CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Sabtu, 23 Oktober 2010

persaraan pengetua SMK FBK
























sejarah wajib lulus spm 2013

Sejarah subjek wajib lulus SPM mulai 2013


2010/10/23
KUALA LUMPUR: Sejarah akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.

Perkara ini diumumkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

Berita Harian 23 Okt 2010

Rabu, 20 Oktober 2010

Ahad, 17 Oktober 2010

skema BM 1 PMR .... mungkin

Jawapan Pmr 2010
rasa-rasanya .........

.
1. A
2. C
3. C
4. D
5. A
6. D
7. C
8. B
9. B
10. D
11. B
12. C
13. D
14. B
15. D
16. C
17. B
18. B
19. C
20. B
21. B
22. A
23. A
24. D
25. B
26. D
27. C
28. A
29. A
30. D
31. A
32. D
33. A
34. C
35. D
36. C
37. C
38. B
39. A
40. D

Isnin, 11 Oktober 2010

kemalangan maut... takziah


12 maut tragedi lebuh raya

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL, FARABI SYED SHEIKH AL-JABRI, RIZANIZAM HAMID dan NORAZLIZA ISMAIL
pengarang@utusan.com.my



Salah sebuah kereta remuk setelah dihempap oleh bas ekspres dalam nahas ngeri di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.

Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.

Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.

Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.

Sehingga pukul 11 malam ini, pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa termasuk penumpang bas dan kenderaan yang dihempap oleh bas itu.

Difahamkan, mangsa yang maut adalah pemandu bas dan penumpang serta penumpang dua buah kereta yang terhimpit dihempap bas tersebut.

Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, Dr. Jaafar Che Mat pada sidang akhbar lewat malam ini memaklumkan, pihaknya menerima 24 orang mangsa yang cedera terdiri daripada lapan lelaki dan 16 wanita, kesemuanya dewasa.

Katanya, seorang daripada mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Menurut beliau, kesemua mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat, manakala mereka yang cedera menerima rawatan di HTJ.

Antara yang dilihat menerima rawatan termasuk seorang pelancong warga Jepun.

Berikutan kemalangan itu, pihak polis telah menutup laluan masuk ke lebuh raya arah selatan di Plaza Tol Pedas, Linggi di Rembau.

Kebanyakan kenderaan yang memasuki lebuh raya dinasihatkan oleh Plus Expressways Berhad (PLUS) untuk menggunakan laluan alternatif.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi malam ini mengesahkan kejadian tersebut dan menurutnya, ketika ini, identiti mangsa yang cedera dan meninggal dunia masih belum diketahui.

Operasi menyelamat masih dijalankan oleh pasukan bomba dan penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta bantuan pihak paramedik dari hospital yang berdekatan.

Dalam pada itu, salah seorang penumpang bas Ekspres Delima yang terselamat, Nur Najlaa Aqilah Mohd. Ghazali, 19, berkata, dia tiba-tiba terasa bas yang dinaikinya berpusing lalu menghempap sebuah kereta selepas melambung ke laluan bertentangan.

“Ketika kejadian, saya sedang tidur. Saya tersedar apabila bas itu berpusing dan menghempap kenderaan di laluan bertentangan. Tidak lama kemudian, bas yang kami naiki dirempuh beberapa kenderaan lain termasuk sebuah bas (membawa ahli PBTM),” kata pelajar Universiti Malaya itu yang kini dirawat di HTJ setelah mengalami kecederaan di tangan dan muka.

Difahamkan, bas JKM membawa peserta yang menghadiri Perhimpunan Raksasa PBTM, turut dinaiki Exco Kerajaan Melaka, Datuk Karim Sulaiman. Bagaimanapun, kesemua penumpang bas itu dilaporkan selamat


.....

ulasan

TAKZIAH. BERSABARLAH DENGAN KEADAAN INI

Jumaat, 8 Oktober 2010

skema sejarah pmr 2010

1A 2B 3C 4A 5A 6D 7A 8C 9B 10B 11D 12D 13B 14C 15B 16C 17D 18D 19B 20B 21C 22D 23B 24A 25A 26D 27C 28C 29D 30B 31C 32D 33A 34B 35A 36C 37A 38B 39A 40D 41C 42B 43D 44C 45A 46D 47B 48A 49B 50C 51A 52D 53C 54A 55D 56C 57B 58D 59A 60B



selamat menanda..

Khamis, 7 Oktober 2010

takwim persekolahan 2011

KALENDAR 2011 (termasuk Kelepasan Am dan Cuti Penggal Persekolahan)
SEMESTER PERTAMA

3 JANUARI - 11 MAC 2011 - HARI PERSEKOLAHAN

12 MAC - 20 MAC 2011 - CUTI PERTENGAHAN SEMESTER SATU

21 MAC - 3 JUN 2011 - HARI PERSEKOLAHAN


4 Jun - 19 Jun 2011 - CUTI ANTARA SEMESTER

SEMESTER
DUA

20 JUN - 26 OGOS 2011 - HARI PERSEKOLAHAN

27 OGOS - 4 SEPTEMBER 2011 - CUTI PERTENGAHAN SEMESTER DUA

5 SEPTEMBER - 11 NOVEMBER - HARI PERSEKOLAHAN

12 NOVEMBER 2011 - 1 JANUARI 2012 - CUTI AKHIR TAHUN

Isnin, 4 Oktober 2010

101108

catatan terbaik sehari : 101108

ISU : VANDALISME

Banyak negeri menggunakan isu vandalisme dalam percubaan PMR 2010 .tengoklah bahan ni kalau berguna.

Vandalisme


Vandalisme ialah perbuatan merosakkan harta benda awam oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Rata-ratanya perbuatan ini dilakukan oleh golongan remaja yang terpengaruh dengan budaya `punk’ dan `rock’ dart Barat.

Vandalisme dilakukan oleh beberapa kategori remaja. Pertama, perbuatan vandalisme ini dilakukan oleh mereka yang hanya ingin mengecapi keseronokan berbuat demikian. Mereka mungkin berbuat demikian sekadar untuk menghabiskan masa lapang. Kedua, golongan remaja yang mengalami konflik jiwa yang hebat. Remaja yang hidup keseorangan merasakan dunia ini tidak bermakna. Kesunyian menyebabkan mereka melakukan vandalisme untuk menarik perhatian orang ramai. Ketiga, golongan yang terdiri daripada mereka yang tidak puas hati dengan keadaan diri dan masyarakat. Keempat, golongan remaja yang dilamun cinta. Vandalisme yang dilakukan oleh golongan ini bertumpu di tamantaman, tepi pantai dan tempat rekreasi. Golongan ini dikuasai dorongan emosi diri.


Walaupun perbuatan vandalisme tidak memudaratkan dan membawa kerosakan yang kekal, perbuatan ini mencemarkan tempat tumpuan orang ramai. Bagaimana kalau lakaran lucah dan perkataan yang memberahikan dibaca oleh golongan muda? Ini sudah tentu akan menimbulkan imaginasi dan khayalan seks yang boleh mendorong seseorang melakukan perbuatan jenayah seperti rogol, mencabul kehormatan dan melakukan hubungan seks bebas. Selain itu, belanja yang tinggi diperlukan untuk membersihkan tempat yang telah diconteng. Semua usaha pembersihan dan pemulihan ini memerlukan tenaga yang bukannya sedikit.

Vandalisme juga boleh mencetuskan ketegangan antara kaum. Sekiranya didapati kedai orang Cina diconteng oleh remaja Melayu atau India, berkemungkinan ia akan menimbulkan konflik dan pergaduhan antara kaum. Ini akan menyukarkan lagi usaha mewujud perpaduan kaum dalam masyarakat berbilang kaum dan agama, sekali gus mengancam keselamatan dan kestabilan negara.


Perbuatan vandalisme tidak boleh dibiarkan. Sesetengah pihak tidak mempedulikan perbuatan ini kerana menganggapnya sebagai fenomena sementara yang akan terhenti dengan sendiri. Benarkah begitu? Vandalisme dilakukan secara berterusan daripada satu generasi kepada generasi lain. Kalau perbuatan ini didiamkan begitu sahaja, sudah tentu kita menggalakkan perbuatan vandalisme. Oleh itu, penyelesaian dan jalan keluar perlu dicari seperti menyediakan tempat khas untuk para remaja meluahkan isi hati.


Walaupun selama ini perbuatan vandalisme tidak dianggap sebagai jenayah dan tidak ada peruntukan undang-undang untuk mendenda atau menangkap para pelakunya, remaja yang didapati melakukan vandalisme seharusnya dikenakan hukuman kompaun. Kompaun ini dapat memberi pengajaran kepada mereka yang ingin melakukan vandalisme, setidak-tidaknya mereka akan berfikir dahulu sebelum berbuat demikian.


Kesimpulannya, masyarakat boleh memainkan peranan penting memberi kefahaman betapa buruknya akhlak mereka yang melakukan vandalisme. Misalnya, ibu bapa sebagai orang yang terdekat dengan remaja patut mendidik anak-anak dengan contoh teladan baik serta mengasihi dan meluangkan masa bersama anak-anak agar tidak timbul fenomena kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Pihak sekolah pula boleh menerapkan kesedaran untuk membentuk remaja berjiwa sihat dan berfikiran matang sebelum melangkah ke alam dewasa


Sumber : Tutor Utusan

Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme
i. Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.


ii. Ibu Bapa dan Keluarga

Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.

iii. Pengaruh Media Massa

Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.

iv. Sikap Apati ( tidak peduli), Individualistik dan Materialistik Masyarakat

Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Menurut kajian masalah vandalisme banyak berlaku di bandar. Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.

Langkah-langkah

i. Penguatkuasaan Undang-undang

Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkenaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. (kerja ini dilakukan di tempat awam seperti pusat membeli-belah)Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada rakan-rakan.

ii. Peranan Ibu Bapa dan Keluarga

Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya menganggap harta benda orang lain sama seperti harta sendiri. Secara tidak langsung sekiranya anak sudah diingatkan dengan falsafah ini maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

iii. Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah.

Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah patut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam .Generasi muda perlu diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam. Terangkan kepada pelajar apa perasaan mereka sekiranya beg sekolah mereka diconteng atau dikoyak oleh mereka tidak bertanggungjawab Kesedaran seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pentingnya sikap dan tanggungjawab.

iv. Peranan Media Massa

Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk rancaangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa.
Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen ” Harta Awam Milik Bersama” kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat direalisasikan keberkesanannya.




Kerugian akibat vandalisme
Plus rugi RM13 juta akibat vandalisme


2010/03/25
KUALA LUMPUR: Pemegang konsesi Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) membelanjakan lebih RM13 juta untuk memasang semula peralatan dan kemudahan yang dirosakkan di sepanjang lebuh raya itu tahun lalu.

Ketua Pegawai Operasi Plus Expressways, Nik Airina Nik Jaffar, berkata pada tempoh itu lebih 5,000 kes kerosakan harta dilaporkan di sepanjang lebuh raya berkenaan seperti pagar, kabel tembaga telefon kecemasan, kelengkapan di tandas dan perabot.
"Sungguhpun kita komited dengan perbelanjaan ini untuk keselesaan dan keselamatan pengguna kita, perbelanjaan ini lebih baik digunakan bagi projek menaik taraf kemudahan bagi manfaat semua pengguna," katanya pada taklimat media di sini hari ini.
Beliau berkata, Plus komited untuk membanteras aktiviti merosakkan harta awam supaya pengguna lebuh raya boleh menikmati perjalanan yang selesa dan menyenangkan.

"Langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini termasuk meningkatkan pemantauan dan pengawasan serta manjalankan operasi bersama dengan pihak berkuasa serta polis di lebuh raya," katanya.

Plus, katanya, mempunyai lebih 300 anggota PlusRonda dan 60 pasukan intervensi yang bertugas 24 jam untuk mencegah aktiviti merosakkan harta awamnya.

Nik Airina berkata, orang ramai boleh juga memainkan peranan dengan melaporkan aktiviti yang mencurigakan di sepanjang lebuh raya itu dengan menghubungi 24-jam PLUSLine di talian 1800-88-0000.
Lebuh raya itu yang menghubungkan banyak bandar raya dan bandar utama digunakan lebih sejuta kenderaan setiap hari. - Bernama

SELAMAT MENEMPUH PMR 2010

jangan takut berusaha


SEMOGA USAHA KITA SELAMA INI AKAN DIBERKATI OLEH ALLAH

Ahad, 3 Oktober 2010

100 000

100 000 - 4 OKTOBER 2010

soalan percubaan sej stpm 2010 kertas 2

SEJARAH KERTAS 2 PAHANG BAHAGIAN A

1. Jelaskan perubahan peranan Raja pada sebelum & selepas penjajahan British di Tnah Melayu.
2. Bincangkan sistem ekonomi masyarakat Melayu sblum campurtangan British.
3. Terangkan ciri2 Persekutuan tanah Melayu 1948 & eraksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya.
4. Sejauhmanakah perasaan tidak puas hati pembesar Melayu menyebabkan berlaku penentangan di Perak & Pahang pada aaabad ke-19
5. Bncngkan peranan & sumbangan bidang kewartawanan di Tanah Melayu dlm membangkitkan Gerakan Nasionalisme Melayu sebelum perang dunia ke-2.
6. Jelaskan ksan politik,ekonomi & sosial akibat kependudukan Jepun di Tnah Melayu antara tahun 1942-1948.

BAHAGIAN B

7. Bincangkan agama & kepercayaan yg diamalkan oleh masyarakat Thailand Dan Myanmar sebelum kedatangan kuasa2 Barat.
8. Bincangkan Dasar Tutup Pintu yg dijalankan oleh China & Jepun pada awal abad ke 19.
9. Bncangkan tindak balas masyarakat peribumi terhadap kuasa2 asing di rantau Asia Tenggara.
10. Bincangkan kesan2 Perjanjian Kanagawa di Jepun & Perjanjian Bowring di Thailand terhadap negara berkenaan.
11. " Peletusan Dahagi India pd tahun 1857 & Pemberontakan Boxer di China pada tahun 1911 adalah disebabkan perasaan tidak puas hati terhadap Inggeris". jelaskan faktor2 kebangkitan gerakan penentangan tersebut.
12. Sejauhmanakah peranan yg dimainkan oleh golongan intelektual menjadi faktor utam dalam peletusan Revolusi 1911 di China & Revolusi 1932 di Thailand?

NEGERI KEDAH

BAHAGIAN A
1. Bincangkan sistem politik Melayu sebelum campur tangan British.
2. Sejauh manakah masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu mengamalkan ekonomi sara diri sebelum campur tangan British.
3. Bincangkan faktor-faktor tindakbalas golongan pembesar di Perak dan Pahang terhadap pentadbiran British pada penghujung abad ke-19.
4. Huraikan perkembangan sistem pendidikan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu NNMB antara tahun 1874-1941.
5. Jelaskan perubahan-perubahan Perlembagaan Tanah Melayu antara tahun 1946 hingga 1957.
6. Sejauh manakah sentimen antikomunis telah mempengaruhi penggubalan dasar luar Persekutuan Tanah Melayu antara tahun 1957 hingga 1963.

BAHAGIAN B
7. Bincangkan adat masyarakat tempatan di Myanmar dan Vietnam sebelum campur tangan peluasan pengaruh Barat.
8. Bincangkan dasar tutup pintu yang diamalkan di China dan Jepun sehingga pertengahan abad ke-19.
9. Bandingkan proses pengilhakan Barat di India dan Vietnam pada abad ke-19.
10. Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Filipina dan India terhadap kuasa Barat pada abad ke-19.
11. Bandingkan faktor-faktor tercetusnya Revolusi China dan Revolusi Siam pada awal abad ke-20.
12. Bagaimanakah pendudukan Jepun telah membangkitkan semangat nasionalisme di Indonesia dan Myanmar pada pertengahan abad ke-20.

JOHOR

BAHAGIAN A
1. . Huraikan bagaimana kuasa raja-raja diperkukuhkan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem politik Melayu sebelum campur tangan Barat.
2. Bincangkan kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum campur tangan British.
3. Sejauh manakah perasaan tidak puas hati pembesar menyebabkan berlakunya penentangan di Perak dan Pahang pada abad ke-19.
4. Jelaskan sebab-sebab penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896.
5. Huraikan langkah-langkah ke arah kemerdekaan Tanah Melayu 1957.
6. Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan persekutuan bagi mencapai matlamat perpaduan kaum di Malaysia melalui pendidikan dalam tempoh antara tahun 1956 hingga 1963.

BAHAGIAN B
7. Bandingkan sistem adat yang diamalkan dalam masyarakat tradisional di China dan India sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat.
8. Bincangkan dasar pintu tertutup yang diamalkan oleh Siam dan Vietnam pada abad ke-19.
9. Sistem ekonomi di Filipina dan Indonesia pada abad ke 19 merupakan sistem yang menindas peribumi. Bincangkan.
10. Bincangkan dasar pengilhakan kuasa-kuasa Barat di India dan di Indochina pada abad ke-19.
11. Huraikan sumbangan Raja Chulalongkorn dan Maharaja Meiji dalam pemodenan negara masing-masing dari tahun 1868 hingga 1910.
12. Bandingkan dasar luar India dengan dasar luar Vietnam selepas kedua-dua negara mencapai kemerdekaan

PERAK

BAHAGIAN A Jawab dua soalan sahaja
1. Bincangkan peranan golongan pemerintah dalam institusi pemerintahan di negeri-negeri Melayu sebelum campurtangan British.
2. Bincangkan kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum campurtangan British
3. Huraikan tindak balas masyarakat Melayu terhadap pentadbiran British di Perak dan Pahang pada akhir abad ke 19 .
4. Jelaskan implikasi penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 sepanjang abad ke 19.
5. Huraikan langkah-langkah ke arah kemerdekaan di Tanah Melayu dari tahun 1949 hingga tahun 1957.
6. Huraikan sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hungga tahun 1963.

BAHAGIAN B
7. Bincangkan hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat China dan di India sebelum kedatangan Barat.
8. Bincangkan dasar tutup pintu yang dijalankan oleh China dan Jepun pada awal abad ke 19.
9. Bincangkan kesan-kesan Perjanjian Yandabo di Burma 1828 dan Perjanjian Nangking di China 1842.
10. Bincangkan dasar pengilhakan kuasa Barat di India dan di Indo China pada abad ke 19.
11. Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada meletusnya Revolusi China pada tahun 1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932.
12. Huraikan perkembangan ekonomi di Negara Filipina dan Indonesia selepas mencapai kemerdekaan

PERLIS

Bahagian A
1. Bincangkan sistem politik masyarakat Melayu tradisional sebelum campur tangan British.
2. Jelaskan peristiwa2 penting yg berlaku di Perak dan Selangor yg membawa kpd campur tangan British pd tahun 1874.
3. Huraikan faktor2 yg mempengaruhi perusahaan getah di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.
4. Bincangkan dasar politik, sosial, dan ekonomi Jepun di Tanah Melayu antara tahun 1942 hingga tahun 1945.
5. Jelaskan faktor2 yg membawa kpd penyertaan Sabah dan Sarawak dlm Persekutuan Malaysia 1963.
6. Huraikan sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963.

Bahagian B

7. Bincangkan adat yg diamalkan oleh masyarakat di China dan India sebelum kedatangan Barat.
8. Bincangkan dasar pengilhakan British di India dan Perancis di IndoChina pd abad ke-19.
9. Bandingkan kesan2 Perjanjian Nanking 1842 di China dan Perjanjian Kanagawa 1854 di Jepun.
10. Huraikan langkah2 pemodenan yg dijalankan oleh Maharaja Meiji 1868-1912 dan Raja Chulalongkorn 1868-1910 di Jepun dan Siam.
11. Bincangkan peranan golongan pelajar dlm Gerakan 4 Mei 1919 di China dan peranan golongan Thakin di Myanmar dari tahun 1936 sehingga Perang Dunia Kedua.
12. Bincangkan faktor2 yg membawa kpd meletusnya Revolusi China 1911 dan Revolusi Siam 1932.

TERENGGANU Bahagian A

1. “Adat Perpatih dan Adat Temenggung yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke-19 mempunyai perbezaan dalam beberapa perkara tertentu”. Berdasarkan pernyataan mi, jelaskan perbezaan yang terciapat dalam kedua-dua adat tersebut.
2. Jelaskan reaksi penduduk pribumi terhadap pemerintahan Syarikat Borneo Utara British di Sabah sehingga tahun 1915.
3. Bincangkan perkembangan sistem pendidikan kolonial di Tanah Melayu hingga tahun 1941.
4. Bincangkan dasar dan kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan tahun 1941 hingga tahun 1945.
5. Mengapakah pada peringkat awal, pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak menolak gagasan Malaysia?
6. Bincangkan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Asia Tenggara ASA, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, dan Komanwel sejak tahun 1957.

Bahagian B

7. Bincangkan struktur dan peranan pembesar di Siam dan Jepun sebelum campur tangan Barat.
8. Bincangkan proses pengilhakan kuasa Barat di India dan Vietnam pada abad ke-19.
9. Bincangkan usaha pemodenan Thailand semasa pemerintahan Raja Chulalongkorn 1868-1910 dan usaha pemodenan Jepun semasa pemerintahan Maharaja Meiji 1868- 1912.
10. Mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand menunjukkan satu aliran berbeza berbanding gerakan nasionalisme negara-negara lain di Asia Tenggara.
11. Bincangkan kejayaan perjuangan Gerakan 4 Mei di China dan Gerakan Thakin di Burma.
12. Bincangkan kejayaan Amerika Syarikat mengukuhkan fahaman demokrasi di Filipina 1935-1946 dan di Jepun 1945-1952.

KELANTAN

BAHAGIAN A
1. Bincangkan hierarki golongan pemerintah di Tanah Melayu sebelum kedatangan British.
2. Sejauh manakah ekonomi di Tanah Melayu bersifat sara diri sebelum kedatangan British
3. Bincangkan penentangan penduduka tempatan terhadap pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara SBBU di Sabah dan Pentadbiran Dinasti Brooke di Sarawak pada abad ke-19
4. Nilaikan kepentingan politik dan ekonomi Perjanjian Persekutuan tahun 1895
5. Kebimbangan terhadap golongan berhaluan kiri Komunis mendorong Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan Gagasan Malaysia tahun 1963. Bincangkan
6. Bincangkan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa tahun 1957 hingga 1963

BAHAGIAN B

7. Huraikan sistem feudal yang diamalkan di negara China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat
8. Huraikan sistem kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat tempatan di China dan Jepun pada abad ke-19
9. Huraikan dasar pengilhakan British di India dan Perancis di Vietnam pada abad ke-19
10. Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Indonesia dan Filipina terhadap kuasa-kuasa Barat pada abad ke-19
11. Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun 1941 hingga 1945 terhadap perkembangan nasionalisme di Indonesia dan Burma
12. Jelaskan pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat SCAP di negara Jepun antara tahun 1945 hingga 1952

SABAH

BAHAGIAN A
1. .Huraikan kedudukan dan peranan raja sebelum kedatangan kuasa Barat di Tanah Melayu . [25]
2. Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. [25]
3. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perusahaan getah di Negeri-negeri Melayu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. [25]
4. Bincangkan peranan kesusasteraan dan akhbar dalam kebangkitan gerakan nasionalisme Melayu. [25]
5. Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya. [25]
6. Bincangkan corak pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia . [25]

BAHAGIAN B

7. Huraikan dasar tutup dan buka pintu yang diamalkan oleh China dan Jepun terhadap kuasa Barat pada abad ke-19. [25]
8. Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Indonesia dan Filipina terhadap pemerintahan kuasa barat di negara masing-masing. [25]
9. Huraikan kesan penghijrahan imigran Cina ke Indonesia dan Filipina sebelum Perang Dunia Kedua. [25]
10. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada meletusnya Revolusi China pada tahun1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932. [25]
11. Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun di Indonesia dan Vietnam semasa Perang Dunia Kedua. [25]
12. Jelaskan pembangunan sosioekonomi negara Myanmar dan Thailand selepas tamat Perang Dunia Kedua sehingga tahun 1963. [25]

SELANGOR

Bahagian A

1. Huraikan perlaksanaan Undang-undang Melaka dan Undang 99 Perak sebelum kedatangan barat .
2. Bincangkan kesan-kesan perlaksanaan Sistem Residen di Negeri-negeri Melayu dari tahun 1874 hingga 1888.
3. Huraikan ciri-ciri utama Sistem Pendidikan Vernakular Melayu dan Inggeris dari tahun 1874 sehingga sebelum Perang Dunia Kedua meletus.
4. Sejauhmanakah ancaman pengganas komunis mempengaruhi gagasan Malaysia pada tahun 1963.
5. Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya.
6. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia selepas merdeka.

Bahagian B

7. Jelaskan sistem perundangan di Asia Tenggara zaman prakolonial pada abad ke 19.
8. Analisis faktor-faktor yang membawa campurtangan asing di Asia Tenggara pada awal abad ke 19.
9. Bincangkan permodenan Jepun semasa pemerintahan Meiji 1868-1912 dan permodenan Thailand semasa pemerintahan Chulalongkorn 1868 -1910 .
10. Huraikan perbezaan gerakan nasionalisme Thailand dengan gerakan nasionalisme di Indonesia.
11. Huraikan faktor-faktor yang mencetuskan Revolusi 1911 di China dan revolusi 1032 di Siam.
12. Bincangkan usaha-usaha pembangunan ekonomi dan sosial di China dan jepun selepas Perang Dunia Kedua.