CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 15 Mac 2010

soalan 9

Soalan 9
Berpandukan petikan di bawah, lukiskan sebuah graf bar yang menunjukkan kedudukan kewangan perdagangan antarabangsa Malaysia dari tahun 2000 hingga 2003. Pada graf yang sama lukiskan graf garis yang dapat menggambarkan peratusan nisbah khidmat bayar hutang negara bagi tempoh yang sama.

Kekurangan modal adalah merupakan sebahagian daripada halangan pembangunan oleh sesebuah negara. Oleh itu, sebagai sebuah negara membangun, Malaysia perlu membuat pinjaman sebagai salah satu cara untuk meningkatkan keupayaan menjana pertumbuhan ekonomi negara. Walau bagaimanapun, negara perlu mempunyai keupayaan untuk membayar pinjaman luar negara untuk meyakinkan pihak pembiaya pinjaman.

Sepanjang tempoh antara tahun 2000 hingga 2003 terdapat turun naik dalam jumlah nilai rezab bersih antarabangsa Malaysia. Walau bagaimanapun, kedudukan rezab bersih antarabangsa menunjukkan kadar yang sedikit rendah daripada jumlah hutang luar negeri. Pada tahun 2000, jumlah rezab bersih antarabangsa berbanding jumlah hutang luar negeri Malaysia ialah RM115 123 bilion berbanding RM162 133 bilion. Bagaimanapun selepas tempoh tersebut, Malaysia berjaya mengurangkan hutang dari luar negeri, iaitu berkurang sebanyak 0.643% atau RM1042 bilion. Pengurangan pinjaman ini agak baik berbanding penyusutan rezab bersih antarabangsa yang berkurang RM1581.7 bilion berbanding tempoh sebelumnya.

Dari segi bayaran balik pinjaman serta bayaran faedah untuk kedua-dua tempoh tersebut, ia menunjukkan peningkatan. Hal ini disebabkan oleh kenaikan jumlah pinjaman terkumpul serta kadar faedah pinjaman yang ditentukan oleh negara pembiaya. Pada tahun 2001, jumlah bayaran balik pinjaman yang berjaya dilunaskan ialah RM15467 bilion, iaitu peningkatan sebanyak RM1196 bilion berbanding tahun 2000. Sementara bayaran faedah pada tahun 2001 menunjukkan peningkatan kira-kira 14.24% berbanding tahun 2000 yang berjumlah RM7586 bilion. Bagaimanapun selepas tahun 2001, kadar bayaran faedah berjaya dikurangkan disebabkan penyemakan semula beban hutang negara membangun oleh negara pembiaya. Oleh itu, pada tahun 2002 jumlah bayaran faedah yang dilunaskan berjumlah RM7339 bilion sebelum turun kepada RM7213 bilion pada tahun berikutnya.

Dalam tempoh 2000 hingga tahun 2003, Malaysia terpaksa menanggung jumlah bayaran faedah berjumlah RM30804.2 bilion manakala jumlah bayaran balik pinjaman terkumpul ialah sebanyak RM65 860 bilion. Sementara itu, jumlah hutang luar negeri pada tahun 2003 adalah sebanyak RM186 601 bilion. Jumlah hutang luar negeri Malaysia pada tahun 2003 ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM12 243 bilion berbanding tahun 2002. Peningkatan ini adalah untuk tujuan membiayai pembangunan dalam Rancangan Malaysia Ke-8.

Walau bagaimanapun, rezab bersih antarabangsa Malaysia juga memperlihatkan peningkatan pada tahun 2002 berbanding tahun 2001, menjadikannya berjumlah RM117 202.9 bilion dan meningkat lagi sebanyak 12.11% kepada RM131 393.7 bilion pada tahun 2003. Peningkatan rezab ini menunjukkan keupayaan membayar pinjaman yang memberangsangkan. Hal ini amat meyakinkan pembiaya pinjaman ke atas keupayaan ekonomi Malaysia.

Petunjuk yang sama juga dapat dilihat daripada keupayaan membayar balik pinjaman yang semakin meningkat setiap tempoh tersebut. Umpamanya, terdapat kenaikan jumlah bayaran balik pinjaman kepada RM17 209 bilion pada tahun 2002 kepada RM18 913 bilion pada tahun 2003. Oleh itu, walaupun berlaku peningkatan pinjaman, namun keupayaan membayar hutang dan nilai bayaran faedah yang tidak membebankan, mampu membantu meransangkan ekonomi Malaysia dengan lebih terarah.

Dari segi nisbah khidmat bayar hutang pula, keupayaan Malaysia adalah positif. Pada tahun 2000, dicatatkan sebanyak 6.3% tetapi menurun kepada 5.6% pada tahun 2001. Hal ini disebabkan oleh kenaikan kadar faedah yang dikenakan ke atas Malaysia. Bagaimanapun ia meningkat semula sebanyak 0.6% pada tahun 2002 dan terus kekal selepas tempoh terakhir itu.

(Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada

Buku Perangkaan Malaysia, 2004)

SKEMA Soalan 9 : GRAF BAR GABUNGAN (BAR KOMPAUN)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan