raya 2011

raya 2011

Sabtu, 11 Februari 2012

Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

Tugasan Bagi Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

Tugasan 1

Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan produk tempatan yang terdapat di negara kita, Malaysia berdasarkan satu daripada tajuk berikut :

i. makanan

ii. pakaian

iii. kraf tangan

iv. pertukangan ( kerja kayu atau kerja logam )

Ulasan awal saya

- kalau nak buat kerja kursus dengan lebih mudah cari mana-mana pengusaha makanan / pakaian / kraftangan / tukang yang berdekatan dengan tempat anda

- perkara ini akan memudahkan kita membuat kajian terutama dalam hal kaedah melawat tempat kajian

- jadi kita boleh gunakan ia sebagai satu daripada bahan untuk elemen 1

- contoh produk makanan rasanya ialah pengeluaran kerepek / bahulu / dodol / mi / kicap / budu / cencalok / mi siput / kuih raya dll yang sesuai

- bagi pakaian agak susah sikit kerana tidak semua tempat ada mengeluarkan produk jenis ini. Kalau kawasan tempat tinggal anda ada perushaan pakaian ( buat baju kurung / baju Melayu / blazer / kot / baju korporat / t shit pelajar / pakaian seragam ) boleh anda buat bahagian / tajuk ini

- kraftangan ialah tajuk yang paling senang kerana banyak tempat ada benda ini macam perushaan batik / songket / songkok / keris / tikar / alatan berasaskan buluh , kraftangan daripada rotan / kraftangan daripada kertas surat khabar dll.

- Pertukangan kayu atau logam agak susah sebab tak banyak yang ada.

- Jadi kesimpulan apa yang dibuat ialah cari tempat dulu yang sesuai barulah pilih tajuk

- Jarak juga memainkan peranan

- Kalau pengusaha itu nakkan surat daripada sekolah biasanya pihak sekolah akan sediakan awal-awal lagi untuk semua pelajar – kena rujuk cikgu sejarah tingkatan 3

soalan elemen 3

TUGASAN 2

Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan

unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Soalan:

BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan

rakyat di negara kita?

Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

Tugasan Bagi Kerja Kursus Sejarah PMR 2012

Tugasan 1

Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan produk tempatan yang terdapat di negara kita, Malaysia berdasarkan satu daripada tajuk berikut :

i. makanan

ii. pakaian

iii. kraf tangan

iv. pertukangan ( kerja kayu atau kerja logam )

Cara tulis hasil kajian

  1. Tajuk kajian
  2. Senarai kandungan
  3. penghargaan
  4. Objektif kajian
  5. kaedah kajian
  6. hasil kajian
    1. maklumat asas produk tempatan

i. nama produk

ii. kategori ( ikut soalan )

iii. nama pengusaha / syarikat / status hak milik

iv. lokasi

    1. latar belakang ( pilih 4 sahaja )

i. sejarah kewujudan

ii. punca dan jumlah modal – sama ada persendirian / berkongsi / hasil bantuan atau pinjaman

iii. pendaftaran perniagaan / lesen perniagaan

iv. tujuan / kepentingan produk

v. keistimewaan / kelebihan / keunikan

    1. kaedah / cara penghasilan ( pilih 4 sahaja )

i. tenaga kerja

ii. senarai bahan yang digunakan

iii. senarai peralatan

iv. proses kerja / peringkat penghasilan bahan

v. spesifikasi produk / daripada segi timbangan / sukatan / ukuran

vi. langkah kawalan mutu

    1. perkembangan produk ( pilih 4 sahaja )

i. rangkaian pemasaran

ii. pengiktirafan / sambutan daripada pengguna / penghargaan

iii. kemajuan yang dicapai – kapasiti / jumlah pengeluaran / kakitangan / teknologi keuntungan yang diperoleh

iv. lambang identiti setempat

v. cabaran / masalah yang dihadapi

vi. potensi produk

vii. perancangan masa hadapan

  1. rumusan – unsur patriotisme yang diperoleh daripada kajian ini / iktibar kepada diri calon , bangsa dan negara
  2. lampiran
    1. gambar
    2. peta
    3. dokumen
    4. bahan lain yang berkaitan
  3. rujukan – mengikut format penulisan yang diberi

Selasa, 29 November 2011

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU

BAB 17. TERSINGKAP MISTERI

  1. Persekolahan telah bermula semula. Hartini masih tidak pulang ke sekolahnya. Dengan keizinan pengetua Hartini diberikan cuti selama seminggu setelah papa menceritakan keadaannya ketika itu.
  2. Pada hari itu papa dan mama pergi ke Kuantan untuk mengambil barang Satiah di asramanya.
  3. Salah satu yang ditinggalkan ialah buku diari yang ditulis oleh Satiah .
  4. Dalam diari itu tertulis segala pengalaman yang dilaluinya, segala duka dan keperitannya menanggung kesakitan
  5. Pada halaman ke 25 Satiah menampalkan sekuntum bunga . Bunga ini menjadi lambang kewangian hidupnya dan mengharapkan apabila ia meninggal nanti bunga itu akan ditanam di atas kuburnya.
  6. Di dalamnya juga tercatat keadaannya yang sakit berterusan . Dia mendiamkan sahaja kesakitan itu dan menghadapinya berseorangan . Satiah juga menyatakan jika diberikan pilihan Satiah hanya mahu meninggal dunia setelah dia membalas jasa dan kebaikan yang dilakukan oleh keluarga Hartini. Satiah juga menangis apabila mengenetahui bahawa Hartini dimasukkan ke dalam lokap akibat difitnah. Masih ada kesan air mata pada diari tulisan Satiah itu.
  7. Satiah meminta agar selepas dia meninggal Hartini tidak lagi bersedih dan meminta dia hidup dalam keadaan tabah dan tenang. Dia meminta Hartini menghadiahkannya segulung ijazah kepada kedua orang tua mereka.
  8. Satiah mengakhiri tulisannya pada halaman ke 180 dengan perkataan Allahyarhamah Satiah Morit.
  9. Hartini sedar ia perlu memenuhi wasiat daripada sahabat dan saudaranya Satiah.

BAB 18. CEMPAKA PUTIH UNTUKMU


  1. Hartini sudah bersiap untuk balik ke sekolah. Dia akan dihantar oleh ibu bapanya dan Pak Morit serta Mak Sukin.
  2. Pak Morit membawakan kepada Hartini buah rambutan , duku , langsat
  3. Hartini meminta mereka singgah di pusara Satiah yang sudah tiga minggu meninggalkan mereka. Satiah mensedekahkan bacaan Al Fatihah kepada Satiah.
  4. Hartini menanam pokok cempaka putih di pusara Satiah dan mengharapkan ianya dapat mengharumkan kubur Satiah. ( Hartini menunaikan amanat Satiah yang dituliskan dalam diatinya itu ) sebagai tanda kasihnya kepada Satiah.

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU

BAB 16. DIA PERGI JUA

  1. Hartini berasa kepenatan setelah berada di dalam lokap selama 3 hari. Dia tidak dapat pergi ke rumah Satiah bersama-sama. Satiah pulang ke rumahnya seorang diri.
  2. Ayah Hartini ingin membuat majlis kenduri doa selamat setelah apa yang dilalui oleh Hartini dan Satiah. Ibu bapa Satiah turut berada di rumah Hartini.
  3. Pada petangnya Hartini ke rumah Satiah. Hartini mencari-cari di mana Satiah . Hartini duduk sahaja di situ hampir setengah jam
  4. Mereka ( Akob ) menjumpai Satiah sduah terlentang di tepi perigi dalam keadaan berdarah.
  5. Hartini memangku kepala Satiah dan cuba mengejutkannya. Satiah tidak memberi sebarang reaksi.
  6. Hartini meminta Akob menyampaikan berita / keadaan Satiah kepada ibu bapa mereka.
  7. Tidak berapa lama selepas itu kedua ibu bapa mereka sampai. Bapa Aton membantu Hartini mengangkat Satiah masuk ke dalam rumah.
  8. Satiah dihantar ke hospital oleh Papa. Dan dimasukkan ke dalam wad ICU
  9. Pada malamnya mereka ke hospital untuk melawat Satiah.
  10. Pak Morit membritahu bahawa keadaan Satiah tidak dapat diselamatkan lagi. Dia semakin tenat.
  11. Hartini melihat Satiah yang ditempatkan di sebuah bilik. Dia mengetahui bahawa Satiah sedang berjuang dengan maut. Mama membacakan surah Yassin untuk Satiah.
  12. Mak Sukin masuk ke bilik lalu mendakap tubuh Satiah beberapa kali diikuti dengan Pak Morit dan Papa.
  13. Orang terakhir masuk ke bilik itu ialah Hartini. Walaupun enggan melihat keadaan Sataih sepeerti itu Hartini menguatkan semangatnya. Dia mensedekahkan bacaan al Fatihah di telinganya , membisikkan kalimah syahadah dan mengharapkan Satiah meninggalkan dunia ini dalam keadaan aman dan tenteram. Dia memohon maaf atas kesalahannya selama ini. Hartini meredhakan pemergian Satiah walaupun berat hati.
  14. Selang beberapa ketika doktor masuk dan mengesahkan bahawa Satiah telah meninggal dunia.
  15. Hartini pengsan.
  16. Apabila sedar Hartini melihat ramai orang berada di rumahnya. Hartini masih separuh sedar dengan peristiwa yang terjadi sebelum itu. Dia bertanyakan kepada mamanya di manakah Satiah.
  17. Ustaz Amin yang mengajar Pendidikan Islam di sekolah mereka meminta Hartini menerima ketentuan takdir. Hartini diminta bersabar dan bertawakal.
  18. Hartini kemudiannya mendapatkan jenazah Satiah. Dia mencium jenazah Satiah dengan linangan air mata.
  19. Bagi Hartini pemergian Satiah sumpama pegi membawa penderitaan Satiah dan segala keriangannya. Satiah telah mengambil segala keriangan Hartini.
  20. Sebenarnya Pak Morit sengaja melambatkan jenazah dikebumikan kerana menunggu Hartini sedar daripada pengsan. Jenazah hanya dikebumikan selepas pukul 11.00. Pak Morit mahu supaya Hartini menyaksikan urusan jenazah Satiah dijalankan kerana dia khuatir Hartini tidak dapat menerima kenyataan.
  21. Setelah jenazah Satiah dikebumikan Hartini duduk di tepi kubur dengan penuh kesyahduan.

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU

BAB 15. PECAHNYA TEMBELANG

  1. Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi. Hartini membayangkan kegembiraan akan bertemu dengan keluarganya dan Satiah
  2. Hartini mendapati Junainah dalam keadaan kusut masai dan tidak terurus. Mukanya cengkung dan matanya kemerah-merahan.
  3. Nora , Hartini dan Najmi diminta ke asrama. Sudah menunggu di situ pengetua, Puan Norjihan , Encik Kancho Tamang ( pengawal keselamatan sekolah ) dan dua orang pegawai polis.
  4. Ada aduan mereka menyimpan barang yang tidak dibenarkan di almari mereka
  5. Semasa memeriksa almari Hartini , Puan Norjihan menjumpai banyak pil esctacy ( hampir do biji )
  6. Hartini menjelaskan dia tidak tahu menahu tentang pili esctacy tersebut.Nora mengakui bahawa pada hari semalam mereka mengemas baju bersama –sama tetapi tiada bungkusan seperti bungkusan tersebut.
  7. Polis meminta Hartini untuk ke balai polis.
  8. Kejadian Hartini dibawa ke balai polis menghairankan pelajar lain.
  9. Papa dan mama datang ke balai polis. Emak Hartini menangis manakala bapanya mendiamkan diri sahaja.
  10. Hartini menjelaskan dia tidak terlibat dalam hal itu kepada bapanya.
  11. Bapanya melahirkan kebimbangan kerana bahan bukti dijumpai pada almari Hartini .
  12. Bapa hartini meminta pihak polis memeriksa air kencing penghuni bilik tersebut termasuk Junainah.
  13. Papa menjelaskan bahawa pihak polis mensyaki ada sindiket menjual pil tersebut di sekolah.
  14. Hartini masih tidak boleh dibawa keluar daripada lokap polis ( Hartini berada di lokap selama 3 hari )
  15. Berada di dalam lokap menjadi satu perkara baru dalam hidup Hartini.
  16. Hari keempat barulah Hartini dapat dibebaskan kerana pesalah sebenar dapat diketahui hasil usaha ayah Hartini.
  17. Pengetua memohon maaf kepada Hartini.
  18. Papa memberitahu bahawa Junainah yang menggunakan pil tersebut bersama rakan di bilik sebelah asrama mereka.Ia juga didalangi oleh Encik Kancho iaitu pengawal keselamatan di sekolah mereka.
  19. Papa menjelaskan bahawa dia mencadangkan suatu pemeriksaan mengejut dilakukan di semua bilik asrama ketika semua pelajar sedang belajar.
  20. Mereka menemukan pil estacy itu di bawah kawalan Encik Kancho. Namun membiarkan sahaja Encik Kancho melepaskan diri bagi menyiasat sendiket itu seterusnya.
  21. Encik Kancho akhirnya ditangkap ketika menyerahkan bahan itu kepada pelanggannya di sebuah restoran di bandar Kuantan

CEMPAKA PUTIH UNTUKMU

BAB 13. DEMI CITA-CITA DAN HARAPAN

  1. Kenduri kesyukuran yang dirancang dapat dilakukan . Hampir semua rakan dan guru sekolah Menengah Kuala Batu hadir.
  2. Keadaan kesihatan Satiah dikatakan semakin positif.
  3. Hubungan Pak Morit dan Papa pulih semula.
  4. Mama menjahitkana baju yang sedondon untuk Hartini dan Satiah. Mereka seakan saudara kembar. Ia menunjukkan keakraban mereka.
  5. Keesokkan harinya Hartini demam . Dia dirawat doktor. Seharian Satiah menjaga dan menemani Hartini
  6. Satiah menulis sesuatu dalam buku yang masih menjadi misteri kepada Hartini
  7. Mama membelikan semua keperluan Hartini dan Satiah untuk persiapan ke sekolah baru mereka berdua.
  8. Satiah bersekolah di Kuantan. Mereka bersama –sama menghantarnya ke sekolah baru dan tinggal di asrama.
  9. Hartini kemudiannya dihantar ke sekolah barunya.

BAB 14. KESABARAN JUGA ADA BATASNYA

  1. Hartini belajar berdikari kerana tinggal di asrama. Kehidupan di asrama melatih mereka berdidiplin. Walaupun baharu tetapi Hartini tidak menghadapi masalah.
  2. Dalam masa tiga bulan Hartini mendapat empat helai surat daripada Satiah. Dalam suratnya Satiah menyelitkan sekuntum bunga
  3. Hartini menulis surat kepada Satiah hampir setiap hari.Seminggu sekali dia akan mengeposkannya.
  4. Perbuatan Hartini menghairankan tema seasramanya Nora.
  5. Hubungan Hartini dan Satiah tidak menjadi sesuatu yang unik bagi Junaidah. Junaidah memperlekehkan tindakan Hartini yang berhubungan dengan orang asli. Hartini menganggap Junaidah cuba menghina Satiah rakan baiknya dan seolah-olah menghinanya.
  6. Junainah sengaja menguatkan bunyi radio. Hartini dan Nora meminta Junainah bertimbang rasa kerana mereka ingin belajar. Berlaku pertengkaran dan Hartini menutup radio. Ini menyebabkan Junainah meludah muka Hartini. Hartini menampar muka Junainah. Darah keluar daripada mulut Junainah.
  7. Junainah dan Hartini perlu menghadap pengetua. Hartini tidak mahu memperbesarakn kes itu. Dia rela meminta maaf.
  8. Hartini menceritakan hal ini kepada Satiah kerana tidak dapat tidur.Dia sudah buntu untuk memikirkan masalah yang dihadapinya itu.
  9. Nora dan Najmi menceritakan hal pergaduhan itu kepada pengetua.
  10. Pengetua tidak mengambil tindakan keras. Kedua-dua mereka diberikan amaran keras sahaja.