CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 15 Mac 2010

latihan P AM Bhg D 1

soalan 1
Dengan menggunakan maklumat di bawah, lukis carta pai perbandingan untuk menunjukkan jumlah pelancong mengikut negara asal bagi tahun 1997 dan 2002.

Keindahan semula jadi negara kita telah berjaya menarik minat pelancong-pelancong luar untuk melancong ke sini. Malaysia sebuah negara yang aman dan harmoni serta kurang berisiko untuk menghadapi masalah keganasan. Pada tahun 1997 jumlah pelancong asing yang berkunjung ke negara kita berjumlah 10107.42 ribu orang. Kelpelbagaian strategi yang dijalankan oleh pihak kerajaan telah menambahkan bilangan pelancong ke negara kita sebanyak 1062.18 ribu orang pada tahun 2002.

ASEAN mencatat bilangan pelancong sebanyak 41.68% pada tahun 1997 dan bertambah sebanyak 5234.37 ribu orang pada tahun 2002. Meskipun benua Eropah agak jauh dari negara kita dari segi kedudukan geografi, tetapi keadaan ini tidak menghalang pelancong dari negara-negara tersebut untuk berkunjung ke sini. Pada tahun 1997 bilangan pelancong dari benua Eropah telah mencatat sebanyak 210.12 ribu orang. Bilangan pelancong ini telah meningkat sebanyak 55.15% berbanding tahun 1997.

Faktor kedudukan geografi bukan merupakan faktor utama pelancong Hong Kong untuk melancong ke negara kita, hanya sebanyak 88.69 ribu orang atau 0.88% sahaja dari negara tersebut. Bilangan pelancong Hong Kong telah menunjukkan perubahan yang memberangsangkan kerana telah meningkat sebanyak 26.02 ribu orang pada tahun 2002. Budaya orang Jepun yang gemar melancong telah meningkatkan bilangan pelancong dari negara matahari terbit itu sebanyak 43.51 ribu orang pada tahun 2002. Pada tahun 1997 bilangan pelancong Jepun telah mencatat bilangan sebanyak 297.98 ribu orang atau sebanyak 2.95%.

Sikap prejudis rakyat Amerika Syarikat jelas terbukti apabila hanya 90.58 ribu orang pelancong sahaja yang berkunjung ke negara kita pada tahun 1997.Namun, kelebihan budaya yang menarik di negara ini telah telah meningkatkan bilangan pelancong sebanyak 31.78 ribu orang kepada 122.36 ribu orang pada tahun 2002. Selebihnya adalah untuk lain-lain negara.


(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Buku Perangkaan Tahunan, Jabatan Statistik,1997 dan 2003.)


jawapanNIsbah jejari 1 : 1.05 ( jangan bundarkan nisbah jejari )

Jawapan : Carta Pai Perbandingan
*pastikan ada nisbah jejari, jumlah besar di bawah setiap carta pai, label peratus dan tahun yang ditulis dgn jelas.
*petunjuk mengikut arah jam dan sumber di bahagian bawah graf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan