CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 15 Mac 2010

soalan 7

Soalan 7
Berdasarkan petikan di bawah ini, sediakan graf garisan yang sesuai untuk menunjukkan pendapatan eksport mengikut pelbagai komoditi antara tahun 2000 – 2003.

Eksport komoditi masih berperanan penting dalam pendapatan eksport negara. Sungguhpun saiz pendapatan eksport komoditi jauh lebih kecil berbanding eksport barang-barang perkilangan, namun kedudukan pendapatan eksport komoditi tidak boleh diketepikan. Antara tahun 2000 hingga 2003, pendapatan eksport komoditi terus bertambah daripada RM41,111 juta kepada RM47,037 juta. Sungguhpun pada tahun 2001, pendapatan eksport komoditi jatuh kepada RM36,864 juta, namun pada tahun berikutnya amaun tersebut meningkat sebanyak RM4,426 juta kepada RM41,290 juta.

Antara komoditi penting dalam eksport Malaysia ialah petroleum mentah. Pada tahun 2000, pendapatan eksport bahan ini berjumlah RM14,245 juta, tetapi mencatat kejatuhan sebanyak RM3,085 juta menjadi RM11,160 juta. Pada tahun-tahun berikutnya, amaun pendapatan eksport petroleum mentah terus bertambah kepada RM11,597 juta dan RM13,104 juta. Dalam tempoh dua tahun, iaitu 2002 hingga 2003, saiz pendapatan komoditi ini meningkat sebanyak RM1,507 juta. Pertambahan besar ini adalah berikutan peningkatan harga petroleum mentah di pasaran.

Eksport minyak kelapa sawit pula menyumbang sebanyak RM9,948 juta pada tahun 2000. Menjelang tahun 2001, saiz pendapatan komoditi ini bertambah sebanyak RM640 juta menjadi RM10,588 juta. Pendapatan minyak kelapa sawit terus bertambah kepada RM15,054 juta dan RM16,770 juta pada tahun 2002 dan 2003. Manakala pendapatan eksport getah pula sebanyak RM2,571 juta pada tahun 2000. Angka ini meningkat kepada RM2,941 juta pada tahun 2003, berbanding RM2,492 juta pada tahun 2002. Pada tahun 2001, eksport getah mencatat saiz pendapatan yang paling sedikit, iaitu RM1,886 juta.

Pendapatan eksport kayu balak dan bijih timah mencatat angka lebih kecil. Pada tahun 2000, eksport kayu balak menyumbang RM2,489 juta dan bijih timah pula sebanyak RM435 juta. Pada tahun 2001, pendapatan eksport kayu balak merosot kepada RM1,650 juta, tetapi bertambah kepada RM1,790 juta pada tahun 2002. Pendapatan eksport komoditi ini terus bertambah menjadi RM1,867 juta pada tahun 2003. Dalam tempoh ini, saiz pendapatan bijih timah pula mencatat RM461 juta, RM425 juta dan RM202 juta. Antara tahun 2001 hingga 2003, pendapatan bijih timah merosot sebanyak RM259 juta.

Akhir sekali, pendapatan eksport gas asli cecair menjadi komponen yang semakin penting. Pada tahun 2000, komoditi ini menyumbang RM11,423 juta, tetapi merosot sedikit kepada RM11,119 juta pada tahun berikutnya. Pada tahun 2002, amaun pendapatan komoditi ini terus merosot sebanyak RM1,187 juta berbanding tahun 2001. Walau bagaimanapun, pada tahun 2003, jumlah pendapatan gas asli cecair meningkat sebanyak RM2,221 juta menjadi RM12,153 juta. Antara tahun 2000 hingga 2003, saiz pendapatan gas asli cecair meningkat sebanyak RM730 juta atau 6.4 peratus. Pertambahan pendapatan eksport bahan ini sebahagian besar dipengaruhi oleh peningkatan pendapatan dari negara luar.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Ekonomi, 2003/2004)

JAWAPAN: Soalan 7 GRAF GARIS KOMPONEN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan