CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 15 Mac 2010

sampel soalan

sampel soalan


"Perpindahan dan perletakan jawatan dalam kalangan doktor-doktor kanan dan doktor pakar dalam perkhidmatan kerajaan ke pusat perubatan swasta sudah menjadi perkara biasa. Perpindahan ini didorong upah yang tinggi dan kurang bebanan dan tekanan kerja di sektor swasta. Keadaan ini memberi ruang kepada doktor-doktor memberi tumpuan kepada kerjaya sepenuhnya."

( Dipetik dan diubahsuai daripada Dewan Masyarakat, Oktober 2001)

(i) Apakah punca ramai doktor kerajaan memilih untuk berkhidmat di hospital swasta?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kesan terhadap perkhidmatan perubatan dan kesihatan awam di negara ini apabila berlaku kekurangan doktor-doktor pakar.

Jawapan:
Upah yang tinggi dan kurang bebanan kerja merupakan punca doktor kerajaan memilih untuk berkhidmat di hospital swasta

Jawapan:
1. menjejaskan mutu perkhidmatan- prosedur pemeriksaan dan rawatan akan menjadi lambat dan tertangguh
2. kekurangan tenaga pengajar yang pakar dalam sesuatu bidang – menjejaskan latihan kepada bakal doktor pakar. – terpaksa mengimport kepakaran luar negara
3. kualiti tenaga pengajar kian merosot – kurang efisyen melatih tenaga pakar baru.
4. bebanan kerja di hospital awam kian bertambah – bilangan pesakit bertambah.韩冰

" Vandalisme merupakan perbuatan merosakkan harta benda dan kemudahan awam seperti telefon awam. Wujud amalan yang tidak bermoral ini kerana tahap kesedaran sivik yang rendah seperti tidak menghargai kemudahan untuk orang ramai dan untuk kegunaan bersama. Jika kegiatan ini tidak dibendung, fenomena vandalisme akan berleluasa dan kemungkinan wujud masalah lain seperti mencuri."

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Berita Harian, 15 Mei 2003)

(i) Apakah punca berlaku kegiatan vandalisme ?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan nyatakan langkah –langkah untuk membendung vandalisme.
Tahap kesedaran sivik yang rendah merupakan punca berlaku kegiatan vandalisme.


Jawapan:
1. menguatkuasakan undang – undang / pemantauan pihak berkuasa
2. pendidikan agama dan moral / Pendidikan Sivik dan Kenegaraan
3. hukuman kerja amal / bayaran ganti rugi sebagai hukuman韩冰


"Bahan api atau sumber tenaga untuk menggerakkan kenderaan bermotor kini boleh diperoleh daripada sumber semula jadi yang ditanam dan diproses menjadi bahan api bio. Kacang soya, biji sesawi, jagung, dan minyak sawit yang sebelum ini menyumbang kepada bekalan minyak masak dunia kini boleh diproses untuk dijadikan bahan api alternatif yang dikenali sebagai biodiesel."
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Kosmik, Oktober 2005)
(i) Apakah sumber untuk menghasilkan bahan api bio?
ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kelebihan penggunaan bahan api biodiesel

Jawapan:
Bahan api bio dihasilkan daripada sumber hasil pertanian.

(.
Jawapan:
1. Boleh diperbaharui – bahan sedia ada yang boleh ditanam
2. mesra alam – tidak membebaskan asap beracun.
3. dihasilkan menggunakan teknologi tempatan
4. sebagai sumber alternatif韩冰

" Suria merupakan sumber unggul tenaga ekosistem iaitu daratan dan akuatik. Proses fotosintesis berlaku apabila tumbuhan hijau memerangkap tenaga suria dan menggunakannya untuk menukar karbon dioksida dan air kepada karbohidrat. Tumbuhan juga menggunakan nutrein tidak organik seperti nitrat fosfat dan ion - ion berbagai-bagai logam untuk membentuk protein, asid nukleik dan pigmen yang diperlukan untuk fungsi fisiologi dan struktur"
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Utusan Malaysia, 27 April 2005)

(i) Pada pendapat anda apakah peranan tenaga suria kepada ekosistem daratan?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan , jelaskan kelebihan sumber tenaga suria.


Jawapan:
Tenaga suria merupakan sumber utama dalam proses fotosintesis kepada semua ekosistem tumbuh-tumbuhan.

[size="3"]Jawapan:
1. sumber tenaga masa depan
2. sumber tenaga berterusan
3. tidak mencemarkan alam sekitar
4. meningkatkan hasil kajian dan penyelidikan sumber tenaga baru韩冰

"…. Penanda aras atau benchmarking merupakan alat yang digunakan dalam organisasi kini untuk menentukan arah dan aras pencapaian sebenar yang sepatutnya dicapai oleh setiap organisasi. Pada masa yang sama penanda aras ini akan berperanan untuk melihat dan menentukan kedudukan pencapaian dan prestasi syarikat atau organisasi kini serta melihat cara atau kaedah untuk mengetahui kedudukan prestasi tersebut."

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada 'Benchmarking': Tentukan

Keberkesanan Fungsi Sistem Kualiti oleh Hj. Mohd. Aris Abd. Manaf; Dewan Ekonomi April 2005)

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan penanda aras?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataaan , huraikan kepentingan penanda aras kepada sesebuah organisasi
Jawapan:
Penanda aras merupakan alat bagi menentukan arah dan aras pencapaian yang sepatutnya dicapai oleh sesebuah organisasi.

.
Jawapan:
Kepentingan penanda aras:
1. meningkatkan produktiviti
2. dapat mengekalkan kualiti produk dan perkhidmatan
3. meningkatkan imej organisasi韩冰
"Seni pada dasarnya bersifat aristokratik dan juga memberikan kesan yang terpilih dan tersendiri kepada penonton. Sungguhpun penonton filem adalah bersifat kolektif, tetapi filem memberikan kesan emosi yang khusus kepada setiap orang yang menonton dan merasakan karya itu mempunyai hubungan dengannya. Lebih kuat seseorang individu itu terganggu oleh sesuatu elemen emosi itu, maka lebih bermakna karya tersebut dalam pengalaman hidupnya."

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kesedaran Sosial dan Keindahan Estetika dalam Filem-Filem P.Ramli; oleh A. Wahab Hamzah, Dewan Masyarakat September 2002.)

(i) Apakah petunjuk sesebuah filem itu memberi makna kepada penonton?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan ciri-ciri sebuah filem yang menarik
Jawapan:
Sesebuah filem dianggap memberi makna kepada penonton apabila seseorang berasa terganggu oleh sesuatu elemen emosi yang dipaparkan oleh filem.

.
Jawapan
Ciri-ciri filem yang menarik
1. mesej yang baik dan menarik minat penonton
2. teknik pengambaran yang baik
3. memberi kesan mendalam kepada emosi penonton

" …..taun, cirit birit dan najis berdarah adalah penyakit yang disebabkan keracunan makanan. Bakteria yang terdapat dalam ayam dan daging menyebabkan keracunan makanan apabila dimakan secara mentah. Bakteria vibrocholera menyebabkan taun manakala bakteria E.Coli menyebabkan cirit birit."

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan KOSMIK, Januari 2004 )

(i) Apakah yang punca keracunan makanan?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan langkah-langkah untuk mengelak keracunan makanan


Jawapan:
Bakteria dalam makanan merupakan punca keracunan makanan

Jawapan:
Cara-cara untuk memastikan tidak berlaku keracunan makanan…
1. Penyediaan makanan yang kotor dan tidak mementingkan aspek kebersihan
2. Makanan yang tidak dimasak dengan sempurna
3. Makanan yang terdedah kepada suhu persekitaraan 30 °C

"Penggunaan bahan-bahan pemusnah ozon semakin bertambah dan perlu diawasi, dikurangkan atau juga mencari alternatif kepada bahan mesra alam. Penggunaan meluas tanpa kawalan seperti refrigeran pendingin kenderaan, peti sejuk dan aerosol semburan serangga. Selain itu, perkembangan industri tilam busar dan pembuatan polistairin juga menyumbang kepada kemusnahan lapisan ozon kerana kandungan gas klorofluorokarbon (CFC) yang tinggi.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Era Hijau, Keluaran 3, 2002 )

(i) Apakah yang menyebabkan kemusnahan lapisan ozon?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kesan penipisan ozon.


Jawapan :
Penggunaan tanpa kawalan bahan-bahan yang mengandungi gas klorofluorokarbon ( CFC ) menyebabkan lapisan ozon musnah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan