CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Khamis, 17 September 2015

KARANGAN BM PT 3- UCAPAN PERPINDAHAN GURU



Karangan ucapan
Soalan,
Guru tingkatan sekolah anda telah berpindah ke tempat lain. Anda selaku Ketua Tingkatan dikehendaki menyampaikan satu ucapan untuk meraikan perpindahannya.
Sediakan teks ucapan anda selengkapnya.

Pendahuluan,

-          Kata alu-aluan
-          Ucapan terima kasih kerana diberi kepercayaan mewakili kelas
-          Terima kasih kerana guru yang diraikan hadir bersama.

Isi-isi


1.       Menerima berita perpindahan
-          Semua pelajar kelas berasa terharu apabila mendengar berita perpindahan ini.
-          Berpakat menyediakan satu majlis serba ringkas
-          Akan merasakan kehilangan guru yang dikasihi

2.       Pandangan pelajar terhadap guru
-          Seorang guru yang prihatin dan mengambil berat terhadap pelajar
-          Suka memberi nasihat sehingga dapat mengubah sikap pelajar.
-          Sanggup berkorban masa untuk pelajar dan gigih mendidik

3.       Kejayaan-kejayaan kelas di bawah jagaannya
-          Menjadi johan bilik kelas terceria sepanjang tahun
-          Guru berjaya menjadikan kelas ponteng sifar.
-          Beberapa pelajar bawah bimbingannya mewakili sekolah dalam beberapa jenis pertandingan peringkat daerah.

4.       Janji pelajar
-          Kami akan belajar bersungguh-sungguh
-          Berusaha merealisasikan harapan guru
-          Tabah berusaha untuk mencapai kejayaan akademik / perubahan sikap

5.       Doa pelajar
-          Semoga cikgu terus gigih mendidik pelajar di tempat baru
-          Mendoakan cikgu sihat sejahtera dan berjaya dalam kerjaya
-     Tuhan akan membalas jasa cikgu.

Penutup:
-          Minta guru mendoakan kejayaan kami
-          Ada masa datanglah menjenguk kami
-          Serangkap pantun tentang jasa guru
-          Ucapan penutup

KARANGAN BM SPM - MENINGKATKAN TARAF KESIHATAN



Langkah Untuk Meningkatkan Taraf Kesihatan Rakyat.

Laras sains

·         Pengenalan,
a.       Kesihatan masyarakat bukan sahaja bergantung kepada kemudahan-kemudahan kesihatan yang ada tetapi bergantung juga kepada amalan-amalan yang baik dalam kehidupan mereka.
b.      Pelbagai program dilaksanakan untuk rawatan, pencegahan dan pemulihan bagi menjamin kesihatan yang baik

Isi-isi penting,

·         Menambah kemudahan-kemudahan perubatan,
a.       Membina lebih banyak hospital dan pusat-pusat kesihatan.
b.      Membanyakkan alat kelengkapan moden.

·         Menyediakan pusat-pusat latihan dan pembangunan tenaga manusia dalam bidang kesihatan,
a.       Menambah pengambilan pelajar perubatan
b.      Menghantar pelajar ke luar negara bagi mengikuti kursus-kursus kesihatan.
c.       Menambah dan melatih pembantu perubatan dan jururawat.

·         Melaksanakan program penyelidikan kesihatan,
a.       Membangunkan Institut Penyelidikan Perubatan bagi menyelidik dan mengesan penyakit.
b.      Menjadikan Institut Penyelidikan sebagai makmal dan rujukan kesihatan.

·         Amalan makanan dan pemakanan,
a.       Menjalankan program pemakanan dan amalan pemakanan seimbang,
b.      Menggalakkan masyarakat mengunjungi klinik
c.       Kuat kuasa Akta Makanan 1983 – menjaga mutu makanan yang diusahakan oleh pengusaha-pengusaha pemakanan.

·         Kebersihan alam sekeliling,
a.       Menggalakkan penggunaan tandas curah.
b.      Bekalan air bersih,

Kesimpulan,

a. Masyarakat yang cerdas dan sihat lahir daripada kemajuan kesihatan yang diamalkan.
b. Masyarakat perlu menjayakan program-program kesihatan bagi melahirkan pemimpin-pemimpin yang berjaya.

KARANGAN BM SPM - TEMPAT BERSEJARAH DI MALAYSIA



Karangan Surat Tidak Rasmi:
Soalan,
Sahabat anda yang berada di luar negara ingin mengetahui tempat-tempat sejarah di negara anda dan keistimewaan tempat-tempat tersebut. Berdasarkan tempat-tempat sejarah yang pernah anda lawati, tuliskan sepucuk surat kepadanya untuk menceritakan hal tersebut.

Pendahuluan;
-          Alamat dan tarikh.
-          Kata alu-aluan / pembukaan kata
-          Telah menerima surat – faham maksud surat yang diterima.

Isi-isi;
1.       Bandar Melaka.
-          Pernah dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris.
-          Terdapat sebuah kota pertahanan – A Farmosa
-          Terdapat sebuah gereja bernama St. Paul.
-          Terdapat makam-makam pahlawan.
-          Terdapat warisan budaya penjajah.

2.       Pulau Pinang.
-          Pernah menjadi pusat pentadbiran Inggeris
-          Terdapat bangunan-bangunan lama sebagai pusat pentadbiran Inggeris.
-          Terdapat sebuah tugu pegawai Inggeris.

3.       Pulau Langkawi.
-          Terdapat legenda tentang Mahsuri.
-          Terdapat makam Mahsuri.
-          Memorial Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed iaitu bangunan yang memuatkan koleksi barang-barang kepunyaan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

4.       Kuala Lumpur.
-          Pernah menjadi pusat perlombongan bijih timah,
-          Pusat  pemerintahan negara Malaysia.
-          Terdapat Muzium Negara dan Arkib Negara.

5.       Kota Tinggi.
-          Merupakan sebuah kota kesultanan Melayu
-          Terdapat makam Sultan Mahmud .
-          Terdapat makam pahlawan Melayu.

Penutup.
-          Tempat-tempat bersejarah menjadi tumpuan pelancong.
-          Harap dapat berkunjung ke Malaysia.
-          Tandatangan / nama.

KARANGAN BM SPM - FAKTOR PENCEMARAN



Faktor-Faktor Pencemaran Udara,

Laras sains.

·         Pengenalan.

o   Malaysia mula merasakan masalah pencemaran udara.
o   Masalah ini dikaitkan pembangunan negara dalam pelbagai bidang.

·         Isi-isi penting,

·         Kenderaan bermotor,
o   Terdapat pertambahan penggunaan kenderaan-kenderaan bermotor terutamanya di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur.
o   Asap kenderaan mengandungi bahan-bahan seperti karbon monoksida, plumbum, hidrogen dan hidrokarbon dilepaskan ke udara pada setiap hari.
o   Pengangkutan lain seperti kapal laut, kapal terbang dan keretapi juga melepaskan asap ke udara.

·         Kegiatan industri,
o   Kilang-kilang juga melepaskan asap hitam dan habuk atau debu di udara.
o   Kilang-kilang yang menghasilkan bahan-bahan ampaian di udara ialah kilang kayu, simen, baja dan ubat-ubatan.
o   Keadaan lebih serius kerana terdapat kilang-kilang yang didirikan secara haram.

·         Pembakaran bahan-bahan api,
o   Pembakaran bahan api di stesen-stesen jana kuasa menyumbangkan pencemaran udara.
o   Penggunaan arang batu sebagai bahan bakar menyumbang pencemaran.
o   Bahan-bahan bakar seperti kayu dan sekam padi juga boleh mencemarkan udara.

·         Bahan-bahan sisa bandaran,
o   Sampah sarap yang dibakar secara terbuka menyumbang masalah ini.
o   Sampah sarap yang tidak dibakar pula menyumbangkan bau busuk di udara.
o   Sisa-sisa toksik berbau kuat menyebabkan udara tercemar dengan bau.

·         Industri kayu-kayan dan kilang pecah batu,
o   Kilang-kilang yang berkaitan dengan pemprosesan kaya seperti membuat perabot, menghasilkan debu-debu halus di udara.
o   Habuk-habuk halus sisa kilang ini pula dibakar tanpa terancang menyumbangkan asap yang banyak di udara.
o   Kuari pecah batu juga menghasilkan bahan-bahan ampaian seperti debu-debu halus di udara.

·         Penutup,

o   Pembangunan ekonomi tidak dapat mengelakkan pencemaran berlaku,
o   Langkah kawalan yang efektif perlu diambil oleh semua pihak untuk menjaga kualiti udara sentiasa bersih.