CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 15 Disember 2009

tip pelajar cemerlang 2

TIP 2

BEBERAPA PRINSIP ASAS PENGURUSAN MASA

MENGUBAH TABIAT LAMA YANG NEGATIF

Tabiat lama yang selalu juga disebut sebagai habit.Tabiat negatif mesti dibuang dari ianya kekal di dalam diri.Jika selama ini kita merupakan orang selalu menangguhkan kerja maka kita perlu mengambil perhatian tentang perkara ini.Misalnya sebagai pelajar,tugas yang diberi oleh guru perlu kita siapkan secepat mungkin.Selalunya kita manangguhkan tugasan & menyiapkan pada ‘minit terakhir’ kadang-kadang hingga larut malam ,yang terlebih teruk lagi apabila kita meniru kawan tanpa mendapat apa-apa pengajaran langsung.

Mka tabiat seumpama ini perlu diubah.Tabiat ini ialah tabiat negatif yang begitu dominen dalam diri pelajar. Oleh sebab itu tabiat ini mestilah diubah supaya kita lebih awal menyiapkan tugastugas agar pada waktu yang lain kita dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada aktiviti mentelaah pelajaran.Kita belajar semestinya lebih awal bukan melaksanakannya pada saat akhir. Kita lihat kebanyakan orang menyatakan perasaan tertekan apabila mendengar tentang peperiksaan.Ini semua sebenarnya hasil daripada tidak membuat persediaan pada peringkat awal.Kadang-kadang ini memberi kesan yang lebih teruk jika kita merasa bahawa kita sudah tiada masa untuk memberi tumpuan pada pelajaran.Tabiat ini perlu diatasi untuk berjaya. Tabiat yang baik ialah apabila kita sentiasa melaksanakan tugas-tugas sekolah,mengulangkaji pelajaran &bertindak pada saat yang awal. Elakkan daripada melakukan perkara yang tidak baik & melakukan pada minit ‘terakhir’.

KOMUNIKASI

Komunikasi adalah fakor amat penting dalam pengurusan masa.Komunikasi juga memberikan implikasi yang besar jika kita tidak dapat menggunakan dengan berkesan & terbaik. Kita sering membazirkan masa kita,kerana kita sering berkomunikasi dengan cara yang tidak baik.Sebagai contoh:Semasa guru tiada di dalam kelas,kita sering berbual-bual kosong dengan kawan-kawan tentang hiburan & perkara yang sia-sia yang mana tiada kaitan langsung dengan pelajaran.Semasa ketiadaan guru juga bercerita tentang hal orang lain yang tidak memberi faedah dalam pelajaran. Ini sebenarnya suatu pembaziran masa yang amat ketara & begitu merugikan.
Ramai pelajar tidak mengetahui & menganggap ini suatu perkara yang ringan.Jika diteliti kita banyak membuang masa dalam sehari tanpa mengaitkan perkara yang kita bualkan itu dengan pelajaran.Kita sepatutnya melakukan tugas-tugas pada masa terluang agar bila pulang ke rumah dapat kita membuat kerja-kerja yang lain @ mengulangkaji pelajaran.Ini sebenarnya tidak memberi tekanan & bebanan di rumah nanti. Ramai antara kita mengatakan masa tidak cukup.Ssungguhnya masa mencukupi tetapi cara kita manguruskan masa menyebabkan masa tidak mencukupi.Sebagai contoh lagi,semasa berada di dalam bas kita merasa bosan.Kerana apa?kerana 30 minit misalnya adalah begitu lama untuk kita sampai ke rumah @ ke tempat yang dituju. Sepetutnya semasa di dalam bas @ tempat menunggu bas,kita menggunakan peluang ini untuk kita mngingat fakta apa yang diajar oleh guru.Pada masa ini juga kita boleh membaca notanota kecil agar masa di dalam bas & sebagainya digunakan dengan berkesan & terbaik. Dari segi komunikasi perkara yang penting juga adalah tentang perasaan malu.Ramai dikalangan kita yang bijak berkomunikasi dengan kawan-kawan tentang hal-hal yang tidak berkaitan dengan hal pelajaran.Namun kelemahan komunikasi kita adalah kerana jarang sekali kita menggunakan kelebihan komunikasi untuk bertanya kepada guru-guru @ rakan tentang topik yang tidak diketahui.

Kenapa ini berlaku?

Sebenarnya terdapat dua perkara yang berlaku iaitu wujudnya komunikasi interpersonal dan komunikasi intrapersonal (komunikasi dalam diri). Sebagai contoh apabila kita ingin bertanya guru,sebenarnya ini adalah suatu perkara yang baik.Masalah yang wujud adalah komunikasi intrapersonal negatif. Komunikasi intrapersonal hadir dalam diri.Komunikasi intrapersonal seolah-olah mengatakan bahawa soalan ini soalan bodoh.Jika kita bertanya,mungkinkawan-kawan menganggap kita pelajar lemah.Mungkin juga menyebabkan orang lain memandang serong kepada kita.Ini yang membuatkan halangan dalam membantu kita bermotivasi untuk belajar.Maka penggunaan komunikasi intrapersonal yang negatif ini perlu dilawan& ditentang. Oleh itu gunakan komunikasi interpersonal(bertanya guru)dengan sebaik mungkin.Dengan membuangkan komunikasi intrapersonal yang negatif itu maka akan wujudlah keyakinan dalam diri.

PENUMPUAN

Selalunya kita akan merasa bosan & jemu apabila perkara tersebut berkaitan dengan pelajaran. Apabila guru-guru dan rakan-rakan bercakap tentang pelajarankita sememangnya jarang memberi tumpuan.Tetapi apabila kawan-kawan menceritakan tentang perkara yang kita minati seperti hiburan dan sebagainya,semuanya itu kita dapat beri tumpuan walaupun kita di dalam keletihan.Oleh sebab itu,ubah susana supaya kita dapat memberikan konsentrasi pada pelajaran.Jika guru sedang memberikan pengajaran,berikan tumpuan.
Gangguan yang lain perlu dielakkan. REHAT Manusia perlu rehat di dalam setiap perkara.Rehat adalah faktor penting dan sering dikaitkan dengan tidur.Setiap manusia memerlukan rehat yang cukup. Kita sering menganggap bahawa tidur cukup perlu untuk pembelajaran yang berkesan.Dalam hal ini terdapat pelbagai definisi tentang masa untuk tidur yang baik dalam setiap hari.Sebenarnya apabila kita berbicara tentang tidur maka kita harus faham bahawa tidur juga memerlukan kualiti.
Maksudnya kita tidur @ berehat adalah apabila kita benar-benar terasa bahawa kita perlu tidur.Kadang-kadang kita lihat ramai orang mengatakan bahawa mereka perlu tidur pada waktu petang selama 3 jam & waktu malam selama 8 jam.Ini adalah kaedah yang tidak begitu baik.Sepatutnya kita mesti menguruskan waktu tidur dengan berkesan. Sebagai contoh;kita perlu rehat selama 15 minit pada waktu tengahari bertujuan untuk menyegarkan kembali daripada keletihan.Setelah itu kita akan lebih bertenaga & segar.Pada malamnya pula kita umpamanya tidur pada 11.30 malam & bangun pada awal pagi & setelah kita menunaikan solat Subuh,maka kita mempunyai masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk membaca bukubuku pelajaran. Kadang-kadang kebiasaannya pada waktu senggang seumpama ini (selesai solat Subuh)sebelum bersiap-siap pada waktu pagi selalunya kita tidak menggunakan waktu ini untuk belajar,tapi melakukan perkara yang sia-sia.Ramai pakar mengatakan bahawa belajar waktu pagi baik untuk mentelaah pelajaran & mengingat.Pengurusan waktu rehat & tidur adalah penting untuk kita belajar dengan lebih berkesan. Jelaslah kepada kita bahawa prinsip asas kepada pengurusan masa perlu diketahui oleh kita.Dengan yang demikian maka kita akan lebih bijak untuk mendisisplinkan diri & membuat jadual waktu untuk aktiviti pembalajaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan