CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 15 Mac 2010

soalan P AM Bhg D 2

Soalan 2
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.

Memandangkan petroleum mentah yang dikeluarkan oleh Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia, adalah lebih menguntungkan jika petroleum mentah Malaysia dikeluarkan bagi tujuan eksport. Kedudukan harga bagi satu tong minyak mentah mengikut Ringgit Malaysia (RM) naik turun sepanjang tempoh 2001-2006.

Pengeluaran petroleum mentah Malaysia ialah 250 ribu tong sehari pada tahun 2002 berbanding dengan 260 ribu tong sehari pada tahun 2001. Pengeluaran petroleum mentah merosot sebanyak 20 ribu tong pada tahun 2003 berbanding tahun sebelumnya, dan meningkat semula kepada 299 ribu tong sehari pada tahun 2004. Pengeluaran petroleum mentah meningkat dengan kadar yang paling pesat dalam tempoh 2004-2005, iaitu mencatat 48.6% atau 450 ribu tong sehari. Pada tahun 2006, pengeluaran petroleum mentah merosot sebanyak 30 ribu tong berbanding tahun sebelumnya.

Sepanjang tempoh 2001-2006, jumlah eksport petroleum mentah sentiasa jauh lebih besar berbanding dengan jumlah import. Eksport petroleum mentah pada tahun 2001 ialah 250 ribu tong sehari.Pada masa yang sama, import petroleum mentah ialah 150 ribu tong sehari, dengan kedudukan harga RM66 satu tong.

Sungguhpun nilai eksport dan import petroleum mentah berkurang pada tahun 2002, dengan kadar 200 ribu tong sehari dan 90 ribu tong sehari masing-masing, harga petroleum mentah pada tahun itu telah meningkat kepada RM76 satu tong. Malaysia memperoleh keuntungan yang besar apabila jumlah eksport jauh lebih besar daripada jumlah import, dengan keadaan harga petroleum mentah di pasaran dunia adalah tinggi.

Hal ini berlaku pada tahun 2003 apabila jumlah eksport petroleum mentah ialah 210 ribu tong sehari berbanding dengan import sebanyak 70 ribu tong sehari, dengan kedudukan harga yang paling tinggi, iaitu RM89 satu tong. Begitu juga, pada tahun 2004, jumlah eksport petroleum mentah Malaysia telah bertambah kepada 240 ribu tong sehari dan jumlah importnya lebih rendah, iaitu 50 ribu tong sehari. Namun demikian, harga petroleum mentah di pasaran dunia pada tahun itu menurun sedikit, iaitu pada paras RM76 satu tong.

Walaupun kadar import petroleum mentah Malaysia sejak tahun 2004 adalah pada kadar yang sama, iaitu 50 ribu tong sehari dalam tempoh 2004-2006, jumlah eksport dan harga pasaran masih tidak konsisten. Jumlah eksport pada tahun 2005 telah meningkat kepada 390 ribu tong sehari dengan kedudukan harga di pasaran RM70 satu tong. Pada tahun 2006, jumlah eksport menurun sebanyak 38 tong sejajar dengan penurunan harga petroleum mentah di pasaran dunia pada masa itu kepada RM68 satu tong.

(Sumber: Diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi 2005/2006)


jawapan

*pelajar dikehendaki melukis graf gabungan (bar kompaun)
*jangan lupa tulis skala untuk kedua2 paksi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan