CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 15 Mac 2010

soalan 8

Soalan 8
Berdasarkan petikan yang diberikan sediakan carta yang sesuai untuk memperlihatkan perbandingan haluan eksport dan import daripada jumlah perdagangan Negeri Sabah pada tahun 2005.


Tiada perubahan besar dijangkakan berlaku dalam haluan perdagangan antara Sabah dengan rakan-rakan dagangnya pada tahun 2005. China dan Singapura terus menjadi rakan dagang utama Negeri Sabah. Jepun pula merupakan rakan yang banyak memerlukan kayu balak dari Sabah. Jumlah perdagangan Sabah pada tahun 2005 pula merosot kepada RM7518 juta manakala jumlah import ialah sebanyak RM3001 juta berbanding dengan eksport yang berjumlah RM4517 juta.

China terus menjadi rakan dagang terpenting bagi Sabah dengan jumlah perdagangan sebanyak RM2030 juta atau 27% daripada jumlah perdangangan Sabah. Eksport ke China bertambah kepada RM1083 juta pada tahun 2005. Untuk keseluruhan tahun 2005, jumlah import dari China berkurang kepada RM947 juta.

Saiz perdagangan Sabah dengan Jepun meningkat dengan pesatnya kepada RM2080 juta pada tahun 2005. Eksport ke Jepun juga meningkat dengan pesatnya kepada RM1201 juta pada tahun 2005. Sebaliknya pertumbuhan import turun kepada 2.1%, iaitu RM879 juta pada tahun 2005 dan dengan itu menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM322 juta.

Perdagangan antara Sabah dengan Amerika Syarikat bersifat sehala sahaja. Sabah hanya mengimport barangan dari Amerika Syarikat pada tahun 2005 yang berjumlah RM197 juta.

Singapura merupakan rakan dagang tradisi Sabah. Perdagangan dengan Singapura berkembang dengan pesatnya dari setahun ke setahun. Bagi tahun 2005, jumlah dagangan Sabah dengan Singapura meningkat kepada RM1071 juta. Jumlah eksport ialah sebanyak RM791 juta manakala jumlah import ialah sebanyak RM280 juta sahaja.

Perdagangan Sabah dengan rakan dagang yang lain dijangka akan berkembang dengan kadar yang lebih perlahan pada tahun 2005. Jumlah eksport ke negara-negara lain meningkat kepada RM1442 juta pada tahun 2005. Nilai import dari negara-negara lain meningkat kepada RM698 juta. Sabah mencatatkan lebihan dagangan sebanyak RM1516 juta pada tahun 2005.



(Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi

Malaysia 2005/2006, Kementerian Kewangan Malaysia).

SKEMA Soalan 8: CARTA PAI BERBANDING

Tiada ulasan:

Catat Ulasan