Soalan 4
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan kadar guna tenaga wanita dalam pelbagai sektor pekerjaan pada tahun-tahun yang dinyatakannya.
Sumbangan dan penglibatan golongan wanita dalam pelbagai kegiatan ekonomi di negara ini harus diberi perhatian yang sewajarnya. Pada tahun 1995, golongan wanita menyumbang sebanyak 36.0% tenaga mereka dalam sektor pertanian dan perhutanan. Sementara itu, sebanyak 30.1% terlibat dalam sektor pembuatan. Penglibatan kaum wanita pada tahun 2000 pula, merupakan 37.0% dalam sektor pertanian dan perhutanan dan kadar ini menurun ke paras 32.4% pada tahun 2005, dan dijangka merosot kepada 28.4% pada sepuluh tahun berikutnya.
Penglibatan kaum wanita dalam sektor pembuatan menjadi semakin penting. Misalnya, dalam bancian pada tahun 2000, didapati sebanyak 42.1% daripada tenaga kerja terdiri daripada wanita. Kadar ini telah meningkat ke paras 48.4% pada tahun 2005, dan terus meningkat ke paras 46.4% menjelang tahun 2010. Demikian juga dalam bidang perdagangan dan borong, runcit, hotel dan restoran. Terdapat pertambahan tertentu penglibatan mereka daripada paras 17.2% pada tahun 1995 telah meningkat kepada 28.2% pada tahun 2000, meningkat lagi kepada ke paras 38.6% pada tahun 2005 dan dijangka merosot sebanyak 1% dalam jangkaan pada tahun 2010.
Peratusan tenaga wanita dalam sektor pembinaan masih kurang diceburi iaitu berada di paras 6.7% pada tahun 1995, manakala 7.1% pada tahun 2000 dan merosot sebanyak 2.8% pada tahun 2005, tetapi meningkat ke paras 13.4% pada sepuluh tahun kemudian. Sektor perlombongan dan kuari juga menunjukkan penglibatan kaum wanita yang tidak stabil iaitun12.6% pada tahun 1995 dan merosot kepada 10.3% pada tahun 2000 dan meningkat sebanyak sebanyak 2.6% pada tahun 2005 dan dijangka berlaku sedikit kemerosotan ke paras 11.9% pada tahun 2010.
Sementara itu, dalam sektor perkhidmatan elektrik, gas dan air, tenaga kerja wanita meningkat sebanyak 2.2% pada tahun 2000 berbanding dengan kadar 5.3% pada tahun 1995. Tetapi kadar ini merosot sebanyak 0.6% pada tahun 2005 dan dijangka meningkat semula ke paras 8.8% pada tahun 2010. Peratusan yang semakin bertambah tetapi masih rendah penglibatan tenaga kerja wanita ialah dalam urusan pengangkutan dan komunikasi yang melibatkan sebanyak 4.3% pada tahun 1995, meningkat sebanyak 2.0% pada tahun 2000 dan meningkat ke paras 11.1% pada tahun 2005 dan meningkat sedikit dengan kadar 0.5% pada tahun 2010.
(Sumber: Rancangan Malaysia Ketiga, 1976-1980,
Rancangan Malaysian Keenam 1991-1995 dan
Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000)
MALAYSIA : Perubahan Kadar Guna Tenaga Wanita Dalam Pelbagai Sektor Pekerjaan Pada Tahun 1995, 2000, 2005 DAN 2010(anggaran)
Soalan 4
jawapan : graf garis kompaun...
*jgn lupa tulis anggaran utk thn 2010!
*pastikan tajuk, skala ditulis dgn betul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan