CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 15 Mac 2010

P AM Bhg D

Soalan 3
Berdasarkan maklumat dalam petikan yang diberikan, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan keluaran kilang mengikut jenis ke negara-negara terpilih pada 2004 dan 2005.

Malaysia antara negara yang mengeksport barangan keluaran kilang yang utama di ASEAN. Antara barangan yang dieksport ialah bahan barangan elektronik, bahan kimia, barangan hasil pertanian, jentera , peralatan pengangkutan dan barangan keluaran kilang lain.

Barangan elektrik dan elektronik merupakan barangan import terbanyak negara India pada tahun 2004 yang berjumlah 19 269.6 juta tan dan meningkat kepada 21 618.8 juta tan pada tahun berikutnya. Negara Korea Selatan pula mengimport barangan yang sama sebanyak 7 969.4 juta tan bagi tahun 2005. Negara mengeksport barangan elektrik dan elektronik ke negara Singapura kurang sebanyak 8 255.3 juta tan berbanding dengan jumlah yang dieksport ke negara India pada 2004. Eksport ke Singapura telah bertambah kepada 12 664.5 juta tan pada 2005 manakala Korea Selatan mengimport 7 194.6 juta tan kurang 774.8 juta tan berbanding jumlah yang dieskport pada 2005.

Barangan jentera dan kelengkapan pengangkutan yang dieksport ke negara-negara terpilih pada tahun 2004 berjumlah 31 427 juta tan dan daripada jumlah tersebut 8 536.6 juta tan diimport oleh negara Singapura, 16 445.8 juta tan dieksport ke negara India dan selebihnya ke negara Korea Selatan. Pada 2005 barangan yang sama dieksport ke negara-negara terpilih telah meningkat sebanyak 4 453.3 juta tan kepada 35 880.3 juta tan. Singapura mengimport sebanyak 9 060.7 juta tan jentera dan kelengkapan pengangkutan manakala negara India pula mengimport sebanyak 19 748.1 juta tan. Negara mengeksport barangan yang sama ke negara Korea Selatan sebanyak 7 071.5 juta tan pada tahun yang sama.

Pada 2005, barang-barang dan alat-alat keluaran kilang yang lain yang dieksport ke negara Singapura berjumlah 11 001.9 juta tan, berbanding yang diimport pada 2004 yang berjumlah 9 661.6 juta tan. Negara Korea Selatan pula mengimport barangan yang sama sebanyak 5 192.9 juta tan pada tahun 2004 dan import ini bertambah sebanyak 204.5 juta tan pada 2005 manakala negara India yang mencatatkan jumlah eksport terbanyak pada tahun 2004 dan 2005 , telah mengimport sebanyak 23 773.7 juta tan pada 2005 dan jumlah ini melebihi sebanyak 2 677 juta tan berbanding tempoh sebelumnya.

Eksport barangan keluaran kilang yang sentiasa meningkat membuktikan bahawa usaha-usaha FDI yang dilaksanakan oleh MITI telah berjaya dan peningkatan jumlah eksport telah menjana pendapatan negara.

(Sumber : dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Bank
Negara Malaysia, 2005)




Tajuk:
Malaysia : Nilai Eksport Barangan Keluaran Kilang Mengikut Jenis ke Negara-Negara Terpilih pada[size="3"] 2004 dan 2005.

Jwp Soalan 3
graf : piramid bar kompaun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan