CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 23 Mac 2010

latihan

Soalan 6

Isu : bioteknologi

“Pengenalan bioteknologi telah memberi nafas baru khususnya dalam bidang pertanian dan juga dalam kegiatan manusia. Bioteknologi merupakan penggunaan mikroorganisma seperti kulat, bakteria, virus, dan protoza dalam bidang pertanian. Selain itu, kaedah DNA telah diperkenalkan sebagai satu penemuan baru dalam bioteknologi genetik. Dengan pengenalan bioteknologi, maka diharapkan dapat membantu kehidupan manusia walaupun ada yang menyalahgunakannya”.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kertas Kerja: Bioteknologi: Kepentingan

dan Masa Depan, Ogos 2005)
(i) Apakah yang dimaksudkan dengan bioteknologi?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kepentingan bioteknologi dalam sektor pertanian.

Contoh jawapan:

(i) Bioteknologi bermaksud menggunakan mikroorganisma dan genetik dalam bidang pertanian dan bidang-bidang yang lain untuk membantu kehidupan harian manusia.

(ii) Melalui kaedah ini, gen yang terdapat dalam sesuatu tanaman boleh diubah suai. Secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu hasil tanaman dan produkiviti juga berlipatganda. Dalam bidang penternakan, hormon-hormon tertentu disuntik ke dalam tubuh haiwan. Kesannya ialah haiwan ternakan lebih sihat dan meningkatkan kuantiti dan kualiti daging yang dihasilkan.



Soalan 7
Isu : kepupusan

Isu kepupusan spesis hidupan tertentu merupakan isu vital kerana isu ini mempunyai pertalian rapat dengan kehidupan manusia. Manusia sentiasa berdolak-dalik dan tidak pernah mengaku merekalah makhluk yang telah mengancam kelangsungan kehidupan di muka bumi ini”



(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Akademik, Mac 2006)

(i) Apakah sebenarnya kelemahan yang ada dalam diri manusia?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan sebab berlakunya kepupusan hidupan tertentu di negara ini.



Contoh Jawapan:
(i) Manusia bersikap tamak dan mengancam sepsis flora dan fauna yang mengakibatkan kepupusan spesis tertentu.

(ii) Sebab utama berlakunya kepupusan spesis tertentu ialah kawasan habitat fauna dan flora telah diceroboh. Pokok ditebang dan bukit diratakan untuk pembinaan kediaman manusia. Di samping itu berlakunya pencemaran air seperti pembuangan sisa toksik ke dalam sungai yang mengancam kehidupan marin. Hidupan marin tidak dapat membiak dan mati akibat air yang bertoksik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan