CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 28 September 2010

nota akhir sejarah pmr 2010 .... esok periksa

HARI HARI TERAKHIR SEORANG SENIMAN

Tingkatan 1
1. Sejarah dan kita
a. Ciri sejarah – tepat dan benar , penting dan bermakna , sebab dan akibat
b. Sumber sejarah
• Pertama – bersifat asli / belum ditafsir / dicetak ( batu bersurat , diari , manuskrip , surat peribadi , fail jabatan )
• Kedua – telah ada penafsiran / bercetak ( buku , ensklopedia , surat khabar , jurnal , laporan tahunan
c. Kaedah kajian sejarah
• Kaedah lisan- melalui temubual / ucapan tokoh/ ada tokok tambah , dongeng , mitos , lagenda, diragui kebenarannya
• Bertulis ( sebarang catatan/ lakaran / pahat / bahan bercetak / bahan rakaman / alat pandang dengar )
• Arkeologi ( lihat ketepatan usia / pentarikhan radiokarbon / bahan artifak
d. Pentafsiran sejarah – ikut perspektif ( negara kita / penjajah )
e. Kepentingan sejarah – nilai jati diri , pembentukan bangsa , kedaulatan negara

2. Zaman pra sejarah
a. Zaman paleolitik
• Lokasi – Kota Tampan , Bukit Jawa , Lenggong, Gua Niah , Tingkayu
• Peralatan – batu
• Penempatan – pindah randah / gua / sekitar tasik
• Kegiatan – buru /meramu/ pungut hasil hutan
• Kepercayaan – animisme / upacara perkuburan
• Manusia – Perak Man
b. Zaman neolitik
• Gua Cha , Bukit Tengkorak
• Hidup menetap / gua / sungai
• Wujud sistem bermasyarakat
• Alatan – batu / tembikar / barang kemas
• Kegiatan – cucuk tanam ,menternak , tangkap ikan
• Kepercayaan animisme
c. Zaman logam
• Lokasi – Sg Tembeling , Gua Harimau , Changkat Menteri
• Ciri – menetap / sungai / ada adat resam
• Kegiatan – buat alatan logam / berdagang
• Kepercayaan –pengebumian guna kepingan batu
3. Kerajaan awal di Asia Tenggara
a. Agraria ( Angkor dan Funan )
• Kegiatan pertanian – tanah subur , lembangan sungai , pedalaman
b. Maritim ( Champa , Chih Tu , Srivijaya Kedah Tua Majapahit
• Kegiatan – perdagangan / buat kapal / perikanan
• Pelabuhan – ada kemudahan / pelabuhan entreport


4. Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka
a. Nama melaka – arab ( malaqat ) pokok melaka ( sejarah melayu ) pokok sakti melaka ( mitos hindu )
b. Keadaan geografi Melaka – berbukit-bukau ( petunjuk pelayar / mudahkan pengawalan selat / pokok api-api dan bakau ( benteng pertahanan dan pelindung semulajadi )
c. Muara sungai terlindung daripada tiupan angin
d. Bekalan air bersih

5. Kegemilangan Melaka
a. Faktor – kedudukan geografi / kemudahan di pelabuhan / pelabuhan entreport / peranan syahbandar / peranan laksamana dan orang laut / penggunaan mata wang / bahasa melayu
b. Kemudahan di pelabuhan ( tempat tinggal , gudang , air , makanan , baiki kapal
c. Peranan syahbandar – jaga kebajikan dan keselamatan pedagang , urus sistem cukai , alat timbangan, peraturan keluar masuk kapal
d. Bahasa melayu – bahasa perantaraan / mudah difahami
e. Undang-undang laut melaka – melicinkan urusan perdagangan / tetapkan peraturan , cara jual beli , hukuman penjenayah di atas kapal , tanggungjawab nakhoda kiwi dan anak kapal
f. Sistem cukai - 6% ( Barat ) 3% pedagang menetap , persembahan dalam bentuk hadiah ( China dan Jepun

6. Kemerosotan Melaka
a. Sebab kedatangan Portugis – Gospel/ Gold / Glory @ agama , ekonomi , politik
b. Sultan Mahmud tangkap askar Portugis – tuntutan Portugis ( bebaskan tawanan , bayar ganti rugi , benarkan bina kubu ) permintaan ditolak – Melaka diserang dan dikalahkan / sultan berundur ke Muar

7. Johor Menegakkan semula kewibawaan kesultanan Melaka
a. Perang tiga segi ( Acheh , Johor , Melaka / Portugis )
b. Pelabuhan Johor – faktor - pelbagai bahan dagangan / penggunaan mata wang / kecekapan pentadbiran / amalan sistem naungan / kedudukan pelabuhan yg strategik
c. Perkembangan persuratan Melayu – sejarah melayu / Hikayat Hang Tuah
d. Kemerosotan Johor – perang Johor – Jambi / perebutan tahta Raja Kecil Siak da Sultan Abdul Jalil / campurtangan Bugis / pengaruh VOC@ syarikat Hindia Timur Belanda

8. kerajaan Negeri Melayu
a. kedah – keistimewaan ( pelabuhan entreport / laksanakan undang-undang laut melaka , sistem sukat , sistem mata wang
b. Perak – asal nama sejenis logam / kaya dengan bijih timah
c. Pahang – hasil ( beras , timah , hasil hutan )
d. Kelantan – hubungan diplomatik dengan Siam / keluarkan emas/ wang emas
e. Terengganu – hubungan diplomatik dengan Siam / menerima Islam
f. Negeri Sembilan – sembilan daerah / luak , kaya bijih timah , beras , hasil hutan

9. Warisan kesultanan Melayu
a. Peranan sultan / pembesar / pembesar jajahan / penghulu / kampung
b. Tugas pembesar – membantu pentadbirab / laksanakan perintah sultan / pungut cukai
c. Pembesar daerah – jaga keselamatan / pertahankan kedaulatan negeri / serahkan cukai kepada kerajaan / menyediakan tenaga kerja
d. Cukai – bebas kuala / tanaman / kepala
e. Alat kebesaran – ketur, kendi , kipas , tepak sirih , tombak, keris kerajaan , lembing , payung kuning
f. Sistem serah / sistem kerah
g. Penghulu – pungut cukai / bekalkan tenaga kerja / taat setia / perantara pembesar dan rakyat
h. Negeri sembilan / adat perpatih – pentingkan unsur demokrasi dan muafakat
i. Adat temenggung – bersifat autokratik / keutamaan kepada lelaki
10. Sarawak
a. Murut – menanam padi / lada hitam / pungut hasil hutan/ amalan gotong-royong
b. Melayu – tanam padi sawah / kelapa / pedagang/ agama Islam / bergendang
c. Melanau – tanam padi sawah /nelayan/ makhluk ghaib/ Ipok/ perayaan kaul
d. Iban – padi huma /pungut hasil hutan/ memburu/ beragama kristian /simpan pasu / Tempayan TAJAU/ merayakan GAWAI
e. Bidayuh – tanam padi huma / peladang
f. Kenyah / Kayan – padi huma /buru / kutip hasil hutan/ mahir lukis tatu / tindik telinga / anting-anting
g. Kelabit –padi sawah Bario/ buru / pungut hasil hutan/ mahir lukis tatu
h. Penan – dilarang hidup menetap / tak boleh tebang pokok besar / semah kawasan sebelum bina rumah / burung ketupang bunyi tanda tak boleh dirikan rumah
i. Tarian
i. Iban ( ngajat – tanda kesyukuran dalam pesta menuai
ii. Melayu – bergendang – lelaki sahaja / perempuan bergendang
j. Iban – Tuai rumah – jaga keselamatan / keamanan / masalah perkahwinan / tetapkan tarikh hari Gawai

11. Sabah
a. Murut – pungut hasil hutan / tanam padi huma / kepercayaan AKI KOPUNO / tarian mangalang/ tarian manguntip / bomoh BABALIAN
i. Kematian – pukul tiang rumah/ mayat dibersihkan dan dipakaikan pakaian/ mayat dikebumikan dalam posisi duduk, mayat dibakar
b. Suluk – pungut sarang burung / pungut hasil laut / berdagang / beragama Islam
c. Bajau – nelayan / padi sawah/ menternak / penyelam / Islam / tarian Limbai / alat muzik Gabang / penunggang kuda
d. Melayu Brunei – nelayan , petani , padi sawah , pedagang , Islam
e. Kadazan-Dusun – kawasan pedalaman , padi sawah , menternak , sistem ganti rugi ( SOGIT dan BABAS ) , tarian Sumazau ( tanda gembira ) , perayaan menuai , KINOROHINGAN
i. PESTA KAAMATAN – tanda kesyukuran
ii. MONOGIT – puja semangat padi

Tingkatan 2
1. SHTI di PP
a. Pembukaan PP- pusat pengumpulan barang / pelabuhan persinggahan / pangkalan tentera
b. Masalah Kedah – ancaman Siam / Bugis / Burma
c. Perjanjian dengan Firma 1771 – untuk atasi masalah Bugis ( gagal )
d. Perjanjian Ing – Kedah 1786 – SHTI di PP/ mungkir janji
e. Perjanjian Ing – Kedah 1791 – Perjanjian Persahabatan Keamanan - PP diduduki secara rasmi / SHTI lantik George Leith sebagai Gabenor PP
f. Perjanjian Ing – Kedah 1800 – Perjanjian Persahabatan dan Perikatan ( SHTI ambil Seberang Perai / negeri penampan , tanah subuh untuk sumber makanan
g. SHTI di Singapura
i. SHTI gagal majukan PP
ii. Singapura – pangkalan perdagangan yang strategik /
iii. Taktik – Raffles paksa Tmg A Rahman tt perjanjian – bina logi 1819 ( dianggap tidak sah / sultan Johor tidak terima ( Sultan A Rahman
iv. Raffles hidupkan semula isu masalah pewarisan tahta Johor / peralatkan Tengku Hussin / tabalkan / Sultan Hussin / 1819 SH sahkan pjn
v. Pjn 1823 – sultan dapat bayaran / tak boleh kutip cukai / SHTI berkuasa di Singapura / kuatkuasakan undang-undang British
vi. Pjn 1824 –residen Singapura John Crawford dengan SH dan TAR – serahkan secara rasmi Singapura kepada SHTI – pusat pentadbiran dipindahkan ke Kuala Sg Singapura ke Teluk Belanga

2. Campurtangan Inggeris di Negeri Melayu
a. Sebab campurtangan – kekayaan hasil bumi , revolusi perindustrian , pembukaan Terusan Suez , desakan pedagang Selat , peralihan parti ( Liberal ke Konservatif )
b. Perak
i. Perang Larut ( Ghee Hin vs Hai San diselesaikan Oleh Ngah Ibrahim dan Kepten Speedy
ii. Perebutan tahta/ masalah sistem pewarisan tahta ( Raja Abdullah vs Raja Ismail )
iii. Perjanjian Pangkor – 1874 – Raja Abdullah sebagai Sultan , Raja Ismail sebagai Raja Muda , sultan terima residen ( penguasaan Ingg di TM )
c. Selangor
i. Perang Klang ( Raja Abdullah vs Raja Mahadi – perebutan wilayah Klang
ii. Isu Tengku Kudin ( orang luar / tidak diiktiraf – minta bantuan Ingg
iii. 1873 – kapal dagang Ing dirompak di Kuala Langat , 1874 rumah api di Tanjung Rachado diserang – kesan ( Ing desak Selangor terima residen )
d. Negeri Sembilan / Sg Ujong
i. Perbalahan Dato Kelana dan Dato Bandar ingin menguasai Sg Linggi/ kutip cukai
ii. 1874 – Dato Kelana minta bantuan Ing – Ing campurtangan
e. Pahang
i. Ing ingin halang kuasa lain memasuki Pahang
ii. Sultan Pahang – contohi Johor , bangunkan negeri , tarik pelabur majukan Pahang ( elak Ing masuk ke negerinya
iii. Isu kematian Go Hui – alasan Pahang gagal mewujudkan keamanan
f. Sistem residen
i. Menyebabkan sultan / pembesar kehilangan kuasa
ii. Masalah – terlalu berkuasa/ campuri amalan perhambaan/ mengambil alih pungutan cukai / paksa sultan terima nasihat
g. Sistem residen digantikan dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 ( ketua Residen jeneral dan Pesuruhjaya Tinggi British )- seragamkan sistem pentadbiran , mengawal kuasa residen , perkongsian perkhidmatan pakar , krisis kewangan Pahang, faktor keselamatan , mudahkan sistem perhubungan
3. Negeri Melayu Utara
a. Langkah Ingg mengkuhkan kuasa
i. Isu – kuasa barat lain sedang mencari tanah jajahan baru
ii. Perjanjian SULIT 1897 ( Ing akui hak Siam ke atas NM utara , Siam tak serahkan negeri ini kepada kuasa barat lain / halang pertapakan kuasa barat lain )- gagal
iii. Perjanjian Perisytiharan British- Siam 1902 – iktiraf NMU dibawah pengaruh Siam
iv. Perjanjian BANGKOK 1909 – Siam serahkan negeri Perlis , Kedah, Kelantan , Terengganu kpd Ing
v. Masalah – raja tidak dibawa berunding
b. Kedah
i. Sultan tak iktiraf pjn Bangkok
ii. 1910 Ing lantik George Maxwell sebagai penasihat British
iii. GM – kukuhkan kuasa / serapkan sistem pentadbiran barat ( BI dalam pentadbiran , surat rasmi ditapis , kalender masehi , cuti hari ahad )
iv. Tindakan Tunku Mahmud – kekalkan identiti Kedah melalui mahkamah
v. Usaha – guna BM , kalender hijrah , cuti umum hari Jumaat
c. Perlis
i. Sultan bantah pjn Bangkok- enggan terima penasihat
ii. Tindakan Kapten Meadowe – gubal undang-undang , perkenalkan jabatan baru / cukai mahkamah tinggi , mahkamah kadi, kuasai jabatan kewangan
d. Kelantan
i. 1910 – JS Mason penasihat Ing – kuasai jabatan penting ( mahkamah , tanah , polis
e. Terengganu
i. Sultan Zainal Abidin – tidak iktiraf , buat bantahan
ii. SZA gubal undang-undang tubuh kerajaan negeri ( tak serah negeri kepada kuasa asing , hak raja dan menteri besar memilih jemaah menteri negeri
iii. Sultan Muhammad II – turun tahka kerana menolak paksaan Ing terima penasihat Ing
iv. Ing kuasai semua jabatan penting


4. Johor
a. TMG Daeng Ibrahim – pusat pentadbiran – Tanjung Puteri , Sistem Kangcu ( tanam lada hitam )
b. Sultan Abu Bakar
i. Memodenkan pentadbiran
ii. Mengadakan perkhidmatan pos , JKR , mahkamah , sekolah, hospital
iii. Pjn persahabatan 1885( Johor-Ing ) – johor diiktiraf ng yang bebas / berdaulat / kedudukan sultan lebih tinggi/ terima konsul Ing sahaja
iv. Undang-undang tubuh kerajaan negeri Johor – sultan tak serahkan negeri kepada kuasa luar , penubuhan MM menteri dan MMNg
c. Johor diambang penjajahan
i. Ing tubuhkan Lembaga Penasihat Johor / pinjam wang 200 000 dolar untuk bina jalan kereta api digagalkan oleh nasihat Dato A Rahman Andak
ii. ARA dibersarakan / dihantar ke London
iii. Pinda perlembagaan – Ing boleh jadi ahli MMng
iv. 1914 – Ing lantik Douglas Campbell sbg penasihat Ing

5. James Brooke di Sarawak
a. Awal – Sarawak dibawah kekuasaan Brunei – lantik pembesar untuk mentadbir
b. Lantikan Pangeran Indera Mahkota – ( ambil alih kuasa pembesar tempatan / faktor kekayaan sumber alam , emas dan antimoni )/ ambil alih kekuasaan
c. Penentangan – Orang Melayu , orang Bidayuh
d. Brunei hantar Pangeran Raja Muda Hashim – gagal tangani pemberontakan – minta bantuan James Brooke – beri syarat dapat jawatan gabenor
e. JB dapat selesaikan masalah penentangan – PRMH lengahkan lantikan JB sebagai gabenor – JB bedil bandar Kuching
f. Pjn 1841 – JB perintah Sarawak , pelihara undang-undang dan adat orang Melayu
g. Pjn 1842 –serahkan sarawak kpd JB, hak kutip cukai kpd JB , sultan dapat 2500 dolar tiap tahun , JB diiktiraf sebagai Raja Putih Sarawak
h. Sultan Brunei menentang JB dan pembesar yang menyokongnya. SB dikalahkan dengan bantuan tentera Ing
i. Pjn 1846 – JB diiktiraf sebagai raja yang merdeka dan berdaulat
j. Pjn Ing – JB 1888 – Ing lindungi Swk daripada serangan luar, keluarga Brooke perintah dengan bebas, hal ehwal luar negeri dibawah kawalan Ing
k. 1841 – Perlembagaan Swk – pemberian kuasa pemerintahan kepada rakyat
l. Dasar – pecah dan perintah ( pertempatan ikut kaum )- halang perpaduan
6. SBUB di Sabah
a. Syarat Piagam 1881 – SBUB memerintah dengan adil , melantik pegawai dengan kelulusan British , menerima nasihat drpd British ,tidak menyerahkan mana-mana wilayah kepada kuasa luar , pelihara adat/agama/ undang-undang rakyat tempatan
b. Kesan Piagam –British memperluas pengaruhnya ke Sabah dan berjaya menghalang kuasa barat lain bertapak di Sabah
c. 1888 – Perjanjian Perlindungan Borneo Utara – Sabah jadi negeri naungan British , British mengawal hal ehwal luar Sabah
d. Mahkamah majistret – kendalikan kes bunuh,culik, rompak ( hakim pegwai daerah )
e. Mahkamah Anak negeri –kendalikan kes berkaitan agama dan hukum adat , hakim ketua anak negeri
f. Hasil – sarang burung, sagu, lanut, trepang, sirip ikan yu, rotan
g. Cukai – tanah, lesen perahu, lesen senjata , cukai kepala
h. Pertanian dagangan – tembakau, getah, kayu balak
i. Perlombongan – emas , arang batu, mangan
j. Sekolah latihan – bm sebagai bahasa penghantar, pelajar diajar 3 M, lulusan diambil bekerja menjadi pegawai rendah
7. British mengeksploitasi ekonomi
a. Tanaman tradisional – lada hitam , gambir, buah pala, cengkih, ubi kayu, tebu , nenas
b. Tanaman baru – kopi, kelapa sawit, tembakau, teh
c. Faktor perkembangan getah – permintaan tinggi/ buat tayar kereta, usaha RN Ridley,pelaburan modal asing( syarikat Guthrie/ Sime Darby ), tenaga buruh , cukai rendah ( pengeluaran meningkat ), kejatuhan harga kopi
d. Masalah – kemelesetann ekonomi ( - harga getah jatuh – Rancangan Sekatan Stevenson (gagal ) – Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa. Tujuan – stabilkan harga / pengeluaran ikut koata negara
e. Persaingan – getah tiruan
f. Bijih timah – mendulang/ melampan ( Melayu ), lombong dedah/ pam kelikir/ palung ( Cina ), kapal korek ( British )
g. Hasil hutan damar ( gam perahu, buat varnis ), getah perca ( alat bedah, bola golf, penebat kabel ) , getah jelutung( getah pengunyah, pelekat gigi palsu ) , rotan( perabot, bakul, tongkat ) , balak(jenis cengal , meranti, keruing – buat perabot , perahu, bahan binaan )
h. Sekolah – Melayu, Inggeris , Tamil ( undang-undang buruh menyebabkan sekolah perlu didirikan di ladang, daif , murid kurang kerana terpaksa bekerja di ladang ), Cina ( perkembangan pesat, sekolah dimodenkan

8. perjuangan rakyat tempatan
a. Rentap( agi idup agi ngelaban ) – menentang Brooke kerana anggap orang Iban sebagai lanun/ Brooke dirikan kubu di Nanga Skrang/ menghapuskan pertempatan Iban di Sg Skrang / bertahan di Bukit Sadok / melarikan diri /
b. Sharif Masahor – menentang pemerintahan Brooke –dihantar ke Singapura oleh Sultan Brunei
c. Mat Salleh/ Antanom – mnentang peraturan SBUB – terkorban dalam pertempuran
d. HARL – menentang peraturan baru kutipan cukai tanah – dibuang negeri ke Mekah
e. Tok Janggut – menentang campurtangan Ing dalam pentadbiran negeri/ cukai –terbunuh dalam pertempuran
f. Dato Bahaman – Ing gugat kuasa pembesar Pahang – berundur ke Tganu / Ktan
g. Tunku Antah – menentang campurtangan Ing di Sg Ujong- tt pj – jadi YTB
h. DML – pembesar hilang kuasa kutip cukai – mati digantung
i. Dol Said- Naning enggan bayar cukai / anggap Naning negeri merdeka – kalah dan diberi pencen
j. Perang Pembebasan Kedah ( Tunku Abdullah/ Tunku Kudin, Tunku Long, Tunku Muhamad Saad

9. kebangkitan semangat kebangsaan
a. maksud nasionalisme – cinta dan taat yang mendalam terhadap bangsa dan negara
b. keazaman – menebus maruah / membentuk masa depan
c. pengaruh luar negara – Turki Uthmanian/ gerakan Pan Islam/ gerakan Islah/ revolusi China/ Jose Rizal/ mahatma Ghandi/ Sukarno
d. Kaum tua-/ gol ulama / menentang Islah- akhbar Suara Benar, Lidah Benar
e. Kaum muda-lancarkan gerakan Islah/ pembaharuan, akhbar Al Imam – sarankan berpegang pada ajaran islam , kepentingan ilmu, titikberatkan mata pelajaran sejarah, tinggalkan adat resa/ kepercayaan karut / beri pendidikan kepada anak perempuan
f. Madrasah – meneruskan gerakan Islah
g. Gol guru , wartawan dan penulis banyak menyumbang dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan
h. KMM – pupuk semangat perpaduan / mempertahankan hak melayu


Tingkatan 3
1. Jepun di TM
a. Dasar – pentadbiran tentera, Singapura diasingkan daripada TM , dasar penjepunan ( Kimigayo – lagu / kesetiaan kepada maharaja ) cuti ,nama baru
b. Slogan – Semangat Asia , Asia untuk orang asia
c. Faktor kejayaan – propaganda awal ,kelemahan tentera British , taktik serangan Jepun ,kelengkapan perang, semangat tentera ,peranan KMM
d. Sekolah latihan ( Kao Kunrenjo ) mengatasi masalah kekurangan pegawai awam
e. Menyerahkalah – pengeboman Hiroshima dan Nagasaki

2. Malayan Union dan PTM
a. Ciri – MU satu unit politik / ketua Gabenor / kewarganegaraan Jus soli/ sama rata , parlimen British menjadi pemutus undang-undang MU
b. Faktor penentangan – terhapusnya kedaulatan dan kuasa raja, terhakisnya tamadun / membantah cara SHMMichael ambil tanda tangan raja
c. Cara penentangan
i. Individu ( Onn Jaafar ,Sultan Johor , bekas pegawai Ing
ii. Akhbar ( Majlis , Utusan Melayu , Warta negara )
iii. Kolektif - demonstrasi aman , penubuhan persatuan melayu kongres, rapat umum, peranan kaum wanita
d. UMNO – 1946 – majukan pendidikan , menentang MU , jaga kepentingan politik dan ketuanan Melayu, satukan orang Melayu, lindungi kepentingan , satu organisasi sosial
e. UMNO 1949 – pelindung kedaulatan TM , menutut kemerdekaan , maju dalam siasah , iktisas,kebajikan, jadi parti siasah , cari cara mendirikan negara merdeka

3. Ancaman PKM
a. Tindakan PKM – serang lombong / letup landasan/ bakar balai polis / mogok / - lumpuhkan ekonomi – mulai 1948 selepas persidangan Komunis Antarabangsa di Culcutta India – mula lancarkan pemberontakan bersenjata
b. Tindakan kerajaan
i. Haramkan PKM, laksanakan Undang-undang darurat, sistem kad pengenalan / pendaftaran/ besarkan bilangan polis dan tentera , bantuan tentera negara komanwel
ii. Rancangan Briggs –penubuhan kampung baru ,- sekat bekalan makanan / min yuen , special Constable kawal kampung baru , kad catuan makanan , kawalan keluar masuk , gerakan kelaparan , sistem pendaftaran/ kad pengenalan – kesan – bilangan semakin berkurangan / kekejaman berkurangan / PKM berundur ke selatan Thailand
iii. Perang Saraf – memenangi hati dan fikiran rakyat , kempen bulan penduduk TM menentang komunis , risalah , kawasan hitam , kawasan putih, melonggarkan syarat kerakyata , hadiah jika menangkap Chin Peng , peraturan catuan makanan
iv. Pengampunan beramai-ramai – tabur risalah , siaran radio , iklan , wayang gambar – minta anggota PKM serah diri
v. Rundingan Baling – gagal – TAR enggan iktiraf sebagai parti politik


4. Kerjasama antara kaum
a. Penubuhan CLC / jwtkuasa perhubungan kaum – anggota Melayu / Cina / India/ Serani
b. Usaha parti politik mewujudkan perpaduan – penubuhan IMP dan Parti Negara
c. Sistem ahli –kabinet bayangan / peluang penduduk tempatan mentadbir
d. Pembentukan parti perikatan – kerjasama politik ( UMNO MCA MIC )
e. Pilihanraya – Majlis Bandaran/ bandar besar dan pilihanraya negeri
f. Kewarganegaraan – syarat dilonggarkan – kuatkuasa U dan permohonan

5. Merdeka
a. Rombongan merdeka – bincang tarikh , isu raja berperlembagaan , suruhanjaya perlembagaan , pembahagian kuasa kerajaan pusat dan negeri , perjanjian pertahanan
b. Syarat Pjn Pertahanan – menjaga keselamatab / kepentingan ekonomi British di TM / parti tidak ambil alih perniagaan dan kepentingan British di TM
c. Suruhanjaya Reid – gubal perlembagaan – ( isu rumit- kerakyatan / bahasa kebangsaan / agama Islam )
6. Sarawak
a. CVBrooke mahu serahkan Sarawak kepada British – masalah kewangan / tiada waris / uzur
b. Orang Melayu , Dayak ( bumiputera menolak – Gerakan Anti Penyerahan )
c. Tindakan – tunjuk perasaan , surat bantahan
d. British keluarkan Pekeliling no 9 – kakitangan perlu setia – ramai kakitangan letak jawatan kerana tidak setuju
e. Duncan Stewart dibunuh – Rosli Dhobi dihukum mati

7. Malaysia
a. Penubuhan Malaysia – Semenanjung , Sabah , Sarawak , Singapura
b. Kemasukan Sabah dan Sarawak ( Suruhanjaya Cobbold )
c. Kemasukan Singapura – Referendum / pungutan suara
d. Bantahan Filipina dan Indonesia – putuskan hubungan diplomatik
e. Indonesia lancarkan Ganyang Malaysia ( dipengaruhi oleh Parti Komunis Indonesia )

Ahad, 12 September 2010

hadiah untuk pembunuh


cukup tak banyak ni .....




tak cukup lagi....

utusan malaysia 12 Sept 2010.. bunuh



tangisan anak-anak yang kematian bapa.....



Kematian Sosilawati: Peguam, adik dan enam pekerja ditahan
12/09/2010 4:25pm

BANTING 12 Sept. – Polis menahan seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya serta enam pekerja kebun kelapa sawit milik mereka di mana jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi dipercayai dibunuh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, kesemua suspek dipercayai terlibat membunuh mangsa sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebuah anak sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Kuala Langat di sini, Mohd. Bakri berkata, polis membuat tangkapan pertama pada 10 September melibatkan lima orang.

Semalam, Datuk itu dan adiknya yang juga seorang peguam dan berpusat di sini ditahan, manakala seorang lagi suspek ditahan hari ini.

Beliau berkata, hasil penyiasatan polis, mereka mengaku bertanggungjawab dalam membawa kesemua mangsa ke kebun kelapa sawit itu seluas 1.6 hektar, sebelum memukul sehingga mati dan membakar mayat kesemua mangsa.

Selain Sosilawati, turut dibunuh pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Bagaimanapun, Mohd. Bakri berkata, beliau tidak dapat mengesahkan tarikh sebenar kesemua mereka dibunuh, tetapi ia mungkin di antara tarikh mereka dilaporkan hilang pada 30 Ogos sehinggalah semalam.

Mengenai motif kejadian, beliau berkata, ia lebih ke arah saingan perniagaan dan urus niaga kewangan di antara suspek utama (kedua-dua peguam) dan Sosilawati. – Bernama

ulasan

1. manusia menjadi tamak dengan sekelip mata mampu berubah daripada seorang bergelar datuk / berpangkat / berdarjat / berilmu / beragama menjadi penculik dan pembunuh yang sadis

2. perlukah mereka diperlakukan sedemikian rupa .. hanya untuk memenuhi nafsu dan keinginan seorang lelaki yang mahu menjadi kaya dalam sekelip mata

3. masih banyak lagi usaha untuk menjadi kaya ... bukan dengan cara membunuh ,,, bukan dengan cara memperdaya ... bukan dengan cara tipu daya

4. kematian ini diluar batas kemanusiaan dan perikemanusiaan seorang manusia. bagaimana keputusan besar sebegini dapat dibuat demi memenuhi impian menjadi kaya ... semua ini terjadi dengan alasan DUIT. maka natijahnya memakan korban yang bukan sedikit .. menimbul derita bukan kepalang ...apa nasib pada anak yang ditinggalkan .. apa nasib pada isteri yang ditinggalkan suami .. bagaimana ia mahu menjalani kehidupan selepas ini .... ayah kehilangan anak tersayang ... isteri kehilangan tempat bergantung ... anak kehilangan tempat bermanja.... ditengah keriuhan kita menyambut syawal yang bening ini ... ada manusia durjana melakukan pembunuhan sebegini kejam .... alangkah malangnya

Isnin, 6 September 2010

SELAMAT HARI RAYA


SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR BATIN

Jumaat, 3 September 2010

SET 2 TING 3

501. Antara berikut yang manakah merupakan tujuan penubuhan Malayan Union?

I Membentuk Bangsa Malayan Union
II Mengukuhkan pertahanan
III Mewujudkan perpaduan kaum
IV Ke arah berkerajaan sendiri

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


502. Di bawah pentadbiran Malayan Union, Tanah Melayu berubah taraf menjadi

A Negeri bebas
B Tanah jajahan
C Negeri naungan
D Negeri lindungan




503. Apakah bidang kuasa raja-raja Melayu di bawah pentadbiran Malayan Union?

I Cukai
II Islam
III Adat istiadat
IV Tanah

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


504. Kerakyatan diberikan berasaskan tempat kelahiran seseorang

Maklumat di atas berkaitan dengan syarat kerakyatan dalam Malayan Union. Pemberian syarat kerakyatan dalam Malayan Union berasakan prinsip

A Jus Soli
B Naturalisasi
C Permohonan
D Kuatkuasa undang-undang


505. Kerakyatan diberikan berasaskan tempat kelahiran seseorang

Kenapakah orang Melayu menentang syarat kerakyatan berasaskan prinsip di atas?

A Hilang penguasaan politik
B Menghadapi masalah sosial
C Hilang status quo sebagai pribumi
D Hilang penguasaan ekonomi Tanah Melayu






506. Pegawai British 1 Orang Melayu dipercayai telah memberikan kerjasama kepada Jepun
Pegawai British 2 Kita harus menghukum mereka

Berdasarkan perbualan di atas, apakah tindakan yang telah diambil oleh British terhadap orang Melayu?

A Mengharamkan akhbar-akhbar Melayu
B Memenjarakan mereka yang bersubahat dengan Jepun
C Mengurangkan dan mengawal kuasa politik orang Melayu
D Mahu memberikan kewarganegaraan berasaskan prinsip jus soli


507. Apakah langkah yang diambil oleh British dalam usahanya untuk memastikan gologan imigran memberikan kesetiaan kepada Malayan Union?

A Membentuk sistem ahli
B Melonggarkan syarat kerakyatan
C Menubuhan parti politik mengikut kaum
D Melantik lebih ramai pegawai kerajaan di kalangan mereka


508. Pentadbiran Malayan Union terdiri daripada

I Negeri-negeri Melayu Bersekutu
II Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
III Negeri-negeri Selat
IV Pulau Pinang

A I, II dan III
B I, IIdan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


509. Apakah muslihat sebenar British menubuhan Malayan Union?

A Memantapkan lagi ekonomi
B Menjamin pertahanan yang kukuh
C Membentuk panjajahan secara mutlak
D Mewujudkan perpaduan antara kaum


510. Apakah yang dapat dirumuskan tentang penglibatan kaum wanita dalam usaha menentang Malayan Union?

A Memperjuangkan hak mereka
B Menunjukkan keberanian yang tinggi
C Bergabung tenaga menentang Malayan Union
D Mengadakan demonstrasi secara besar-besaran


511. Tindakan Harold MacMichael mengancam raja-raja Melayu merupakan antara faktor yang menyebabkan penentangan orang Melayu. Bagaimanakah Harold MacMichael mengancam raja-raja Melayu?

A Menghapuskan hak istimewa orang Melayu
B Memaksa raja-raja Melayu menerima Residen British
C Menghapuskan hak memungut cukai di negeri masing-masing
D Mengancam akan menurunkan raja-raja Melayu daripada takhta


512. Apakah cara-cara yang digunakan oleh orang Melayu untuk menunjukkan penentangan terhadap Malayan Union?

I Secara individu
II Secara kolektif
III Melalui akhbar
IV Perang gerila

A I, II dan III
B I, IIdan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


513. Akhbar manakah yang digunakan oleh orang Melayu untuk membantah Malayan Union?

I Majlis
II Warta Negara
III Utusan Melayu
IV Fajar Malaya

A I, II dan III
B I, IIdan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV




514. Siapakah yang menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu dalam pentadbiran Malayan Union?

A Raja Melayu
B Residen Jeneral
C Gabenor British
D Pesuruhjaya Tinggi


515. Mengapakah orang Melayu membantah penubuhan Malayan Union?

I Kerakyatan jus soli
II Tindakan Harold MacMichael
III Kedaulatan raja-raja terhapus
IV Penyatuan politik

A I, II dan III
B I, IIdan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


516. Apakah faktor-faktor yang mendorong segelintir orang Melayu menyokong Malayan Union?

I Penyatuan pentadbiran
II Tidak berasakan kuasa raja
III Hak istimewa terjamin
IV Menyokong kerakyatan terbuka

A I, II dan III
B I, IIdan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


517. Kenapakah orang bukan Melayu menyokong Malayan Union?

A Penyatuan politik
B Singapura diasingkan
C Kerakyatan yang terbuka
D Peluang ekonomi yang luas


518. • Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya
• Angkatan Pemuda Insaf
• Angkatan Wanita Sedar
• Barisan Tani Malaya

Apakah persamaan pertubuhan-pertubuhan yang tersenarai di atas?

A Menentang prinsip kerakyatan jus soli
B Menyokong penubuhan Malayan Union
C Membantah penubuhan Malayan Union
D Mendesak kuasa raja-raja Melayu dikembalikan


519. Parti Komunis Malaya Malayan Democratic Union

Apakah persamaan kedua-dua parti di atas?

A Menentang jus soli
B Bergabung dengan UMNO
C Menentang Malayan Union
D Menyokong Malayan Union


520. • Berpusat di Singapura
• Keahliannya terdiri daripada golongan berpendidikan Inggeris
• Mencadangkan supaya Singapura dimasukkan dalam Malayan Union

Maklumat di atas berkaitan dengan parti

A Malayan Association
B Malayan Joint Action
C Parti komunis Malaya
D Malayan Democratic Union


521. Kongres Melayu yang pertama telah diadakan dari 1-4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

Apakah pencapaian terpenting kongres ini?

A UMNO ditubuhkan
B Pelaksanaan Malayan Union
C Persekutuan Tanah Melayu dibentuk
D Kedaulatan raja-raja Melayu dipulihkan


522. Apakah tujuan utama Kongres Melayu kedua yang diadakan pada 30 hingga 31 Mac 1946 di Kuala Lumpur?

A Membantah perisytiharaan Malayan Union
B Menggabungkan persatuan-persatuan Melayu
C Menunjukkan sokongan terhadap raja-raja Melayu
D Mewujudkan perpaduan di kalangan orang Melayu


523. Apakah tujuan utama penubuhan UMNO pada tahun 1946?

I Menentang Malayan Union
II Menyatupadukan orang Melayu
III Menjamin ketuanan orang Melayu
IV Menuntut kemerdekaan

A I, II dan III
B I, IIdan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


524. Apakah cogan kata UMNO yang dicipta oleh Dato’ Onn Ja’afar pada tahun 1950?

A Merdeka
B Hidup UMNO
C Hidup Melayu
D Hapuskan Malayan Union


525. British telah mengadakan rundingan rasmi dengan raja-raja Melayu dan UMNO. Apakah tujuan rundingan tersebut ?

A Membantah penubuhan UMNO
B Mewujudkan raja berperlembagaan
C Penentangan terhadap Malayan Union
D Pengubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu









526. Jawatankuasa Eksekutif telah ditubuhkan pada 25 Julai 1946

Apakah tujuan utama penubuhan jawatankuasa ini?

A Menjamin hak orang Melayu
B Menggantikan Malayan Union
C Mengatasi masalah perkauman
D Menerangkan tentang Malayan Union


527. Jawatankuasa Eksekutif telah ditubuhkan pada 25 Julai 1946

Siapakah yang menganggotai Jawatankuasa ini?

I Pegawai kanan British
II Wakil raja-raja Melayu
III Wakil UMNO
IV Wakil bukan Melayu

A I, II dan III
B I, IIdan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


528. Kenapakah British bersetuju membentuk Persekutuan Tanah Melayu?

A Mahu mewujudkan perpaduan kaum
B Ingin mendapat sokongan orang Cina
C Menghormati perjuangan orang Melayu
D Mengelakkan penentangan secara kekerasan


529. Apakah ciri-ciri utama Persekutuan Tanah Melayu 1948?

I Konsep raja berperlembagaan
II Majlis raja-raja Melayu dibentuk
III Syarat kerakyatan diperketatkan
IV Sebuah persekutuan dibentuk

A I, II dan III
B I, IIdan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


530. Siapakah yang mengetuai pentadbiran dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948?

A Residen
B Gabenor
C Raja Melayu
D Pesuruhjaya Tinggi British


531. Karl Marx telah mengasaskan fahaman komunisme pada pertengahan abad ke-19. Bagaimanakah beliau menyebarkan ideologinya?

I The Comunist Manisfesto
II The Communist Ideology
III Das Capital
IV The German Ideologis

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


532. Apakah prinsip-prinsip asas fahaman komunisme?

I Menentang sistem feudal dan imperialis
II Melakukan penentangan secara kekerasan
III Memiliknegarakan perindustrian
IV Bepegang kepada sistem kelas

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


533. Fahaman komunis disebarkan di Tanah Melayu oleh

I Parti Kuomintang KMT
II Parti Komunis Nanyang
III Parti Komunis Indonesia
IV Parti Komunis Malaya

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


534. Fahaman komunis tidak mendapat sokongan orang Melayu kerana

A Dilarang oleh Majlis Raja-raja
B Menentang amalan demokrasi
C Bertentangan dengan ajaran Islam
D Fahaman ini disokong oleh orang Cina


535. Apakah prinsip-prinsip fahaman komunis yang tidak diterima oleh masyarakat Melayu?

I Bertentangan dengan adat resam orang Melayu
II Tidak mengakui kewujudan tuhan
III Matlamat dicapai secara kekerasan
IV Dasar sama rata

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


536. Apakah tujuan utama penubuhan Parti Komunis Malaya pada tahun 1930?

A Mencapai kemerdekaan
B Membentuk ekonomi kapitalis
C Mewujudkan perpaduan kaum
D Menubuhkan Republik Komunis Malaya


537. Apakah arahan Pertubuhan Komunis Antarabangsa kepada parti-parti komunis di Eropah pada bulan Julai 1919?

A Menghapuskan amalan demokrasi
B Mengasaskan pemerintahan komunis
C Mengesyorkan pemberontakan bersenjata
D Menyebarkan ideologi komunis ke seluruh dunia


538. Siapakah yang menjadi sasaran ejen komunis untuk menyebarkan dakyah komunis?

I Pertubuhan politik
II Kesatuan sekerja
III Kelas-kelas malam
IV Penerbitan Cina

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


539. Siapakah yang bertanggungjawab menyebarkan fahaman komunis di kalangan orang Melayu?

A Parti Komunis Malaya
B Parti Komunis Nanyang
C Parti Komunis Indonesia
D Kesatuan Melayu Muda


540. Bagaimanakah Parti Komunis Malaya menyebarkan fahamannya di Tanah Melayu?

A Melatih ramai kader
B Mengasaskan parti politik
C Menubuhkan sekolah malam
D Mengajar fahaman komunis di sekolah


541. Menjelang tahun 1935 Parti Komunis Malaya telah menjadi semakin agresif. Apakah antara tindakan yang telah dilakukan?

I Melancarkan mogok
II Mensabotaj ekonomi Tanah Melayu
III Menentang pemimpin tempatan
IV Menubuhkan parti politik

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV










542. Apakah tujuan utama disebalik tindakan agresif yang mula dilakukan oleh Parti Komunis Malaya menjelang tahun 1935?

A Melumpuhkan ekonomi
B Mewujudkan rusuhan kaum
C Menghapuskan penentangan
D Mendapatkan sokongan rakyat


543. Jawatankuasa Pemuda Komunis Antarabangsa telah bersidang di Calcuta, India pada tahun 1948

Apakah keputusan penting yang telah dicapai semasa persidangan ini?

A Menyusup ke dalam kesatuan sekerja
B Menyeru golongan muda menerima ideologi komunis
C Menggalakkan pemberontakan bagi mencapai matlamat
D Mempengaruhi generasi muda untuk menerima fahaman komunis


544. Jawatankuasa Pemuda Komunis Antarabangsa telah bersidang di Calcuta, India pada tahun 1948

Apakah tindakan yang dilakukan oleh PKM sebagai hasil daripada persidangan tersebut?

A Menubuhkan unit gerila
B Mempengaruhi generasi muda
C Menubukan lebih banyak cawangan
D Mengadakan persidangan di Tanah Melayu


545. Kenapa British berkerjasama dengan PKM semasa Perang Dunia Kedua?

A PKM bersifat sederhana
B PKM didsokong oleh orang Cina
C PKM telah melatih tentera British
D PKM menentang pendudukan Jepun






546. PKM telah melancarkan mogok yang paling besar di Batu Arang, Selangor yang melibatkan 6000 orang buruh.

Apakah punca utama mogok tersebut?

A Melumpuhkan ekonomi
B Menuntut gaji yang lebih
C Menuntut kebajikan dijaga
D Masalah penindasan pemilik


547. PKM telah melancarkan mogok yang paling besar di Batu Arang, Selangor yang melibatkan 6000 orang buruh.

Apakah kesan mogok tersebut?

A PKM diharamkan oleh British
B Pemimpin PKM diberi amaran
C British mengharamkan kesatuan sekerja
D Mereka yang terlibat dihantar pulang ke China


548. Apakah yang dituntut oleh Pentadbiran Tentera British kepada PKM sebaik sahaja tamatnya Perang Dunia Kedua?

I Menyertai pasukan keselamatan
II Membubarkan MPAJA
III Menyerahkan senjata
IV Menubuhkan parti politik

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


549. Apakah langkah yang diambil oleh British untuk menggalakkan anggota MPAJA menyerahkan senjata?

I Memberikan jawatan kerajaan
II Menjanjikan kerakyatan mudah
III Diberikan wang sebagai insentif
IV Dibekalkan dengan beras

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


550. Apakah peritiwa yang menyebabkan kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu pada tahun 1948?

A Tindakan Min Yuen
B Pembunuhan Sir Henry Gurney
C Mogok pekerja lombong di Batu Arang
D Pembunuhan tiga orang pengurus ladang

SET 1 TING 3

461. Maharaja Mikado Meiji telah melaksanakan dasar pembaharuan di Jepun. Apakah pembaharuan yang dilaksanakan?

I Pemodenan dalam perindustrian
II Mengutamakan pendidikan barat
III Negara barat dijadikan model
IV Bahasa Inggeris diajar di sekolah

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


462. Apakah kesan terpenting dasar pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh Maharaja Mikado Meiji di Jepun?

A Kegiatan peluasan kuasa dimulakan
B Pendidikan barat diutamakan di sekolah
C Mengasaskan hubungan luar yang lebih terbuka
D Dasar hubungan luar berbentuk pro barat diamalkan


463. Kemenangan Jepun terhadap sebuah kuasa barat, kedudukan Jepun menjadi setaraf dengan kuasa-kuasa besar yang lain. Kuasa barat yang dimaksudkan ialah

A Rusia
B British
C Jerman
D Amerika Syarikat


464. TAHUN 1895 Perang China-Jepun Pertama
TAHUN 1937 Perang China-Jepun Kedua

Jepun telah berperang dengan China sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1896 dan 1937. Mengapakah Jepun menyerang China?

A China telah menzalimi orang Jepun
B Jepun bermusuhan dengan orang China
C Berpotensi sebagai pasaran untuk barangan Jepun
D China mengamalkan dasar berbaik-baik dengan Amarika Syarikat


465. Jepun telah menyerang pengkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pearl Harbour. Kenapakah Jepun mengambil tindakan ini?

A Kesan perang Rusia-Jepun
B Amerika menyokong China
C Jepun menyertai pakatan Axis
D Amerika mengenakan sekatan ekonomi



466. Pertambahan penduduk
Tanah pertanian semakin berkurangan
Memerlukan pasaran baru

Senarai di atas merujuk kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh Jepun. Apakah langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini?

A Menyertai pakatan Axis
B Menjalankan perluasan kuasa
C Memodenkan sektor ekonomi
D Melaksanakan pertanian komesial


467. ASIA UNTUK ORANG ASIA
SEMANGAT ASIA

Slogan di atas digunakan oleh Jepun untuk membantunya dalam dasar perluasan kuasa. Bagaimanakah langkah ini membantu Jepun?

A Membantu dalam usahanya menguasai negara China
B Membolehkan dasar pemerintahan ketenteraan dijalankan
C Menonjolkan dirinya sebagai pembela negara-negara timur
D Membantu dalam usahanya melaksanakan ekonomi kawalan


468. ASIA UNTUK ORANG ASIA
SEMANGAT ASIA

Apakah iktibar yang boleh kita peroleh daripada tindakan Jepun menyebarkan slogan di atas?

I Tanpa adanya slogan kejayaan tidak boleh dicapai
II Harus berhati-hati terhadap propaganda dari luar
III Slogan yang baik diperlukan dalam melaksanakan sesuatu misi
IV Slogan ini merupakan faktor utama kejayaan Jepun

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV



469. • Kelemahan tentera British
• Semangat tentera
• Perancangan awal
• Taktik serangan
X

Senarai di atas merujuk kepada faktor kejayaan Jepun mengalahkan British di Tanah Melayu. Faktor X ialah

A Bantuan Jerman
B Bantuan Pakatan Axis
C Kerjasama antara kaum
D Pakatan dengan Thailand


470. Apakah bukti yang menunjukkan Jepun mengamalkan prinsip “Asia untuk orang Asia” semasa menyerang Asia Tenggara?

A Mengamalkan jati diri Asia
B Tidak menyerang Thailand
C Mengamalkan dasar anti-barat
D Menghapuskan Bahasa Inggeris


471. Serangan Jepun ke atas Tanah Melayu telah berlaku dari arah utara ke selatan. Tempat pendaratan tentera Jepun yang paling awal di Tanah Melayu ialah

A Jitra
B Perlis
C Alor Star
D Kota Bharu



472. Tarikh 16 Disember 1941
Pengkalan tentera Cam Ranh- Vietnam
Sasaran Miri- Sarawak

Berdasarkan jadual di atas kenapakah Miri menjadi sasaran Jepun?

A Pusat pentadbiran British
B Tumpuan pertahanan British
C Pusat perlombongan minyak
D Pangkalan tentera laut British



473. Semasa berundur dari Tanah Melayu tentera British telah memusnahkan jambatan, jalan keretapi, jalan raya serta ladang-ladang dan kawasan perlombongan. Apakah tujuan utama British bertindak demikian?

A Melumpuhkan ekonomi
B Mewujudkan pemberontakan
C Membantu penduduk tempatan
D Mehapuskan sistem perhubungan


474. Kejayaan Jepun menakluki negara kita dalam masa yang singkat telah memeranjatkan banyak pihak termasuk Amerika Syarikat. Apakah kunci kejayaan tentera Jepun menakluki Tanah Melayu dalam masa yang singkat?

A Strategi peperangan
B Sistem pemerintahan
C Peranan kerajaan Jepun
D Kelengkapan tentera Jepun


475. Serangan Jepun ke atas Singapura telah ditentang hebat oleh Rejimen Askar Melayu. Siapakah pemimpin pasukan ini?

A Leftenan Adnan
B Dato’ Onn Jaafar
C Ibrahim Haji Yaacob
D Leftenan Yeop Mahidin


476. Kejatuhan Tanah Melayu ke tangan tentera Jepun memberikan kesan penting kepada penduduk Tanah Melayu. Apakah iktibar terpenting peristiwa ini?

A Perlu mempunyai bilangan tentera yang ramai dan bersemangat
B Tidak berharap kepada kuasa asing untuk mempertahankan tanah air
C Kukuhkan pertahanan negara pada setiap masa dan sentiasa bersedia
D Mempunyai kelengkapan perang yang cukup untuk menghadapi musuh


477. Jepun telah menyerahkan Negeri-negeri Melayu Utara kepada Siam pada tahun 1943. Kenapa Jepun mengambil tindakan ini?

A Membalas jasa kerajaan Siam
B Untuk mendapat sokongan raja Siam
C Mematuhi salah satu syarat Perjanjian Burney
D Siam membekalkan beras kepada tentera Jepun


478. Mengapa Jepun mula memperkenalkan dasar yang lebih bermanfaat kepada penduduk Tanah Melayu apabila mendapati bahawa mereka akan kalah?

A Ingin berbuat baik kepada penduduk tempatan
B Ingin membalas jasa orang Melayu yang menyokongnya
C Supaya penduduk tempatan mampu berkerajaan sendiri
D Supaya tidak menyokong British apabila British kembali


479. Kenapa tentera British tidak bersungguh-sungguh serta tidak bersedia menghadapi serangan Jepun ke atas Tanah Melayu?

A Tentera British tidak terlatih
B Bilangan tentera British yang kurang
C Lebih menumpukan peperangan di Eropah
D Tumpuan pertahanan British di Singapura


480. Jepun telah mengeluarkan kad catuan bagi setiap keluarga yang bertujuan merekodkan tarikh, jenis dan kuantiti barang keperluan yang diperoleh. Langkah ini adalah sebahagian daripada bentuk ekonomi

A Kawalan
B Terancang
C Kapitalisme
D Pasaran bebas


481. Jeneral Seishiro Itagaki telah menyerah diri kepada Tentera Bersekutu di Singapura pada 15 Ogos 1945

Apakah kesan terpenting peristiwa di atas kepada Tanah Melayu?

A Semangat kebangsaan menyemarak
B Parti politik yang radikal ditubuhkan
C Penduduk Tanah Melayu bersatu padu
D Penduduk Tanah Melayu menghargai Jepun


482. Jepun telah melaksanakan dasar penjepunan semasa menjajah Tanah Melayu. Apakah tujuan utama dasar ini?

A Meningkatkan taraf hidup penduduk
B Mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat
C Menjamin sokongan penduduk Tanah Melayu
D Mewujudkan kesetiaan kepada Maharaja Jepun


483. Pasukan polis rahsia yang bertindak ganas dan kejam terhadap mereka yang disyaki membenci Jepun

Maklumat di atas berkaitan dengan

A Kaisha
B Kunrenjo
C Kimigayo
D Kampetai


484. Kenapa Kesatuan Melayu Muda telah mengadakan pakatan sulit dengan Jepun dan menyebarkan propaganda kepada orang Melayu?

A Supaya diberikan kemerdekaan
B Supaya orang Melayu tidak dizalimi
C Supaya diberi layanan istimewa oleh Jepun
D Supaya diberikan jawatan-jawatan penting dalam kerajaan


485. Kedudukan Sultan diiktiraf oleh kerajaan Jepun dan menjadi ketua agama dan adat istiadat Melayu. Kenapakah Jepun bertindak demikian?

A Menghormati institusi beraja
B Diarahkan oleh Maharaja Jepun
C Mematuhi syarat perjanjian Melayu
D Untuk mendapat sokongan orang Melayu


486. Tentera Jepun bertindak zalim serta membunuh orang Cina di Tanah Melayu

Berdasarkan maklumat di atas, mengapakah Jepun bertindak sedemikian terhadap orang Cina?

A Membantu Parti Komunis Malaya
B Enggan berkerjasama dengan Jepun
C Membantu China semasa perang Cina-Jepun
D Memberikan bantuan kepada tentera British









487. Apakah tindakan askar India dalam tentera British, semasa Jepun menyerang Tanah Melayu?

A Berpaling tadah kepada Jepun
B Menyertai Gerakan anti Jepun
C Bekerjasama dengan orang Cina
D Menentang Jepun secara bermati-matian


488. Akhbar X Berperanan sebagai alat propaganda Jepun

Maklumat di atas berkaitan dengan sebuah akhbar pada masa pendudukan Jepun. Akhbar X ialah

A Majlis
B Fajar Asia
C Warta Negara
D Utusan Melayu


489. Jepun telah memperkenalkan mata wang Jepun yang dikenali sebagai “wang pisang”. Apakah kesan terpenting mata wang tersebut?

A Inflasi berlaku
B Kekurangan makanan
C Kemelesetan ekonomi
D Ekonomi berkembang


490. Di antara berikut yang manakah merupakan pertubuhan anti-Jepun di Tanah Melayu?

I MPAJA
II Force 136
III Askar Melayu Setia
IV KMM

A I, II dan III
B I, IIdan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV





491. Kao Kunrenjo adalah Sekolah Latihan Kepimpinan yang ditubuhkan semasa pendudukan Jepun

Apakah tujuan Jepun menubuhkan sekolah tersebut ?

A Menanamkan semangat kesetiaan
B Menanamkan sentimen anti-barat
C Menyediakan latihan ketenteraan
D Memberi latihan pentadbiran awam


492. Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya

Slogan di atas telah digunakan sebagai propaganda oleh Jepun. Namun rancangan Jepun untuk mewujudkannya tidak berjaya kerana

A Tekanan daripada kerajaan British
B Tidak disetujui oleh raja-raja Melayu
C Tidak mendapat sokongan negara Asia
D Memberikan tumpuan kepada peperangan


493. Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah. Apakah faktor utama Jepun mengambil tindakan ini?

A Arahan Maharaja Jepun
B Kekalahan Jerman dan Itali
C Desakan oleh kerajaan Jerman
D Amerika mengugurkan bom atom


494. Apakah kesan terpenting pendudukan Jepun ke atas Tanah Melayu?

A Berjaya menyatukan orang Melayu
B Semangat nasionalisme menyemarak
C Ekonomi Tanah Melayu berkembang
D Berjaya mewujudkan perpaduan kaum


495. Semasa pendudukan Jepun di atas Tanah Melayu banyak ciptaan baru berasaskan bahan tempatan telah muncul. Apakah iktibar yang boleh kita peroleh daripada keadaan ini?

A Jepun menggalakkan ciptaan baru
B Kekayaan bahan mentah di Tanah Melayu
C Penduduk Tanah Melayu mampu mencipta
D Keperitan hidup menjadikan penduduk kreatif


496. Apakah peristiwa yang telah mendorong peningkatan semangat nasionalisme orang Melayu pada tahun 1946?

A Kekalahan British
B Pendudukan Jepun
C Pentadbiran tentera British
D Pengenalan Malayan Union


497. Orang Melayu menentang hebat Malayan Union kerana dianggap sebagai usaha British menjajah Tanah Melayu.

Pelaksanaan Malayan Union disifatkan oleh orang Melayu sebagai usaha British untuk

A Menghapuskan ketuanan Melayu
B Mengetatkan syarat pemberian kerakyatan
C Mewujudkan perpaduan di kalangan penduduk
D Mewujudkan persamaan taraf antara penduduk


498. Selepas kekalahan Jepun pada tahun 1945, PKM telah memerintah selama 14 hari.

Apakah kesan terpenting peristiwa di atas?

A Menimbulkan masalah ekonomi
B Menimbulkan ketegangan kaum
C Menamatkan pemerintahan tentera
D Menyemarakkan semangat nasionalisme









499. Apakah bentuk pemerintahan yang dilaksanakan oleh British untuk menyelamatkan keadaan selepas 14 hari PKM berkuasa?

A Pentadbiran Tentera British
B Pentadbiran Malayan Union
C Pentadbiran Tentera Bintang Tiga
D Penguasaan Parti Komunis Malaya


500. Kerajaan British telah memperkenalkan pentadbiran awam selepas memulihkan keamanan di Tanah Melayu. Pentadbiran awam yang diperkenalkan ialah

A Negeri-negeri Selat
B Persekutuan Tanah Melayu
C Pentadbiran Malayan Union
D Pemerintahan awam sementara

SET 6 TING 2

451. • Rayuan Bangsa Mu
• Pewira Melayu
• Mempertahankan hak kita

Puisi-puisi di atas dikarang oleh

A Omar Mustaffa
B Harun Aminurashid
C Abdul Samad Ahmad
D Muhammad Yusuf Harun


452. Novel Pengarang
Hikayat Faridah Hanum Syed Sheikh al-Hadi
Iakah Salmah Ahmad Rashid Talu
X Ishak Haji Muhammad

Novel X ialah

A Melati Kota Bharu
B Mari Kita Berjuang
C Melor Kuala Lumpur
D Putera Gunung Tahan











453. Pertubuhan X
• Diasaskan pada tahun 1926
• Dianggotai oleh golongan bangsawan dan kakitangan kerajaan
• Menggalakkan ahlinya memainkan peranan lebih besar dalam politik dan pentadbiran

Pertubuhan X ialah

A Kesatuan Melayu Muda
B Kesatuan Melayu Pahang
C Kesatuan Melayu Selangor
D Kesatuan Melayu Singapura


454. Pertubuhan X
• Diasaskan pada tahun 1926
• Dianggotai oleh golongan bangsawan dan kakitangan kerajaan
• Mengalakkan ahlinya memainkan peranan lebih besar dalam politik dan pentadbiran

Siapakan pengasas pertubuhan tersebut?

A Raja Chulan
B Ibrahim Haji Yaakob
C Mohammad Eunos Adbullah
D Tengku Ismail bin Tengku Mohd Yassin


455. • Persatuan Melayu Perak
• Persatuan Melayu Pahang
• Persatuan Melayu Kelantan

Apakah tujuan persatuan-persatuan di atas di tubuhkan?

I Meningkatkan kedudukan ekonomi
II Meningkatkan kedudukan sosial
III Menuntut hak politik
IV Menuntut kemerdekaan

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV



456. Tahun Peristiwa Tempat
1939 Kongres Melayu Se-Tanah Melayu pertama Kuala Lumpur

Apakah tujuan Kongres tersebut ?

A Mewujudkan perpaduan antara kaum
B Menuntut kemerdekaan Tanah Melayu
C Menuntut hak menubuhkan parti politik
D Mewujudkan perpaduan kebangsaan di kalangan Orang Melayu


457. Kongres Melayu Kedua diadakan di Singapura pada tahun 1940. Apakah yang di sarankan dalam kongres ini?

A Menperjuangkan hak orang Melayu
B Menyarankan supaya persatuan Melayu digabungkan
C Menubuhkan lebih banyak pertubuhan orang Melayu
D Menyarankan kemajuan orang Melayu di negeri masing-masing

458. Pertubuhan X
• Mendesak lebih ramai pegawai Melayu di tempatkan dalam kerajaan
• Mendesak keanggotaan askar Melayu ditambah
• Mendesak penubuhan angkatan tentera laut dan udara

Pertubuhan X ialah

A Persatuan Melayu Perak
B Persatuan Melayu Pahang
C Persatuan Melayu Selangor
D Persatuan Melayu Kelantan


459. Persatuan India Pusat Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1936. Siapakah pemimpin yang bertanggungjawab menubuhkannya?

A John Thivy
B A.M. Soosay
C Tun Sambathan
D Tan Sri Manikavasagam


460. Salah satu matlamat Kesatuan Melayu Muda KMM ialah membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British. Bagaimanakah KMM cuba mencapai matlamat ini?

I Mengamalkan dasar radikal
II Mengadakan pakatan sulit dengan Jepun
III Membangkitkan perasaan anti-British melalui akhbar
IV Mengadakan teknik serangan gerila

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

SET 5 TING 2

401. 1831 Tunku Abdulah memimpin tenteranya membebaskan Kedah
1836 Sultan Ahmad Tajuddin merancang menyerang Siam
1838 Tunku Muhammad menentang Siam

Ketiga-tiga usaha di atas gagal mencapai matlamatnya kerana

A Bantuan British kepada Siam
B Rakyat tidak memberi sokongan
C Persediaan yang tidak mencukupi
D Pejuang pembebasan tidak bersatu


402. • Tunku Abdulah
• Tunku Kudin
• Tunku Long

Apakah persamaan tokoh-tokoh di atas

A Terlibat dalam perang saudara
B Menuntut hak sultan dikembalikan
C Berjuang mengembalikan kedaulatan Kedah
D Wakil kerajaan Siam yang memerintah Kedah


403. Pada tahun 1831 Tunku Kudin berjaya menawan Kuala Kedah dari Melaka. Namum demikian Kedah telah kalah dan Tunku Kudin terkorban. Apakah punca utama kegagalan usaha ini?

A Tiada kelengkapan peperangan
B Bekalan makanan ke Kedah terputus
C Tiada perpaduan di kalangan pembesar
D Bilangan tentera yang tidak mencukupi


404. Sultan Kedah telah menghantar Tunku Daei ke Bangkok untuk berunding dengan Kerajaan Siam. Apakah kesan rundingan tersebut?

A Tunku Daei ditabal sebagai sultan
B Kedah menghantar bunga emas ke Siam
C Tahkta Kedah dikembalikan kepada Sultan Ahmad Tajuddin
D Mengembalikan semula semua wilayah kepada sultan Kedah


405. Apakah kesan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ke atas Naning?

A Naning kehilangan wilayah
B Naning menjadi jajahan Belanda
C Naning menjadi sebahagian Melaka
D Naning menjadi wilayah Negeri Sembilan












406. Dol Said telah bangkit menentang British di Naning. Apakah faktor-faktor yang mencetuskan penentang tersebut?

I Mempertahankan kedaulatan
II Menentang bayaran cukai
III Menentang perlaksanaan undang-undang Barat
IV Dilucutkan jawatan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


407. Serangan British yang diketuai oleh Kapten Wyllie pada tahun 1861 telah dikalahkan oleh Dol Said.Bagaimana Dol Said mematahkan serangan ini?

I Mempunyai tentera yang ramai
II Mempunyai senjata yang cukup
III Menggunakan taktik perang gerila
IV Mendapat bantuan dari luar

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


408. Dol Said dan rakyat enggan membayar cukai satu per sepuluh hasil keluaran pertanian

Mengapakah tindakan tersebut dilakukan?

A Tidak mahu kehilangan hasil pendapatan
B Beranggapan bahawa Naning sebuah daerah merdeka
C Tidak mahu melepaskan hak memunggut cukai
D Beranggapan bahawa hasil pertanian adalah anugerah tuhan


409. Sungguhpun Orang Naning tewas kepada British peristiwa ini meninggalkan kesan penting kerana

A Mencari jalan untuk menghalau kuasa asing
B Meniupkan semangat juang yang berterusan
C Meningkatkan usaha menuntut kemerdekaan
D Meniupkan semangat perpaduan Orang Melayu


410. Agi Idup
Agi Ngelaban

Slogan di atas digunakan oleh masyarakat Iban untuk mempertahankan maruah negara. Apakah maksud slogan tersebut?

A Berjuang mati-matian
B Selagi hidup, selagi berjuang
C Mesti berjuang demi tanah air
D Perjuangan mestilah berterusan


411. Tokoh X
• Nama asalnya ialah Libau yang bermaksud penggoncang dunia
• Digelar Raja darat
• Pemimpin Orang Iban

Tokoh X ialah

A Rentap
B Antanum
C Mat Salleh
D Sharif Masahor


412. • Nanga Skrang
• Bukit Saduk

Apakah persamaan kedua-dua tempat yang disenaraikan di atas?

A Kubu pertahanan Rentap
B Pusat pentadbiran keluarga Brooke
C Kubu pertahanan pemerintahan Brooke
D Tempat berlakunya pertempuran antara Rentap dan keluarga Brooke
413. Apakah punca penentang Rentap terhadap pemerintahan keluarga Brooke?

I Menganggap Orang Iban sebagai lanun
II Mendirikan kubu di Nanga Skrang
III Memperkenalkan cukai kepala
IV Menghapuskan penempatan Orang Iban

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


414. Pengambilan wilayah Sungai Rajang oleh James Brooke

Apakah kesan terpenting peristiwa di atas?

A Kedudukan James Brooke semakin kukuh
B James Brooke berjaya menguasai seluruh Sarawak
C Menggugat serta mencabar kedudukan Sharif Masahor
D Rakyat Sarawak tidak berani mempersoalkan tindak tanduk kerajaan


415. Mengapakah Datu Patinggi Adbul Ghapur telah ditangkap dan dipenjarakan oleh Charles Brooke?

A Menuntut kemerdekaan Sarawak
B Bekerjasama dengan Sharif Masahor
C Enggan membayar cukai kepada kerajaan
D Menghasut penduduk tempatan menentang Brooke


416. Bagaimanakah Kerajaan Brooke di Sarawak menamatkan penentangan Sharif Masahor?

A Sharif Masahor dipenjarakan
B Sharif Masahor dilucutkan jawatan
C Sharif Masahor terbunuh dalam serangan
D Sharif Masahor telad dibuang negeri ke Singapura








417. J.W.W. Brich telah membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak

Apakah punca utama tindakan tersebut?

A Menyimpan hamba
B Mengutip cukai tanah
C Enggan membayar cukai
D Menghakimi masalah penduduk


418. J.W.W. Brich telah mencabuli adat resam masyarakat Melayu di Perak

Apakah yang menbuktikan peristiwa di atas?

A Tidak menghormati sultan
B Merampas hak memungut cukai
C Mengharamkan amalan perhambaan
D Melaksanakan undang-undang Barat


419. Mesyuarat di Durian Sebatang

Apakah keputusan terpenting yang dicapai hasil mesyuarat di atas?

A Membunuh Residen British
B Menghalau British di Perak
C Menentang penjajahan barat
D Mengengkari Perjanjian Pangkor

420. Dijatuhi hukuman gantung Dato’ Maharajalela ,Dato’ Sagor
Pandak Indut,Sepuntum
Di buang negeri Sultan Abdullah , Ngah Ibrahim ,Raja Ismail

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat tentang tindakan tegas British menghapuskan kebangkitan di Perak?

A British tidak dapat ditandingi
B Menunjukkan kewibawaan British
C Pejuang tempatan tidak bersedia
D Menunjukkan keangkuhan penjajah British



421. Bagaimanakah Syarikat Borneo Utara British menzalimi masyarakat Murut di Sabah?

I Suami isteri diasingkan tempat tinggal
II Seorang anak dijadikan buruh paksa
III Cukai kepala dan cukai tanaman pindah di perkenalkan
IV Membakar kediaman mereka

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


422. Apakah punca konflik antara Dato’ Kelana Said Abdul Rahman dengan Yamtuan Antah?

I Dato’ Kelana menandatangani perjanjian dengan British
II Dato’ Kelana mengisytiharkan Terachi sebagai wilayah
III Yamtuan Antah enggan mengiktiraf Dato’ Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujung
IV Dato’ Kelana ingin menguasai daerah Seri Menanti

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV



423. Apakah peristiwa yang mencetuskan penentangan Dato’ Bahaman di Pahang?

I Kehilangan kuasa mengutip cukai
II Balai polis dibina di Lubuk Terua
III Dilucutkan gelaran
IV Dihalau dari Negeri Pahang

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


424. Pada 16 Disember 1891, tiga pengikut Dato’ Bahaman telah ditangkap oleh British kerana

A Mengutip cukai
B Mengeluarkan surat pajak
C Membunuh pegawai British
D Mengutip hasil hutan tanpa kebenaran


425. Kebangkitan rakyat Pahang telah gagal tetapi British terpaksa menanggung kesan. Apakah kesan tersebut?

A Kehilangan Negeri Pahang
B Kehilangan beberapa daerah
C Kehilangan hak memungut cukai
D Menanggung hutang yang banyak


426. Amalan buruh paksa
Cukai Beras
Lesen perahu

Senarai di atas berkaitan dengan

A Punca penentangan di Sarawak
B Faktor-faktor penentangan pembesar di Perak
C Perubahan yang diperkenalkan oleh British di Pahang
D Punca-punca penentangan terhadap Syarikat Borneo Utara British










427.
Pada April 1898 terdapat perjanjian antara Mat Salleh dengan
William Cowie

Apakah isi kandungan perjanjian di atas?

I Mat Salleh dan pengikutnya diberi pengampunan
II Mat Salleh di berikan kuasa mentadbir Tambunan
III Penduduk Inanam mesti melaporkan pergerakan mereka
IV Cukai kepala dikenakan bagi semua penduduk

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV



428. Syarikat Borneo Utara British telah mengambil alih pentadbiran Tambunan pada tahun 1899. Apakah kesan terpentingnya?

A Cukai pokok kelapa mula diperkenalkan
B Penduduk Tambunan menjadi buruh paksa
C Mat Salleh membina kubu di Kampung Teboh
D Penduduk Tambunan menamatkan pemberontakan


429. British telah menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok Janggut pada tahun 1915 kerana

A Gagal membayar cukai
B Membunuh pegawai British
C Mengisytiharkan kebebasan Pasir Putih
D Melancarkan penentangan terhadap British


430. Tanah adalah hak Allah bukannya hak negeri

Pejuang tanah air yang boleh dikaitkan dengan pernyataan di atas ialah?

A Mat Kilau
B Tok Janggut
C Dato’ Bahaman
D Haji Adbul Rahman Limbong


431. Yang manakah merujuk kepada semangat kebangsaan atau nasionalisme?

I Perasaan cinta dan taat setia yang mendalam terhadap bangsa dan tanah air
II Keazaman untuk berjuang menebus maruah bangsa
III Perjuangan untuk membentuk negara yang bebas dan merdeka
IV Berusaha menuntut kemerdekaan dengan apa cara sekali pun

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

432 Gerakan Kebangsaan menerima pengaruh daripada Turki , Jepun , Mesir ,China dan India
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah kesan peristiwa di atas terhadap Tanah Melayu?

A Pengaruh negara-negara tersebut dalam bidang sosial
B Rakyat tempatan telah melanjutkan pelajaran di negara tersebut
C Parti-parti politik yang dipengaruhi gerakan tersebut diharamkan
D Menjadi inspirasi semangat kebangsaan kepada penduduk Tanah Melayu

433. Perang Rusia Jepun berlaku pada 1905
Apakah pertalian peristiwa di atas dengan Tanah Melayu

A Kehebatan Jepun dikagumi
B Rakyat tempatan menyokong Jepun
C Menyemarakkan semangat negara-negara Asia
D Penduduk tempatan mengharapkan Jepun untuk mencapai kemerdekaan











434. Pada akhir kurun ke-19, gerakan kebangkitan Islam berlaku di Timur Tengah

Apakah peristiwa yang mencetuskan peristiwa di atas?

A Peranan alim ulam Islam semakin kuat
B Perpecahan yang dicetuskan oleh kuasa barat
C Perkembangan pendidikan di kalangan rakyat
D Empayar Islam Turki Uthmaniyah semakin kuat


435. • Dr Sun Yat Sen
• Mahatma Ghandi
• Jose Rizal

Apakah persamaan tokoh-tokoh yang disenaraikan di atas?

A Presiden terkenal di Asia
B Tokoh-tokoh politik radikal
C Pejuang gerakan kebangsaan
D Tokoh-tokoh politik sederhana


436. Peristiwa yang berlaku di negara-negara luar telah menyemarakkan semangat kebangsaan di kalangan penduduk Tanah Melayu kerana

I Kemajuan sistem perhubungan
II Kemajuan percetakan
III Dasar terbuka British
IV Peranan pembesar tempatan

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

437. Apakah matlamat yang ingin dicapai oleh pejuang-pejuang gerakan Pan-Islam yang tercetus di Timur Tengah pada kurun ke-19?

I Menyatukan seluruh umat islam
II Meluaskan empayar Islam
III Menentang penjajahan Barat
IV Menyebarkan ajaran Islam ke seluruh dunia

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


438. Gerakan Islah di Mesir turut mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu. Apakah faktor terpenting yang mencetuskan gerakan ini?

A Untuk menyatukan umat Islam
B Penjajahan British terhadap Mesir
C Kemunculan golongan terpelajar
D Ingin kembali kepada ajaran al-Quran


439. Dr. Sun Yat Sen adalah pemimpin Revolusi China. Apakah pencapaian beliau yang terpenting?

A Menubuhkan Republik China
B Memperjuangkan kedaulatan China
C Menghalau British daripada negara China
D Menyeru rakyat China menentang komunisme


440. Soekarno adalah pemimpin Indonesia yang memperjuangkan kebebasan Indonesia daripada penjajahan Belanda. Apakah parti yang dipimpin oleh beliau?

A Parti Nasional Indonesia
B Parti Komunis Indonesia
C Parti Kebangsaan Indonesia
D Liga Kemerdekaan Indonesia







441. Semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan pelajar yang mendapat pendidikan di Timur Tengah, khususnya di Mesir.Setelah kembali mereka telah memulakan gerakan Islah di Tanah Melayu.

Golongan yang disebut dalam pernyataan di atas dikenali sebagai

A Kaum Tua
B Kaum Muda
C Islah Melayu
D Reformis Melayu


442. • Al-Iman
• Neracha
• Al Ikhwan

Apakah persamaan terpenting akhbar-akhbar yang disenaraikan di atas?

A Menyarankan perjuangan radikal
B Diharamkan oleh kerajaan British
C Menyebarkan idea perjuangan Kaum Muda
D Menyebarkan ideologi golongan reformis Melayu


443. Antara berikut yang manakah merujuk kepada idea-idea yang diperjuangkan oleh Kaum Muda

I Menekankan kepentingan ilmu pengetahuan
II Menyeru Orang Melayu supaya berpegang kepada al-Quran dan Hadis
III Menasihati Orang Melayu agar jangan melupakan adat resam
IV Menitikberatkan pengetahuan sejarah

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

444. Idea pembaharuan Kaum Muda ditentang oleh Kaum Tua yang terdiri daripada golongan ulama dan pegawai agama. Apakah akhbar yang diterbitkan oleh Kaum Tua untuk menyampaikan penentangan mereka?

I Pengasuh
II Saudara
III Suara Benar
IV Lidah Benar

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


445. The Cradle of Malay Nationalisme

Penyataan di atas merujuk kepada

A UMNO
B Maktab Perguruan Sultan Idris
C Maktab Melayu Kuala Kangsar
D Persatuan Kebangsaan Melayu Muda


446. • Raja Chulan
• Mohammad Eunos Abdullah
• Dato’ Onn Ja’afar

Apakah ciri-ciri persamaan tokoh-tokoh yang disenaraikan di atas?

A Tokoh-tokoh gerakan Islah
B Tokoh-tokoh nasionalis berpendidikan Inggeris
C Tokoh-tokoh yang menubuhkan kesatuan Melayu
D Tokoh-tokoh yang merupakan lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris








447. Akhbar X
• Diterbitkan di Singapura
• Menyiarkan tentang keadaan sosio ekonomi Orang Melayu
• Mendesak supaya orang Melayu diberikan lebih banyak jawatan penting

Akbar X ialah?

A Majlis
B Al-Ikhwan
C Warta Melayu
D Utusan Melayu


448. Selain akhbar Melayu, akhbar Cina dan Tamil juga diterbitkan. Apakah berita yang dimuatkan dalam akhbar-akhbar tersebut?

I Kegiatan sosial dan ekonomi orang Cina dan India
II Menyiarkan berita tentang peristiwa yang berlaku di negara China dan India
III Menyeru supaya kebajikan orang India dan Cina dilindungi
IV Menyarankan penubuhan pertubuhan sosial

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV



449. Akhbar X
• Dikendalikan oleh orang Cina Peranakan
• Diterbitkan pada tahun 1894
• Menyiarkan tentang keadaan sosio ekonomi Orang Melayu
• Satu-satunya akhbar berbahasa Melayu yang berani melaporkan berita pemberontakan Dato’ Bahaman

Akbar X ialah?

A Seloka Melayu
B Jawi Peranakan
C Bintang Timor
D Cina Peranakan


450. Apakah tema utama puisi-puisi yang dihasilkan sebelum Perang Dunia Kedua?

A Kemajuan ekonomi
B Semangat Kebangsaan
C Kepentingan pendidikan
D Kemajuan orang Melayu

SET 4 TING 2

Badan X

351. Ditubuhkan pada tahun 1883
Bertanggunjawab membantu Gabenor

Siapakan yang menganggotai badan X?

I Residen
II Setiausaha kerajaan
III Bendahari
IV Ketua pasukan keselamatan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


352. • Berperanan sebagai majistret
• Pemungut cukai
• Bendahari daerah

Senarai di atas merujuk kepada tugas-tugas

A Residen
B Pegawai daerah
C Ketua kampung
D Setiausaha kerajaan


353. Siapakah yang mengetuai pemerintahan Syarikat Borneo Utara British di Sabah?

A Residen
B Gabenor
C Pesuruhjaya Tinggi
D Setiausaha kerajaan


354. Pegawai daerah adalah ketua pentadbir di peringkat daerah. Siapakah yang menjawat jawatan ini?

A Ketua anak Negeri
B Pemimpin daerah tersebut
C Pegawai Berbangsa Eropah
D Pemimpin kaum Bumiputera

355. Membantu pegawai daerah dalam pentadbiran
Diberi surat kuasa oleh Syarikat Borneo Utara British
Terdiri daripada orang tempatan

Senarai di atas berkaitan dengan

A Pegawai Eropah
B Ketua Anak Negeri
C Pemimpin tempatan
D Timbalan Pegawai Daerah


356. Syarikat Borneo Utara British mengekalkan penglibatan pribumi dalam pentadbiran di peringkat daerah dan kampung kerana

I Memahami adat dan budaya tempatan
II Tidak diminati oleh pegawai Eropah
III Mengahadapi masalah kewangan
IV Dinyatakan dalam perjanjian

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


357. Kes-kes yang berkaitan dengan Hukum Adat dan Undang-undang Islam dibicarakan oleh

A Mahkamah Rendah
B Mahkamah Penghulu
C Mahkamah Majistret
D Mahkamah Anak Negeri


358. Apakah bentuk undang-undang yang dilaksanakan oleh Syarikat Borneo Utara British di Sabah?

I Undang-Undang Barat
II Undang-Undang Tempatan
III Undang-Undang Islam
IV Undang-Undang Adat

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


359. Bertujuan meninggikan martabat serta kewibawaan ketua-ketua pribumi

Maklumat di atas berkaitan dengan

A Mahkamah Penghulu
B Mahkamah Majistret
C Mahkamah Tempatan
D Mahkamah Anak Negeri


360. Syarikat Borneo Utara British menguasai Sabah untuk membolot kekayaan ekonominya. Apakah hasil tradisional yang di eksploitasi?

I Sirip ikan yu
II Sagu
III Trepang
IV Antimoni

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


361. X
Hasil eksport yang menguntungkan
Eksport pada 1926 bernilai 125,000 dolar

X ialah

A Abaka
B Kelapa
C Sarang Burung
D Gambir Hitam

362. Syarikat Borneo Utara British memaksa penduduk tempatan menambahkan hasil keluaran tradisional dan hasil jualan ini dikenakan cukai. Apakah tujuan langkah ini?

A Untuk mengatasi masalah kewangan
B Untuk mengaut keuntungan yang tinggi
C Untuk memperkenalkan tanaman komersial
D Untuk mengawal kewangan penduduk tempatan


363. Penduduk Sabah bersusah payah serta bekerja keras namum tidak dapat menikmati keuntungan malah menghadapi kesukaran hidup. Apakah punca keadaan ini?

A Pertanian sara diri
B Kemelesetan ekonomi
C Dibebani pelbagai cukai
D Kekurangan hasil pengeluaran


364. Apakah faktor terpenting yang membolehkan pembukaan lebih banyak ladang-ladang getah di Beufort, Jesselton dan Tenom?

A Galakan kerajaan
B Tanah yang subur
C Buruh yang cukup
D Pembinaan landasan kereta api


365. Mutu tembakau Sabah diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia. Apakah langkah yang diambil Syarikat Borneo Utara British untuk menggalakkan tanaman tembakau?

A Memberikan subsidi tanah
B Mengecualikan cukai eksport
C Membina lebih banyak kilang
D Membawa masuk lebih banyak buruh asing


366. Mengapakah pembinaan jalan raya di Sabah tertumpu di bandar-bandar besar?

A Desakan penduduk setempat
B Bilangan penduduk yang ramai
C Merupakan kawasan kegiatan ekonomi
D Mempunyai bentuk muka bumi yang baik




367. Sandakan berkembang maju sebagai bandar terpenting di Sabah. Apakah peranannya?

I Pusat pentadbiran
II Pusat pembalakan
III Pusat perlombongan
IV Pelabuhan antarabangsa

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


368. Bandar Jesselton turut dikenali sebagai?

I Api-Api
II Singga Mata
III Diasuka
IV Elopura

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


369. Bandar X
• Pelabuhan terkenal di Pantai Timur Sabah
• Eksport utamanya ialah Getah, Abaka, mutiara dan kayu balak

Bandar X ialah

A Kudat
B Tawau
C Sandakan
D Lahad Datu








370. Mengapakah Syarikat Borneo Utara British hanya menyediakan pendidikan di peringkat rendah sahaja di Sabah?

I Kurang sambutan
II Kekurangan wang
III Tidak mengutungkan
IV Kekurangan tenaga pengajar

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


371. Kegiatan ekonomi yang berorientasikan eskport

Maklumat di atas berkaitan dengan

A Pertanian eskport
B Pertanian sara diri
C Pertanian dagangan
D Pertanian tradisional


372. Pada kurun ke-19, lada hitam dan gambir diusahakan oleh buruh Cina secara

A Sistem kangcu
B Sistem pajakan
C Sistem komersial
D Sistem tanaman paksa


373. Mengapakan tanaman buah pala mengalami kemerosotan selepas tahun 1850?

A Harga tidak stabil
B Masalah penyakit
C Permintaan yang kurang
D Persaingan dengan pengeluar lain





374. Tanaman X
• Diusahakan di Seberang Prai dan Perak
• Menjadi eksport penting Tanah Melayu selama 50 tahun

Tanaman X ialah

A Tebu
B Buah pala
C Lada hitam
D Bunga cengkih


375. Apakah dasar yang diamalkan oleh British terhadap pertanian dagang di tanah Melayu?

A Hanya peladang Eropah diberikan peluang
B Pendudukan tempatan diberikan keutamaan
C Peladang Eropah dan orang asing lebih digalakkan
D Peluang yang sama kepada semua pihak untuk diceburi


376. Menjelang kurun ke-20 beberapa jenis tanaman dagangan tradisional menjadi kurang penting. British telah memperkenalkan beberapa tanaman baru seperti

I Teh
II Kelapa sawit
III Tembakau
IV Getah

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


377. Tanaman kopi telah diusahakan secara besar-besaran di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Apakah faktor utama yang mendorong penanamannya?

A Tanah yang subur
B Buruh yang mahir
C Buruh yang murah
D Harga yang tinggi


378. Apakah kesan kejatuhan harga kopi di pasaran dunia pada kurun ke-19 terhadap Tanah Melayu?

A Getah diperkenalkan
B Pengangguran yang tinggi
C Buruh Cina dihantar pulang
D Kemelesetan ekonomi yang teruk


379. Pada kurun ke-20 harga getah telah melambung tinggi di pasaran dunia kerana?

A Pengeluaran terhad
B Penawaran yang tinggi
C Kemerosotan penanaman kopi
D Perkembangan perusahaan motokar


380. • Permintaan yang meningkat
• Usaha H.N. Ridley
• Tenaga Buruh yang cukup
• X

Senarai di atas merujuk kepada faktor-faktor perkembangan perusahan getah. Faktor X ialah?

A Pelaburan modal
B Sambutan penduduk
C Sokongan pembesar tempatan
D Perkembangan sistem pengangkutan


381. H.N.Ridley telah memperkenalkan kaedah menoreh mengikut sistem Ibedem atau sistem tulang ikan Herring. Apakah kesan terpenting kaedah ini?

A Menambahkan kesuburan
B Mengurang masa menoreh
C Memudahkan kegiatan menoreh
D Meningkatan pengeluaran susu getah


382. Mengapakah Kerajaan British mengenakan cukai tanah dan cukai eksport yang rendah bagi perusahaan getah?

A Menambahkan hasil pengeluaran
B Industri getah mengalami kemerosotan
C Menambahkan penglibatan Orang Melayu
D Mengalakkan pembukaan ladang-ladang getah yang baru


383. • Mengurangkan pengeluaran
• Meningkatkan harga
• Tidak disertai oleh Belanda di Indonesia

Maklumat di atas berkaitan dengan?

A Rancangan Sekatan Stevenson
B Rancangan kawalan harga getah
C Rancangan menstabilkan harga getah
D Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa


384. Apakah Cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pengeluaran getah negara kita selepas Perang Dunia Kedua?

A Harga yang rendah
B Pengeluaran yang merosot
C Saingan daripada getah tiruan
D Permintaan yang melebihi penawaran


385. • Bukit Pasir
• Teluk Ramunia
• Teluk Emas

Senarai di atas berkaitan dengan

A Perlombongan Emas
B Perlombongan Bauksit
C Perlombongan Bijih Besi
D Perlombongan Bijih Timah


386. Antara berikut yang manakah merupakan kaedah melombong bijih timah yang dijalankan oleh orang Melayu dan Cina

I Mendulang
II Melampan
III Lombong dedah
IV Kapal korek

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


387. Faktor utama yang membolehkan orang Eropah menguasai perusahaan bijih timah pada tahun 1930-an ialah

A Tiada saingan
B Tidak diceburi oleh orang cina
C Mempunyai modal yang tinggi
D Mempunyai tenaga buruh yang ramai


388. Apakah yang menyebabkan peningkatan yang mendadak terhadap permintaan bijih timah?

A Penawaran yang terhad
B Kemajuan perindustrian
C Perusahaan mengetin makanan
D Kekurangan bahan galian yang lain


389. Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa 1931

Apakah kejayaan utama perjanjian tersebut?

A Harga bijih timah distabilkan
B Permintaan bijih timah meningkat
C Pengeluaran berjaya ditingkatkan
D Kaedah melombong yang moden diperkenalkan


390. Di antara berikut yang manakah merupakan kegunaan getah perca?

I Membuat alatan bedah
II Membuat bola golf
III Membuat bahan penebat kabel
IV Membuat pelekat dalam industri gigi palsu

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV







391. • Cengal
• Meranti
• Keruing

Senarai di atas berkaitan dengan

A Perikanan
B Pertanian
C Pembalakan
D Perlombongan


392. • Hasil hutan yang penting
• Diperoleh daripada getah pelbagai pokok
• Digunakan untuk menutup renggangan pada papan perahu

Maklumat di atas berkaitan dengan

A Rotan
B Damar
C Getah perca
D Getah Jelutung


393. Ekonomi Dagangan Pantai Barat
Ekonomi Tradisional Pantai Timur

Berdasarkan rajah di atas, apakah kesan terpenting dasar British ini terhadap Tanah Melayu?

A Mewujudkan kemajuan pesat
B Mewujudkan keseimbangan ekonomi
C Mewujudkan keseimbangan antara Pantai Barat dan Pantai timur
D Mewujudkan jurang ekonomi di antara bandar dan luar bandar


394. British mengamalkan dasar mengasingkan kaum mengikut tempat tinggal serta kegiatan ekonomi. Dasar ini menyebabkan

A Masalah keselamatan
B Masalah pembangunan
C Mencetuskan rusuhan kaum
D Mewujudkan jurang ekonomi


395. • Sistem kontrak
• Sistem Kangani

Senarai di atas berkaitan dengan

A Cara kemasukan buruh asing
B Sistem ekonomi Tanah Melayu
C Sistem perbankan di Tanah Melayu
D Bentuk dwiekonomi di Tanah Melayu




396. Peringkat Perkembangan Landasan Kereta Api
Fasa Pertama 1885- 1896
Fasa Kedua 1897- 1909
Fasa Ketiga 1910-1931

Apakah tujuan utama pembinaan landasan kereta api oleh kerajaan British?

A Memudahkan pergerakan rakyat
B Memenuhi keperluan rakyat Tanah Melayu
C Memajukan sistem pengangkutan di Tanah Melayu
D Menghubungkan kawasan lombong dengan pelabuhan

397. Apakah antara langkah yang diambil oleh kerajaan British untuk mengawal penyakit berjangkit ?

I Mendirikan hospital
II Mendirikan pusat perubatan
III Menubuhkan Institut Penyelidikan Perubatan
IV Menubuhkan Lembaga Kesihatan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV



398. • Taiping
• Ipoh
• Kuala Lumpur

Senarai di atas merujuk kepada bandar-bandar baru yang muncul di Tanah Melayu. Kemunculan bandar-bandar ini disebabkan oleh

A Penanaman tebu
B Perusahaan getah
C Pusat pertanian dagangan
D Perlombongan bijih timah


399. Empangan Cenderoh telah dibuka pada tahun 1930. Apakah tujuan kerajaan membina empangan tersebut?

A Pembalakan
B Kegiatan perdagangan
C Kilang memproses getah
D Perlombongan bijih timah


400. Apakah yang membuktikan, British yang tidak berhasrat untuk memajukan pendidikan di kalangan orang Melayu?

A Tiada kemudahan sekolah
B Sekolah Melayu tidak dibina
C Sekolah Menengah Melayu tidak disediakan
D Lepasan Sekolah Melayu tidak diterima sebagai pegawai kerajaan

SET 3 TING 2

301. Sistem Kangcu telah diwujudkan di negeri Johor.

Siapakah yang memperkenalkan sistem berkenaan?

A Sultan Ibrahim
B Sultan Zainal Abidin
C Temenggung Ibrahim
D Temenggung Abu Bakar


302. • Dato’ Jaffar bin Muhammad
• Dato’ Abdul Rahman bin Andak
• Dato’ Muhammad Salleh bin Perang

Apakah sumbangan tokoh-tokoh yang disenaraikan di atas?

A Menentang pemodenan Johor
B Berkhidmat sebagai menteri besar Johor
C Mengasaskan pemerintahan barat di Johor
D Berjaya menghalang campur tangan British


303. Orang Cina diberikan surat kebenaran yang dikenali sebagai Surat Sungai untuk menetap dan mengusahakan pertanian

Maklumat di atas berkaitan dengan

A Sistem pajak
B Sistem bertani
C Sistem Kangcu
D Sistem komersial


304. Orang Cina diberikan surat kebenaran yang dikenali sebagai Surat Sungai untuk menetap dan mengusahakan pertanian

Kawasan perladangan dalam sistem ini di kenali sebagai?

A Kangcu
B Kangkar
C Surat Sungai
D Tebing Sungai



305. Pada tahun 1885 Sultan Abu Bakar telah menandatangani Perjanjian Persahabatan Johor-British. Apakah faedah perjanjian tersebut?

A Ekonomi Johor semangkin mantap
B Kedaulatan dan kebebasan Johor diiktiraf
C Hanya penasihat British ditempatkan di Johor
D Kedudukan Sultan Johor setaraf dengan Pesuruhjaya Tinggi


306. Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor telah diistihar sebagai perlembagaan Johor pada tahun 1895. Kenapa undang-undang ini dipinda oleh Sultan Ibrahim?

A Memantapkan lagi kuasanya
B Menghalang campur tangan British
C Mengasaskan perlembagaan yang lebih moden
D Mengubah syarat keahlian Majlis Mesyuarat Negeri


307. Apakah langkah yang dilakukan oleh Sultan Abu Bakar untuk memajukan Johor?

I Mempelajari cara pentadbiran Barat
II Mengutamakan keamanan
III Meningkatkan kemudahan awam
IV Menerima penasihat British

A I, II dan III
B I, IIdan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


308. Perlembagaan Johor telah diistiharkan olen Sultan Abu Bakar pada tahun 1895. Apakah kandungannya?

I Sultan tidak boleh menyerahkan Johor kepada kuasa asing
II Majlis Daerah dan Majlis Tempatan ditubuhkan
III Ahli Majlis Meyuarat Negeri menasihati Sultan dalam pentabiran negeri
IV Ahli Majlis Meyuarat Negeri beperanan dalam mengubal undang-undang

A I, II dan III
B I, IIdan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV



309. Di antara berikut yang manakah merupakan sumbangan Dato’ Munsyi Muhammad Salleh?

A Ketua Jabatan Tani
B Ketua Jabatan Ukur
C Melukis peta pembangunan Johor
D Memegang jawatan Pesuruhjaya Politik


310. Lembaga Penasihat Johor ditubuhkan di London pada tahun 1886. Apakah peranannya?

A Memajukan Johor
B Mengawal kuasa Sultan
C Menguruskan hubungan luar Johor
D Memperkenalkan ekonomi perdagangan



311.
- Sebelum Abad ke 19-Pembesar tempatan dilantik oleh Sultan Brunei untuk mentadbir Sarawak
- Selepas Aabad ke 19 -Melantik Pembesar Brunei sebagai wakil Kesultanan Brunei mentadbir Sarawak
Apakah faktor yang menyebabkan Sultan Brunei mengubah dasar pemerintahan di Sarawak?

A Kekayaan Sarawak
B Desakan pemerintah tempatan
C Desakan saudagar-saudagar asing
D Pemberontakan pendudukan tempatan


312. Sultan telah melantik Pangeran Indera Mahkota sebagai wakil Kesultanan di Sarawak. Apakah pembaharuan yang telah dilakukan oleh beliau?

I Mengambil alih kuasa pentadbiran
II Menguasai perdagangan antimoni dan emas
III Mengenakan cukai yang tinggi
IV Melucutan jawatan pembesar tempatan

A I, II dan III
B I, IIdan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


313. Datu Patinggi Ali telah memimpin Orang Melayu menentang kezaliman Pangeran Indera Mahkota. Apakah tujuan kebangkitan ini?

A Merampas hak ekonomi
B Mengurangkan kadar cukai
C Untuk membebaskan Sarawak
D Menguasai lombong emas dan antimoni


314. Apakah tindakan yang diambil oleh Sultan Brunei untuk menamatkan kebangkitan penduduk di Sarawak?

A Meminta bantuan Kerajaan British
B Mengukuhkan pertahanan Sarawak
C Menubuhkan pasukan polis dan tentera
D Mengantar Pangeran Raja Muda Hashim


315. Apakah langkah yang diambil oleh Pangeran Raja Muda Hashim apabila tidak dapat menamatkan kebangkitan penduduk tempatan

A Meminta bantuan Orang Laut
B Meminta bantuan James Brooke
C Berusaha berunding dengan pemimpin tempatan
D Menghantar pulang Pangeran Indera mahkota


316. Pemberontakan penduduk Sarawak terhadap Pangeran Indera Mahkota telah mengubah sejarah Negeri Sarawak kerana?

A Sarawak kehilangan tanah jajahan
B Sarawak dikuasai oleh James Brooke
C Sarawak dikuasai oleh Kesultanan Sulu
D Sarawak dikuasai oleh Kesultanan Brunei


317. Janji Raja Muda Hashim untuk melantik James brooke sebagai balasan jika dapat menamatkan kebangkitan dapat diibaratkan sebagai

A Bagai isi dengan kuku
B Bagai kucing lepas senja
C Bagai yang mengantuk disarungkan bantal
D Air yang tenang jangan disangka tiada buaya


318. Perjanjian Pangeran Raja Muda Hashim dengan James Brooke tahun 1841

Apakah syarat-syarat penting perjanjian di atas?

I James Brooke memerintah negeri Sarawak
II James Brooke membayar 2500 dolar
III Undang-undang dan adat istiadat Melayu dihormati
IV Sistem perundangan barat dilaksanakan

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


319. Mengapakah Pangeran Raja Muda Hashim melengah-lengahkan pelantikan James Brooke sebagai Gabenor Sarawak?

A Pemberontakan yang berterusan
B Tidak mahu kehilangan kuasanya
C James Brooke tidak menepati syarat perjanjian
D Sultan Brunei tidak akan bersetuju dengan perlantikan tersebut


320. James Brooke telah bertindak membedil Kuching. Apakah kesan terpenting serangan tersebut?

A Sultan Brunei telah minta bantuan British
B Kesultanan Brunei telah menghantar bantuan
C James Brooke menjadi Raja Sarawak yang pertama
D Pangeran Raja Muda Hashim meminta bantuan Raja Sulu





321. Pada tahun 1842, James Brooke telah meghadap Sultan Omar Ali Saifudin

Kenapakah James Brooke menghadap Sultan Brunei?

A Menuntut naungan Sultan
B Menguasai seluruh Sarawak
C Mengesahkan kedudukannya
D Memaksa sultan menerima Penasihat


322. Kenapa Sultan Brunei menerima tuntutan-tuntutan James Brooke?

A Didesak oleh pembesar tempatan
B Tidak mendapat sokongan rakyat
C Baginda sanggup melepaskan Sarawak
D Bimbang dengan kehadiran angkatan tentera British


323. Apakah kesan terpenting perjanjian di antara James Brooke dengan Sultan Omar Ali Saifuddin pada tahun 1846?

A James Brooke membayar cukai kepada Sultan
B Sultan mengiktiraf James Brooke sebagai Gabenor
C James Brooke berkuasa terhadap wilayah Tanjung Datu
D James Brooke diiktiraf sebagai Raja Sarawak yang merdeka




324. Tahun Kawasan
1853 Sungai Samarahan hingga Rajang
1861 Sungai Rajang
1883 Lembangan Sungai Trusan
1905 X

Jadual di atas berkaitan dengan kawasan-kawasan yang dikuasai oleh keluarga Brooke antara 1853-1805. X ialah

A Miri
B Lawas
C Bintulu
D Kuching




325. Apakah alasan yang digunakan oleh keluarga Brooke untuk menguasai Lembah sungai Trusan?

A Dijual oleh sultan Hashim Jalel
B Dihadihakan oleh Sultan Abdul Mu’min
C Pembunuhan peniaga Sarawak oleh orang Murut
D Pemberontakan pekerja lombong antimoni


326. Apakah bentuk pemerintahan yang telah diperkenalkan oleh James Brooke di Sarawak?

A Sistem demokrasi
B Sistem pemerintahan beraja
C Sistem raja berperlembagaan
D Sistem demokrasi berparlimen


327. • Datu Patinggi
• Datu Bandar
• Datu Temenggung

Senarai di atas merujuk kepada pembesar yang dilantik oleh James Brooke. Apakah peranan mereka?

A Melaksanakan kutipan cukai
B Menjadi anggota Majlis Tempatan
C Melaksanakan pentadbiran daerah
D Menguruskan undang-undang dan adat tempatan

328. Pentadbiran di Sarawak terbahagi dua iaitu Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri
Carta di atas berkaitan dengan struktur pentadbiran di Sarawak. Apakah peranan Majlis Negeri?

A Menasihati Residen
B Meluluskan undang-undang
C Membuat semua dasar berkaitan Sarawak
D Pemimpin bumiputera dapat bersidang dan bertukar fikiran

329. Di antara berikut yang manakah berkaitan dengan Majlis Bahagian?

I Meluluskan undang-undang
II Menasihati Residen
III Majaga keamanan
IV Mengutip cukai

A I, II dan III
B I, IIdan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


330. • Menasihati James Brooke
• Meluluskan undang-undang dan peraturan
• Membuat semua dasar

Makulumat di atas berkaitan dengan

A Majlis Negeri
B Majlis Tertinggi
C Majlis Tempatan
D Majlis Undangan Negeri


331. Tahun Pihak yang terlibat
1888 Charles Brooke
Kerajaan British

Berdasarkan jadual di atas apakah kesan terpenting perjanjian di atas?

A British memerintah Sarawak
B Sarawak mencapai kemerdekaan
C Sarawak menjadi naungan British
D Charles Brooke menerima penasihat British





332. Pada 24 September 1941, Charles Vyner Brooke telah mengistiharkan perlembagaan Sarawak. Apakah tujuan utama perlembagaan ini?

A Sarawak mendapat kemerdekaan
B Penyerahan Sarawak kepada Britsh
C Sarawak mendapat kemerdekaan sepenuhnya
D Menyerahkan kuasa pemerintahan kepada rakyat Sarawak


333. Mengapa pemerintahan keluarga Brooke tidak menggalakkan kemasukan pelabur luar secara besar-besaran ke Sarawak?

A Menjamin perkembangan ekonomi
B Menjaga kepentingan ekonomi mereka
C Menjamin kedudukan ekonomi tradisional
D Mengelakkan penindasan terhadap penduduk tempatan


334. Apakah punca pemberontakan pelombong Cina pada tahun 1857?

A Tidak dibayar upah
B Pajakan ditarik balik
C Dijadikan buruh paksa
D Tidak berpuas hati dengan cukai


335. Keluarga Brooke mengamalkan dasar pecah dan perintah. Bagaimanakan dasar ini dilaksanakan?

I Pemisahan kaum mengikut pekerjaan
II Pemisahan kaum mengikut petempatan
III Sistem pendidikan yang berbeza
IV Pengunaan bahasa yang berbeza

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


336. Bandar Miri telah berkembang pesat selepas tahun 1910 kerana?

A Penanaman lada hitam
B Perlombongan antimoni
C Perlombongan petroleum
D Perkembagan sistem pengangkutan


337. Kemudahan asas di kawasan pedalaman Sarawak adalah terhad

Apakah punca utama keadaan ini?

A Masalah kewangan
B Kekurangan penduduk
C Ditentang oleh penduduk tempatan
D Kerajaan kurang memberi perhatian


338. Mengapakan sistem pendidikan moden kurang diberi perhatian oleh keluarga Brooke?

A Kekurangan sekolah
B Wujud pendidikan tradisional
C Penduduk tempatan tidak memberi sambutan
D Berpendapat sistem pendidikan Barat tidak sesuai dengan pendudukan tempatan


339. Charles Brooke tidak menggalakkan pembinaan sekolah untuk Orang Dayak kerana

A Penduduk Dayak buta huruf
B Penduduk Dayak sering memberontak
C Hanya terdapat sekolah Melayu dan Cina
D Mahu mengekalkan cara tradisional mereka


340. Jabatan pelajaran telah ditubuhkan pada tahun 1924. Apakah tujuannya?

A Melatih guru-guru
B Membina lebih banyak sekolah
C Menyeragamkan sistem pendidikan
D Mengawal perkembangan pendidikan


341. Sabah menjadi tumpuan pedagang-pedagang Barat sejak abad ke-19. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan keadaan ini?

I Kedudukan strategik
II Pusat perdagangan antarabangsa
III Kekayaan hasil bumi
IV Pemerintahan yang cekap

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


342. Mengapakan Sultan Brunei telah menyerahkan Pantai Timur dan Utara Sabah kepada Sultan Sulu?

A Membalas jasa
B Mematuhi perjanjian
C Tewas dalam peperangan
D Sebagai hadiah perkahwinan puterinya


343. Pada tahun 1865, Sultan Brunei telah memberi konsesi tanah di Sabah kepada wakil Amerika Syarikat untuk tempoh 10 tahun

Konsesi ini diberikan kepada?

A T.B. Harris
B C.L. Moses
C J.W. Torrey
D Von Overbeck


344. Gebenor Labuan, W.H. Treacher telah bersetuju Overbeck memperbaharui tempoh pajakan daripada Sultan Brunei

Berdasarkan maklumat di atas, apakah syarat yang ditetapkan bagi bantuan yang diberikan?

A W.H. Treaher mendapat sebahagian hasil cukai
B Overbeck bersetuju membayar cukai kepada Sultan Brunei
C Syarikat yang ditubuhkan dimiliki bersama W.H.Treacher
D Syarikat yang ditubuhkan diletakkan dibawah kekuasaan British


345. Bagaimanakah kawasan dari Sibuku hingga ke Teluk Kimanis di Sabah dimiliki oleh Syarikat Overbeck dan Dent pada tahun 1877

A Melalui pajakan daripada Sultan Brunei
B Melalui perjanjian dengan Sultan Brunei
C Melalui peperangan dengan Sultan Brunei
D Melalui campur tangan dalam hal ehwal di Brunei


346. Dent telah menubuhkan Persatuan Sementara Borneo Utara British Bhd. Saham dijualkan kepada rakyat British untuk menambahkan modal perniagaan

Berdasarkan pernyataan di atas apakah langkah yang diambil untuk memperkukuh dan memajukan perniagaan?

A Mendapat naungan Kerajaan British
B Menandatangani perjanjian dengan Sultan Brunei
C Menjual saham kepada saudagar Negeri-negeri Selat
D Berusaha mendapat Piagam Diraja daripada Kerajaan British


347. Pada tahun 1881 Kerajaan British telah menganugerahkan Piagam kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Bhd SBUB.

Apakah kesan terpenting penganugerahan tersebut?

A SBUB berkuasa mentadbir Sabah
B SBUB berjaya mengaut keuntungan yang banyak
C SBUB menjadi syarikat perdagangan yang penting
D SBUB bertindak menjadi agen perdagangan di timur


348. Pada tahun 1881 Kerajaan British telah menganugerahkan Piagam kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Bhd SBUB.

Apakah faedah yang diperoleh Kerajaan British dengan penganugerahan Piagam kepada SBUB

I Memperluas pengaruh di Sabah
II Menempatkan penasihat di Sabah
III Menghalang kuasa Barat lain bertapak di Sabah
IV Dapat bersaing dengan James Brooke

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


349. Tahun 1888
Perjanjian Perlindungan Borneo Utara

Apakah faedah perjanjian tersebut kepada Kerajaan British?

I Dapat menguasai ekonomi Sabah
II Sabah menjadi naungannya
III Bertanggungjawab terhadap hal ehwal luar Sabah
IV Bertanggungjawab terhadap pertahanan Sabah

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV


350. Di antara berikut yang manakah merupakan syarat pemberian Piagam kepada Persatuan Sementara Borneo Utara British Bhd?

I Mesti menerima penasihat British
II Tidak boleh menyerahkan wilayah tanpa persetujuan kerajaan British
III Memelihara agama adat resam dan undang-undang penduduk tempatan
IV Memerintah dengan adil dan saksama

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV