CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK
Memaparkan catatan dengan label BM PMR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BM PMR. Papar semua catatan

Selasa, 17 September 2013

bm pmr

Di bawah ini antara karangan yang saya ambil daripada blog pusat tuisyen kavina untuk rujukan anda semua. Semoga usaha beliau mendapat ganjaran sebaiknya.


Sumber

Soalan Contoh:                                                                                                           
Gejala gengsterisme semakin menjadi-jadi pada masa ini. Keadaan ini amat membimbangkan masyarakat keseluruhannya. Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membendung gejala ini daripada terus menular.


   Sejak kebelakangan ini, gejala gangsterisme semakin menjadi-jadi di negara kita. Perkara ini tidak akan ada penamatnya jika tidak dipandang berat oleh semua pihak. Gejala ini dapat dilihat dengan jelas apabila berlakunya peningkatan mengenai kes ini dalam dada-dada akhbar dan perkara sebegini telah membimbangkan masyarakat kita. Tegasnya, pelbagai langkah yang proaktif dan konkrit sewajarnya  diambil bagi menangani masalah ini.

   Antara langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan masalah ini ialah ibu bapa mestilah memantau dan mengambil berat dengan setiap aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak. Hal ini demikian kerana pada masa ini ibu bapa lebih banyak mementingkan kerjaya dan wang berbanding meluangkan waktu bersama-sama anak-anak di rumah bak kata pepatah ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’. Lantaran itu, anak-anak akan mudah untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Selagi ibu bapa kurang memberikan perhatian kepada anak-anak, selagi itulah perkara ini tidak boleh diselesaikan.

   Selain itu, setiap individu mestilah pandai dalam memilih rakan. Hal ini demikian kerana remaja pada masa ini lebih banyak membazirkan waktu mereka bersama-sama rakan-rakan sebaya hanya untuk menginginkan kebebasan. Implikasinya, remaja-remaja akan terjerumus dalam melakukan aktiviti yang tidak sihat. Tamsilnya, mereka akan mengikut kumpulan-kumpulan gangster dan sebagainya. Jika perkara sebegini masih berleluasa maka kes-kes seperti ini tidak akan berkurangan.

   Di samping itu, pihak kaunselor sekolah juga perlulah mengambil inisiatif dalam membendung masalah ini dengan cara mengadakan program yang berkaitan dengan masalah pelajar di sekolah. Hal ini disebabkan kerana remaja sekarang lebih suka membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah berbanding menyertai program yang memberi keinsafan dan pengajaran. Dengan ini, pelajar yang bermasalah akan berminat untuk menyertai program yang diadakan ini. Sebagai contoh, guru kaunselor mestilah dapat menarik minat pelajar-pelajar tersebut dengan cara berjumpa dan memberi nasihat kepada pelajar itu. Dengan adanya cara sebegini, remaja-remaja akan berubah dan insaf jika mengikuti program tersebut.

   Konklusinya, kita seharusnya mengambil langkah-langkah di atas bagi mengurangkan berlakunya gejala gangsterisme ini. Oleh itu, masyarakat juga mestilah prihatin terhadap setiap aktiviti yang dilakukan oleh remaja. Sekiranya perkara ini diambil berat, gejala ini dapat diatasi dengan mudah. Jelaslah bahawa peranan dan tanggungjawab semua pihak sangat penting bagi mengurangkan berlakunya gejala gangsterisme bak kata peribahasa ‘tepuk sebelah tangan tidak berbunyi’

Soalan Contoh:
Benteng utama untuk menghadapi pelbagai gejala sosial dewasa ini terletak pada pengukuhan institusi keluarga. Berikan komen anda berkaitan dengan pandangan ini.
   Institusi keluarga biasanya terbentuk daripada kelompok yang paling asas, iaitu ayah, ibu, dan anak-anak.  Sementara itu, gejala sosial merujuk kepada perkara-perkara negatif yang dilakukan oleh sesiapa saja. Gejala sosial yang melanda masyarakat kita hari ini berkait rapat dengan nilai kehidupan dalam institusi keluarga.  Banyak pihak yang berpendapat bahawa kanak-kanak yang dididik dengan baik dapat meryerapkan nilai-nilai murni sebagai persiapan untuk menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

   Salah satu usaha pengukuhan institusi keluarga terletak pada usaha  pemupukan semangat yang kental.  Melalui cara ini, benteng bagi menangkis sebarang masalah sosial yang melanda masyarakat kita dewasa ini akan wujud.    Antara masalah sosial itu termasuklah masalah penyalahgunaan dadah, perlakuan sumbang mahram, kes pembuangan bayi, jenayah perogolan yang membabitkan pelajar, dan gejala laku musnah.  Oleh itu, setiap anggota keluarga perlulah berganding bahu untuk memastikan bahawa semangat yang kental terjelma dalam kalangan anggota keluarga dan akhirnya dapat mengelak daripada gejala-gejala sosial.
          
   Selain itu, melalui usaha pengukuhan institusi keluarga, ibu bapa perlu diberi pendedahan tentang kemahiran keibubapaan.  Hal ini demikian kerana kemahiran keibubapaan bagi sesesetengah ibu bapa amat terhad. Antara kemahiran yang dapat diterapkan termasuklah komunikasi efektif, mesra keluarga, nilai kekeluargaan, toleransi, keibubapaan cemerlang, dan kasih sayang.  Penerapan ciri-ciri tersebut dalam kehidupan alam rumah tangga dapat membentuk keluarga bahagia. Oleh yang demikian, dengan sendirinya anak-anak remaja tidak akan terdorong untuk keluar rumah mencari keseronokan yang berkemungkibnan mendedahkan gejala-gejala negatif kepada mereka.

   Selanjutnya, pemupukan nilai-nilai murni mampu mengukuhkan institusi keluarga. Dengan berlandaskan anggapan bahawa daya kekuatan sesebuah keluarga itu bermula dari rumah, yang penting kini ialah usaha mencurahkan segala tenaga kita untuk mengukuhkan institusi tersebut.  Dalam konteks ini, ibu bapa yang berjaya ialah ibu bapa yang dapat menerapkan nilai-nilai murni sosial dan kekeluargaan di kalangan anak mereka.  Lantaran itu, saranan agar ibu bapa memberikan perhatian yang sewajarnya untuk mengawasi segala tindak-tanduk anak-anak mereka perlu disambut oleh semua ibu bapa agar anak-anak mereka tidak terperangkap dalam gejala penyalahgunaan dadah dan keruntuhan moral.

   Kesimpulannya, masalah sosial perlu ditangani segera.  Jika tidak ditangani segera, masalah ini pasti akan menggugat kestabilan masyarakat dan negara.  Peranan ibu bapa dan anggota keluarga amat penting untuk melahirkan anak yang mampu menangani segala dugaan dan cabaran ini.  Tegasnya, pengukuhan institusi keluarga tetap menjadi benteng utama demi menghadapi pelbagai masalah sosial dewasa ini. 

Pencemaran alam telah menjadi satu isu global yang diputuskan oleh Perhimpunan Bangsa-bangsa Bersatu. Impak ini memberi kesan yang ketara kepada manusia terutama di Malaysia.
Nyatakan kesan-kesan negatif yang timbul daripada kemelut ini dan langkah mengatasinya.

   Pencemaran alam memang telah menjadi satu ancaman utama dalam pembangunan manusia sejagat. Tindakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang mengakui berlakunya perubahan cuaca dunia akibat pencemaran yang dilakukan oleh manusia telah membuktikan masalah ini semakin kronik. Pencemaran alam memang disebabkan oleh sikap manusia itu sendiri sehingga menyebabkan banyak impak negatif yang timbul. Agaknya manusia tidak serik melihat kemusnahan yang mereka lakukan selama ini?

   Bencana alam semakin menjadi-jadi terutama di Kuala Lumpur. Kawasan tanah runtuh di Ampang dan Puchong suatu ketika dahulu begitu menakutkan masyarakat di sini. Banjir kilat yang pasti berlaku sebaik sahaja hujan turun menyebabkan masyarakat berjaga-jaga setiap kali musim hujan menjelang. Keadaan ini menyebabkan kehidupan masyarakat dalam risiko dan menimbulkan rasa takut dalam perasaan mereka. Sekali hujan, sekali banjir, sekali Kuala Lumpur berubah.

   Tambahan pula, kejadian tanah runtuh dan banjir serta jerebu membawa keadaan kesihatan masyarakat yang kurang baik.Kejadian demam, batuk dan wabak penyakit yang merebak menyebabkan kos rawatan perubatan masyarakat kita terus meningkat. Keadaan ini sudah pasti membebankan terutama kepada golongan berpendapatan rendah yang terpaksa memikirkan keseinambungan hidup selain mendapatkan rawatan penyakit mereka. Jadi,pencemaran alam memang memberi impak yang ketara dalam kehidupan kita.

   Lantaran itu, masyarakat kita terutama generasi muda yang dilahirkan ialah generasi yang sudah terdedah dengan pencemaran alam. Generasi muda kita ialah generasi yang sudah ‘sakit’. Jadi, tidaklah kita terkejut apabila kita sering mendapat khabar tentang golongan belia yang tidak mampu untuk mengharungi cabaran alam yang memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi. Generasi muda mudah berasa penat dan tidak mampu menyelesaikan masalah fizikal yang mereka tempuhi. Mungkin juga generasi muda kita kekurangan kemahiran mendengar atau mempunyai penyakit lelah sejak kecil.

   Imej negara sudah pasti akan terjejas terutama pada mata masyarakat antarabangsa. Pada mereka sikap masyarakat negara ini yang tidak peka yang menyebabkan alam kita tercemar begitu teruk. Kita dipandang sebagai masyarakat materialistik kerana terlalu ghairah memusnahkan alam semata-mata untuk mengaut keuntungan kebendaan. Kehadiran pelancong turut berkurangan bukan sahaja imej negara tetapi kurangnya kawasan untuk dilawati akibat pencemaran alam ini.

   Mungkin langkah yang terpenting dalam menangani isu ini ialah kerajaan menguatkuasakan akta yang lebih tegas dan berat hukumannya. Kerajaan hendaklah berani mengambil tindakan bersama-sama menghukum pesalah pencemaran alam ini tanpa rasa segan silu. Kerajaan perlulah mempamerkan sikap yang telus dalam memastikan alam kita terus terbela. Kerajaan merupakan benteng pertama negara dalam menentang pencemaran alam.

   Kesimpulannya, semua pihak harus menjadikan alam sebagai fokus perjuangan mereka. Alam bukanlah hak kita tetapi alam warisan yang kita tinggalkan untuk generasi akan datang. Jadi, alam bukan satu anugerah tetapi satu tanggung jawab yang memerlukan pengorbanan masyarakat untuk memastikan alam terus menerus diwarisi oleh manusia sejagat. Mungkin kali ini kita akan berjaya menangani kemelut yang semakin mencengkam ini.

Soalan Contoh:
Gaya hidup sihat satu amalan yang murni. Nyatakan cara-cara mencapai gaya hidup sebegini.
   Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.

   Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu diet pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, ramai yang suka mengambil satu jenis makanan sahaja seperti hanya memakan daging tanpa mengambil sayur dalam diet mereka. Ketiadaan diet yang seimbanglah atau hanya menumpukan pemakanan mereka terhadap satu aspek sahaja yang menyukarkan seseorang untuk mencapai matlamat gaya hidup yang baik ini. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai satu kehidupan yang ceria kerana semua zat yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang baik itu.

   Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti berjalan atau berlari bersendirian atau melakukan aktiviti bersukan bersama-sama keluarga atau ketika hujung minggu untuk mendapatkan senaman sebegini. Aktiviti senaman sudah lama diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih stabil dan baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka lebih tinggi. Maka, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.

   Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi untuk memperoleh gaya hidup yang sihat ini.

   Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting dimiliki oleh seseorang itu untuk menangani tekanan kehidupan moden. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Maka, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.

   Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.
Soalan Contoh:
Aktiviti kokurikulum berperanan untuk melahirkan remaja yang berwawasan dan berdisiplin.Berikan pendapat anda tentang perkara tersebut.


   Aktiviti kokurikulum merujuk aktiviti yang luar darjah yang melibatkan aktviti yang berpersatuan, lasak dan mungkin kemahiran tertentu. Kegiatan luar darjah ini berupaya untuk memberikan satu perspektif baharu kepada pelajar dalam menjalani kehidupan mereka di sekolah dan luar sekolah. Kelebihan kegiatan ini turut dipaparkan di dalam pelbagai media massa di negara ini yang membuktikan manfaat menyertainya. Jadi, pembabitan pelajar dalam kegiatan ini memang membawa pelbagai impak positif dalam kehidupan mereka.

   Sebenarnya, aktiviti kokurikulum memberikan pelajar satu keyakinan diri yang hakiki menerusi pembabitan mereka dalam setiap aktiviti kokurikulum yang dijalankan itu. Keyakinan diri ini timbul kerana setiap kali berjaya melaksanakan sesuatu tugasan itu mereka akan menimba pengalaman yang memberi mereka satu jangkaan awal apabila melakukan aktiviti lain pula. Sudah pasti perasaan ini memudahkan mereka untuk menjalani kehidupan selepas sekolah yang lebih mencabar suasananya. Maka, penglibatan kokurikulum memang memberi manfaat kepada seseorang pelajar itu.

   Selain itu, pelajar yang melibatkan diri dalam kokurikulum turut memiliki tahap disiplin diri yang tinggi dalam diri mereka. Pemilikan disiplin yang tinggi ini terhasil kerana semua aktiviti kokurikulum memerlukan seseorang pelajar itu mematuhi beberapa peraturan tertentu yang meliputii pakaian seragam, aktiviti, masa berlatih dan tempoh akhir untuk menyiapkan sesuatu projek itu. Semua aktiviti ini hanya boleh dilakukan jika seseorang pelajar itu mempunyai disiplin yang tinggi kerana masa untuk belajar dan beraktivti hanya boleh diseimbangkan menerusi satu disiplin yang tinggi. Oleh itu, pelajar yang melibatkan diri mereka secara aktif dalam aktiviti ini akan mempunyai satu sikap mementingkan disiplin yang tinggi.

   Malah, pembabitan pelajar dalam kokurikulum menghasilkan pelajar yang berhati mulia dan baik. Rasa hormat kepada ibu bapa, guru dan rakan sebaya terhasil kerana setiap aktiviti kokurikulum menekankan aspek menghormati orang lain. Kekerapan melakukan aktivit ini secara tidak langsung akan menerapkan nilai-nilai kesopanan yang jitu dalam diri mereka. Jelaslah, kokurikulum mampu membentuk pelajar menjadi pelajar yang memiliki ciri-ciri sopan yang tinggi.
   Mungkin satu impak positif kegiatan kokurikulum yang baik ialah aktiviti ini memberikan pelajar satu sikap bersaing yang tinggi. Sikap persaingan positif ini menyebabkan pelajar tidak gentar untuk menghadapi setiap cabaran yang mendatang. Mereka seolah-olah sudah lali untuk mengharungi kehidupan yang penuh dengan dugaan dalam aspek alam persekolahan atau kehidupan biasa mereka.
   Konklusinya, pelajar yang melibatkan diri mereka dalam aktiviti kokurikulum akan berjaya memiliki satu personaliti yang berkualiti tinggi. Semua ciri yang diutarakan di dalam hujah ini akan membantu mereka untuk mengharungi kehidupan yang penuh dengan dugaan yang besar ini. Cuma pelajar yang sebegini lebih mudah untuk menyelesaikan masalah mereka itu. Slogan 'pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa” sesuai menjadi pedoman kita dalam aspek ini.

soalan Contoh:
Perkembangan Sains dan Teknologi menyebabkan ramai dalam kalangan kita mencari maklumat melalui internet. Jelaskan kelebihan yang diperoleh apabila kita menggunakan internet.

   Mayapada, manusia tidak dapat dipisahkan dengan pelbagai kemudahan teknologi komunikasi yang canggih dalam kehidupan seharian mereka. Kemudahan internet merupakan salah satu ciptaan manusia yang telah menjadi suatu kemestian dalam urusan kehidupan kini. Internet telah digunakan oleh jutaan manusia tanpa mengira faktor jantina dan juga usia. Pelbagai faedah yang dapat diperoleh sekiranya kita tahu menggunakan aplikasi ini dengan sebaik-baiknya.

   Antara faedah apabila kita menggunakan internet ialah kita mudah mendapat informasi melalui laman-laman sesawang yang disediakan oleh pelbagai pihak. Sebelum adanya internet kita terpaksa menghabiskan banyak masa untuk mencari sesuatu maklumat yang hanya terdapat dalam buku-buku atau media cetak yang lain. Oleh itu, kita boleh mendapatkan sebarang maklumat dengan cepat tanpa perlu menghabiskan terlalu banyak masa untuk mencarinya. Sebagai contoh, kita boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara dengan hanya menaip kata kunci di bahagian kotak pencarian dan maklumat tersebut siap untuk digunakan. Sememangnya, internet memudahkan kita mendapat maklumat yang diperlukan menggunakan hanya hujung jari kita.

   Selain itu, internet juga memudahkan kita berhubung dengan orang lain sama ada melalui e-mel ataupun ruang sembang. Sebelum ini kita hanya bergantung kepada surat yang mengambil masa yang agak lama untuk sampai kepada penerimanya ataupun telefon untuk berhubung dengan orang yang jauh daripada kita. Dengan internet, kita dapat berutus surat secara elektronik dan bersembang dalam alam maya dengan suasana yang lebih kondusif dan pantas. Misalnya, terdapat pelbagai penyedia platform untuk kita mengutus surat dan bersembang seperti “Yahoo Messenger” dan “Gmail”. Internet sememangnya telah sedikit sebanyak telah mendominasi penghantaran surat pada hari ini.
   Seterusnya,internet juga memudahkan kita untuk mendapatkan hiburan, sama ada lagu ataupun filem dari dalam dan luar negara. Sebelum ini kita hanya bergantung kepada media elektronik seperti televisyen dan radio untuk mendapatkan hiburan. Dengan ini, kita boleh mendengar dan menonton secara ‘online’ sesuatu program hiburan yang kita inginkan. Tamsilnya, terdapat pelbagai perisian seperti ‘Ares’ yang membolehkan kita memuat turun sesuatu bahan hiburan dengan hanya menaip di ruangan pencarian yang disediakan. Hal ini jelas menunjukkan betapa internet telah memudahkan kita semua untuk mendapatkan pelbagai bentuk jenis hiburan dalam sekelip mata sahaja.
   Sebagai kesimpulan, jelaslah bahawa terdapat banyak faedah yang kita peroleh sekiranya menggunakan kemudahan ini. Dengan demikian, kita hendaklah menguasai teknologi ini dengan sebaik mungkin. Sekiranya kita menguasai teknologi ini, sudah tentu kita tidak akan ketinggalan dalam menguasai ilmu yang semakin berkembang pesat ini. Jelaslah bahawa internet telah membantu kita dalam banyak aspek kehidupan kita pada masa ini.
Telefon bimbit sudah menjadi kemestian kepada setiap golongan masyarakat. Lebih-lebih lagi, golongan remaja pada masa ini yang begitu ghairah menggunakan telefon bimbit. Huraikan pendapat anda tentang kesan negatif penggunaan telefon bimbit kepada mereka.

   Kebelakangan ini, isu penggunaan telefon bimbit merupakan suatu perkara yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Perkara yang menimbulkan pertanyaan kepada kita adalah mengapakah telefon bimbit yang sepatutnya digunakan bagi menyenangkan pengguna berubah menjadi suatu barang yang boleh memberikan unsur negatif kepada mereka? Siapakah yang bertanggungjawab dalam menangani masalah ini daripada terus berlaku? Segala persoalan ini kerap kali menerjah minda kita namun penyelesaiannya masih belum ditemui. Adakah kerjasama yang diberikan oleh beberapa pihak dalam membendung isu ini seperti ibu bapa, pihak sekolah serta masyarakat sekeliling masih tidak mencukupi? Apakah kesan negatif yang akan timbul sekiranya golongan remaja tersebut begitu ghairah menggunakan telefon bimbit?

  Antara kesan negatif yang akan diperoleh sekiranya para remaja begitu ghairah sewaktu menggunakan telefon bimbit ialah berlakunya kerosakan bahasa Melayu. Hal ini berlaku demikian kerana golongan remaja ini gemar meringkaskan perkataan semasa menggunakan Sistem Khidmat Pesanan (SMS) dengan alasan menjimatkan ruang pesanan. Lantaran itu, golongan remaja yang sudah terbiasa menggunakan perkataan singkatan ini akan turut menggunakan perkataan singkatan tersebut sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran(P&P) di sekolah terutamanya dalam subjek-subjek yang memerlukan mereka menulis atau mengarang. Tamsilnya, golongan remaja yang begitu ghairah menggunakan telefon bimbit ini akan terbawa-bawa menggunakan perkataan singkatan tersebut semasa mengarang essei sekaligus menjadikan bahasa Melayu terjejas. Oleh itu, keghairahan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan muda-mudi jelas merosakkan bahasa Melayu sekiranya tidak digunakan dengan sebaik-baiknya.

   Selain itu, kesan negatif yang akan diperoleh jika para remaja begitu ghairah sewaktu meggunakan telefon bimbit ialah mereka akan kurang memberi tumpuan sewaktu menelaah pelajaran di sekolah dan hilang minat untuk mengulang kaji pelajaran di rumah. Hal ini berlaku bemikian kerana mereka terlalu taksub menikmati kecanggihan telefon bimbit sehingga hilang fokus untuk belajar. Lantaran itu, prestasi akademik remaja tersebut akan merosot dan keinginan mereka untuk terus belajar akan mula terhakis. Tamsilnya,kemudahan-kemudahan yang di sediakan dalam telefon bimbit tersebut seperti permainan, Sistem Khidmat Pesanan(SMS) dan sebagainya telah menjadikan mereka menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut tanpa batasan. Oleh itu, penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan jelas menghilangkan minat golongan remaja untuk memberi tumpuan kepada pelajaran mereka.

   Penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan juga akan mendatangkan kesan negatif kepada remaja tersebut seperti berhadapan risiko menerima maklumat palsu atau gambar yang mencolok mata. Hal ini berlaku demikian kerana terdapat sebilangan individu yang gemar menangguk di air keruh untuk kesenangan mereka sendiri. Justeru, remaja tersebut akan berasa seronok tanpa menyedari pada hakikatnya mereka ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Tamsilnya, remaja tersebut akan berhabisan wang semata-mata ingin menikmati tawaran-tawaran yang disediakan seperti gambar-gambar lucah yang kerap menerjah dunia moden ini. Oleh itu, penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan jelas memberikan kesan negatif kepada minda generasi muda hari ini.
   Natijahnya, jelaslah bahawa keghairahan muda-mudi masa ini menggunakan telefon bimbit banyak mendatangkan impak negatif dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, pemantauan daripada pihak yang terlibat haruslah segera dilakukan sebelum perkara ini menjadi barah dalam masyarakat Malaysia. Sekiranya semua pihak bekerjasama dalam menangani isu ini, sudah pasti isu ini akan dapat ditangani dengan mudah. Jelaslah isu penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan terutamanya dalam golongan remaja perlulah diselesaikan bersama-sama dan tidak hanya menuding jari kepada sebelah pihak sahaja. Bak kata pepatah, berat sama di pikul, ringan sama dijinjing.


Rabu, 10 Oktober 2012

ANALISISI KARANGAN BAHAGIAN B ( RANSANGAN )


2005 – Gambar tunggal ( isu kitar semula )
2006 – Peta minda – kebaikan gotong royong
2007 – Gambar bersiri – Pesta Flora
2008 – Peta minda – kesan banjir
2009 – Carta aliran – cara-cara mengatasi kesesakan jalan raya
2010 – Peta minda – Kesan-kesan kegiatan pembalakan secara tidak terkawal

Ahad, 9 September 2012

Percubaan PMR BM 2 Pahang


Percubaan PMR BM 2 Pahang

Baca  petikan  di  bawah  dengan  teliti.  Berdasarkan  petikan  tersebut,  tulis  sebuah  ringkasan tentang  kepentingan mewujudkan  hutan  rekreasi  di  negara  kita. Panjang  ringkasan  anda hendaklah  tidak melebihi 80  patah  perkataan.  Anda  digalakkan  supaya menggunakan  ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kini  penduduk  dunia  telah  mula  memberikan  perhatian  terhadap  alam  semula  jadi. Masyarakat mula menyedari pentingnya  hutan  kepada  alam  dan  hidupan  khususnya manusia. Maka  langkah-langkah  yang  pragmatik  mula  difikirkan  demi  kelangsungan  hutan.  Kawasan hutan  dijadikan  kawasan  rekreasi  dan  tempat  beriadah,  sesuai  dengan  persekitarannya  yang tenang,  hijau  dan  damai.  Sehubungan  dengan  itu,  kerajaan  telah  mengambil  inisiatif mewujudkan hutan  rekreasi bagi memenuhi kepentingan yang  tertentu.

Antara  kepentingannya  termasuklah menyediakan  tempat-tempat untuk beristirahat dan beriadah  seperti  tempat  .untuk  berkelah  dan  bermandi-manda,  tempat  menikmati  keindahan taman  tumbuh-tumbuhan,  tempat  meninjau  persekitaran  hutan  dan  sebagainya.  Selain  itu, dengan  adanya  hutan  rekreasi  ini,  dapat  menyedarkan  masyarakat  tentang  pentingnya memelihara  keaslian  alam  sekitar  dan  khazanah  yang  berharga.  Dalam  masa  yang  sama, perasaan cinta dan menghargai alam  sekitar dapat dipupuk dalam  kalangan generasi muda.

Bagi  individu  yang  sentiasa  beke~a dalam  tekanan,  mereka  dapat membebaskan  diri
dan  fikiran  daripada  kesibukan  kerja  harian  dan  kesibukan  kota.  Pelbagai  aktiviti  dapat
dilakukan  di  hutan  rekreasi  ini.  Antaranya  termasuklah  aktiviti  mendaki  bukit  dan  gunung, berkhemah  di  hutan,  menyertai  aktiviti  lasak  seperti  menjelajah  hutan,  kawat  berpandu  dan sebagainya.  Secara  tidak  langsung,  aktiviti  ini  dapat memberikan  dorongan dan peluang  untuk menjelajah kawasan hutan sambil menikmati serta menghargai keindahannya.

Dengan  adanya  hutan  rekreasi  juga,pihak-pihak  tertentu  dapat  menambah  kawasan kajian  dan  penyelidikan  terhadap ekologi  hutan  tropika  bagi  tujuan  pelajaran  dan  pengetahuan sains,  terutamanya  golongan muda  dan  pelajar.  Dengan  itu,  kawasan  hutan  dapat dikekalkan supaya  dapat  berfungsi  sebagai  pengimbang  alam  sekitar  dan  bertindak  sebagai  penapis kepada  kegiatan  pembangunan  lain  di  sekelilingnya.  Tarikan  flora  dan  fauna  daripada  habitat aslinya  yang  dipersembahkan  dalam  bentuk  keunikan  semula  jadi  mampu  memberikan kepuasan kepada para pengunjung yang benar-benar mencintai keindahan alam semula jadi.


(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Rencana Hutan Rekreasi dan Muzium Terbuka Hutan


Bahagian A(ii) - Pemahaman
[10 markah}

Berdasarkan petikan Sahagian A(i),  jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
1. Apakah maksud rangkai kata mengambil inisiatif?  [2 markah]
2.  Berdasarkan petikan  , mengapakah  langkah-langkah diambil untuk memastikan
kelangsungan hutan? [4 markah]
3. Pada pendapat anda, apakah kesan sekiranya kita  tidak memelihara hutan-hutan di
negara kita ( 4m )



Sahagian B
[20markah]
Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang  punca-punca keracunan
Makanan. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Punca-punca Keracunan Makanan

§               Pengabaian kebersihan premis jualan
§               Makanan yang terdedah
§               Tidak mencuci tangan sebelum makan
§               Peralatan yang tidak bersih



Sahagian C
[40 markah]
Pilih satu daripada soalan di bawah.  Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
180 patah perkataan.

1.  Budi Bahasa Budaya Kita
Nyatakan ciri-ciri seorang yang berbudi  bahasa.

2.  lbu bapa merupakan ketua dalam institusi keluarga.
Huraikan peranan  ibu bapa dalam  membentuk keluarga bahagia.

3.  Anda akan menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.Tajuk
syarahan  ialah" Perpaduan  Menjamin Kesejahteraan Negara ".
Sediakan teks syarahan  selengkapnya.

4.  Belakangan  ini,  kejadian  jenayah  sering berlaku di kawasan setempat.
Hal  ini menjadi kebimbangan kepada  pelbagai pihak.
Nyatakan peranan masyarakat dalam menjamin  keselamatan setempat.

5.  Peribahasa  " Kalau  tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya" bermaksud
cita-cita tanpa usaha tidak akan tercapai. Tulis sebuah  cerita  berdasarkan maksud  peribahasa tersebut.



Bahagian D
[10 markah]

Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang tefah anda kaji di  sama ada di Tingkatan 1,
Tlngkatan 2 atau Tingkatan 3
i) Bukan Duniaku, karya Aida Shakira
ii)  Le.stari Bukit Menghijau karya Syed Mahadzir
iii) Merenang Gelora karya Ruslan Ngah


Nilai
§               Kasih sayang 
§               Kerajinan 
§               Ketabahan

 Berdasarkan novel yang anda kaji,  huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap nilai di atas. 

Percubaan PMR 2012 BM 2 Melaka


Soalan Percubaan PMR 2012  BM kertas 2 Melaka

Sumber

BAHAGIAN A(i)
Masa yang dicadangkan: 40 mini!
(20 markah)


Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut,  tulis sebuah ringkasan
tentang punca kemerosotan disiplin murid. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak
melebibi 80 patab perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asa! petikan.

Disiplin  merupakan  perasaan  taat  dan  patuh  terhadap  nilai~nilai  yang  dipercayai  termasuk melakukan pekerjaan  tertentu  yang  dirasakan  menjadi  tanggungjawab.
Dalam  konteks  sekolah, mu.rid  yang  berdisiplin merupakan murid  yang mematuhi  peraturan yang  ditetapkan  o1eh  pihak sekolah,  seperti  cara  berpakaian,  kedatangan, menghormati guru dan  membuat kerja sekolah  yang  diarahkan  oleh  guru.  Kini,  ramai  mudd  tidak  mematuhi disiplin yang ditetapkan. Pelanggaran disiplin menyebabkan berlakunya per:gaduhan, buli dan mati akibat berkelahi.

Banyak  faktor  yang  menyebabkan  masalah  kemerosotan  disiplin  murid.
Antaranya  ialah  pengaruh media massa yang sering menoojolkan  budaya kuning dari Barat,
filem,  surat  khabar,  majalah  dan  televisyen  sering menunjukkan  unsur  yang  negatif seperti abak  ganas  dan  seks  akan  menjadikan  tikiran  remaja  keras  dan  rakus.  Selain  itu, kemerosotan  disiplin  murid  juga  ter.jadi  kerana  masalah  keluarga.  Ayah  dan  ibu  sering berkelahi di hadapan anak-anak dan pada waktu yang sama mengharapkan anak-anak mereka berjaya  dalam  pelajaran.  Sesetengah murid  pula menjadikan  sek:olah  sebagai  tempat  untuk melupakan  segala masalah  sehinggakan  sanggup melanggat  disiplin  yang ditetapkan  seperti bergaduh dengan  rakan sekelas. Napmn, keadaan  di  sekolah bukanlah seperti yang diimpikan oleh ibu bapa.

Hukuman  yang  dikenakan  kepada  murid  juga  merupakan  faktor  yang
menyebabkan  seseorang murid  itu  menjadi  semakin  liar.  Pihak  sekolah  perlu menggunakan pendekat:an psikologi apabiJa berhadapan dengan murid-murid yang tidak berdisiplin. Namun begitu,  ini  juga  tidak  menyelesaikan  masa,lah  kerana  murid  tidak  akan  takut  jika  sesuatu kesalahan dihukum  dengan  nasihat sahaja.  Pengaruh  rakan  sebaya juga turut me.mpengaruhi kemerosotan  disiplin  murid.  Ada  murid  yang  masih  berkawan  dengan  rakan  yang  tidak bersekolah. Kemiskinan juga boleh menyebabkan  seseorang  itu melanggar disiplin sekolah.
Hal  ini  demikian  kerana kedua-dua  ibu bapa sibuk mencari  nafkah, . si  anak akan  terbiar dan  mem ilih  haluan  sendiri. Bagi menunjukkan diri mereka hebat dan  berkemampuan, peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah tidak diikuti. Negara kita menghadapi masalah kekurangan guru  lelaki yang turut dikatakan malah  satu  punca  kemerosotan  disiplin.  Sebenamya  amat  sukar  membentuk  jiwa remaja.    remaja  yang  mudah  memberontak  menyebabkan  mereka  suka  melanggar peraturan  yang  telah  ditetapkan.  Untuk mengatasi masalah  ini,  sikap  ibu  bapa perlu  diubah.
Ibu  bapa  perlu  lebih  prihatin  tefhadap  anak mereka  yang meningkat remaja.  Jika boleh,  ibu bapa  perlu  selalu berhubung dengan  pihak sekolah untuk memastikan anak mereka mematuhi disiplin yang ditetapkan sekolah.

 (Dipetik dan diubahsuaikan daripada "MasaJah Disiplin Pelajar"

BAHAGIAN A(ii): Pemahaman

Berdasarkan petikan IJahagian A(i) . jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
1.  Berikan maksud rangkai kata menggunakan pendekatan (2 markah)
2.  Berdasarkan petikan  berikan dua  peranan  ibu  bapa untuk mengatasi masalah disiplin
murid.  markah)'
3.  Pada pendapat anda, mengapakah golongan remaja mudab terikut-ikut  nilai negatif
yang datang dari Barat?


BAHAGIANB
[20 markah]

Berdasarkan rajah di bawah,  huraikan pendapat anda tentang cara-cara menghargai
warga tua. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


cara-cara menghargai warga tua

§               Selalu mengunjungi mereka
§               Menjaga perasaan mereka
§               Memberikan wang secukupnya
§               Memberikan kasih


BAHAGIANC
(40 markah)
Pilih satu daripada soalan di hawah.  Tu/is sehuah karanganyangpanjangnya lebih
daripada 180 patah perkataan.

l.  Seorang sahabat anda telah mengutus surat kepada anda.  Dia meminta anda menceritakan
persediaan menghadapi peperi,ksaan Penilaian Menengah Rendah yang bakal dihadapi
pada hujung tahun  ini.
Balas surat rakan anda itu.

2.  Keluarga memainkan peranan penting dalam menangani masalab sosial yang semakin
membimbangkan semua pihak.
Berikan pendapat anda berdasarkan penyataan di atas.

3.  Baru-baru  ini anda te1ah menyertai aktiviti perkhemahan yang telah dianjurkan oleh unit
benmiform  di  sekolah anda.
Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai aktiviti perkhemahan tersebut.

4.  Anda telah dipilih untuk mewakili kelas dalam pertandingan syaraban anjuran Persatuan
Bahasa Melayu di sekolah anda.  Tajuk syarahan terse but ialah  'Amalan Hidup Sihat'.

"Bagai menatang minyak yang penuh"
5.  Peribahasa di atas bermaksud memelihara anak dengan penuh kasih sayang.
Tulis sebuah cerita berkaitan dengan peribahasa di atas.

BAHAGIAND
[10 markah]

Jawapan anda hendak/ah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan1,  Tingkatan 2 atau Tingkatan 3.
(i)  Hikmah,  karya Mohd. Faris Ikmal
(ii)  Sukar Membawa Tuah,  karya M.Z. Edysha
(iii)  Bukan Duniaku,  karya Aida Shahira
(iv)  lstana Menanti,  karya Abd. Latlp Talib
(v)  Wira Persona A vatari, karya Ahmad Zaki Abu Bakar
(vi)  Di Sebalik Wajah,  karya Abang Saifuddin Abang Bohari
(vii)  Lestari Bukit Menghijau,  karya Syed Mahadzir Syed Ibrahim
(viii)  E:rti Sehuah Pengorbanan,  karya Zaihanim Zainal Abidin
(ix)  6.20 karya Siti Jasmina Ibrahim
(x)  Cempaka Putih Untukmu karya Rohani Deraman
(xi)  Merena11g Gelora,  karya Ruslan Ngah
0212
Berdasarkan satu daripada novel di atas,  nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam novel

Percubaan BM 2 Negeri Sembilan


Bahagian A(i) : Ringkasan

 [20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang  peranan remaja dalam kejiranan.  Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

               Masyarakat bermula daripada jiran. Jiran pula terdiri daripada semua lapisan
umur termasuk remaja. Dalam hal ini, remaja ada peranannya yang tersendiri. Konsep
kejiranan serta persaudaraan cukup menarik dan mesti dikekalkan oleh masyarakat,
khasnya golongan remaja. 

                Remaja boleh mengaktifkan diri melalui persatuan masyarakat seperti Rukun
Tetangga (RT).  Kini, aktiviti RT semakin meluas fungsinya seperti  aktiviti
pendidikan, sukan, keagamaan, rekreasi, dan kesihatan. Remaja boleh terlibat dengan
aktif. Melalui persaudaraan dan semangat kejiranan dapat mewujudkan rasa kasih
sayang, bantu-membantu dan kekuatan dalam kalangan rakyat.  Malah, melalui suara
kolektif remaja dapat saling membantu, mengingatkan dan  menegur sesuatu yang
tidak kena dalam masyarakat. Semangat kejiranan dan persaudaraan yang akrab juga
dapat menghilangkan perasaan iri hati, dengki, bermusuh-musuhan dan sifat negatif
lain yang membawa perpecahan.

                  Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan
setempat daripada ancaman luar. Semuanya dapat dibendung jika jiran memainkan
peranan  masing-masing dan  remaja boleh mengambil inisiatif  dengan
melaporkannya kepada pihak berwajib setiap kali menyedari berlakunya perkara yang
meragukan. Sesungguhnya, remaja boleh bekerjasama dengan media massa untuk
menyemarakkan semangat kejiranan. Misalnya, dengan memaparkan rencana yang
menekankan peri pentingnya semangat kejiranan dan perpaduan. Selain itu, remaja
boleh berinteraksi dengan ibu bapa untuk memastikan kejiranan golongan remaja 
sentiasa kondusif dan baik.
 
               Mereka juga perlu berbincang dan bersepakat dalam melaksanakan program
yang bersesuaian  agar matlamat yang satu dapat dicapai. Hal ini demikian kerana
semangat kejiranan mampu mengekalkan keamanan, keselamatan dan ketenteraman.
Remaja mesti menjadikan agama sebagai pegangan utama agar lebih
bertanggungjawab kepada diri sendiri, kejiranan  dan negara. 

                Remaja perlu mempunyai daya tahan dari segi fizikal dan mental agar dapat
membentuk kejiranan yang  kental dan utuh. Elemen jati diri dan kawalan diri yang
kukuh dapat mengawal perasaan dan emosi  daripada terjerumus ke lembah yang
hina. Segala usaha untuk memupuk semangat  kejiranan dalam kalangan masyarakat
tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, sentiasalah
beringat bahawa tiada gunung yang tidak dapat didaki, tiada lurah yang tidak dapat
dituruni. 

                  (Dipetik dan diubah suai daripada  rencana ‘Hidup Berjiran Muafakat Masyarakat’,  
Bahagian A(ii) - Pemahaman

[10 markah]
Berdasarkan petikan  Bahagian A (i),  jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

1 Berikan maksud rangkai kata kental dan utuh.    [2 markah]

2  Berdasarkan petikan, nyatakan kesan jika jiran hidup bersatu padu.     [4 markah]

3 Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika jiran mempunyai sikap
mementingkan diri sendiri                     4m


Bahagian B
[20 markah]

Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda  tentang  peranan pelbagai
pihak untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat. 

Memupuk Minat Membaca
-         Peranan sekolah
-         Peranan keluarga
-         Peranan kerajaan
-         Peranan media massa



Bahagian C

 [40 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 180 patah perkataan.

1    Kelas  anda telah memenangi pertandingan keceriaan kelas. 
  Tuliskan pengalaman anda dan rakan-rakan menceriakan kelas.
  
2 Anda selaku pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diundang
ke sebuah sekolah untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Pembentukan
tingkah laku dan keperibadian anak-anak bermula dari rumah’. 

Tulis ceramah tersebut selengkapnya. 

3 Masalah ponteng sekolah begitu berleluasa di sekolah anda. 
Anda ingin mengemukakan cadangan-cadangan bagi mengatasi masalah
tersebut kepada pengetua.

Tulis surat itu selengkapnya.

4 Penggunaan internet secara meluas banyak memberikan manfaat kepada
masyarakat. 
 
 Bincangkan pernyataan di atas.
      
5  ... Akhirnya, Danial yang lemah dalam pelajaran dan sering kali gagal dalam
peperiksaan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang setelah berusaha
bersungguh-sungguh. Baru kini dia sedar akan kebenaran kata-kata gurunya
bahawa belakang parang kalau diasah lagikan tajam. 
  
Tulis cerita yang berakhir dengan perenggan di atas.

Bahagian D
[ 10 markah ]
Jawapan anda hendaklah berdasarkan ketiga-tiga novel yang telah anda kaji dalam
tingkatan 1, 2 dan 3.

(i)  Sukar Membawa Tuah, karya  M.Z. Erlysha
(ii)  Wira Persona Avatari, karya Ahmad Zaki Abu Bakar
(iii)  Merenang Gelora, karya Ruslan Ngah

Huraikan  tiga  contoh peristiwa berkaitan persoalan di atas, iaitu  satu contoh
Peristiwa daripada setiap novel yang dibaca


PERCUBAAN PMR 2012 BM 2 PERAK


Soalan Percubaan PMR BM Kertas 2 PERAK

Sumber


Bahagian A  (i)  : Ringkasan
[20  markah]

Baca  petikan  di  bawah  dengan  teliti.  Berdasarkan  petikan  tersebut,  tulis  sebuah  ringkasan tentang  kepentingan  amalan  disiplin  dalam  kalangan  pelajar.  Panjangnya  ringkasan  anda hendaklah  tidak melebihi  80 patah  perkataan.  Anda digalakkan  supaya menggunakan  ayat anda sendiri  tanpa  mengubah  maksud  asal  petikan.


Disiplin merupakan  perkara  penting  yang  perlu  ada  pada  setiap  individu.  Secara  lebih
terperinci,  disiplin  merupakan  kemahuan  untuk  mentaati  atau  menghormati  peraturan  sama  ada dalam  aspek  keagamaan,  etika  sosial  atau  dalam  sesebuah  organisasi.  Dalam  konteks  sekolah, disiplin  merupakan  peraturan  yang  ditetapkan  oleh  pihak  sekolah  untuk  memastikan  para  pelajar bertingkah  laku  baik dan mengamalkan nilai murni.

Mengapakah  disiplin  perlu  dititikberatkan? Hal  ini  demikian  kerana, disiplin  penting  untuk menjamin  kejayaan  seseorang  pelajar.  Selain  itu,  disiplin  juga merupakan  kawalan  dalaman  ke  atas diri  seseorang  supaya  tidak melakukan  tindakan  yang  bertentangan  dengan  peraturan.  Seandainya seseorang  pelajar berdisiplin  atau  mengikut  peraturan,  hal  ini menunjukkan  sudah  ada ciri  kejayaan dalam  dirinya.  Pelajar  yang  berdisiplin  dapat  mengawal  diri  di  dalam  kelas  dan  menumpukan perhatian  sepenuhnya  terhadap  pengajaran  guru.  Di  samping  itu,  mereka  juga  tidak  akan  mudah teijebak dalam gejala  negatif yang  boleh menjejaskan  tumpuan  terhadap  pembelajaran.

Peraturan  sekolah  yang  menetapkan  para  pelajar  supaya  datang  ke  sekolah  tepat  pada masanya  bertujuan  untuk melatih  pelajar  aspek pengurusan masa.  Pelajar yang  dapat menepati masa biasanya  akan menjadi  pelajar  yang  baik  kerana  mereka  tabu  mengurus  dan  menghargai  masa. Begitu juga dengan  peraturan  sekolah  yang menetapkan  supaya pelajar berpakaian  kemas.  Hal  ini penting  supaya  pelajar  kelihatan  berkeperibadian  tinggi  dan  berketerampilan.  Pelajar  yang mempunyai  personaliti yang  baik,  lazimnya akan  disenangi  oleh  guru-guru.

Penghormatan  terhadap  guru  juga merupakan  amalan  disiplin  yang  mustahak.  Hal  ini demikian  kerana  dalam  menimba  ilmu  pengetahuan,  pelajar  tidak  dapat  lari  daripada  mendapat tunjuk  ajar  dan  bimbingan  daripada  guru  walaupun  pelajar mempunyai  buku  atau  bahan  rujukan yang  mencukupi.  Hubungan  yang  baik  dan  harmonis  antara  guru  dengan  pelajar  akan  dapat menjamin  keberkesanan  dalam  pembelajaran.  Jelaslah  bahawa disiplin memainkan  peranan  utama yang menentukan kejayaan pelajar dalam pelajarannya.

(Dipetik dan  diubahsuaikan daripada  'Pembudayaan Disiplin Dalam Kalangan  Pelajar',  Izani Hj.  Daud,

Bahagian A  (ii)  - Pemahaman
[10  markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A(i),  jawab  soalan-soalan  yang  berikut dengan menggunakan  ayat  anda sendiri.
1.  Berikan maksud  rangkai  kata menghargai masa.
2.  Mengapakah amalan menghormati  guru  penting kepada  seseorang  pelajar?
3.  Pada pendapat  anda,  apakah  faktor  yang menyebabkan pelanggaran disiplin
dalam kalangan  pelajar di  sekolah?


Bahagian B


Berdasarkan  rajah  di  bawah,  huraikan  pendapat  anda  tentang  kesan-kesan  kemasukan  pendatang asing  tanpa  izin  ke  negara  kita.  Panjangnya  huraian  anda  hendaklah  tidak melebihi  120  patah perkataan.

KESAN KEMASUKAN PENDATANG ASING TANPA  IZIN

§               Pertambahan  kawasan  petempatan setinggan
§               Meningkatkan  pelbagai  kes  jenayah
§               Mengehadkan  peluang  pekerjaan
§               Mengancam  keselamatan  penduduk

Bahagian C
(40  markah)

Pilih  satu  daripada  soalan  di  bawah.  Tulis  sebuah  karangan  yang panjangnya  lebih  daripada  180 patah  perkataan.
1.  Anda mentpakan  ahli  koperasi  sekolah.
Huraikan  faedah-faedah  yang  anda peroleh dengan menjadi  ahli  koperasi  sekolah.
2.  lbu bapa berperanan menentukan  kejayaan  anak-anak  dalam peperiksaan.
Bincangkan  usaha-usaha  ibu  bapa untuk membantu  anak-anak membuat persiapan menghadapi peperiksaan.
3.  Sekolah  anda  telah  mengadakan  sukan  tahunan.  Sebagai wartawan  1najalah  sekolah,  and a  tclah ditugaskan  untuk  rnenyediakan  laporan  kejohanan  tersebut.
Sediakan  laporan  tersebut  selengkapnya.
4.  Remaja pada masa  sekarang mudah  terpengaruh  dengan  budaya  negatif.
Huraikan  sebab-sebab  berlakunya  perkara  tersebut.
5.  Peribahasa  belakang  parang  kalau diasah  lagikan  tajam  bermaksud  orang  yang  bodoh  jika belajar akan  n1enjadi  pandai.
Tuliskan  sebuah  cerita berdasarkan maksud peribahasa  tersebut.


Bahagian D
[10  markah]

 Novel Tingkatan  2  Novel Tingkatan  3

Huraikan  tiga  nilai  yang  boleh  dijadikan  panduan  dalam  kehidupan  anda  berdasarkan  salah  satu  novel