Bioteknologi
Bioteknologi telah lama wujud dalam kehidupan seharian manusia dan merupakan bidang sains yang paling aktif dalam tamadun manusia. Bioteknologi merupakan teknik atau proses yang melibatkan penggunaan sains yang berkaitan benda hidup seperti mikroorganisma, haiwan atau tumbuhan untuk menghasilkan produk bermanfaat kepada manusia.
Bincangkan pernyataan tersebut.
Memulakan karangan dengan membuat pengenalan :
Konsep bioteknologi dan kepentingannya secara umum.
Isi dihurai mengikut kaedah induktif dan diikuti dengan huraian: (sokongan huraian boleh dibuat dalam bentuk data sokongan, contoh, statistik yang berfungi sebagai menyokong isu).
1. Meningkatkan kualiti
• Hasil yang lebih baik daripada sebelumnya
• Saiz dan bentuk yang lebih besar dan cantik
• Lebih tahan lama, jangka hayat yang panjang, tidak mudah rosak, lambat ranum
• Mutasi aruhan
• Meningkatkan pembesaran
• Kawalan virus dn Patogen – MARDI
2. Meningkatkan produktiviti /kuantiti keluaran
• Jumlah hasil yang dikelurakan meningkat dalam jumlah yang berganda.
• Contoh: Tanaman padi dengan menggunakan baka M123, Malinja dan Mahsuri
• Menambahkan kuantiti makanan negara / dapat menampung keperluan sumber makanan
3. Penghasilan baka baru
• Penciptaan spesis baru yang boleh dijadikan induk untuk penghasilan yang lebih berkualiti
• Mengambil kelebihan baka asal dan menyesuaikannya dengan keadaan setempat dalam negara
• Contoh: kacukan lembu tempatan (tahan cuaca panas) dengan ciri-ciri lembu freasian (banyak susu)
• In vitro
• Embrio – persenyawaan
• Penghasilan produk baru agro pertanian
• Peningkatan produktiviti pertanian
• Peningkatan kualiti
• Membiakkan spesis yang menghadapi ancaman kepupusan
4. Kepelbagaian hasil keluaran
• Hasil keluaran dipelbagaikan
• Contoh: tisu bunga orkid yang dikultur dapat menghasilkan bunga yang pelbagai dalam bentuk dan saiz yang berbeza
• Penghasilan pelbagai produk hiliran
• Contoh: kelapa sawit bukan hanya dapat menghasilkan minyak masak tetapi juga pelbagai barangan lain seperti sabun, lilin, barangan kosmetik dan biodiesel.
5. Meningkatkan inovasi
• Penumpuan kerajaan kepada bioteknologi dalam sektor ini akan lebih membangunkan dan memodenkan sektor pertanian.
• Lebih banyak aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan
• Kerjasama dengan negara maju juga dilakukan bagi memperolehi teknologi mereka
• Contoh: Jepun dan Amerika Syarikat – Persidangan Bioteknologi di Boston telah berjaya menandatangani 10 MOU antara Malaysia dengan institut penyelidikan dan firma swasta U.S.
6. Memajukan teknologi pertanian
• Penekanan kepada bidang bioteknologi secara langsung meningkatkan usaha unrtuk memodenkan sektor pertanian
• Penciptaan dan penggunaan teknologi pertanian moden
• Pemindahan teknologi dari luar negara seperti Jepun
Membuat kesimpulan
Dalam bahagian penutup, pelajar boleh menyatakan harapan dan menekankan perkembangan bioteknologi di Malaysia. Pelajar mesti dapat meramal perkembangan ini pada masa akan datang dengan menyatakan satu bentuk pernyataan positif yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan