Televisyen Satelit
Saluran Televisyen Satelit telah diperkenalkan di Malaysia memberi impak sosial dan menggugat budaya tempatan. Kerajaan perlu melaksanakan kaedah yang praktikal untuk menangani cabaran saluran tersebut.
Bincangkan.
Pengenalan:
Televisyen Satelit semakin popular seperti saluran ASTRO di Malaysia. Pelbagai rancangan menarik disajikan kepada penonton dan pada masa yang sama langkah-langkah pengawalan perlu dilaksanakan bagi membendung kesan negatif.
A. Kesan-kesan:
1. hilang jati diri
- Penampilan unsur negatif seperti pakaian dan gaya hidup akan merosak budaya dan amalan hidup rakyat tempatan
- Budaya yang meruntuhkan sistem sosial dan institusi keluarga di barat seperti hedonisme, hip hop, punk dianuti oleh remaja. – contoh budaya hedonisme seperti hip hop, punk telah mempengaruhi remaja tempata sehingga muncul kumpulan Black Metal
- Merosakkan pemikiran dan jiwa penonton
2. peningkatan jenayah sosial
- memaparkan amalan yang bertentangan dengan budaya hidup tempatan seperti pergaduhan dan pembunuhan, rompakan dan seks.- merosakkan pemikiran dan akhlak golongan remaja - menjadi bahan ikut-ikutan remaja.
- pengaruh media - cerita ganas dan seks
3. hubungan kekeluargaan terjejas
- rancangan disiarkan selama 24 jam – orang ramai menghabiskan masa menonton,
- kanak-kanak tidak menghiraukan hubungan keluarga – kurang berkomunikasi dengan ibu bapa - tidak minat mengunjungi saudara mara – hilang budaya dan amalan gotong royong dan kunjung mengunjung – wujud sikap individualistik
B. Langkah-langkah:
1. kaji semula dasar langit terbuka
- kerajaan menguatkuasa akta penyiaran tempatan – panduan penapisan filem dipinda sesuai dengan agenda penyiaran tempat iaitu menyalurkan maklumat kepada rakyat - ada unsur obligasi sosial
- Mengadakan garis panduan yang boleh menghalang penyiaran rancangan asing yang keterlaluan.
[size="3"]2. memantapkan penghayatan agama dan moral
- Mewujudkan mekanisme ketahanan diri dengan menjadikan agama sebagai asas pembangunan akidah yang mantap dalam usaha menapis dan menghalang ancaman budaya asing yang bertali arus.
- Rakyat dididik dengan cara yang betul menggunakan segala kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi( TMK )
Kesimpulan:
Saluran Televisyen Satelit menambahkan pilihan saluran komunikasi masyarakat di Malaysia. Namun, kewujudannya perlu dikawal bagi membendung kesan-kesan negatif daripada berleluasa.
skema : 2 kesan + 2 langkah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan