CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK
Memaparkan catatan dengan label TB BM SPM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TB BM SPM. Papar semua catatan

Rabu, 20 Mei 2020

LATIHAN TB BM SPM


3e: PERIBAHASA

Praktis 1: Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah ini.

1.      Siti dan Sarah merupakan sahabat karib sejak kecil dan mereka sering bekerjasama dalam apa jua situasi.
2.      Along menyiapkan tugasan yang diberikan oleh majikannya itu dengan bersungguh-sungguh dan dia sanggup tidak tidur semalaman.
3.      Ziana  tidak menghadapi sebarang masalah ketika menetap di luar negara kerana dia mudah menyesuaikan diri dengan adat resam dan budaya hidup masyarakat setempat .
4.      Penduduk Kampung Pinang Sebatang sering berganding bahu dan menyelesaikan masalah mereka bersama-sama untuk mengekalkan keharmonian hidup yang mereka kecapi selama ini.
5.      Kita tidak akan mencapai apa yang dihajati jika tidak berusaha bersungguh-sungguh.
6.      Pinjaman perniagaan Faizah sudah diluluskan oleh pihak bank dan dia hanya menunggu masa sahaja untuk menjalankan perniagaannya sendiri.
7.      Ramasamy sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kerana dia mudah faham apa yang diajar oleh guru.
8.      Pelancong itu merungut apabila mendapati hotel penginapannya tidak menyediakan segala kemudahan yang dijanjikan semasa dia membuat tempahan dahulu.
9.      Pak Haziq tidak pernah lupa untuk menyimpan sebahagian daripada pendapatan bulanannya sebagai bekalan semasa dalam kesusahan.
10.  Anak-anak sepatutnya dididik sejak mereka kecil lagi untuk memastikan mereka mempunyai akhlak yang cemerlang.

Praktis 2:

            Semangat kejiranan masih diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Hubungan ini dikukuhkan dengan aktiviti bekerjasama dan bergotong royong sesama jiran tetangga. Mereka akan menghadapi situasi susah dan senang bersama-sama. Amalan ini sudah sebati dalam diri mereka kerana telah diwarisi sejak turun temurun.

Praktis 3:

            Faiz Aiman menjalankan perniagaan runcit di kampungnya. Kebanyakan barangannya dijual dengan harga yang tinggi kerana dia ingin mengaut keuntungan yang lebih. Faiz Aiman juga terkenal dengan sikapnya yang suka berbangga dengan kejayaannya dalam perniagaan. Walau bagaimanapun, isterinya tidak bersikap sedemikian sebaliknya dia sering merendah diri dan tidak keberatan membantu mereka yang dalam kesusahan.

Praktis 4:

            Amirah bekerja di sebuah syarikat pengangkutan. Dia merupakan seorang pekerja yang rajin dan akan menyiapkan tugasannya sehingga selesai walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Amirah  berperanan penting di tempat kerjanya kerana dia sangat berkemahiran dan mampu mengendalikan syarikat dengan baik. Dia sentiasa meningkatkan kecekapannya supaya kebolehannya setanding dengan pegawai-pegawai yang lain.

Praktis 5:

            Syarifah Ain merupakan seorang pelajar yang cemerlang di sekolahnya. Semasa mengulangkaji pelajaran, dia akan menjawab setiap soalan yang diberikan oleh gurunya dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat jawapan yang tepat. Syarifah Ain sedar bahawa untuk meraih kejayaan, dia perlu berusaha dengan tekun. Walaupun letih, dia percaya bahawa keperitan yang dialaminya sekarang akan menjanjikan kesenangan pada masa hadapan.

LATIHAN TB BM SPM


3d. KESALAHAN ISTILAH & KESALAHAN TATABAHASA

Praktis 1: Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Sila betulkan.
1.      Adakah/ Apakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta perlawanan/ pertandingan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.

2.      Bapa saudaranya memperoleh pendapat/ pendapatan yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng/ goreng pisang yang dia buat.

3.      Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan/ seiras, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik dari/ daripada seorang pemuda lagi.

4.      Seorang pegawai tinggi/ atasan syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas tuduhan memalapkan/ menggelapkan wang syarikat tersebut.

5.      Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah/ menjelajah ke seluruh negeri Melaka yang syarikat itu anjurkan.

6.      Beribu/ beribu-ribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selsema burung yang menyerang/ melanda di beberapa buah daerah di negara itu.

Praktis 2:

1.      Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami/ kami pindahkan ke pusat petempatan/pemindahan sementara sebaik-baik menerima arahan daripada pihak berkuasa.

2.      Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali/ paling laris jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti/ kualiti.

3.      Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan/terkandung di dalam surat perjanjian oleh peguam, akhirnya Ah Chong bersetuju untuk menulis/menandatangani surat perjanjian tersebut.

4.      Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut/ berdasarkan alamat yang tercatat pada/ di bungkusan buku tersebut.

5.      Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan lain-lain hal/ hal-hal lain dan seterusnya menunda / mengangguhkan mesyuarat tersebut.

6.      Pada hari ini, masalah penggunaan/ penyalahgunaan dadah di/ dalam kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu segera diambil.

Praktis 3:
1.      Pada masa kini/ ini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk/ usang akan dibaik puluh bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.

2.      Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitam/ disenarai hitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.

3.      Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong/ memotong tanpa memikirkan takat / tahap keselamatan diri mereka sendiri.

4.      Ayah sangat gemarkan/gemar akan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang dibaluti/disalut tepung itu.

5.      Berdasarkan kepada/pada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya pe            njenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan/pengadilan.

6.      Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang / - corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah kumpulan/pasukan bola sepak dari luar negara.

Praktis 4:
1.      Mereka-mereka/ mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan petikan/ gesekan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal.

2.      Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan/ segerombolan penjenayah yang dipercayai masih berada pada/ di ibu negara berkenaan.

3.      Seorang daripada peserta kereta lumba/ lumba kereta itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua butir/ buah tayar kereta yang dipandunya meletup.

4.      Tiap/ Setiap pagi hari minggu, ibu akan membangunkan kami daripada/ dari tidur dan mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran.

5.      Pekerja di kilang menjahit/ menenun songket itu memberi syarahan/ penerangan kepada kami tentang perjalanan kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai di situ.

6.      Mereka menempuh berbagai cabaran sejak/semenjak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam kecederaan/ kemalangan.

LATIHAN TB BM SPM


3c: KESALAHAN EJAAN DAN PENGGUNAAN IMBUHAN
Praktis 1: Dalam di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Betulkan.
1.      Pengusha/ pengusaha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi suka/ sesuka hati kepada pemborong ayam.

2.      Pembenaan/ pembinaan jambatan di kampung itu tergendala selama berapa/ beberapa bulan kerana masalah bekalan simen.

3.      Latipah hanya terdiam/ berdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahu membesar-besarkan cerita yang dianggap rimih/ remeh itu.

4.      Perompak yang sangat merbahaya/ berbahaya itu berjaya diberkas berdasarkan bukti yang ditemui/ ditemukan oleh pihak polis.

5.      Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibat/ melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum/ kokurikulum yang dijalankan.

6.      Walau pun/ walaupun telah lama berada di luar negara, sikap Farisya yang keanak-anak/ keanak-anakan masih tidak berubah.

Praktis 2:

1.      Satu lapuran/ laporan lengkap tentang kejadian kemalangan yang dilibatkan/ melibatkan bas ekspres itu diserahkan kepada Menteri Pengangkutan.

2.      Kosmitik/ kosmetik yang dibuat daripada bahan yang beracun tidak dibenarkan jualan/ penjualannya di negara ini.

3.      Kedudukkan/ kedudukan Lim Hui Man di syarikat ayahnya dicemburu/ dicemburui oleh adik-beradiknya.

4.      Panel hakim memutuskan pihak pembangkang menang dalam debatan/ perdebatan itu kerana pihak pencadang gagal mengemukakan definasi/ definisi tajuk perbahasan dengan tepat.

5.      Beranika/ beraneka jenis barang dijual di kedai yang meletak/ terletak di hujung jalan itu dan harga yang ditawarkan berpatutan juga.

6.      Pelancung/ pelancong asing yang datang ke majlis kebudayaan itu turut terhibur oleh persembahan tarian asli yang ditontonkan/ dipertontonkan.

Praktis 3:

1.      Calun/ calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran diingatkan supaya menyertakan semua salinan sijil yang telah disah/ disahkan oleh pihak sekolah.

2.      Kehabisan peterol/ petrol menyebabkan pelumba kereta dari Bulgaria itu tidak dapat menamatkan perlumbaan kerana suntuk/ kesuntukan masa.

3.      Peninju / petinju yang berbadan gempal itu berjaya tumbang/ ditumbangkan pencabarnya pada pusingan yang kelima.

4.      Oleh sebab dia menghadap/ menghadapi masalah kewangan, dia terpaksa menolak tawaran yang diberikan oleh pegawai harta tanah/ hartanah itu.

5.      Masih banyak orang yang mempercayai kaedah perubatan tradesional/ tradisional kerana mereka menganggap kaedah tersebut mampu menyembuhi / menyembuhkan pelbagai penyakit kronik.

6.      Runtuh/ keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebak dengan gejala gengsterisma/ gangsterimse.

Praktis 4:
1.      Lepasan sekolah teknik dan vokaysional/ vokasional akan diberi peluang bagi menceburi diri dalam bidang perniagaan dan industry/ industeri kecil.

2.      Walaupun tewas tetapi pasukan bola sepak remaja kebangsaan mempamirkan/ mempamerkan permainan yang menarik dan penuh semangat sukan/ kesukanan.

3.      Kanak-kanak itu bertepok/ bertepuk tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian sempena disambut/ sambutan kemerdekaan tanah air selesai.

4.      Selepas upacara peresmian/ perasmian dewan, pegawai daerah itu dibawa lawatan/ melawat ke bilik seminar.

5.      Pendidikan pra-sekolah/ prasekolah dikenalkan/ diperkenalkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga 6 tahun bagi tujuan mendedahkan mereka pada persekitaran sosial.

6.      Atlit/ atlet yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan sekiranya menangi/ memenangi pingat dalam acara yang disertai.

Praktis 5:

1.      Pemandu teksi di ibu kota sudah biasa diperangkap/ terperangkap dalam kesesakan jalanraya/ jalan raya terutama pada waktu puncak.

2.      Pilihan raya/ pilihanraya kecil di kawasan itu bakal mengadakan/ diadakan berikutan kematian ahli parlimennya pada awal minggu lepas.

3.      Kami singgah di Restoren/ Restoran Dusun Damai untuk menikmati pelbagai hidangan dan masak/ masakan tradisional Melayu pada minggu yang lalu.

4.      Lima orang lelaki yang disyaki mencolek/ menculik anak hartawan itu telah tertangkap/ ditangkap oleh pihak polis di sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh.

5.      Kelayakkan/ kelulusan dalam bidang perakaunan sangat penting kepada seseorang yang ingin melibat/ melibatkan diri dalam lapangan perniagaan.

6.      Majlis pelancaran album baharu/ baru penyanyi popular itu telah diadakan secara besar-besar/ besar-besaran di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Praktis 6:

1.      Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas kepada mana-mana pehak/ pihak yang melakukan kebakaran/ pembakaran secara terbuka untuk menangani masalah jerebu yang semakin meruncing.

2.      Jabatan Pengangkutan Jalan akan menguatkuasa/ menguatkuasakan undang-undang dari semasa ke semasa untuk mendisplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan.

3.      Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga marwah/ maruah keluarga dengan menghindari/ menghindarkan diri daripada perbuatan yang mengaibkan keluarga.

4.      Penduduk Kampung Permai Maju sedang bergotong royong/ bergotong-royong untuk memperlebarkan/ memperlebar jalan kerana bilangan kenderaan yang melalui kampung itu semakin bertambah.

5.      Dalam majlis itu, pelbagai persembahan telah mengadakan/ diadakan sempena hari keputeraan baginda yang ke 52/ ke - 52 tahun.

6.      Mereka kesali/ kesal akan sikap pihak kontrekter/ kontraktor yang tidak dapat menyiapkan projek perumahan tersebut mengikut jadual yang terdapat dalam butir-butir perjanjian.

Praktis 7:

1.      Untuk mempastikan/ memastikan komputer sentiasa selamat samada daripada serangan virus atau daripada penceroboh/ pencerobohan sistem komputer, beberapa panduan telah disediakan oleh pembekal.

2.      “Saya mempunyai kaki tangan/ kakitangan yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan termasuk khidmatan/ perkhidmatan menggunting rambut,” katanya dengan ramah.

3.      Dalam perhimpunan raksaksa/ raksasa itu, Perdana Menteri telah menasihatkan rakyat supaya sentiasa bersatu padu/ bersatu-padu untuk mengekalkan perpaduan yang sudah terjalin sekian lama.

4.      Untuk membenteras / membanteras kejadian jenayah yang semakin berleluasa, pihak kerajaan mestilah memperbesarkan/ memperbesar pasukan anggota polis dengan menambahkan bilangan anggotanya.

5.      Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke 51/ ke-51 itu, pelbagai acara telah dirancangkan termasuk acara boria yang akan disembahkan/ dipersembahkan oleh peserta dari negeri Pulau Pinang.

6.      Semua ejensi/ agensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalani/ menjalankan kajian bagi mencari punca sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari yang lalu.


LATIHAN TB BM SPM


9. MEMISAHKAN AYAT

Arahan : Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah ini kepada ayat-ayat tunggal.

PRAKTIS 1
1.      Mereka bertepuk tangan sambil bersorak.
2.      Pengajaran guru itu mudah difahami, tambahan pula penyampaiannya sangat menarik.
3.      Saya tidak pernah menceritakan keburukannya, justeru saya sering memujinya.
4.      Ibu ke pasar dahulu, kemudian ke kedai runcit.
5.      Ayah dan ibu akan menghadiri majlis itu.
6.      Yogeswaran otak cair tetapi malas berusaha.
7.      Kehadiran murid sangat baik pada hari biasa, tetapi kehadiran murid pada hari Sabtu sangat tidak memuaskan.
8.      Saya akan ke Kuala Lumpur, manakala abang akan ke Seremban.
9.      Harga pakaian itu terlalu mahal, pada hal kualitinya rendah.
10.  Kita mesti bertolak sekarang kerana hari semakin gelap, sementelahan tempat perkehemahan itu masih jauh.

Praktis 2:

            Pengajaran komponen sastera bukan saja dapat meningkatkan penguasaan bahasa Melayu,malah dapat mewujudkan patriotisme dalam kalangan pelajar,membina jati diri,mengukuhkan minat membaca,dan membolehkan pelajar menghargai karya sastera yang banyak berisi pengajaran.

Praktis 3 : Pisahkan kepada enam ayat dengan mengekalkan maksud dan struktur asalnya.

            Komputer dan teknologi maklumat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat masa kini. Bilangan pengguna semakin meningkat setiap hari yang terdiri daripada pelbagai golongan . Keadaan ini telah merangsang sebilangan usahawan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang berasaskan teknologi maklumat.

Praktis 3: Pisahkan kepada enam ayat dengan mengekalkan maksud dan struktur asalnya.

            Warga tua yang memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ahli keluarga. Mereka tidak suka ditempatkan di rumah-rumah kebajikan yang terdapat di seluruh negara. Oleh sebab itu, anak-anak tidak wajar mengabaikan ibu bapa mereka, sebaliknya perlu membelai mereka.

Praktis 4: Pisahkan kepada enam ayat dengan mengekalkan maksud dan struktur asalnya.

            Sasterawan merupakan golongan yang memiliki kesedaran tentang kelemahan dan kekuatan masyarakatnya. Mereka berkarya tanpa memikirkan faedahnya dan mereka mendapat kepuasan serta keseronokan apabila buah fikiran mereka dihargai oleh masyarakat.

Praktis 5: Pisahkan kepada enam ayat dengan mengekalkan maksud dan struktur asalnya.

            Universiti Malaya yang tersergam megah di Kuala Lumpur merupakan universiti yang tertua dan ternama di Malaysia. Mahasiswa dan mahasiswi datang dari seluruh Malaysia kerana hendak menimba ilmu di situ.

Praktis 6: Pisahkan kandungan petikan itu kepada enam ayat dasar.

            Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertanggungjawab menyelaraskan projek dan aktiviti pengembangan bahasa kebangsaan di peringkat negeri. Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka diamanahkan juga untuk membina kesedaran dan mewujudkan budaya berbahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Oleh sebab itu, badan induk dalam bidang bahasa ini turut menjalankan kegiatan apresiasi sastera dalam kalangan remaja dan masyarakat umum.