CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 23 Mac 2010

perubatan laser

Penggunaan Laser


pendahuluan
-Laser(Light Amplification Stimulated Emission Radiation) merupakan cahaya yang diperkuatkan daripada rangsangan pancaran radiasi.
-telah diuji di Perancis dan Jerman
-membantu manusia dalam pelbagai perkara.

faedah
1.Teknologi maklumat
-maklumat dihantar dlm digital (kelajuan lebih cepat drpd cahaya)
-membantu penghantaran maklumat oleh komputer dengan cepat dan berkesan
-dapat mengenalpasti kod bar yang tertera pada barang yang dijual di pasar raya dan menukarkan kod tersebut dalam bentuk angka atau perkataan dalam monitor komputer.
-Kod bar yang mempunyai maklumat mengenai harga,jenis dan kod barang tidak dapat ditafsir oleh penguna.

2.perubatan
-sesuai untuk rawatan mata seperti bahagian kornea dan retina
-boleh digunakan untuk rawatan dermatologi(kulit) dengan membuang tanda-tanda yang tidak dihendaki oleh pesakit seperti tanda lahir/memecah batu karang dalam buah pinggang
-pesakit yang menghadapi ulser gastrik juga dapat disembuhkan
-kaedah fotodinamik digunakan untuk mengesan sel-sel barah dengan memancarkan laser ultra ke dalam tubuh pesakit
-cepat menyembuhkan dan mudah rawatan
3.Hiburan
-mempunyai pancaran yang berkilau dan menarik.
-kecantikan cahaya mempersona pengunjung untuk ke kelab malam atau temasya sukan
-semasa Sukan Komanwel diadakan di Malaysia pada tahun 1998, cahaya laser digunakan untuk memeriahkan persembahan semasa upacara pembukaan dan penutupan.
-Alat perakam VCD dan CD juga menggunakan cahaya laser untuk mencari atau membaca maklumat yang terkandung dalam VCD.
-pantulan cahaya dalam alat perakam menentukan perubahan ingin dilakukan oleh pengguna.

4.Industri
-laser digunakan untuk memotong, mengerudi dan menanda logam yang akan dikeluarkan.
-boleh digunakan untuk memotong bahan keras seperti intan dan titanium.
-menjimatkan kos dan memudahkan kerja.
-misalnya, laser dapat memotong logam yang mempunyai ketebalan hingga tahap 30mm serta mampu memberikan ketepatan pada kadar lebih kurang 0.025mm.
-pengggunaannya membolehkan pengusaha pengindustrian logam mendapat keuntungan yang banyak kerana kerja pemotongan logam dapat dilakukan dengan cepat/tiada pencemaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan