CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 15 Mac 2010

ciri graf garisan komponen

Ciri-ciri pembinaan graf garisan komponen

• Pemilihan skala yang bersesuaian mengikut nilai yang diberi.
• Setiap pembolehubah diplotkan secara menegak dan selari mengikut masa dan tempat yang sama.
• Garisan permulaan menyentuh paksi menegak sebelah kiri dan garisan akhir menyentuh satu garis tegak yang membatasi setiap komponen garis disebelah kanan.
• Garisan paksi yang dibina haruslah lebih tebal daripada garis-garis yang lain.
• Titik- titik yang ditandakan hendaklah disambung sehingga membentuk garisan yang berlapis.
• Warnakan setiap lapisan tersebut dengan warna yang berbeza. Gunakan ton warna yang lebih gelap di bahagian bawah. Ini kerana untuk menampakkan kejelasan media yang dibina.
• Elakkan sebarang penulisan angka di dalam komponen atau pada garisan yang dibina.
Selepas membina sesuatu media, pelajar-pelajar perlu memastikan perkara penting yang harus ada di dalam media. Antaranya :
1. Tajuk yang lengkap (lokasi, perkara dan tempoh )
2. Pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lengkap serta unit atau peratus yang
betul.
3. Perlu ada skala .
4. Petunjuk yang lengkap di bahagian bawah dan kiri media.
5. Sumber dari mana maklumat petikan itu di ambil dan ditulis di bahagian
kanan dan bawah media..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan