CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 12 Disember 2009

prosa tradisional

Analisis Prosa Tradisional

1.Pak Kaduk
Sinopsis
Pak Kaduk yang lurus dan dungu ( bodoh ) menyuruh isterinya Mak Siti menjahitkan baju daripada kertas untuk dipakai ketika bersabung ayam . Semasa berada di gelanggang sabung , PK bersetuju untuk saling bertukar ayam sabung dengan raja . Akhirnya ayam asal PK iaitu Biring Si Kunani menang. PK terlupa bahawa ayam itu bukan miliknya lagi . PK bersorak hingga bajunya koyak rabak . PK bukan sahaja mendapat malu tetapi juga kerugian kerana sebelum pertandingan menyabung ayam bermula , PK telah mempertaruhkan kampungnya .

2.Putera Besar lahir ke dunia
Raja dan tuan puteri Nur Lela memelihara Bujang Selamat dengan baik . Tidak lama kemudian TPNL hamil lagi . TPNL mengalami kesukaran untuk melahirkan anak . TPNL kemudiannya mewasiatkan supaya BS dikahwinkan dengan puteri sulungnya iaitu Puteri Lindungan Bulan . Sesiapa yang mengingkari perintah / wasiat itu akan terkena sumpahan . TPNL mangkat selepas melahirkan anaknya dengan sebilah parang putting di tangannya . Suaminya dan TPLB amat sedih atas kematian TPNL



3.Puteri Buluh Betung
Raja Muhamad menemui bayi perempuan yang comel ketika hendak menebang sepohon buluh betung . Bayi itu kemudiannya dibawa pulang dan dinamakan Puteri Buluh Betung. Kekanda baginda telah datang melawat bayi tersebut . Selepas itu baginda telah membuka sebuah negeri di dalam hutan .Suatu hari baginda telah pergi berburu tetapi tidak mendapat sebarang hasil perburuan . Baginda kemudiannya menumpai sebuah surau dan ada seorang tua di dalamnya .Orang tua itu bersetuju untuk membantu Raja Ahmad yang menginginkan seorang anak .Pada masa itu RA terlihat kanak-kanak di atas seekor gajah . Orang tua itu meminta baginda berusaha untuk mendapatkan kanak-kanak itu . Akhirnya baginda berjaya mendapatkan kanak-kanak itu dan dinamakan Merah Gajah . Setelah MG dewasa dia dikahwinkan dengan PBB.

4.Cerita Kera dengan Buaya

Mengisahkan seekor kera yang tinggal di atas pokok kedempung di tepi sebuah sungai . Ia bersahabat baik dengan buaya . Buaya itu tidak mahu ke tempat lain kerana kera tersebut telah membantunya menjatuhkan buah kedempung untuk dimakannya . Suatu hari , isteri buaya yang sedang sakit meminta buaya lain memanggil buaya itu pulang . Tabib menyatakan bahawa isteri buaya boleh disembuhkan jika makan hati kera . Buaya berasa amat serba salah . Akhirnya buaya mengajak kera mengikutnya pulang dan buayapun menceritakan masalahnya . Kera menyadari buya itu cuba membunuhnya . Kera menyatakan bahawa hatinya tertinggal di atas pokok kedempung . Kera menceritakan perihal keldai yang ditipu oleh serigala seperti mana yang ingin dilakukan oleh buaya . Kera akhirnya memutuskan persahabatan mereka . Buaya sangat menyesali perbuatannya sehingga mati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan