CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 12 Disember 2009

cerpen

Cerpen

Sayang Ayah
Angamah , seorang murid tahun enam yang bijak . Namun dia menghadapi masalah dalam keluarganya yang telah menyebabkan pelajarannya semakin merosot. Dia tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran kerana ayah tirinya yang dianggap sebagai ayahnya sendiri sering memukulnya walaupun melakukan kesalahan yang kecil. Kesannya dia kesakitan dan tidak dapat ke sekolah. Dia juga sering diminta menjaga kedua orang adiknya yang masih kecil apabila ayah dan ibunya pergi bekerja.

Perubahan sikap Angamah menarik hati Cikgu Bustam untuk mengetahui halnya dengan lebih lanjut.Cikgu Bustam meminta pelajarnya menulis sebuah karangan bertajuk “ Saya sayang Ayah ”. Tajuk ini menjadi satu masalah kepada Angamah hingga menyebabkan dia tidak dapat menghantar hasil karangan tersebut . Dia dipanggil oleh Cikgu Bustam. Namun Angamah enggan mendedahkan hal yang berlaku di rumah kepada gurunya itu.

Pada suatu hari Angamah datang ke sekolah dengan tangan yang masih bengkak. Angamah menyorokkan tangannya dan enggan berbaris semasa loceng pertama berbinyi. Akhirnya Angamah menceritakan bahawa dia dipukul kerana bangun lambat dan tidak sempat menjerang air. Pada masa itu juga mereka mendapat khabar bahawa ayah Angamah telah ditimpa kemalangan. Berita itu dibawa oleh dua orang anggota polis. Setibanya mereka di hospital ayahnya telah meninggal dunia.Namun Angamah tetap menyatakan bahawa dia masih menyayangi ayahnya.

Pertemuan
Kisah ini menceritakan tentang hal yang berlaku dalam dunia haiwan.
Mun ialah seekor kucing .tubuhnya kurus dan kotor. Ia sering hidup merempat . Ia terpaksa mencari sisa makanan di kawasan gerai dan kadang-kadang menggeledah tong sampah untuk mendapatkan makanan. Ia dianggap kucing kurap ( kotor / menjijikkan ) yang hidup terbiar berkeliaran di kawasan pertempatan . Di situlah dia mendapatkan makanan untuk dirinya. Ia menghadapi masalah kerana sering dicaci dan dihalau orang kerana dianggap kotor dan menjijikkan . Dia berdoa agar masih ada manusia yang sanggup menolongnya untuk mengelakkan dia kelaparan.
Pada suatu ketika dia sampai ke sebuah rumah besar kepunyaan orang kaya. Di situ Mun bertemu dengan seekor kucing cantik bernama Johnny. Johnny ialah kucing Parsi daripada baka terbaik. Mereka berkenalan dan bertukar-tukar pendapat.
Mun menceritakan kisahnya yang hidup sebatang kara dan dibenci oleh manusia. Dia sering dihinggapi penyakit terutamanya kurap dan berkutu. Johnny pula hidup dalam kemewahan dan diberi sepenuh perhatian ( diberi ubat dan suntikan bagi menghalangnya daripada berpenyaki ) . Namun Johnny menyatakan bahawa dia dikurung dan tidak dapat hidup dengan bebas.
Kepedihan hidup keduanya menyebabkan Mun dan Johnny berpakat untuk bertukar tempat. Mun diminta memecahkan kunci kurungan Johnny dengan kepalanya. Bunyi mangga yang cuba dipecahkan oleh Mun menyebabkan tuan rumah tersedar dan tuan rumah memukulnya bertubi-tubi. Mun tercampak keluar. Johnny meminta Mun lari menyelamatkan diri. Dia berjaya keluar dari rumah itu dalam keadaan tidak bermaya. Mun ditemui oleh sepasang suami isteri yang bersimpati dengan Mun dan bercadang membawanya ke klinik untuk dirawat.

Dugong
Dugong mengisahkan kisah spesies ikan dugong yang semakin pupus dan mendapat perhatian masyarakat pada masa itu. Nak Dugong dan Tuk Dugong asyik membincangkan masalah yang menimpa nasih kaum mereka yang semakin pupus akibat kerakusan manusia memburu kaum mereka. Ibu bapa Nak Dugong sendiri mati kerana disambar kipas kapal ketika mereka sedang bergembira menyambut hari jadi ibunya.
Namun bergitu kawan-kawan Nak Dugong menganggap Tuk Dugong gila kerana sering memperkatakan tentang nasib dugong. Nak Dugong marah dan geram dengan sikap manusia yang kejam dan menyalahkan Tuhan kerana menentukan takdir kehidupan kaum mereka sebegitu rupa. Tuk Dugong menasihatkan Nak Dugong agar bersyukur dan bertaubat atas keterlanjurannya.
Nak Dugong I dan Nak Dugong II mengajak Nak Dugong untuk ke sebalah barat untuk mencari plankton dan rumpai laut.Namun ia dilarang oleh Cik Dugong daripada pergi ke sana. Nak Dugong enggan mendengar nasihat Cik Dugong .
Sampai di sana Nak Dugong makan sepuas-puasnya rumpai laut. Kedua ekor dugong lain berkejar-kejaran sesama sendiri. Nak Dugong mendapati kawasan itu agak sunyi kerana tiada berpenghuni. Tidak lama selepas itu ND I sudah terperangakap ke dalam jaring sementara ND II telah dirodok dengan lembing.ND cuba menolong ND I.namun tindakan ini dihalang oleh TD. TD ditikam pula selepas itu. TD meminta ND lari menyelamatkan diri. Sebelum mati TD teah merempuh bot pemburu hingga mereka jatuh ke dalam air.

Hikayat Mat Jenin
Mat Jenin merupakan anak yatim piatu semenjak berumur 5 tahun . Dia dipelihara oleh datuk dan neneknya. Ketika usianya tujuh tahun neneknya meninggal. Walaupun miskin dia disekolahkan oleh datuknya yang sedar akan kepentingan pendidikan. Selepas dia tamat SRP ( tingkatan 3 ) datuknya meninggal dunia.
Kematian datuknya mematikan semangat MJ untuk belajar. Dia mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan meneruskan pekerjaan bapa dan datuknya sebagai pemanjat pokok kelapa. Di samping itu dia berjinak-jinak dengan bidang perniagaan dengan menjual air kelapa muda. Ketika berniaga inilah MJ berjumpa dengan Cikgu Rosli , gurunya semasa tingkatan 3 dahulu. Cikgu Rosli yang membuka matanya untuk mengubah nasibnya dengan berhijrah ke bandar.
Di bandar , MJ bekerja dengan abang Cikgu Rosli iaitu Hj Sapudin yang memiliki 2 buah restoran. MJ menimba pengalaman berniaga dengan Hj Sapudin.
Setelah 5 tahun bekerja di situ MJ memulakan perniagaan sendiri dengan membuka sebuah restoran yang diberi nama Restoran Mat Jenin. Walaupun menghadapi masalah pada peringkat awalnya , MJ meneruskan usahanya itu hingga berjaya mempopularkan restorannya. Kejayaannya dimasukkan dalam akhbar. Di situ dia berkenalan dengan wartawan yang menemuramahnya iaitu Raja Nor Mustaqimah. Hubungan mereka semakin akrab. MJ akhirnya melamar RNM. Pada hari kelahiran anaknya yang sulung MJ telah memiliki 3 buah restoran.

Rahsia
Amar menceritakan kisahnya yang telah melalui peristiwa cemas mendaratkan sebuah kapal terbang yang dilakukan bersama rakannya Kapten Rashid. Peristiwa ini berlaku 10 tahun yang lalu. Amar merupakan seorang juru terbang yang berada di dalam pesawat Boeing 737 menuju ke bandar Tzon bersama-sama anak lelakinya Zulfakar. Pesawat yang dinaikinya dikendalikan oleh Kapten Rasid. Isteri Amar Siti Zubaidah sedang menunggu ketibaan mereka berdua di lapangan terbang.
Keadaan cuaca yang buruk telah menyebabkan penolong juruterbang terkena kejutan elektrik. Peristiwa ini memaksa KR meminta bantuan Amar membantunya di kokpit. Pesawat itu telah terputus hubungan dengan menara kawalan di Lapangan Terbang Xu. Tambahan pula pesawat itu kekurangan minyak untuk sampai ke sana. KR membuat keputusan mendarat di Lapangan Terbang Qu sebuah lapangan terbang yang telah lama ditinggalkan.
Keadaan pesawat semakin genting kerana bahagian tayar pesawat telah terbakar . Akhirnya mereka berdua membuat pendaratan cemas dengan menutup kedua-dua enjin pesawat. Spoiler pesawat yang tidak terbuka menyebabkan pesawat meluncur laju . Peserta berhenti dan Amar sibuk mencari anaknya Zulfakar yang ditinggalkan bersama seorang pramugari di tempat duduknya. Amar terpaksa berhadapan dengan orang ramai yang berebut-rebut ingin keluar dari pesawat yang akan meletup. Amar ditolak keluar bersama arus penumpang yang hendak keluar dari pesawat. Kemudian Zulfakar tidak dapat diselamatkan apabila pesawat tersebut meletup. Amar sering mengingatkan kematian anaknya selepas ini. Ramai orang menyatakan bahawa lapangan terbang tersebut berhantu kerana hantu seorang lelaki sering dilihat berkeliaran di landasan untuk mencari anaknya yang telah meninggal dunia 10 tahun yang lalu. Amar memberitahu bahawa dia telah menemui Zulfakar yang muncul memberitahu bahawa mereka berada dalam dua dimensi yang berbeza

Tiada ulasan:

Catat Ulasan