kawalan biologi
Kaedah kawalan biologi merupakan suatu alternatif kepada kelemahan penggunaan bahan kimia untuk menghapuskan serangga dan makhluk perosak dalam sektor pertanian. Bincangkan.
Pengenalan:
Bahan kimia telah lama digunakan untuk mengatasi masalah serangan atau makhluk perosak dalam sektor pertanian. Kini, kaedah kawalan biologi kian meluas.
A. Kelebihan kawalan biologi
1. mengurangkan pencemaran alam
- Menggunakan pemangsa seperti burung hantu untuk mengawal tikus di sawah padi, ular di ladang sawit
- tidak menggunakan bahan kimia.
- tidak berlaku pencemaran air, tanah dan udara.
2. Kesihatan manusia lebih terjamin.
- bahan kimia tidak digunakan untuk mengawal serangga dan makhluk perosak tumbuhan dan pertanian
- sayur-sayuran dan buah-buahan bersih dan selamat dimakan.
3. Mengekalkan keseimbangan kitaran ekologi
- serangga dan makhluk pemangsa membunuh mangsa tanpa menjejaskan ekologi.
- habitat semulajadi serangga dan mikroorganisma tidak terjejas.
- serangga lain yang penting dalam pendebungaan tidak terganggu
- keseimbangan rantaian makanan tidak terjejas.
B. kesan negatif penggunaan bahan kimia.
4. menjejaskan kesihatan petani
- semburan mengandungi bahan kimia beracun
- semburan racun menjejaskan sistem pernafasan.
- Menyebabkan penyakit kanser paru-paru dan penyakit kulit.
5. keracunan makanan
-kandungan bahan kimia tidak mengikut sukatan
- sayur-sayuran dan buah-buahan tercemar dengan bahan kimia.
- berlakunya cirit-birit, muntah dan membawa maut.
6. Pencemaran air
- semburan mengandungi bahan beracun akan larut dalam air dalam tanah dan air larian permukaan – menyebabkan air sungai tercemar
7. Serangga dan makhluk perosak imun
- kekerapan menggunakan racun pestisid akan
menyebabkan serangga perosak akan imun.
- tidak memberi kesan dengan semburan – dos semburan
akan ditambah – memberi kesan kepada manusia seperti
keracunan dan menjejaskan kesihatan
Kesimpulan:
Penggunaan kaedah biologi seharusnya digalakkan kerana lebih menguntungkan dan menjamin keseimbangan ekologi alam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
terima kasih untuk maklumat ni,, semoga cikgu dberkati Allah
BalasPadam