CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 23 Mac 2010

latihan

Soalan 5
Isu : Kad kredit

"Gejala hutang kad kredit yang menjerat pengguna kini telah mendapat perhatian kerajaan. Syarat pemilikan dan pembayaran kad kredit akan diperketatkan bagi mengawal pengeluaran kad kredit oleh institusi perbankan selain memastikan hanya individu yang layak sahaja dapat memilikinya. Langkah ini secara langsung dapat mengajar pemegang kad kredit agar berbelanja secara bijaksana.'
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Mohd Razif Ahmad, "Muflis Pada Usia Muda, Bahana Kad Kredit", Dewan Ekonomi, Julai 2005

(i) Apakah tujuan memperketatkan syarat pemilikan dan pembayaran kad kredit?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membendung tabiat boros berbelanja dengan menggunakan kad kredit

Jawapan:
Syarat pemilikan dan pembayaran kad kredit diperketatkan untuk memastikan kad kredit hanya dimiliki oleh pengguna yang mampu berbelanja secara berhemah

.
Jawapan:
Langkah-langkah:
1. had umur pemilikan kad kredit dinaikkan.
2. menaikkan syarat pendapatan bulanan untuk memiliki kad kredit.
3. meninggikan jumlah bayaran minimum bulanan.
4. mengenakan caj yang tinggi - yuran pendahuluan, yuran bayaran lewat
5. kempen berbelanja secara berhemah韩冰



Soalan 6
Isu : Pengangguran dalam kalangan siswazah

"Siswazah yang menganggur semakin meningkat dan membimbangkan. Mereka harus digalakkan menceburi dunia perniagaan. Walau bagaimanapun, kejayaan dalam dunia perniagaan sebenarnya menuntut kemahiran berkomunikasi untuk mempromosikan diri atau barangan. Manusia boleh berjaya dalam hidup dengan mengenal pasti peluang yang ada dan berkomunikasi dengan pihak yang dapat menjana idea yang disumbangkan.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Puteri Roslina Abdul Wahid, "Mengapakah Siswazah Menganggur?",Dewan Masyarakat, Julai 2005)

(i) Apakah yang perlu ada pada seseorang untuk berjaya dalam perniagaan?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan punca-punca yang menyebabkan siswazah menganggur?


Jawapan:
Seseorang perlu memiliki kemahiran berkomunikasi jika ingin berjaya dalam perniagaan

Jawapan:
Punca-punca pengangguran di kalangan siswazah:
1. ketidakrelevanan kursus dengan pasaran kerja.
2. memilih kerja
3. kelemahan menguasai bahasa terutama Bahasa Inggeris – kemahiran berkomunikasi
4. majikan mengutamakan pengalaman bekerja
5. kurang mahir menguasai teknologi maklumat dan komunikasi
6. kebanjiran pendatang asing韩冰



Soalan 7
Isu : Lapisan ozon

"Ozon merupakan gas yang unik kerana ia merupakan pelindung yang toksik. Lapisan ozon menjadi pelindung permukaan bumi daripada pancaran cahaya ultra ungu. Namun elemen yang terkandung di dalamnya amat berbahaya sekiranya berada di permukaan bumi. Penipisan lapisan ozon boleh memberi kesan kepada kehidupan manusia dan alam semulajadi."
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Kosmik, Oktober 2001)

(i) Apakah kepentingan lapisan ozon kepada kehidupan dan alam sekitar ?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan kesan-kesan penipisan ozon kepada kehidupan manusia dan alam sejagat

Jawapan:
Lapisan ozon melindungi permukaan bumi daripada sinaran ultra ungu yang boleh mengancam kehidupan dan alam sekitar

.
Jawapan:
1. Kesihatan manusia – penyakit barah. Gen-gen dalam kromosom alami mutasi. Jika terdedah lama akan menyebabkan katarak mata
2. Pemanasan global – beri kesan rumah hijau. Haba yang diserap sampai ke bumi tidak semuanya dibalikkan semula ke atmosfera kerana CFC pantulkan haba kembali ke bumi.
3. Ancaman kepada tumbuhan dan hidupan laut – jejaskan produktiviti tanaman kerana radiasi kurangkan kandungan air dalam tanaman. Jejaskan fotosintesis. Pancaran UV - tumbuhan ambil masa yang lama untuk membesar.韩冰


Soalan 8
Isu : hutan

"Hutan di Malaysia masih terpelihara dan amat penting kepada kehidupan. Pengurusan hutan di seluruh negara boleh dikatakan amat cekap kerana dapat mengekalkan struktur dan keseimbangannya. Segala aktiviti penerokaan hutan secara agresif dapat dielakkan. Hutan perlu dipelihara dan dipulihkan supaya penghuni hutan seperti gajah, harimau dan tumbuh-tumbuhan yang semakin pupus tidak diancam disebabkan pembangunan yang menjejaskan keseimbangan penghuni hutan."
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Majalah Massa, Jun/Julai 2003)

(i) Mengapakah hutan perlu dipulih dan dipelihara?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih dari 50 patah perkataan, huraikan kepentingan memelihara hutan.

Jawapan:
Hutan perlu dipulih dan dipelihara untuk mengekalkan keseimbangan habitat flora dan fauna

Jawapan:
1. Sumber perubatan manusia – akar-akar kayu dijadikan perubatan tradisional.
2. Keseimbangan alam sekitar – suhu lebih rendah 4-6 darjah celcius di hutan. Hutan juga adalah agen pembersih udara melalui proses fotosintesis
3. kawasan tadahan hujan – sumber air utama manusia.
4. habitat hidupan liar – juga adalah sumber makanan kepada haiwan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan