CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK
Memaparkan catatan dengan label SEJARAH TING 1 2020. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEJARAH TING 1 2020. Papar semua catatan

Khamis, 30 April 2020

NOTA SEJARAH TINGKATAN 1 2020


Bab 8 – TAMADUN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

1. latar belakang
- pada awalnya masyarakat arab tinggal di kawasan di kelilingi padang pasir/ laut / teluk
- wilayah – Hijaz/ Yaman/ Hadramaut  dan Oman
- kota penting – Makkah/ Madinah/ Taif
- selepas keruntuhan Empangan Maarib – berlaku kemerosotan
- masyarakat jahiliah ( tak ada nabi/ kitab suci

2. masyarakat Jahiliah
- hidup dalam kabilah ( kaumm Hdhari dan Badwi )
- Hadhari – duduk di kota/ berniaga/ menternak
- Badwi – hidup secara nomad/ berpindah randah / memelihara binatang- unta / kambing/ biri-biri/ mencari rumput/ kawasan berair
- ketua kabilah – Syeikh
- wujud sifat assabiyah (  mementingkan kabilah masing-masing/ sanggup berperang untuk merebut kuasa/ pengaruh/ harta )
- Kaum Arab Quraisy – mentadbir dan memajukan perdagangan di Makah
- Badan pentadbiran – Darun Nadwah

Keadaan ekonomi
-         Semenanjung Tanah Arab – kurang subur
-         Yaman – gandum / kopi
-         Oman – sekoi/ padi
-         Hadramaut – kemenyan
-         Mekah di jadikan tempat dagangan
-         Jalan sutera – memudahkan perdagangan antara Timur dan Barat
-         Peniaga – mementingkan keuntungan/ mengamalkan riba dan menipu timbangan
Agama
-         Wathani – sembah berhala/ patung
-         Majusi – sembah api
-         Yahudi – oleh Bani Israel ( utara Semenanjung Arab )
-         Nasrani – oleh Bani Israel ( penduduk Ghassan dan Hirah )
-         Animisme – sebilangan/ percaya pada roh dan kuasa ghaib
-         Hunafa – ajaran Nabi Ibrahim
-         Kepercayaan – menilik nasib/ sihir/ azimat
-         Memandang rendah wanita
-         Hidup – maksiat/ berjudi/ berzina/ minum arak / angkuh
-         Mengamalkan sistem hamba –
-         Sikap baik – memuliakan tetamu/ menepati janji/ menghormati tuan rumah
-         Pandai bersyair/ bersajak/ berpidato

Kemunculan dan perkembangan tamadun Islam
-         Nabi Muhammad – membawa rahmat kepada seluruh alam
-         Mengubah – akhlak/ akidah/ syariah
-         Lahir 20/4/570 M
-         Nabi terima wahyu – tahun 610 – gua Hirak / jadi Rasul
-         Dakwah – rahsia – 3 tahun/ ahli keluarga/ sahabat
-         Dakwah terang-terangan – mendapat tentangan – Abu Lahab
-         Berhijrah ke Madinah- Piagam Madinah/ perlembagaan  sebuah Negara
-         Sifat -  sidik amanah tabligh fatanah ( benar/ amanah/ menyampaikan/ bijaksana )
-         Dakwah berkesan – diterima – agama Islam berkembang/ jumlah penganut bertambah
-         Penyebaran – utusan ke Rom / Parsi / Mesir dan Habsyah

Penyebaran islam selepas kewafatan Nabi Muhammad
-         Khalifah Al Rasyidin ( Abu Bakar / Umar/ Uthman / Ali Abi Talib
-         Abu Bakar – memerangi golngan murtad / tak mahu bayar zakat
-         Umar – pembukaan wilayah baru – Iraq/ Syria/ Mesir
-         Uthman – pentadbiran wilayah yang luas/ lantikan gabenor mengurus pentadbiran
-         Ali – meneruskan pemerintahan
-         Kerajaan selepas Khalifah – Bani Umaiyah / Abbasiah/ Uthmaniah
-         Bani Umaiyah
o   Perkembangan Islam semakin pesat
o   Berpusat di Damsyik dan Cardova
o   Islam berkembang ke India/ Asia Tengah/ Sepanyol
o   Utusan – ke China
-         Bani Abbasiah
o   Berpusat di Baghdad
o   Perkembangan ilmu pengetahuan yang pesat sehingga ke Eropah
-         Bani Uthmaniah
o   Berpusat di Anatolia
o   Perluasan pengaruh hingga ke Eropah timur/ sempadan Russia/ Asia Tenggara

Faktor penyebaran Islam
1.      Syumul ( keseimbangan rohani dan jasmani )
2.      Keterbukaan ( toleransi )
3.      Kesaksamaan ( adil/ pelbagai bangsa/ bahasa )
4.      Dakwah
5.      Hubungan diplomatic ( kerajaan/ raja dengann Negara lain / pedagang )
6.      Perdagangan ( Arab / Afrika )
7.      Pembukaan wilayah baru ( Iraq/ Syria/ Mesir )

Peranan Nabi Muhammad
1.      Merangka perlembagaan Madinah ( Islam agama rasmi/ agama lain bebas diamalkan )
2.      Menyatukan masyarakat Islam dengan bukan Islam
3.      Menghantar utusan dakwah ke Habsyah/ Mesir / Byzantine/ Parsi
4.      Menekankan konsep syura/ perundingan/ keadilan/ persamaan
5.      Menjadikan Islam sebagai cara hidup
6.      Menggalakkan hubungan perdagangan
7.      Menggalakkan masyarakat bekerja keras/ bertani/ berniaga – mencari rezeki yang halal
8.      Pengurusan tanah – memulihkan kawasan terbiar dengan tanaman baru
9.      Pembangunan pasar- Suq AL Ansar ( mengembangkan perniagaan peniaga Islam )
10.  Pemimpin tentera – menekankan konsep jihad ( menegakkan agama / mempertahankan agama/ bangsa ). Perang Badar/ Uhud/ Khandak /

Sumbangan tamadun Islam kepada dunia
Politik
-         Mementingkan corak hidup yang sejahtera/ makmur
-         Konsep keadilan/ ummah/ sistem syura/ mesyuarat/ muafakat/ kerjasama
-         Adil kepada semua rakyat walaupun berbeza agama dan keturunan
-         Toleransi antara kaum
-         Konsep ummah
-         Masyarakat ada tanggungjawab memajukan Negara
-         Sistem syura- mesyuarat untuk mencapai keputusan / suara ramai/ keputusan muafakat
-         Ketua Negara bertanggungjawab menyelesaikan  masalah rakyat
-         Perkenalkan jawatan khalifah- meneruskan kepimpinan selepas kewafatan nabi
-         Mengadakan kerjasama antarabangsa- tujuan dakwah dan silaturahim
Ekonomi
-         Sistem zakat/ wakaf
-         Mata wang dirham/ perak
-         Sistem cukai – cukai tanah/ perlindungan/ diri/ perdagangan
-         Larangan amalan riba
-         Mengelakkan penipuan semasa berniaga ( timbangan / mengambil keuntungan berlipat ganda
-         Galakan menghasilkan hasil bermutu dalam bidang pertanian
-         Galakkan Bersedakah/ menghulurkan bantuan/ berjimat cermat
-         Penubuhan Baitulmal ( perbendaharaan Negara )
-         Sumber baitulmal – cukai/ wakaf/ wasiat/ pelaburan/ hasil peperangan
Sosial
-         Mengangkat martabat wanita- belajar/ membantu semasa perang
-         Mencipta kertas
-         Sistem pengairan / benih/ baja
-         Masjid dijadikan institusi pendidikan – tempat belajar/ perpustakaan
-         Contoh- Cordoba ( Sepanyol )

Kemunculan Ilmuan Islam
1.      Jabir bin Hayyan – menghasilkan 80 buku berkaitan dengan perubatan dan kimia/ karyanya banyak diterjemah ke bahasa latin
2.      Ibnu Sina- tokoh besar perubatan/ ahli falsafah
3.      Al Battani  - memperkenalkan ilmu trigonometri/ astronomi/ cipta alat ukuran masa
4.      Al Biruni – kajian peta dan geografi/ membantu ilmu pelayaran
5.      AL Khawarizmi – pengasas ilmu algebra/ matematik
6.      Ibn Battuta – pernah belayar hingga ke India / Tanah Melayu/ menghasilkan buku pelayaran

Sumbangan dalam seni bina
1.      Maksud- reka benuk/ reka letak
2.      Contoh bina masjid – ada menara/ mihrab / mimbar/ perhiasan/ arca/ ukiran
3.      Reka bentuk melengkung
4.      Sesuai dengan iklim setempat/ tingkap banyak/ peredaran udara
5.      Sesuai dengan Budaya setempat- identity / masjid di Negara China


NOTA SEJARAH TINGAKATAN 1 2020


BAB 7- PENINGKATAN TAMADUN INDIA DAN CHINA

TAMADUN INDIA
Pengenalan
-         Antara tamadun terunggul di dunia
-         Perkembangan pesat dalam pemerintahan / perluasan kuaas , ekonomi, kebudayaan, teknologi dan keagamaan
Lokasi / perkembangan
-berpusat di lembah Ganges dan Sg Indus
- melahirkan kerajaan Magadha , Nanda, Maurya, Gupta

Perluasan kuasa
-faktor yang mendorong perluasan kuasa – kekuatan tentera, peranan raja , sumber manusia yang cukup, kewangan yang baik dan perluasan kuasa secara agama ( perluas pengaruh )
- bentuk perluasan kuasa – fizikal ( kuasai wilayah lain/ takluk – ada tentera 20,000 untuk kavalri@ tentera berkuda/ 200000 infantri/ 3000 askar bergajah )
- perluasan kuasa melalui agama
            - Asoka mahu mengembangkan pengaruh melalui agama Buddha
            - beliau memahat undang-undang yang dinamakan Tiang Asoka
            - misi mengembangkan agam dihantar ke Tibet, Nepal, Burma , Alexandria, Antioch dan Bactria.
            - agama Buddha juga dapat dikembangkan di Sri Lanka dan Asia Tenggara
            - pada zaman Gupta agama Hindu berkembang dengan besar

7.2. Tamadun China
Pengenalan
-         Tamadun China menunjukkan kemajuan besar dalam bidang pemerintahan , pentadbiran, sistem ekonomi, teknologi, intelektual, dan pendidikan
Lokasi
-         Muncul di Lembah Sungai Huang He
-         Kawasan ini subur dan strategic
-         Dijadikan pusat kerajaan oleh raja dalam Dinasti Qin ( 221 SM – 206 SM ) dan Han ( 206-220SM )
Perkembangan
-         Raja terkenal – Maharaja Shih Huang Di
-         Meliputi kawasan yang sangat luas
-         Maharaja SHT menyatukan China menyebabkan kerajaan menjadi stabil dan boleh dimajukan dengan mudah
-         Pemerintah Dinasti Han dapat meluaskan empayarnya
-         Semasa Dinasti Han berlaku perkembangan perdagangan melalui pembukaan Laluan Sutera , bidang pentadbiran dan sosial
-         Mereka memilih pegawai kerajaan melalui sistem pendidikan
Perkembangan sistem pendidikan
-         Pendidikan bermula pada zaman dinasti Shang – Zhou
-         Lahir ramai ahli falsafah seperti Kungfu Tze ( ajaran ini kekal hingga sekarang)
-         Adanya penubuhan sekolah tinggi
-         Pembuatan kertas membantu perkembangan pendidikan ( sistem tulisan / buku )
Matlamat sistem pendidikan
-         Peperiksaan perkhidmatan awam
-         Memupuk nilai moral dan etika
-         Mengekalkan ajaran konfusius
-         Membezakan golongan atasan dan bawahan
-         Memilih pegawai kerajaan
Sistem peperiksaan
-         Sistem peperiksaan ketat ( ada tahap )
-         Lulus – boleh kerja dengan kerajaan sebagai pegawai




NOTA SEJARAH TINGKATAN 1 2020



BAB 6- PENINGKATAN TAMADUN YUNANI DAN ROM

1. PENGENALAN
         i.            Tamadun Yunani berkembang antara tahun 1000-800 SM
       ii.            Mencetuskan perkembangan tamadun Eropah
     iii.            Banyak pencapaian dalam pemerintahan dan pentadbiran ( pengenalan sistem demokrasi/ ekonomi/ sains dan teknologi, kesusasteraan / falsafah dan pendidikan

2. lokasi dan perkembangannya
         i.            Berada di semenanjung Greece dan pulau sekitarnya ( laut Mediterranean )
       ii.            Cuaca sederhana – banyak kegiatan luar rumah dapat dilakukan- debat dan sukan
     iii.            Berhampiran laut – melahirkan pelayar yang handal
     iv.            Negara kota ( Polis ) – Bandar utama/ Bandar kecil dan kawasan kampung
       v.            Di dalam polis ada acropolis – pusat pentadbiran/ keselamatan / ada pelbagai kemudahan ( rumah ibadat/ bangunan kerajaan/ istana/ rumah bangsawan). Ada agora iaitu kawasan lapang untuk pasar dan pertemuan
     vi.            Contoh Polis – Athens, Sparta , Corinth
   vii.            Ciri polis – penduduk ramai
 viii.            Setiap warga ada hak dan tanggungjawab menjaga polis ( melahirkan kerjasama antara rakyat )

3. corak pemerintahan
         i.            Corak pemerintahan – monarki / oligarki/ aristokrasi/tirani / demokrasi
       ii.            Monarki – sistem pemerintahan beraja , oligarki – pemerintahan dikuasai oleh segolongan kecil pihak berkuasa / aristokrasi – pemerintahan golongan bangsawan / tirani – pemerintah yang zalim dan menindas rakyat
     iii.            Demokrasi – hanya berlaku hasil kematangan politik penduduk di setiap polis
     iv.            Maksud demokrasi – pemerintah dipilih oleh rakyat melalui pengundian ( pilihan raya )
       v.            Demokrasi di Athens – dewan perhimpunan ( badan tertinggi ) dibantu oleh majlis/ majistret/ juri
     vi.            Dewan perhimpunan – melantik ahli sebagai pentadbir, gubal undang-undang,mengisytiharkan perang jika perlu ,membuat perjanjian , perbincangan hal kewangan dan percukaian , menerima duta .
   vii.            Ahli dewan – lelaki , pegang jawatan 6 bulan hingga setahun , bersidang 3 kali sebulan
 viii.            Majlis – ahlinya dilantik oleh dewan perhimpunan. Ahlinya seramai 500 orang. Berkhidmat selama 2 tahun. Berfungsi melaksanakan keputusan dewan perhimpunan , mengendalikan jabatan kerajaan
     ix.            Majistret – melaksanakan dasar ( warganegara , 6000 ahli, 200-500 hakim ) dan 10 jeneral tentera
       x.            Juri – badan yang bertanggunjawab dengan sistem keadilan

Sparta
-         Diperintah oleh 2 raja serentak ( bagi mengelakkan kekejaman )
-         Pemerintahan dibantu oleh dewan perhimpunan ( 10,000  ahli ) dan majlis ( 28 orang dewasa berumur 60 tahun )
-         Menekankan disiplin/ ketenteraan
-         Kaum wanita turut diajar latihan fizikal/ berlari/ bertinju/ menari dan menyanyi
-         Menekankan ketaatan kepada Negara/ sanggup mati demi Negara

TAMADUN ROM
a.PENGENALAN
         i.            Menyambung tamadun Yunani
       ii.            Menjadi tamadun/ kuasa yang kuat apabila mengalahkan Etruscan , Mecedonia, Seleucid, Mesir
     iii.            Membentuk empayar yang luas , berpusatkan Itali

b. Lokasi dan perkembangannya
         i.            Terletak di lembah Latium
       ii.            Lembah yang subur dan sesuai untuk pertanian
     iii.            Sg Tiber – dijadikan punca sumber air dan jalan pengangkutan keluar
     iv.            Masyarakat dibahagikan kepada 3 – Patricia – atasan / Plebian- petani /artisan – peniaga dan hamba
C. perkembangan seni bina
          i.            Orang Rom membina bangunan bersaiz besar/ ada seni bina. Contohnya bangunan, jalan raya , saliran dan tempat mandi awam
        ii.            Binaan kekal lama – melibatkan kepakaran / ilmu/ teknologi pada masa itu/ berilmu
      iii.            Penggunaan simen – tahan
      iv.            Banyak binaan dibuat oleh hamba/buruh
        v.            Binaan – unik contohnya Colosseum, tembok pertahanan, tempat mandi awam
      vi.            Colosseum – tempat adakan persembahan dan pertandingan/ boleh memuatkan 50,000 orang ( seperti stadium pada masa sekarang )
    vii.            Pantheon – berkubah/ tempat sembah dewa ( seperti dewan )
  viii.            Akueduk – sistem pembekalan air- untuk rumah dan tempat mandi awam ( empangan )
      ix.            Jalan raya – mula dibina mulai 500 SM. Menghubungkan Bandar/laluan tentera
        x.            Tembok pertahanan –lindungi serangan musuh/ tinggi 5 meter/ ada kawalan tentera
      xi.            Tempat mandi awam –mandi untuk kebersihan dan kesihatan/ ada tandas/ruang mandi/ mengurut/ perpustakaan/ bilik rehat dan bersenam/ mandi air panas/ berwap- 1500 orang