CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 12 Disember 2009

latihan

Isikan tempat kosong di bawah dengan perkataan yang sesuai .

1. Semua _______________dikehendaki berkumpul di tempat perhimpunan sebelum masuk ke dalam kelas .
2. Beberapa orang _______________ bola sepak sekolah sedang melakukan latihan kecergasan.
3. Bangku dan _______________berselerakan di dalam kelas 1 Mawar.
4. Kebanyakan_______________ yang tercemar terletak berhampiran dengan kawasan kilang
5. Pasukan bomba telah menangkap_______________ yang berkeliaran di kawasan taman perumahan itu.
6. Ketika nelayan itu pulang dari laut _______________sedang mengambang.
7. Banyak pokok _______________yang ditanam di bandar Muar untuk mencantikkannya.
8. Hutan ialah tempat tinggal _______________buas
9. Penduduk yang tinggal di _______________saya kebanyakkannya orang Melayu
10. Bangunan _______________itu telah dibina semasa zaman pemerintahan Inggeris lagi.
11. _______________ yang dijual di pasar pekan itu di tanam di Bukit Kepong.
12. _______________ telah melanda negeri Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.
13. Sebilangan besar _______________ dalam pilihan raya lalu ialah golongan muda.
14. _______________ negara ini diseru agar saling hormat menghormati
15. _______________ramai dinasihatkan agar menjaga keselamatan semasa banjir berlaku
16. _______________itu berjaya ditembak setelah usaha menangkapnya menemui kegagalan sebelum ini.
17. _______________ negara mestilah seorang yang jujur dan bertanggungjawab.
18. Para_______________di negara ini diseru melibatkan diri dalam usaha pemodenan bidang pertanian
19. _______________memainkan peranan besar dalam usaha mendidik para pelajar menempuh peperiksaan.
20. _______________itu sedang sibuk membetulkan susunan barangan di dalam kedainya
21. _______________ rumah Mat Saman memenangi acara 100 meter lari berpagar.
22. Anak orang kaya itu sentiasa memakai _______________yang berjenama
23. Semua _______________ di perpustakaan disusun dengan baik
24. _______________baru yang saya beli itu berharga RM 17.00
25. Saya singgah di _______________ itu untuk minum dan makan .
26. Pak Mat menaiki _______________untuk ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang
27. Pada masa dahulu kenderaan yang paling banyak dipakai ialah _______________untuk pergi ke kebun.
28. Hidupnya sungguh miskin hinggakan dia tinggal di _______________yang buruk.
29. Rumah _______________milik orang kaya itu bewarna mereh.
30. Jika kita sakit pergilah ke _______________untuk menerima rawatan.
31. _______________peliharaan saya bernama Comel.
32. _______________itu memetik buah kelapa mengikut arahan tuannya
33. Semasa hari raya saya membeli beberapa pasang _______________ dan _______________
34. Sebilangan besar penghuni kota pulang ke _______________semasa musim buah-buahan.
35. Buah-buahan di _______________datuk saya berbuah dengan lebatnya.
36. Banduan yang ada di _______________ itu kebanyakannya melakukan jenayah berat.
37. _______________ikan peliharaan Tauke Tong menjadi perhatian ramai kerana menganjurkan pertandingan memancing.
38. _______________itu menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus kepada semua pelanggannya sempena kempen jualan murah.
39. Kebanyakan penduduk di kota tinggal di _______________.
40. Saya membeli tiga kuntum _______________ untuk dihadiahkan kepada ibu sempena hari jadinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan