CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 23 Mac 2010

ozon / hutan

KESAN PENIPISAN LAPISAN OZON

Penyusutan Lapisan Ozon

1 . Lapisan ozon di udara ialah lapisan yang melindungi kita daripada sinaran terik matahari .
2 . Pembebasan gas CFC yang digunakan dalam alat-alat menyembur , alat penyaman udara dalam peti sejuk menipiskan
lapisan ozon .
3 . Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi .
4 . Pendedahan kepada sinaran matahari yang banyak boleh mengakibatkan penyakit kanser kulit .
Pembetukan Hujan Asid

1 . Gas-gas sulfur diosida dan nitrogen dioksida bergabung dengan air hujan dan membentuk hujan asid .
2 . Hujan asid boleh membunuh tumbuh-tumbuhan dan ikan-ikan .
3 . Ia juga menghakis pakaian , kertas dan bahan binaan bangunan .

Kenaikan Suhu Di Bumi

1 . Gas karbon dioksida yang terlalu banyak dalam udara akan memerangkap haba .
2 . Jadi suhu di bumi menigkat dan persekitaran kita menjadi panas .
3 . Ini akan menyebabkan banjir akibat pencairan ais di kutub-kutub bumi dan kemarau di beberapa tempat di dunia .




Kepentingan hutan kepada manusia dan alam sekitar


Pengenalan:
-hutan merupakan anugerah Tuhan yang penting kepada manusia
-hutan penting kepada kehidupan manusia dan alam sekitar

Isi-Isi:
1)keseimbangan ekosistem
-mengurangkan peningkatan suhu dengan menyerap karbon dioksida
-membantu menyejukan udara dan mengekalkan kelembapan persekitaran

2)Mengurangkan pencemaran udara
-melindungi atmosfera daripada pencemaran
-mengurangkan keupayaan debu dan asap mencemarkan udara

3)mengekalkan struktur tanah dan mengawal hakisan
-spesies menutup bumi dapat mengelakkan kejadian banjir kilat dan lumpur, larian airderas , hakisan tanah dan tanah runtuh

4)habitat hidupan liar
-kediaman pelbagai jenis binatang
-hutan menyediakan rantai makanan yang seimbang dan saling bergantungan
-tempat pembiakan

Penutup:
-hutan perlu dijaga untuk mengekalkan keseimbangan ekologi dan hidupan flona & fauna

Tiada ulasan:

Catat Ulasan