CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 15 Mac 2010

pengajian am bhg D

Contoh soalan:

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, dan import serta harga petroleum mentah Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2006.
Tempat : Malaysia
Perkara : kuantiti pengeluaran, eksport dan import serta harga petroleum mentah.
Tempoh : tahun 2001 hingga 2006

gabungkan untuk dapatkan tajuk!
Tajuk :
Malaysia : Kuantiti Pengeluaran, Eksport dan Import serta Harga Petroleum Mentah dari Tahun 2001 hingga 2006.
*tajuk ditulis dalam bentuk Title Case! maksudnya hanya huruf pertama huruf besar kecuali untuk kata sendi.
*ditulis di atas dan tengah kertas graf.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN

1. Mengenal pasti kehendak soalan
Para calon harus membaca tajuk dengan teliti. Ini kerana tajuk berkenaan akan
menerangkan tujuan petikan dan jenis media yang dikehendaki soalan. Berdasarkan petikan diberikan graf yang sesuai adalah graf garisan komponen. Ini adalah kerana terdapatnya perkataan jumlah dan amaun.

2. Pemahaman Soalan
Keseluruhan petikan dibaca bagi mendapatkan gambaran keseluruhan dan kenal pasti
tujuan petikan tersebut. Para calon hendaklah kenal pasti pemboleh ubah pemboleh
ubah yang terlibat dengan menandakan atau menggaris tiap-tiap pemboleh ubah tersebut.

3. Membuat penganalisaan
Setelah butiran dikenal pasti dikaitkan dengan pemboleh ubah yang diberi, kiraan perlu dibuat bagi mendapatkan nilai peratusan ,bezaan nilai mutlak atau peratusan dan jumlah yang diberikan di dalam petikan.

- sekiranya petikan menyatakan " bertambah sebanyak" (diberikan dalam nilai mutlak atau peratusan) ini bermakna bezaan data bagi dua tahun yang dibandingkan, iaitu dari tahun sebelum dengan tahun berikutnya.

- Jika dua sektor dibuat perbandingan, para calon boleh mendapatkan nilai mutlak pada tahun berikutnya dengan menambahkan bezaan tadi dengan nilai yang diberikan sebelumnya.

- Jika kenyataan " berkurang sebanyak" maka nilai bezaan ditolak daripada nilai yang diberi pada tahun sebelumnya.

- Seandainya kenyataan " bertambah, berkurang kepada atau menjadi" pada sesuatu tahun, maka nilai tersebut diambil untuk tahun berkenaan.

- Jika data tidak diketahui pada sesuatu pemboleh ubah tetapi berdasarkan kepada jumlah yang diberi, calon-calon boleh menolakkan jumlah bagi semua nilai pembolehubah yang diketahui daripada jumlah keseluruhannya bagi sesuatu pemboleh ubah yang berkenaan.

4.Penentuan Media.
Calon-calon tidak boleh membuat media yang berlainan daripada yang dikehendaki oleh soalan. Calon-calon boleh menentukan media yang difikirkan paling sesuai dengan data atau maklumat yang terkandung di dalam petikan.

5. Membina media.
Jadual harus di sediakan . Para calon harus merancang bilangan baris dan lajur yang sesuai. Segala butiran, pemboleh ubah, nilai-nilai serta unit dimuatkan di dalam ruang-ruang yang sesuai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan