CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 12 Disember 2009

syair

Syair Tenaga Pemuda

1. menjelaskan tentang kepentingan tenaga pemuda . sekiranya mereka dididik , dipimpin dan diasuh mereka akan menjadi orang yang berguna dan boleh menentang musuh
2. pemuda adalah golongan yang terkenal kerana tenaga mereka masih kuat . golongan pemuda boleh melakukan tugas berat dan sesuatu yang sukar boleh dilaksanakan oleh mereka
3. tenaga pemuda sungguh bermakna kerana tenaga merekalah yang boleh dipertanggung - jawabkan menentang musuh negara dan berani menghadapi mati. Mereka juga mempunyai kemahuan yang tinggi dan tidak tertangguh-tangguh dalam melakukan sebarang pekerjaan.
4. tenaga pemuda mestilah disayangi dan tidak boleh dibiarkan mereka berjiwa lemah dan goyah . Pada waktu muda tenaga mereka sungguh kuat dan mereka juga berani berjuang sampai ke titisan darah yang terakhir.
5. jika tenaga muda dijaga suatu masa nanti mereka akan amat berharga dan menjadi harapan bangsa . merekalah yang mempertahankan negara dengan penuh keberanian

2 ulasan:

  1. cikgu,saya nak cari sinopsis tntang syair ni,...
    boleh x?

    BalasPadam
  2. saya buat ikut maksud rangkap . sinopsis syair pemuda nanti saya cuba tengok . biasanya kita cantumkan ceritanya daripada awal sampai habis ... tunggu ye ... minggu ni sibuk dengan kerja kursus sejarah

    BalasPadam