CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK
Memaparkan catatan dengan label SEJARAH KERTAS 3 SPM 2020. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEJARAH KERTAS 3 SPM 2020. Papar semua catatan

Selasa, 9 Februari 2021

Iktibar yang diperoleh daripada tajuk yang dikaji/ Perang Dunia pertama/konflik antarabangsa

 

 Iktibar yang diperoleh daripada tajuk yang dikaji/ Perang Dunia pertama/konflik antarabangsa

1. Pemimpin negara kita perlu mengamalkan sikap bertolak ansur dalam menjalinkan hubungan dengan negara lain supaya segala masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan berkesan

2. Kita perlu mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara bagi menjamin keamanan dan keselamatan negara melalui konsep ZOFAN.

3. Kita hendaklah bersikap proaktif dalam menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara lain agar dapat terus bersaing dalam dunia yang sentiasa berubah terutama dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

4. Kita hendaklah sentiasa meningkatkan kerjasama dalam bidang keselamatan negara bagi membendung jenayah dan pencerobohan sempadan negara

5. Kerajaan kita mestilah bergiat aktif dalam menghantar misi bantuan misi kemanusiaan di negara-negara yang bergolak sebagaimana yang telah berlaku di Somalia dan Sudan demi menjaga kesejahteraan dunia.

6. Sebagai sebuah negara yang berdaulat kita mestilah bertanggungjawab dan sentiasa mengamlkan sikap yang terbuka dalam menerima pandangan yang membina demi kemanan dunia.

7. Kita mestilah sentiasa menghormati hak asasi manusia dan berkerjasama dengan negara-negara lain dalam usaha mengekang keganasan agar mengekalkan kemananan dunia.

8. Bagi mengekalkan kesejahteraan sejagat masa masa kini, kita mestilah mementingkan rundingan antara pemimpin negara dan sentiasa bertolak ansur agar kita dapat bersama-sama mengekalkan kemakmuran di rantau Asia Tenggara dan dunia

9. Kita mestilah sentiasa prihatin untuk membentu negara-negara yang dilanda krisis kemiskinan dan kekurangan makanan

10. Sebagai sebuah negara yang berdaulat kita mestilah sentiasa mencari jalan penyelesaian yang terbaik jika terdapatnya konflik antara negara agar dapat mengekalkan kemanan dan kemakmuran serta kesejahteraan rakyat.

11. Sebagai pemimpin mestilah peka dengan situasi semasa yang berlaku dalam atau luar negara. khususnya berkaitan dengan menjaga keselamatan negara

12. Sebagai rumusannya, semua pemimpin semua negara termasuklah masyarakat harus komitmed memainkan peranan yang aktif dalam usaha mengekalkan kemananan negara khususnya dan dunia secara umumnya.

SUMBANGAN GENERASI MUDA MENGEKALKAN KEAMANAN

 

SUMBANGAN/PERANAN/TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT/GENERASI MUDA DALAM MENGEKALKAN KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA KITA

1. Sumbangan masyarakat dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan Malaysia ialah rakyatnya hidup dalam suasana aman sentosa bersama-sama arus pembangunan kemodenan yang pesat.

2. Keamanan inilah yang memberikan imej yang positif kepada negara lain. Oleh itu masyarakat di sesebuah negara harus bersepakat untuk menjana kemajuan ekonomi negara.

3. Tindakan prokatif amat penting yang telah dilakukan oleh semua pihak termasuk rakyat di sesebuah negara untuk memastikan negara terus berada dalam keadaan yang harmoni.

4. Tindakan yang paling positif ialah setiap masyarakat perlu meningkatkan lagi tahap pemikiran untuk menanamkan semnagat cintakan kemanan.

5. Bagi memastikan tahap kesejahteraan negara terjamin, masyarakat perlu menyokong dasar kerajaan yang boleh memberi impak positif kepada perkembangan ekonomi apabila negara stabil.

6. Negara menjadi aman apabila masyarakat memiliki sikap sedehana dan sentiasa perihatin dalam semua aspek sama ada politik, ekonomi dan sosial demi menjaga keamanan dunia.

7. Semua masyarakat mengetahui bahawa keamanan boleh menjejaskan perkembangan ekonomi dan kestabilan politik. Oleh itu semua pihak perlu kerjasama dalam menangani konflik.

8. Kerjasama yang erat antara masyarakat ini juga memastikan setiap negara tidak berlaku perselisihan faham yang boleh membawa kepada permusuhan yang mengancam keamanan yang sedia wujud.

9. Kerjasama erat antara masyarakat dengan di negara-negara jiran amat penting dalam mengekalkan kemanan dan keharmonian.

10. Keamanan negara juga dikekalkan menerusi amalan demokrasimasyarakat perlu menyokong dasar yang dilaksanakan di negara demi menjaga kerharmonian dan kesejahteraan

11. Masyarakat harus mengambil tanggunjawab dalam pilihanraya dan proses pertukaran pemimpin di setiap buah negara masih berjalan secara rasional dan mengikut lunas-lunas perlembagaan negara yang mengutamakan hak asasi rakyat secara keseluruhannya.

12. Kesimpulannya bahawa, sebagai masyarakat yang cintakan kedamaian dan keamanan, mestilah sentiasa mengelakkan daripada berlakunya rusuhan, keganasan demi memelihara ketenteraman dalam negara, rantau ini dan dunia secara keseluruhanya.

PERANAN MALAYSIA DI PBB

 

 PERANAN/TANGGUNGJAWAB/SUMBANGAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN ANTARABANGSA UNTUK MENGATASI KONFLIK

Peranan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ialah…

1. Menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang saudara di Congo

2. Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu negara itu mencapai kemerdekaan

3. Melalui PPB juga, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman ke Bosnia

4. Menentang dasar aparteid di Afrika Selatan yang telah menyalahgunakan hak asasi manusia

5. Malaysia telah bertindak menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik atau kuasa semua negara

6. Memerangi gejala penyalahgunaan dadah melalui usul yang dikem ukakan dalam satu persidangan antarabangsa yang diadakan di Viena, Austria

7. Malaysia dipilih menjadi Ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965, 1989 dan 1999

8. Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB untuk menyelesaikan konflik politik di negara Myanmar

9. Malaysia berusaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan persidangan antarabangsa di Kuala Lumpur

10. Malaysia telah menyuarakan supaya dua kuasa besar dunia bermuafakat dalam soal im. Amerika Syarikat dan Rusia sudah seharusnya mencari jalan perdamaian dalam ujian senjata nuklear ini.

11. Malahan penglibatan tentera Malaysia ke Congo merupakan misi terulung atau misi yang pertama yang pernah disertai oleh Malaysia. Walaupun Malaysia pada masa itu baru sahaja mencapai kemerdekaannya dan menghadapi masalah ancaman pihak komunis

 

Peranan Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ialah…..

1. Usul Malaysia membela kepentingan negara sedang membangun seperti isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika pada Sidang Kemuncak Ketujuh di New Delhi (1987)

2. Malaysia mencadangkan penghapusan dasar aparteid di Afrika Selatan pada Sidang Kemuncak Kelapan di Harare, Zimbabwe

3. Malaysia telah diberi penghormatan apabila telah dipilih sebagai Naib Presiden Sidang Kemuncak NAM di Belgrade, Yugoslavia

4. Malaysia juga telah dilantik sebagai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik negara anggota

5. Malaysia sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak NAM ke-13 (2003) yang telah berjaya

mendaftarkan anggota baharu iaitu Timur Lasted dan Pulau Catalina

6. Deklarasi Kuala Lumpur menekankan usaha menghidupkan NAM kembali serta

mengeluarkan pernyataan bersama tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq

7. Menubuhkan Pusat Antarabangsa mengenai Palestin Masyarakat Sivil Selatan

8. Memberi kerjasama lebih komprehensif dan proaktif dan mengukuhkan kapasiti nasional

setiap anggota NAM Deklarasi berasingan untuk penyelesaian konflik Israel Palestin

9. Menjadi tuan rumah Mesyuarat Peringkat Menteri Pergerakan Negara Berkecuali

mengenai wanita di Kuala Lumpur bertemakan “Memperkasa Wanita dalam Menghadapi Cabaran Globalisasi”

10. Malaysia mula aktif dalam mesyuarat mesyuarat NAM yang diadakan di Algiers,

Colombo, Havana, New Delhi dan Luanda.

 

Peranan Malaysia dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ialah…

1. Malaysia berperanan aktif dalam OIC dan mendapat penghormatan melalui pelantikan

Tunku Abdul Rahman sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama

2. Malaysia menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq

3. Menyokong perjuangan rakyat Palestin mendapatkan tanah air daripada Israel

4. Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah Persidangan OIC (1974 dan 2003)

5. Pada tahun 2002, Malaysia telah menganjurkan persidangan menentang pengganas

dalam kalangan negara Islam

6. Menawarkan biasiswa kepada pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (UIAM)

7. Malaysia turut mengesyorkan penggunaaan dinar emas dalam kalangan negara Islam

untuk urusan perdagangan dan ekonomi

8. Memperjuangkan hak negara Islam dan bersuara dalam satu nada bagi kepentingan

umatIslam

9. Menghantar pasukan perubatan ke Bosnia, Afghanistan dan Lubnan

10. Memberi bantuan kewangan kepada negara miskin seperti Sudan dan Nigeria

11. Memberi sokongan kuat kepada perjuangan rakyat Palestin dan Pertubuhan

Pembebasan Palestin (Palestinan Liberation Organisation-PLO)

12. Menjadi tuan rumah kepada Persidangan Keserantauan Asia mengenai masalah yang

dihadapi oleh Palestin di Kuala Lumpur Mei 1983

13. Menyokong perjuangan Mujahidin Afghanistan terhadap Rejim Kabul yang dibantu oleh

tentera Rusia sejak 1978.

MALAYSIA DAN PEMELIHARAAN KEAMANAN DUNIA

 

 MALAYSIA TERUS KONSISTEN/KOMITED MENGAMALKAN DASAR YANG MENEKANKAN

PEMELIHARAAN KEAMANAN DUNIA

BERI HUJAH ANDA

1. Berpegang teguh kepada prinsip dan Piagam PBB yang menggalurkan prinsip-prinsip asas dalam hubungan antarabangsa

2. Menjadi Ahli Majlis Keselamatan PBB yang bertanggungjawab mengekalkan kemanan dan keselamatan antarabangsa

3. Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa dengan menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang saudara di Congo

4. Malaysia turut terpilih mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu negara itu mencapai kemerdekaan

5. Malaysia turut menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq, Kampuchea dan menghantar pasukan pengaman ke Bosnia

6. Lantang bersuara di PBB menentang dasar apartheid yang diamalkan di Afrika selatankerana Malaysia mengamalkan konsep persaudaraan dan hak asasi manusia

7. Malaysia turut berperanan dalam pembentukan kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea serta pelaksanaan demokrasi di Myanmar

8. Malaysia juga telah mambantu menyelesaikan krisis kemanusiaan di Rohingya dan berperanan dalam menyelesaikan isu politik di Acheh

9. Menyokong Palestin mewujudkan keamanan dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur

10. Malaysia kekal komited dalam meneruskan kerjasama dan libat urus dengan PBB, berdasarkan pendirian berprinsip dalam isu berkepentingan negara serta prinsip-prinsip seperti yang termaktub di dalam Piagam PBB

11. komitmen dan tanggungjawab antarabangsa di bawah kerangka PBB, Malaysia juga giat menyertai misi-misi pengaman PBB sejak 1960 selain menyumbang dalam pencegahan konflik serta memelihara keamanan antarabangsa.

12. Kesimpulannya, negara kita sentiasa memberi idea dan pandangan secara berterusan kepada badan dunia (PBB) dalam menangani konflik yang masih berlaku pada masa ini demi memelihara kesejahteraan masyarakat di dunia.

 13. Malaysia juga tidak menyokong sebarang tindakan pengganas

KESAN/IMPAK PERANG DUNIA PERTAMA TERHADAP KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN SEJAGAT

 

1. Kerajaan hilang imej dan sokongan dan kerajaan beraja jatuh kepada golongan tentera dan kelas menengah, kerajaan juga kehilangan sokongan daripada golongan petani dan pekerja kerana tidak membela nasib mereka dalam suasana ekonomi yang muram kesan daripada Perang.

2. Berlaku demonstrasi/rusuhan Demonstrasi diadakan di beberapa Bandar. Demonstrasi diadakan di beberapa bandar yang disertai oleh golongan pekerja, petani dan pemimpin parti-parti politik yang akhirnya membawa kepada rusuhan.

3. Berlaku Inflasi dan kekurangan bekalan makanan sebagaimana yang berlaku di Jerman, kekurangan bekalan makanan menyebabkan berlakunya masalah inflasi dan terpaksa mengenakan catuan terhadap bahan makanan

4. Sistem pengangkutan tidak berfungsi.dan kepincangan sistem pengangkutan akan memberi kesan kepada keseluruhan masyarakat dunia.

5. Mengorbankan banyak nyawa. Sebagai contohnya berjuta-juta tentera terkorban dan orang awam terkorban dan mengakibatkan kemusnahan yang bernilai tinggi.

6. Nilai mata wang menjunam turun hingga kurang sehingga ke tahap yang minimum dan .pengeluaran industri juga terjejas. Pengeluaran bahan mentah juga berkurangan daripada jumlah pengeluaran sebelum perang

7. Pasaran dunia mula diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun. Perkara ini amat dirasai oleh negara-negara Eropah terutamanya Britain kehilangan 1/3 daripada perdagangan luarnya.

8. Hubungan diplomatik antara dua buah negara juga tidak dapat dijalin dengan lebih erat apabila pemimpin gagal berunding untuk menyelesaikan konflik yang dihadapinya.

9. Rakyat akan mengalami kesengsaraan hidup akibat ledakan bom dan tembakan peluru berpandu. Anak-anak akan hilang tempat bergantung dan masa depan mereka akan lebih terjamin.

10. Peperangan pasti akan meranapkan bangunan, kenderaan, kawasan tumpuan ekonomi.Peperangan lazimnya menggunakan senjata-senjata canggih seperti bom nuklear dan peluru berpandu yang mampu memusnahkan apa-apa sahaja dalam sekelip mata.

11. Kerajaan terpaksa memperuntukan jumlah wang yang besar untuk memulihkan keadaan yang terjejas dengan teruk. Agenda pembangunan negara tersebut tidak dapat dijayakan

12. Jelaslah bahawa kesan Perang dunia Pertama telah mebawa impak yang negatif kepada masyarakat dan negara dan merencakkan perkembangan ekonomi dan menjejaskan kehidupan rakyat.

JELASKAN PERISTIWA/LATAR BELAKANG YANG MENCETUSKAN KONFLIK ANTARABANGSA.

 

1. Konflik antarabangsa bermula pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20.

2. Peristiwa pertama ialah berlakunya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914-1918.

3. Negara yang terlibat dalam perang ini terdiri daripada Jerman,Austria-Hungary, Turki dan Bulgaria yang membentuk Perikatan Kuasa Tengah.

4. Negara Pakatan Bertiga pula terdiri daripada Britain,Perancis dan Russia.Kemudian disertai oleh Itali dan Jepun.

5. Perang Dunia Kedua berlaku pada tahun 1939-1945 yang melibatkan benua Eropah dan Asia Pasifik.

6. Melibatkan Kuasa Bersekutu yang terdiri daipada Amerika Syarikat,Britain, Perancis dan Russia.Manakala, Kuasa Paksi terdiri daripada Jerman,Itali dan Jepun.

7. Perang Dingin berlaku selepas tamatnya Perang Dunia Kedua dan berakhir pada tahun 1990-an yang melibat dua kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat dan Russia.

8. Kesan daripada Perang Dingin ini telah melahirkan dua blok dunia iaitu Blok Kapitalis dan Blok Komunis.

KESAN PERANG DUNIA PERTAMA

 Kesan Perang Dunia Pertama dari aspek politik ialah……

1. Perang Dunia Perama telah menamatkan pemerintahan beraja di Eropah

2. Melalui Persidangan Damai telah membawa kepada pemeteraian Perjanjian Versailles yang telah mengubah peta Eropah melalui pembentukan beberapa buah negara baru

3. Dibentuk Liga Bangsa untuk menggalakkan keamanan, kerjasama dan keselamatan antarabangsa

4. Liga Bangsa telah disertai oleh negara-negara bersekutu kecuali Amerika Syarikat dan negara-negara berkecuali

 

Kesan Perang Dunia Petama dari aspek ekonomi ialah…..

5. Berlakunya inflasi dan hutang peperangan yang tinggi ke atas negara-negara yang terlibat dalam peperangan

6. Berlaku disebabkan perbelanjaan perang yang terlalu besar di pihak yang terlibat dalam peperangan iaitu Pakatan Bertiga telah membelanjakan sejumlah US$125 billion manakala Perikatan Kuasa Tengah pula membelanjakan US$60 billion

7. Berlakunya masalah pengangguran kerana peluang pekerjaan amat terhad selepas perang tamat

8. Negara yang kalah terpaksa membayar hutang peperangan yang tinggi yang telah menebabkan negara terlibat tidak mampu untuk membangunkan ekonomi negara

9. Selepas perang, pasaran dunia telah diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun

10. Keadaan ini telah menjejaskan Britain yang sebelum ini menguasai ekonomi dunia dan Britain telah kehilangan dua pertiga daripada perdagangan luarnya

 

Kesan Perang Dunia Pertama dari aspek sosial ialah…..

11. Peperangan telah mengakibatkan jumlah korban yang tinggi

12. Ramai rakyat yang menderita, cedera dan trauma kesan perang yang terletus 

Ahad, 7 Februari 2021

KESAN KONFLIK DAN KESIMPULAN

 

PEPERANGAN AKAN MERUGIKAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SEPERTI YANG DINYATAKAN PERPATAH MELAYU

“KALAH JADI ABU, MENANG JADI ARANG.”

APAKAH KESAN TERHADAP TAMADUN MANUSIA PADA MASA HADAPAN JIKA BERLAKU PERANG DUNIA SEKALI LAGI?

Jika berlaku Perang Dunia sekali lagi, ia adalah merupakan Perang Dunia Ketiga. Perang

ini akan melibatkan lebih banyak negara. Hal ini kerana negara-negara kuasa tentera tidak lagi tertumpu di Barat tetapi juga dimiliki negara-negara di pelbagai belahan dunia seperti India, Pakistan, Iran, Israel, Korea Utara dan China. Penglibatan lebih banyak negara dalam perang dunia menyebabkan peperangan yang akan terjadi semakin tersebar dan meluas. Hal ini pastinya menimbulkan kesan yang lebih besar.

Teknologi persenjataan tinggi yang dimiliki setiap negara akan menyebabkan

kemusnahan terhadap alam sekitar. Semasa berlaku Perang Dunia Kedua, senjata terhebat

yang dimiliki manusia ialah bom atom yang telah digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika Syarikat. Pada hari ini manusia telah memajukan senjata yang lebih hebat kesannya iaitu bom nuklear. Senjata pemusnah bom nuklear bukan sahaja memusnahkan setiap kehidupan bernyawa tetapi juga menjadikan alam sekitar musnah dan tidak lagi sesuai ditempati untuk kehidupan kerana pencemaran radiasi yang tinggi bagi tempoh yang lama. Bencana loji nuclear di Chernobyl, Russia saja misalnya telah menjadikan tempat tersebut tidak lagi dihuni oleh manusia hari ini.

Antara negara yang memiliki senjata nuklear pada hari ini ialah Amerika Syarikat, Britain,

Perancis, India, China, Israel dan Pakistan. Iran dan Korea Utara pula sedang berusaha untuk memilikinya. Senjata nuklear yang dimiliki ini mampu dilancarkan dalam jarak yang jauh melalui peluru berpandu. Ini bermakna peperangan pada masa hadapan bukan lagi peperangan secara bersemuka tetapi melibatkan peperangan antara benua. Serangan daripada satu pihak pastinya akan dibalas oleh pihak yang lain. Faktor inilah yang menyebabkan pihak yang terlibat serta pihak yang tidak terlibat dalam peperangan akan menanggung akibatnya iaitu kemusnahan dunia.

 

Penggunaan kapal selam, satelit, jet pejuang berkelajuan tinggi, kapal pengangkut, dan

sebagainya mampu menjadikan peperangan jarak jauh berlaku dengan pantas serta

mempunyai kesan yang besar. Sebahagian senjata-senjata ini belum digunakan dalam perang dunia sebelumnya. Selain itu senjata kimia dan senjata biologi yang dimiliki setiap negara pada hari ini mampu mensasarkan kematian yang tinggi kepada manusia.

Jelaslah bahawa jika berlaku perang dunia sekali lagi, ia akan memusnahkan tamadun

manusia yang ada pada hari ini. Hal ini berlaku kerana ia akan melibatkan lebih banyak Negara serta penggunaan senjata yang mampu memberikan kesan kemusnahan yang lebih besar terhadap bumi sebagai tempat tinggal manusia. Akhirnya tamadun manusia akan lenyap.

 

APAKAH KEPENTINGAN SIKAP TOLERANSI/

KERJASAMA/ HORMAT-MENGHORMATI ANTARA NEGARA

DALAM MEWUJUDKAN SEBUAH DUNIA YANG AMAN?

 

Sikap toleransi dan kerjasama perlu wujud antara negara dapat membentuk struktur

dalam komuniti antarabangsa. Ini dapat dilakukan melalui pembentukan dasar luar untuk

memelihara dan mempertahankan kepentingan politik, keselamatan dan ekonomi serta

kepentingan utama yang lain. Ini dapat menggalakkan kewujudkan persekitaran serantau dan antarabangsa yang harmoni yang akan memberi ruang kepada setiap negara mencapai matlamat masing-masing tanpa gangguan daripada ancaman luar.

Sikap saling menghormati antara negara juga penting bagi memastikan setiap

perbincangan dan interaksi dapat dilaksanakan dengan efektif dan telus. Sikap ini juga perlu untuk tidak membantutkan usaha-usaha ke arah persepakatan dan kerjasama. Ini kerana dalam keadaan tegang atau wujudnya ketidaksefahaman, sebarang masalah tidak dapat diselesaikan. Contohnya konflik di Timur Tengah seperti konflik Palestin-Israel yang menemui jalan buntu.

Sikap toleransi dan hormat menghormati juga penting bagi menjaga hubungan antara

kuasa besar dengan negara seperti hubungan Malaysia-Amerika Syarikat. Ia dilakukan bagi

mengintimkan dan mengeratkan hubungan kedua-dua negara. Ini ditunjukkan semasa Perang Dingin antara Amerika Syarikat-Rusia dan China, Amerika dilihat sebagai pelindung kepada negara kecil Malaysia. Rakyat dan pemimpin antara kedua-dua negara saling mengunjungi. Ini menunjukkan hubungan yang baik dan progresif antara kedua-dua belah pihak hasil daripada sikap bertoleransi dan saling menghormati antara satu sama lain.

Kepentingan semangat kerjasama ialah bagi membolehkan setiap negara di dunia

memahami antara satu sama lain. Masyarakat dunia dapat mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain. Mereka juga dapat memahami sensitiviti agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Dengan adanya semangat kerjasama, dapat membentuk masyarakat dunia yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.

 

PENUTUP / KESIMPULAN

 

Sejarah peradaban manusia sejak dari awal kewujudannya sentiasa dipenuhi konflik.

Sehingga hari ini kita terus mengulangi konflik tersebut. Manusia perlu membatasi konflik ini agar

tidak mengancam dan memusnahkan kehidupan manusia sejagat.

Kehidupan manusia pada era moden hari ini jauh berbeza dengan kehidupan pada masa

lalu. Kehidupan pada hari ini jauh lebih aman kerana kesedaran manusia tentang bahaya

peperangan yang akan datang serta peranan pencegahan melalui undang-undang

antarabangsa.

Namun begitu ia hanyalah seperti bom jangka yang menunggu masa untuk meledak.

Hayat kehidupan manusia di bumi sangat bergantung kepada sejauhmanakah manusia dapat mengelakkan perang dunia daripada tercetus pada masa hadapan.

Jika perang dunia berlaku maka itu adalah peperangan yang terakhir. Setelahnya,

manusia tidak perlu lagi berperang kerana manusia itu sendiri sudah tidak wujud.

BAGAIMANA KONFLIK DAPAT DIELAKKAN. MENGAPA ?

 

BAGAIMANAKAH PERANG DUNIA PADA

MASA HADAPAN DAPAT DIELAKKAN?

 

Perang dunia pada masa hadapan dapat dielakkan dengan mengambil pendekatan

berunding dalam menyelesaikan konflik antara sesebuah negara. Hal ini kerana melalui

perundingan, pemimpin kedua-dua belah pihak boleh duduk semeja dan berusaha untuk mencari jalan keluar bagi mengatasi konflik yang dihadapi. Perbincangan yang melibatkan golongan pemimpin ini pasti akan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit.

Melalui perundingan, sesuatu pelan damai dapat dicari untuk menyelesaikan konflik antara negara bagi mengelak berlakunya peperangan.

 

Langkah seterusnya adalah dengan menjalin hubungan diplomatik dengan negara

luar. Semua negara di dunia perlulah menjalin hubungan yang baik demi kebaikan dan

kepentingan bersama. Hubungan ini boleh dieratkan dalam semua bidang termasuk bidang

politik, perdagangan dan pelancongan. Contohnya melalui perkongsian budaya, pertukaran

teknologi, dan penyertaan dalam pertandingan sukan. Cara ini dapat menjamin kestabilan politik  sesebuah negara seterusnya menyumbang kepada keamanan dunia. Hubungan ekonomi dapat diperkukuh memandangkan ekonomi antarabangsa saling melengkapi antara satu sama lain. Melalui hubungan diplomatik yang baik, setiap negara akan bekerjasama antara satu sama lain dan secara tidak langsung akan wujud sikap saling menghormati kedaulatan negara lain.

 

PBB juga hendaklah menggubal undang-undang persenjataan global dan

mengetepikan kepentingan mana-mana pihak. Sehingga kini, badan dunia ini tidak mampu

menyelesaikan masalah dunia seratus peratus kerana badan ini dipengaruhi oleh negara yang memiliki kuasa veto. Contohnya Amerika Syarikat sering menggunakan kuasa veto membantu tindakan Israel menyerang negara Palestin. Justeru itu, reformasi perlu dilakukan kepada PBB agar dapat menangani permasalahan negara dunia terutama negara-negara kecil seperti Palestin.

 

Memupuk dan menyemai budaya cintakan keamanan dan membenci peperangan di

peringkat kanak-kanak dan orang ramai boleh dilakukan melalui program-program tertentu. Contohnya melancarkan “Pameran Keamanan” dan kempen untuk menjadikan perang sebagai jenayah. Semua masyarakat dunia perlu menganggap pembunuhan secara beramai-ramai dalam perang sebagai satu jenayah dan mereka yang melancarkan peperangan perlu dihukum dengan hukuman yang berat. Dalam hal ini, media massa, media cetak dan media sosial perlu memainkan peranan yang lebih berkesan dalam usaha menyedarkan rakyat tentang kesan-kesan buruk peperangan. Program-program cintakan keamanan ini perlu disebar luas bagi memberi mesej kepada masyarakat dunia tentang pentingnya kita menolak peperangan kerana peperangan bukan penyelesaian kepada sesuatu konflik.

 

MENGAPAKAH KONFLIK DUNIA PERLU DIELAKKAN?

 

Saat ini di segenap ceruk dunia terdapat sahaja konflik dan peperangan. Konflik dunia

perlu dielakkan kerana ia bakal mencetuskan peperangan besar seperti Perang Dunia

Pertama. Sekiranya berlaku konflik, ia akan mempengaruhi secara langsung politik dan dasar luar negara, ekonomi serta perdagangan antarabangsa. Pertembungan Amerika Syarikat dan China misalnya jika gagal dibendung dapat menjejaskan keamanan dunia.

Kenaikan harga bahan api adalah kesan kepada konflik di peringkat antarabangsa

melibatkan dua atau lebih negara yang terlibat. Ia mendorong kepada kenaikan kos pengeluaran barangan dan perkhidmatan. Ini akhirnya akan membawa kepada masalah ekonomi dan inflasi.

 

Konflik dunia yang berterusan akan mencetuskan masalah pelarian. Konflik di beberapa

buah negara seperti Syria dan Myanmar menyebabkan majoriti daripada mereka tidak

mempunyai pilihan sehingga terpaksa keluar dari negara asal. Fakta yang dilaporkan oleh agensi pelarian PBB menunjukkan 26 juta orang pelarian mendapatkan perlindungan di negara lain.

 

Konflik hanya akan membawa lebih ramai golongan masyarakat terjerumus kepada

kesan yang lebih buruk termasuklah masalah mental. Kesan psikologi mula dilihat selepas

perang dunia seperti trauma, ketakutan dan mudah marah atau rasa terancam. Contohnya,

pengeboman Hiroshima dan Nagasaki telah memberi kesan psikologi kepada masyarakat Jepun khususnya dan masyarakat dunia secara amnya.

Justeru itu, usaha kolektif, holistik dan bersepadu oleh semua pihak diperlukan bagi

memberi tekanan kepada negara yang terlibat untuk segera menghentikan konflik.

FAKTOR ASAS PENGGUBALAN DASAR LUAR MALAYSIA

 

NOTA TAMBAHAN Terangkan faktor-faktor/ Asas-asas penggubalan dasar-dasar luar Malaysia

Antara faktor penggubalan dasar-dasar luar Malaysia disebabkan oleh faktor Sejarah. Hal ini kerana semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar seperti China, Arab, Siam dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu. Hubungan luar ini lebih berbentuk hubungan perdagangan. Pada masa ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu termasuklah negara-negara yang ada pada hari ini dikenali sebagai Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel lain seperti Australia dan New Zealand. Pada masa itu, ancaman komunis telah menggugat keselamatan negara Malaysia dan dengan ini mendorong Malaysia mengamalkan dasar luar yang pro-Barat dan antikomunis.

Selain itu, faktor ekonomi Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan dengan ini menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya. Setelah mencapai kemerdekaan, Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari Britian dan Amerika Syarikat. Menjelang tahun 1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing juga digalakkan dari negara-negara di Timur terutama Jepun dan Korea. Pada masa yang sama, Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara yang sedang membangun dan juga negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di samping mengadakan pelaburan di negara berkenaan.

Faktor politik turut mempengaruhi penggubalan dasar-dasar luar Malaysia. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa hadapannnya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Malah, Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Oleh itu, Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.

Di samping itu, faktor geografi telah menjadi asas penggubalan dasar-dasar luar Malaysia. Hal ini kerana Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan hampir kebanyakan negar di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei. Perairannya juga menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. Justeru, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap keselamatam serta pertahanan Malaysia.

Akhir sekali, faktor demografi. Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam sejajar dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam. Dengan itu, Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan yang menceroboh dan menindas peribumi Palestin.

Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama juga diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan konsep perpaduan dan sikap komited terhadap hak asasi manusia meneybabkan Malaysia menentang keras Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia juga tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan

sehinggalah undang-undang dasar apartheid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan. Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia.

berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutama di kalangan negara membangun. Dalam usaha mencapai matlamat dasar tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea.

Di samping itu, Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia. Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik.

Malaysia juga telah mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad ke negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Dalam setiap siri lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Beliau percaya Malaysia bukan sahaja harus menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan negara maju malah dengan negara Dunia Ketiga juga.

CABARAN SEMASA

 

Cabaran seterusnya ialah Ideologi keagamaan yang menampakkkan gejala konflik dalam abad 20 adalah konflik antara mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, Syiah dan Yahudi. Masyarakat Asia Tenggara yang beragama Islam juga berdepan dengan pengaruh fahaman Syiah yang sedang menular.

Sebagai pemimpin negara, berikan cadangan anda bagi mengatasi cabaran di atas.

Sebagai pemimpin negara, cabaran tersebut boleh diatasi jika ekonomi negara tidak bergantung kepada satu pihak sahaja. Ekonomi juga tidak boleh bergantung kepada beberapa komoditi utama sahaja. Sebaliknya, pemimpin mesti bijak dalam menentukan rakan niaga dengan mana-mana negara. Sumber ekonomi juga dipelbagaikan agar tidak terlalu terkesan dengan kejatuhan harga komoditi utama yang membawa kemelesetan ekonomi negara dan dunia apabila sesuatu konflik berlaku.

Cadangan kedua, pemimpin-pemimpin negara dan seluruh rakyat mestilah bersatu hati dalam menghadapi ledakan semangat kebangsaan yang berkobar-kobar. Pemimpin yang bijak berjaya memenangi hati rakyat seluruhnya dengan menolak dasar yang dibawa oleh penjajah secara rundingan. Hal ini akhirnya menyebabkan negara-negara Eropah khususnya penjajah memulakan proses dekolonisasi dengan memberikan kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahan mereka.

Antara langkah lain yang boleh dibuat bagi menangani cabaran tersebut ialah dengan tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar tersebut. Langkah terbaik ialah dengan mengamalkan dasar berkecuali atau pun berbaik-baik dengan semua pihak. Hal ini boleh mengurangkan tekanan daripada negara-negara yang bertelagah. Contohnya, negara Malaysia mengamalkan dasar berkecuali dan menyertai pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM).

Seterusnya ialah dengan memperkukuhkan pembinaan negara bangsa masing-masing bagi mengelakkan tempias permusuhan kuasa-kuasa besar. Dalam hal ini, pemimpin dan rakyat hendaklah menolak campurtangan kuasa asing dalam politik negara, sebaliknya mempertingkatan kesatuan atas nama satu negara dan satu bangsa yang bebas dan berdaulat.

Di samping itu, sebagai pemimpin negara yang baru dalam hal politik sepatutnya mengekalkan dasar untuk tidak menyokong kuasa besar walaupun dalam apa-apa hal sekalipun.

Sebagai pemimpin negara, hendaklah bersikap adil kepada semua pihak dan tidak menceroboh kedaulatan negara lain sewenang-wenangnya. Hal ini dapat membantu mewujudkan kestabilan dan menjamin kedaulatan negara lain. Selain itu, dengan memberi kefahaman yang betul kepada masyarakat tentang perkara-perkara yang selalu menimbulkan kekekeliruan dalam masyarakat dengan menyeru masyarakat kembali kepada ajaran Islam mengikut al Quran dan Sunnah.

Sebagai pemimpin dunia, berikan cadangan anda bagi mewujudkan dunia yang aman dan tanpa konflik.

Usaha mewujudkan keamanan dunia menjadi agenda perdana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Walau bagaimanapun, setiap negara tidak boleh bergantung semata-mata kepada badan dunia itu, malah setiap pemimpin negara perlu mengambil inisiatif untuk mengekalkan keamanan dalam negara mahupun antarabangsa.

Cadangan yang pertama ialah perpaduan masyarakat. Perpaduan antara rakyat merupakan kunci keamanan sesebuah negara terutamanya di negara yang berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia. Oleh itu, usaha mewujudkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat hendaklah dilaksanakan secara serius dan berterusan. Contohnya kerajaan menerapkan penghayatan Rukun Negara.

Pada masa yang sama keamanan sejagat juga mampu diwujudkan dengan cara menjalin hubungan kerjasama antara negara serantau. Impak daripada kerjasama antara negara dapat memupuk persefahaman antara negara serantau ibarat aur dan tebing . Sehubungan itu, Malaysia telah menganggotai beberapa pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM), dan Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam (OIC) di samping menjalin hubungan diplomatik dengan setiap negara di dunia.

Secara umum, konflik boleh berlaku bila-bila masa, namun kita perlu menyedari kewujudan pemangkin konflik. Kepelbagaian agama yang wujud didunia dikenal pasti sebagai salah satu faktor yang boleh mencetuskan konflik, antaranya ialah perbezaan pegangan ajaran agama dan sikap penganut agama bertindak di luar batasan.

Oleh itu, saya mencadangkan seminar atau dialog antara agama perlu kerap dianjurkan untuk memberikan pemahaman pelbagai agama yang lebih mendalam kepada masyarakat. Dalam konteks ini, mata pelajaran umum seperti kursus tamadun Islam dan tamadun Asia serta kursus hubungan etnik boleh menjadi kursus wajib kepada pelajar universiti awam dan swasta di Malaysia.

Sebagai pemimpin negara, program yang memperjuangkan isu sejagat perlu dijadikan rancangan dasar kerajaan. Kejayaan Malaysia menganjurkan Perhimpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka pada 24 Mac 2019 jelas menunjukkan Malaysia wajar dijadikan negara contoh di mata dunia dalam memperjuangkan keamanan sejagat. mengatasi konflik yang dihadapi. Pertubuhan ASEAN contohnya merupakan platfom yang digunakan bagi menyelesaikan pertikaian antara negara-negara di Asia Tenggara.

Warga dunia juga perlu dididik agar mencintai keamanan dan perpaduan. Sebarang bentuk keganasan dan perlumbaan senjata perlu ditentang. Semua warga dunia perlu menyokong segala usaha untuk memelihara keamanan sejagat. Konsep ZOPFAN sebagai contoh adalah menjadikan Asia Tenggara satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali dari pertelingkahan politik kuasa-kuasa besar.

Bagi memastikan keselamatan negara, kebanyakkan negara termasuk Malaysia mengambil langkah dengan mewujudkan kerjasama erat dengan negara-negara jiran, berganding bahu menjaga keselamatan perairan, perkapalan dan pencerobohan secara bersama. Hasilnya negara-negara ASEAN dapat menikmati keamanan daripada ancaman lanun di perairan negara masing-masing. Seandainya cara ini jika dipraktikkan oleh semua negara dunia, pastinya keamanan dan kesejahteraan akan terus dapat dinikmati secara bersama.

Keamanan yang wujud juga dapat memberi peluang kepada rakyat dari negara-negara membangun melanjutkan pelajaran ke negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan Jepun. Di samping itu, universiti-universiti tempatan boleh mengadakan program pertukaran pelajar ke universiti-universiti terkenal di negara lain. Pertukaran pelajar ini mampu memberi pendedahan ilmu dan perkongsian idea kepada mereka. Perkongsian idea ini membolehkan mereka mengaplikasikan ilmu tersebut di universiti mereka. Kesannya pemikiran mereka lebih terbuka dan berdaya saing.

Bagi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran dari segi ekonomi pula, ianya dapat menarik minat pelabur-pelabur asing melabur di negara-negara yang aman dan terjamin keselamatan. Secara tidak lansung kemasukan pelaburan asing banyak membantu pertumbuhan ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Contoh pelabur-pelabur asing daripada Jepun dan Korea membuka kilang-kilang perindustrian sama ada berskala tinggi atau sederhana seperti DRB-Hicom dan syarikat dari Jepun bagi menghasilkan kenderaan seperti lori, kereta dan motosikal.

seharusnya mementingkan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana tanpa ilmu pengetahuan kita mudah dipermainkan oleh pihak yang lebih maju yang cuba mengambil kesempatan. Ilmu adalah asas kejayaan membangunkan bangsa dan negara.

MENGAPA KONFLIK MASIH BERLAKU/ FAKTOR

 Mengapakah konflik dunia masih berlaku pada hari ini?

Berikan penjelasan anda.

 

Konflik dunia masih berlaku pada hari ini berikutan ideologi yang berbeza. Keadaan ini mewujudkan jurang persefahaman yang luas. Contohnya ada negara yang pro-barat dan ada negara yang berideologi komunis.

Seterusnya ialah sikap ego kuasa besar kuasa besar yang hanya mementingkan diri dan enggan berunding dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Masing-masing cuba meningkatkan kekuatan negara masing-masing dan bersedia melancarkan serangan sekiranya berlaku perbalahan. Selain itu, terdapat juga negara yang ingin mengembangkan sempadan agar negara mereka menjadi lebih luas. Contohnya konflik yang berlaku antara Israel dan Palestin.

Persaingan ekonomi antara negara kuasa-kuasa besar mencetuskan konflik dunia. Masing-masing cuba mengembangkan ekonomi dan merebut pasaran dunia. Keadaan ini juga boleh membawa penindasan kepada negara dunia ketiga. Contohnya persaingan antara Amerika Syarikat dan China yang merupakan kuasa ekonomi yang besar di dunia. Masing-masing mahu menguasai ekonomi dunia.

Seterusnya terdapat negara kuasa besar yang menceroboh dan campur tangan terhadap negara lain. Hal ini mereka ingin merampas dan menguasai sumber-sumber bahan mentah seperti logam dan petroleum. Contohnya pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iran. Pelbagai serangan dilancarkan.

Konflik dunia masih berlaku pada hari kerana persaingan kuasa untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Semua kuasa besar mahu menunjukkan mereka adalah jaguh dunia. Contohnya persaingan yang berlaku antara Amerika Syarikat dan China. Secara tidak langsung persaingan ini telah membibitkan rasa tidak harmoni antara negara ini dan negara lain yang terlibat.

Kemajuan sains dan teknologi yang disalahgunakan juga telah menimbulkan konflik. Contohnya pencerobohan maklumat atau dikenali penggodaman iaitu maklumat sulit sesebuah negara boleh diceroboh dengan mudah sehingga menjejaskan keselamatan negara-negara tersebut.

Perlumbaan senjata nuklear juga membawa konflik pada hari ini. Pelaburan yang semakin meningkat terhadap senjata terutama senjata nuklear adalah potensi ancaman kepada dunia dan generasi akan datang. Banyak negara-negara besar terlibat dalam perlumbaan senjata yang menggila. Keadaan ini boleh mengancam keselamatan dunia dan meninggalkan kesan buruk kepada alam sekitar.

Perang Dingin yang berlaku ini telah mengubah keadaan persekitaran Asia Tenggara. Hal ini kerana Asia Tenggara adalah mangsa kepada negara-negara besar yang saling bertelagah diantara satu sama lain. Jadi, cabarannya ialah negara-negara Asia Tenggara tersepit antara kedua-dua buah kuasa besar dunia ini, dan perlu berhati-hati dalam membuat keputusan agar tidak menunjukkan sokongan kepada sebelah pihak sahaja.

Konflik Arab-Israel juga turut memberi cabaran kepada Asia Tenggara terutama dalam konteks kehidupan beragama dan pembinaan negara bangsa itu sendiri. Kebanyakan masyarakat Asia Tenggara yang beragama Islam menganggap Palestin adalah hak orang muslim dan harus bersama-sama masyarakat Palestin mempertahankan negara tersebut daripada penjajahan bangsa Yahudi. Sokongan secara berterusan kepada masyarakat Palestin juga telah menimbulkan perasaan tidak puashati sesetengah negara seperti Amerika Syarikat.

KONFLIK MENYEBABKAN DUNIA TIDAK AMAN. BUKTIKAN

 Konflik dunia yang berlaku pada hari ini menyebabkan dunia tidak aman. Buktikan penyataan tersebut.

Konflik dunia yang berlaku pada hari ini menyebabkan dunia tidak aman. Sewajarnya dunia yang semakin bertamadun dan canggih dapat menangani konflik yang dihadapi oleh dunia. Ini dapat dapat dilihat terhadap krisis yang melibatkan Amerika Syarikat yang bertegang dengan Korea Utara membabitkan isu senjata nuklear. Setiap kali Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu nuklear, Amerika menyatakan kesediaan untuk berperang. Ini akan mengancam negara-negara berdekatan termasuk negara kita dari segi pelaburan atau ketenteraan. Malahan sekutu masing-masing bersedia memberi bantuan sekiranya peperangan berlaku .Contohnya, China akan memberi bantuan kepada Korea Utara. Jika peperangan berlaku ianya akan merebak ke seluruh dunia seperti Perang Dunia Pertama dan kedua.

Selain itu, Amerika juga berkonflik perdagangan dengan China. Sehingga kini didapati krisis antara dua kuasa besar itu saling mencabar antara sama laini. Malahan perbalahan perdagangan ini menjejaskan ekonomi dunia dan keamanan tergugat.

Begitu juga konflik di Mindanao, yang membabitkan kerajaaan Flipina dengan Bangsa Moro yang menyebabkan ribuan nyawa yang terkorban .Pada masa kini persetujuan damai dimeterai. Dalam hal ini juga dapat dilihat kepada konflik di Selatan Thailand yang melibatkan antara Bangkok dengan pejuang pemisah Pattani yang belum reda. Sejak 2004, ribuan terbunuh kerana menuntut kemerdekaan.

Seterusnya Konflik di Myanmar juga semakin kompleks apabila kerajaan Myanmar masih tidak menyelesaikan isu Rohingya dan beberapa etnik minoriti yang bertempur dengan tentera. Hal sedemikian membawa kepada meningkatnya kadar perlarian yang hidup dalam serba kekurangan. Menurut Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi perlarian (UNHCR) sehingga penghujung tahun 2019, terdapat 79.5 juta orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Di samping itu juga, konflik dunia di Palestin, Chechnya, Kashmir atau Timur Turkistan didapati kekejaman yang dilakukan kepada umat Islam atau pembersihan etnik. Pembunuhan dan kekejaman ini membawa kepada perasaan marah dan mahu melakukan sesuatu sebagai pembalasan. Malahan ketegangan di antara orang Islam dan bukan Islam sama ada di peringkat negara atau dunia. Ini mengambarkan bahawa konflik global mengugat keamanan dunia. Menurut laporan portal usnews, kajian membabitkan 163 negara dan wilayah berdaulat didapati dunia semakin kurang aman sebanyak 0.27 peratus berbanding 2016. Negara paling aman adalah Iceland dan negara paling bergolak adalah Syria. Keganasan ini membawa kesan buruk kepada ekonomi globel yang membabitkan kerugian sebanyak AS$14.8 trilion pada tahun 2017.Oleh itu menjadi tanggungjawab rakyat di seluruh dunia menjaga keamanan dunia. 

PERANAN MALAYSIA MENANGANI KONFLIK

 

Jelaskan peranan Malaysia dalam memastikan keamanan dunia terpelihara. @ Bukti Malaysia mementingkan pemeliharaan keamanan dunia

Peranan Malaysia dalam memastikan keamanan dunia terpelihara ialah berjaya menyelesaikan konflik serantau dan antarabangsa. Malaysia menggunakan meja rundingan sebagai jalan penyelesaian sesuatu konflik. Contohnya, melalui rundingan, Malaysia berjaya menghapuskan ancaman komunis dalam negara.

Selain itu, Malaysia bekerjasama dengan negara-negara jiran melalui platform ASEAN telah berjaya menguruskan konflik di peringkat serantau secara aman. Buktinya, Malaysia berjaya menyelesaikan konflik di Pulau Mindanao, selatan Filipina. Misi diplomasi ini berakhir dengan termeterainya proses damai antara bangsa Moro dengan kerajaan Filipina. Kesannya, Malaysia mendapat pujian antarabangsa atas kejayaan usaha ini.

Malaysia juga sentiasa menyokong usaha PBB bagi memastikan keamanan dan keselamatan dunia sejagat terpelihara. Malaysia telah bersama dengan PBB dengan menghantar pasukan pemerhati dan pengaman di beberapa buah negara yang dilanda krisis. Antaranya ialah pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menjadi pasukan pengaman di Namibia dan Bosnia. Jelasnya, Malaysia berpegang teguh pada prinsip dan Piagam PBB.

Seterusnya, Malaysia sejak sekian lama, terus memperjuangkan nasib rakyat di bumi Palestin yang ditindas dan dizalimi regim Israel. Isu penindasan ini sering disuarakan oleh pemimpin negara di sidang mesyuarat PBB. Antara kejayaan negara Malaysia dalam isu ini ialah Resolusi 2334 Majlis Keselamatan mengenai penempatan haram Israel diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB dalam tempoh 36 tahun.

Sebenarnya, banyak lagi bukti yang menunjukkan Malaysia berperanan dalam memastikan keamanan dunia sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa. Peringkat serantau seperti pembentukan kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea, pelaksanaan demokrasi di Myammar dan menyelesaikan isu politik di Acheh. Manakala pada peringkat antarabangsa pula, krisis Iran-Iraq, menamatkan perang saudara di Congo dan menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan. Kesimpulannya, biarpun negara kita Malaysia bersaiz kecil namun tidak menghalang untuk kita membantu negara besar yang menghadapi konflik.

Malaysia juga lantang bersuara di PBB menentang dasar apartied yang diamalkan di Afrika Selatan. Iaitu dasar kerajaan Afrika Selatan yang membezakan taraf penduduk Afrika Selatan mengikut warna kulit. Orang kulit putih diberi banyak keistimewaan, manakala orang kulit hitam dianggap rendah. Malaysia tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan sehinggalah undang-undang dasar apartied ini dihapuskan oleh kerajaan Afrika Selatan. Semua manusia setaraf dan mempunyai hak asasi masing-masing.

Malaysia juga mengambil pendirian teguh terhadap usaha-usaha memerangi gejala penyalah gunaan dadah. Hasil daripada usul Malaysia, satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna Austria pada Jun 1987 dan Perdana Menteri Malaysia dipilih menjadi Yang Dipertua persidangan. Pemillihan ini menunjukkan bahawa negara luar secara tidak lansung menerima ketegasan Malaysia dalam usaha mencegah penyalah gunaan dan pengedaran najis dadah seperti menjalankan hukuman mati kepada pesalah.

Di samping itu, Malaysia juga telah bekerjsama dan menyertai beberapa agensi di bawah PBB. Contohnya, kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Malaysia juga pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965, 1989 dan 1999. Wakil Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB dan beliau dilantik sebagai wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik negara Myanmar. Misi beliau adalah untuk meredakan ketegangan di antara kerajaan Myanmar dan penyokong Aung San Suu Kyi.

Malaysia juga berpendirian tegas dalam mendesak PBB menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur. Malaysia juga memberi sokongan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel.

(ii) ASEAN

Antara peranan Malaysia dalam mewujudkan keamanan dunia ialah melalui pengisytiharan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota yang dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur.Tujuan utama ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar. Dasar ini juga, adalah untuk mengelakkan sebarang konflik yang lebih besar, mengelakkan kuasa-kuasa besar mengambil kesempatan serta terlibat dalam kancah peperangan. Seandainya konsep ini sentiasa dipraktikkan oleh negara-negara yang terlibat, pastinya keamanan dan kesejahteraan akan terus dapat dinikmati secara bersama.

Malaysia bersama negara ASEAN berusaha untuk mengatasi pencerobohan Vietnam ke atas Kemboja pada tahun 1978 dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge. ASEAN telah berusaha mengatasi masalah ini dengan mengadakan satu mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk. Vietnam telah bersetuju dengan cadangan berkenaan dan mesyuarat telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982.

Malaysia menyertai mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN pada tahun 1984 telah memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear. Ini bermakna rantau ini

tidak akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear. Pengisytiharan ini menunjukkan kepada dunia akan komitmen negara-negara anggota ASEAN terhadap konsep ZOPFAN. Konsep ini perlu diteruskan demi keamanan sejagat serta mengelakkan ASEAN menjadi zon perlumbaan senjata nuklear, yang boleh mengancam keselamatan bersama.

Menjelang tahun 1970-an dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. Malaysia telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia. Malaysia juga telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1976. Malah Malaysia bekerjasama dengan negara serantau bagi mengatasi masalah pelarian Vietnam. Hal ini telah terbukti dapat mensejahterakan hubungan dalam kalangan negara jiran, terutamanya negara serumpun.

Malaysia juga mengemukan idea melalui ASEAN untuk meluaskan skop kerjasama ekonomi melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. Idea ini dikemukan oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC). Namun idea ini ditentang oleh negara-negara maju terutamanya Amerika Syarikat. Kerjasama secara tidak rasmi tetap diteruskan melalui konsep ASEAN + 3. Konsep ASEAN + 3 merujuk kerjasama yang diwujudkan antara negara-negara ASEAN dengan negara-negara timur seperti China, Jepun dan Korea. Langkah ini mengimbangi penguasaan ekonomi oleh negara-negara maju. rantau Asia Tenggara dan mengelakkan campurtangan kuasa-kuasa besar serta tanpa memihak blok barat atau komunis.

Dari segi dasar luar negara, Malaysia melaksanakan dasar luar yang bebas, berprinsip dan pragmatik serta berasaskan nilai-nilai keamanan, kemanusiaan, keadilan dan kesaksamaan. Kesemua ini untuk melindungi kedaultan dan kepentingan negara serta menyumbang ke arah masyarakat dunia yang adil dan saksama demi mewujudkan keamanan dunia. Malahan dalam krisis tuntutan bertindih dengan negara jiran atau tuntutan wilayah di Laut China Selatan, Malaysia lebih mengutamakan rundingan dalam penyelesaian masalah ini.

Tuntasnya, Dasar luar Malaysia yang mengutamakan kesejahteraan dan keamanan serantau dunia telah meningkatkan kesan postif kepada negara. Dasar luar yang dinamik ini perlu agar Malaysia dapat bersedia menangani cabaran semasa yang dihadapi dalam era globalisasi.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menyampaikan perutusan tahunan pada Perhimpunan Agung PBB ke-75 berkata, PBB telah berjaya dalam mempromosi pembangunan sosial dan ekonomi, namun pada masa sama mengakui PBB gagal dalam aspek keselamatan bagi menghindari peperangan dan konflik dunia.

Malaysia telah menghantar pegawai tentera di bawah PBB menyertai pasukan pemerhati dalam usaha tersebut.

Seterusnya, Malaysia memberikan sokongan kuat kepada perjuangan rakyat Palestin dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) untuk membebaskan negara mereka daripada rejim Israel. Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi Persidangan Keserantauan Asia berkaitan Palestin di Kuala Lumpur pada tahun 1983. Negara kita Malaysia menyokong hak rakyat Palestin bagi menentukan nasib sendiri termasuk mempunyai sebuah negara yang merdeka.

Di samping itu, Malaysia turut menyokong perjuangan Mujahidin Afghanistan terhadap Rejim Kabul yang dibantu Kesatuan Rusia sejak tahun 1979. Malaysia membenarkan muhajidin Afghanistan membuka pejabat perwakilan di kuala Lumpur pada tahun 1984.

Dalam bidang pendidikan dan pembangunan ekonomi, Malaysia turut membuka peluang kepada pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa. Kemudahan biasiswa turut disediakan kepada para pelajar tersebut. Malaysia turut aktif membangunkan ekonomi negara anggota OIC dengan menyokong segala aktiviti Bank Pembangunan Islam (IsDB) untuk membantu krisis ekonomi di negara Islam.

i         ii. NAM

Peranan Malaysia dalam Pergerakan Negara-negara Tanpa Pihak (NAM) dalam usaha menangani konflik dunia ialah penyertaan dalam NAM membuktikan Malaysia mengubah dasar daripada probarat kepada dasar yang neutral, aman bebas dan berkecuali. Sejak menyertai NAM, Malaysia lantang menyuarakan pelbagai isu dan konflik terutamanya yang melibatkan anggota NAM.

Malaysia telah menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak NAM kali ke-13 pada tahun 2003. Dalam sidang tersebut, Malaysia dan anggota NAM menyatakan sikap terhadap isu Palestin serta serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq sebagai satu pencerobohan kuasa besar terhadap negara kecil.

Selain itu, sebagai anggota NAM, Malaysia lantang menyuarakan isu pencerobohan terhadap hak asasi manusia dan negara lain. Malaysia menyuarakan isu Aparteid yang berlaku di Afrika Selatan. Malaysia bersetuju agar tekanan politik dan ekonomi dikenakan kepada Afrika Selatan bagi menangani isu tersebut.

Seterusnya dalam Sidang Kemuncak NAM di Indonesia (1992), Malaysia membangkitkan isu Bosnia dan Herzegovina yang ditekan oleh Serbia. Usaha ini telah membawa kepada penggantungan keanggotaan Yugoslavia sebagai anggota NAM. Malaysia juga turut menerima sejumlah pelarian Bosnia dan Herzegovina sebagai usaha menangani konfik tersebut.

Kesimpulannya, Malaysia memainkan peranan yang berkesan sejak menyertai NAM. Nama Malaysia telah dipandang tinggi dan dihormati dunia.

i         iii. Komannwel

Peranan Malaysia dalam Komanwel dalam usaha menangani konflik dunia ialah memperjuangkan hak asasi manusia, kerjasama ekonomi dan pembangunan sosial serta terlibat dalam mengetengahkan isu global melalui Komanwel.

Melalui Komanwel, Malaysia lantang menentang dasar Aparteid iaitu dasar pemisahan antara kaum kulit putih dengan kaum kulit hitam di Afrika Selatan. Penentangan Malaysia ini kerana dasar ini menyalahgunakan hak asasi manusia dengan membezakan

hak seseorang berdasarkan warna kulit. Ketegasan Malaysia menyuarakan isu ini dalam komanwel menyebabkan Afrika Selatan menarik diri daripada Komanwel.

Malaysia turut terlibat dalam kerjasama pertahanan melalui perjanjian yang ditandatangani antara Britain dan Tanah Melayu pada tahun 1957. Perjanjian ini membolehkan Britain dan negara Komanwel yang lain membantu Malaysia memastikan keselamatan negara terutamanya daripada ancaman komunis.

Bagi menghadapi krisis atau konflik yang melibatkan ekonomi, Malaysia menyertai Rancangan Colombo iaitu rancangan pembangunan ekonomi dan sosial di bawah Komanwel. Melalui rancangan ini, negara-negara anggota dibantu khidmat nasihat dan latihan untuk menangani masalah kemiskinan dalam kalangan negara anggota.

Seterusnya dalam aspek ekonominya juga, Malaysia menjadikan negara komanwel rakan dagang Malaysia yang utama. Komoditi utama diekport ke negara anggota, kadar cukai yang dikenakan lebih rendah dan pelbagai kemudahan kredit dan dana turut disediakan melalui Komanwel.

Selain itu, penganjuran Sukan Komanwel turut dilihat sebagai satu usaha menangani konflik dunia. Penyertaan Malaysia dalam sukan ini mampu mengeratkan hubungan antara negara anggota.

Jelasnya, penyertaan Malaysia dalam Komanwel membawa manfaat yang besar dalam menghadapi krisis dan konflik dunia sama ada aspek politik, ekonomi mahupun sosial.

i         iv. Negara-Negara Selatan

Peranan Malaysia dalam Negara-Negara Selatan dalam usaha menangani konflik dunia lebih dilihat dalam aspek ekonomi. Matlamat Malaysia dan semua negara dalam kumpulan ini adalah mengurangkan pergantungan kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah. Hal yang demikan, pergantungan kepada negara maju akan membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil.

Selain itu, Malaysia dan negara-negara kumpulan ini berharap harga eksport bahan bahan mentah dapat diatasi dengan meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal dalam kalangan negara anggota tanpa bergantung kepada negara maju.

Seterusnya, Malaysia memainkan peranan penting dalam menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan kerana idea penubuhannya daripada Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad semasa Sidang Kemuncak NAM di Zambabwe pada tahun 1987. Strateginya dengan menubuhkan kumpulan 15 atau G15.Sidang kemuncak G15 yang pertama telah berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 1990.

Penubuhan G15 ini telah membawa kepada beberapa projek yang bertujuan mengatasi konflik ekonomi antara negara maju dengan negara Dunia Ketiga. Antara projeknya ialah kerjasama dalam bidang sains dan teknologi serta penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi (SITTDEC). Di samping itu, penubuhan GSTP dan penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan.

Kesimpulannya, peranan Malaysia dalam Kumpulan Negara-Negara Selatan ini amat penting bagi membantu negara-negara anggota dalam meningkatkan ekonomi negara masing-masing tanpa bergantung dengan negara maju yang turut menimbulkan konflik dalam bidang ekonomi.