tukang Masak pada waktu malam di belakang dapur sedang membawa sebuah biola. Pada malam-malam seterusnya dia juga bertembung dengan Pak Mat Tukang Masak menjunjung sebuah kotak di belakang dapur. Pak Mat Tukang Masak memarahi mereka dan mengugut untuk melaporkan kepada Pak Jais bahawa mereka bertiga mahu mencuri.
Perkembangan novel seterusnya mengenai Pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya akan diadakan. Namun begitu usaha Budiman , Chong dan Chandra mencari wang untuk membeli sebuah biola menemui kegagalan.Budiman terpaksa meminta bantuan Pak Wan Busu dan Datin Sri Norbayu untuk belajar bermain biola dan menyertai pertandingan itu.
Klimaks novel ini ialah peristiwa pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya. Daripada 15 peserta Budiman menjadi johan dalam pertandingan ini.

Cerita ini diakhiri dengan Budiman membantu Datin Sri Norbayu mengajar kanak-kanak di sekolah muziknya. Budiman juga melanjutkan pelajaran ke Tokyo tidak lama selepas itu .Chong tinggal dengan keluarga Linda. Linda menjual barang kraf tangan. Chandra bekerja di klinik bapa saudaranya sambil belajar. Pak Mat Tukang Masak ditangkap dan dipenjarakan atas kesalahan mengedar dadah.

latar

Berdasarkan novel yang anda kaji ,huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut .
Cara jawapan .
Novel yang saya kaji ialah novel Anak Din Biola . Latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Ini diperlihatkan oleh watak Budiman , Chong dan Chandra yang datang daripada pelbagai latar belakang kaum , bahasa dan budaya yang berbeza. Walaupun mereka berlainan bangsa tetapi mereka masih dapat berkawan / bersahabat baik semasa tinggal di Rumah Bonda .Mereka saling membantu , menyayangi dan memiliki semangat setia kawan yang tinggi. Bapa saudara Chandra yang ingin membantu Pak Wan Busu dan Linda dengan melakukan pembedahan mata juga membuktikan sikap saling membantu dalam masyarakat majmuk.

Dalam ADB juga diperlihatkan latar masyarakat golongan anak yatim . Budiman , Chong dan Chandra merupakan sebahagian daripada anak-anak yatim piatu yang tinggal di Rumah Bonda .Mereka tinggal , makan dan hidup bersama di situ dengan penuh kasih sayang di bawah jagaan Datin Siti Nor Bayu.
Latar masyarakat seterusnya yang terdapat dalam ADB ialah ( IU ) golongan yang terlibat dalam kegiatan penyelewengan dan jenayah. ( H )Pak Mat Tukang Masak dan pemandu van terlibat dengan kegiatan jenayah selain tidak amanah terhadap tanggungjawab yang diberi. Pak Mat Tukang Masak bukan sahaja menyeludup dan menjual barangan anak-anak yatim Rumah Bonda malah terlibat dengan pengedaran dadah.

nota

NOVEL


Pengenalan

- Bahagian D meminta calon menjawab soalan yang berkaitan dengan novel
wajib bagi setiap zon.
- Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan D ialah 10 minit.
- Hanya satu soalan novel yang dikemukakan.
- Setiap calon wajib menjawab soalan tersebut dan tiada pilihan soalan
lain.
- Calon mesti mengkaji tiga buah novel, sebuah dari tingkatan satu, sebuah
dari tingkatan dua dan sebuah dari tingkatan tiga.
- Soalan perbandingan antara dua buah novel juga mungkin dikemukakan.
- Markah maksimum ialah 10 markah


Teknik Menjawab

- Baca soalan sekurang-kurangnya dua kali untuk memahami kehendak soalan.
- Kemudian, rangka isi jawapan berdasarkan kehendak soalan.
- Jawapan mesti ditulis dalam bentuk perenggan.
- Jawapan dalam bentuk isi-isi penting atau nota ringkas tidak
dibenarkan.
- Jawapan mesti ditulis dalam ayat yang lengkap.
- Setiap jawapan yang diberi mesti mengandungi sekurang-kurangnya tiga isi.
- Setiap isi perlu dihuraikan dengan
a. Pernyataan
b. Huraian, dan
c. Contoh
- Panjang jawapan sekitar 80 hingga 120 patah perkataan.
- Soalan bahagian ini adalah berdasarkan novel-novel yang dikaji mengikut zon
masing-masing.

- Antara aspek yang disoal adalah dari aspek-aspek sasteranya seperti sinopsis, tema, persoalan, perwatakan, plot, latar, gaya bahasa, nilai, dan pengajaran.

- Selain itu, pelajar juga mesti mengelakkan daripada melakukan banyak kesalahan dari aspek tatabahasa dan ejaan, kerana terdapat markah untuk bahasa dalam soalan ini.

- Jika ada masa, tulislah sebanyak mungkin isi kerana isi yang salah tidak
akan ditolak markah, manakala isi yang betul akan diberikan markah.

Contoh

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji sama
ada di Tingkatan 1,Tingkiatan 2, atau Tingkatan 3 seperti senarai di bawah.

1. Meniti Kaca (Raja Sabarudin Raja Abdullah)
2. Anak Din Biola (Maaruf Mahmud)
3. Aku Anak Timur (Siti Aminah Hj. Yusuf)
4. Limpahan Darah di Sungai Semur (Zakaria Salleh)
5. Pahlawan Pasir Salak (Mohd. Ismail Sarbini)
6. Tragedi Empat Disember (Dzul Karnain Ithnain)
7. Timulawak Kapal Perang (Azmah Nordin)
8. Kapten Hassan Wira Bangsa Harun Johari)
9. Panas Salju (Talib Samad)
10. Merdeka! Merdeka! (A Rahman Hanafiah)
11. Ekspedisi (Mohd. Ghazali Tocheh)
12. Kanang Cerita Seorang Pahlawan (Maznan Nordin)


Apakah yang dimaksudkan dengan teknik plot? Terangkan dua teknik plot yang
digunakan dalam novel yang anda kaji.


Contoh Jawapan


Novel yang saya kaji ialah Novel Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain Ithnain. Terdapat teknik plot dalam novel tersebut. Teknik plot bermaksud cara pengarang menulis sesebuah cerita. Antara teknik yang digunakan oleh pengarang adalah seperti teknik dialog iaitu ucapan atau kata-kata yang diucapkan oleh watak. Teknik pemerian pula disampaikan secara langsung oleh pengarang kepada pembaca dengan tujuan memberi gambaran sebenar. Teknik imbas kembali pula adalah penyusunan cerita yang meminta watak mengimbau kembali masa lalu dan hal ini memberi keyakinan kepada pembaca. Teknik lain ialah seperti teknik suspens, teknik monolog dalaman, teknik kejutan dan juga teknik imbas muka.



Dua teknik plot yang digunakan dalam Novel Tragedi Empat Disember ialah Teknik Monolog Dalaman dan Teknik Imbas Muka. Dalam novel ini Teknik Monolog dalaman yang digunakan adalah percakapan dalam diri watak utama iaitu Azam. Percakapan ini dapat dilihat melalui gerak hati dan biasanya penggunaan monolog dalaman menggambarkan gejolak batin dan fikiran watak. Contohnya, Azam resag dengan tiba-tiba sahaja. Entah mengapa hatinya berdebar. Hatinya tertanya-tanya – milik syarikat penerbangan manakah kapal terbang itu? Milik syarikat luar negara atau milik syarikat tempatan?



Teknik imbas muka pula disampaikan melalui proses khayalan, mimpi, renungan, ramalan, kata-kata kiasan atau sindirian. Dalam novel ini teknik ini digunakan ketika Azam mengingat kembali peristiwa ketika di Jeti. Contohnya, “Jika berlaku sesuatu kemalangan, kita boleh berenang ke tepi. Kalau terlalu jauh ke tengah, kita boleh mati lemas.” Begitulah kata Azam ketika mereka akan bertolak dari pangkalan di Pantai Lido pagi tadi.



Demikianlah dua teknik plot yang terdapat dalam Novel Tragedi Empat Disember. Teknik tersebut memberikan kesan yang sungguh mendalam.

Selasa, 3 November 2009

senarai istilah komsas

Senarai istilah sastera Melayu

Aliterasi – pengulangan bunyi atau huruf konsonan dalam baris puisi ( biasanya huruf k,m,n,t ,r )
Asonansi – pengulangan bunyi huruf vocal dalam baris puisi ( a,e,i,o,u )
Anafora – pengulangan sesuatu kata atau frasa pada permulaan ayat/ puisi
Balada – lagu atau puisi panjang yang mengisahkan cerita yang romantis atau sentimental
Dialog – pertuturan watak dalam drama / fiksyen /cerita
Perwatakan – sifat-sifat watak dalam karya sastera yang digambarkan oleh pengarang melalui kelakuan ,tindakan , percakapan , pendapat orang lain terhadap watak
Simile- bahasa kiasan yang menggunakan kata-kata perbandingan seperti , seumpama, macam, bagai,bak,
Sinopsis- ringkasan sesebuah cerita yang menjelaskan gambaran keseluruhan cerita

sinopsis Kanang Cerita Seorang Pahlawan

Kanang Cerita seorang pahlawan

Ia mengisahkan kehidupan seorang perajurit iaitu Kanak anak Langkau. K yang berbangsa Iban dan beragama pagan. Dia dilahirkan di Karangan Manok Nanga Meluan di Sarawak. Ketika kecil ibu bapanya berpisah dan dia telah dihalau dari rumah kerana terlalu nakal. Kemudian dia dipelihara oleh datuk dan neneknya.
Kanang bersekolah hingga darjah tida di sekolah Local Autority . selepas itu dia melakukan pelbagai kerja seperti menjadi tukang masak ,penoreh getah dan mengangkut penumpang dengan menggunakan perahu penambang/ berenjin. Pada 1962 dia berjaya dalam temuduga dan diterima menjadi tentera sebagai Iban Tracker
Kanang berkahwin dengan Helen Latai anak Intie dan dikurniakan 6 orang anak. Kanang meneruskan khidmatnya dengan rejimen Ranger dan seterusnya dilantik sebagai eskot. Pada 1966 pangkatnya ialah Lans Kopral. Pada 1973 dia berpindah ke Kem Terendak Melaka dan berkhidmat dalam Bataloin ke lapan rejimen renjer. Di sana dia menjadi ketua seksyen.
Ketika menyertai Gerakan setia 8/79 di hutan Korbu di Perak dia telah emndapat cedera parah ketika bertempur dengan tentera komunis. Akibatnya dia tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke hospital . Dia terlantar di wad hospital selama setahun. Banyak orang yang menyangka bahawa dia tidak akan hidup lama tetapi umurnya masih panjang. Pada 1980 Kanang dianugerahkan pingat Panglima Gagah Berani sebagai mengenang jasa dan pengorbanannya menentang pengganas komunis. Pada 1981 dia dikurniakan bintang keberanian Seri Pahlawan Gagah Perkasa.
Kanang meneruskan khidmatnya sebagai jurulatih di sekolah tempur Pegawai Muda. Setelah itu dia dinaikkan pangkat kepada Staf Sarjan dan seterusnya menjadi Kuartermaster Sarjan. Pada 1982 dia dilantik kejawatan Pegawai Waran II dan PW I pada 1985. Kanang bersara pada tahun 1986. Selepas bersara dia dianugerahkan Bintara Bintang Sarawak oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasa-jasanya.

sinopsis Tragedi empat disember

Novel – Tragedi Empat Disember

Kamarul Azam meminta kebenaran daripada ayahnya iaitu encik Razali dan ibunya Puan Khatijah untuk mengikuti perkhemahan di Tanjung Pangku , Johor. Dia dan beberapa orang kawannya anggota pengakap sekolah serta pandu puteri mengikuti perkhemahan itu untuk mengambil Ujian kelas pertama. Kebetulan pada hari itu ER akan mengiringi Menteri Pertanian sebagai wartawan kehormat dalam lawatan ke negeri-negeri di utara semenanjung.. Malangnya kapal terbang yang dinaiki oleh ER telah dirampas oleh pengganas. Bersama dalam penumpang itu ialah 93 orang penumpang dan 7 orang kakitangan.
Semasa aktiviti perkhemahan Azam melihat kejadian kapal terbang meletup di udara. Dia tidak tahu bahawa ayahnya turut berada di dalam kapal terbang tersebut. Azam dan Razi yang pergi ke tempat kapal terbang terhempas itu telah diculik oleh beberapa orang lelaki bersenjata yang dipercayai perampas kapal terbang tersebut. Mereka membawa Azam dan Razi ke tengah laut lalu membiarkan motobot mereka karam. Azam dan Razi hanyut di tengah laut hingga pengsan. Mereka kemudiannya diselamatkan oleh Pak Widodo seorang nelayan dari Pulau Ransang , Sumatera Timur. Dengan bantuan Antik , anak PW mereka berjaya pulang ke Johor . Azam dapat memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah ayahnya . Azam berharap agar penjenayah yang merancang rampasan itu akan segera ditangkap.

sinopsis Anak Din Biola

Novel ini mengisahkan kehidupan penghuni rumah anak yatim bernama Rumah Bonda di Bandar. Ianya didiami oleh kanak-kanak daripada pelbagai kaum dan peringkat umur.Rumah ini diuruskan oleh seorang penguasa bernama Pak Jais.PJ dibantu oleh seorang tukang jahit bernama Pak Man Tukang Jahit dan beberapa tukang masak yang diketuai oleh Pak Mat Tukang Masak.
Salah seorang penghuni RB ialah Budiman . Dia berumur 14 tahun.Dia memiliki bakat bermain alat muzik biola. Mengikut ceritanya Budiman mewarisi bakat ayahnya Budin atau Din Biola yang terkenal di kota dan mempunyai ramai peminat.
Pada satu hari Budiman telah mewakili bapanya menerima pingat iaitu Pingat Jasa Kebaktian (PJK )daripada sultan sebagai menghargai sumbangan arwah bapanya yang mengharumkan nama Negara khususnya dalam bidang muzik. Semasa memberi pingat tersebut sultan menasihatkan agar Budiman berusaha bersungguh-sungguh dan menjadi seperti ayahnya seorang penggesek biola terkenal.
Selepas itu minat Budiman dalam permainan biola bertambah. Dia berazam untuk menjadi terkenal seperti ayahnya. Mulai saat itu dia mempelajari dan mendalami teknik bermain biola. Azamnya disokong oleh PJ dan kawannya Chong dan Chandran. Mereka sanggup menolong Budiman mencapai cita-citanya . Budiman seterusnya mendapat undangan bermain biola di beberapa majlis keramaian.
Pada suatu hari Budiman mendaftar untuk menyertai satu pertandingan Bintang Biola Remaja . Dengan bantuan PJ dia mendapat peluang belajar bermain biola daripada sebuah sekolah muzik milik Datin Siti Norbayu. Sekolah itu bernama Sekolah Muzik Lagu Bayu. Selain itu Budiman juga mendapat pertolongan daripada murid arwah ayahnya iaitu Pak Wan Busu iaitu seorang buta yang tinggal berdekatan dengan Rumah Bonda.
Berkat kegigihan tanpa mengenal jemu dan semangat tinggi yntuk mengharumkan namanya , akhirnya Budiman berjaya menjadi juara dalam pertandingan itu.Dia mengharumkan nama RB dan mendapat pengiktirafan sebagai seorang bintang biola daripada baginda sultan .

Tema
- ialah mengenai kegigihan dan semangat juang seorang remaja untuk mencapai cita-cita.

Persoalan
- masalah kemiskinan – kemiskinan boleh menyebabkan cita-cita seseorang itu tidak kesampaian ( Budiman hamper mengemis kerana mencari wang untuk membeli biola untuk menyertai pertandingan biola)
- kemiskinan menyebabkan seseorang dipandang rendah oleh orang lain ( pertandingan biola disertai oleh peserta daripada golongan berada hinggakan Budiman didesak untuk menarik diri daripada pertandingan itu kerana dia miskin )

Watak
Budiman
- nama – Budiman bin Baharudin
- berumur 14 tahun
- anak yatim piatu / tinggal di asrama Rumah Bonda
- memiliki keistimewaan semulajadi /pandai bermain biola
- rajin dan bersemangat – mahu mendalami cara permainan biola
- sangat berminat dengan bunyi biola – suka mendengar gesekan biola Pak Wan Busu

Pak Mat Tukang Masak
- semua kanak-kanak di asrama itu takutkannya kerana sifatnya yg garang dan panas baran
- banyak membuat perbuatan negative seperti tidak amanah , menyeludup barang , mengedar ganja
- memberi kesan tidak baik kepada anak-anak yatim di rumah bonda – hampir kelaparan kerana kekurangan bahan makanan

Pengajaran
- kita hendaklah membantu orang yang susah dan yang memerlukan bantuan
- kita hendaklah menjauhi perbuatan rasuah
- janganlah menindas golongan lemah
- kita ditegah mencuri hak orang lain
- kita hendaklah bersifat amanah
- kita hendaklah mengenag jasa orang yang berbakti kepada negara
- bertekad dengan sepenuh hati untuk mencapai cita-cita