CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 30 April 2012

contoh hasil kajian--- bahulu Nur Fatihatul Namirah



 
HASIL KAJIAN

A. Maklumat asas produk
i) Nama Produk
Produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah makanan tradisional iaitu bahulu. Pengusaha ini mengeluarkan Bahulu Cermai. Berikut merupakan contoh bahan yang dihasilkan oleh pengusaha ini.
 
ii) Kategori
Produk tempatan yang dikaji ialah makanan tradisional iaitu Bahulu.

iii) Nama Pengusaha
Produk makanan tradisinal bahulu ini telah diusahakan oleh Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris. Beliau menubuhkan perusahaan makanan tradisional bahulu ini mulai tahun 2007 sehingga sekarang.Puan Hjh. Khatijah merupakan pemilik tunggal perusahaan makanan tradisional bahulu ini.

iv) Lokasi
Tempat kajian yang dilakukan oleh penulis beralamat di Nombor 200, Felcra Bukit Kepong 84030, Labis, Johor. Ianya terletak kira-kira 85 kilometer daripada bandar Labis . Lokasi tempat kajian ini boleh dikatakan berada di luar bandar.Di bawah ialah lakaran peta ke lokasi tempat kajian.
 
B. Latar Belakang
i) Sejarah Kewujudan
Pada mulanya kerja mengeluarkan bahulu ini dilakukan oleh pengusaha sebagai aktiviti pada masa lapang dan dibuat di belakang rumah.   Perusahaan ini dilakukan oleh Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris bersama suaminya iaitu Encik Muhd Muharam bin Sujak. Bahulu yang dikeluarkan dalam skala kecil sahaja iaitu dijual di pasar malam dan permintaan daripada penduduk kampung. Selepas itu,dalam beberapa jangka masa , sambutan daripada pelanggan beliau agak menggalakkan dan dihantar di merata tempat.

ii) Punca dan Jumlah Modal
Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris mendapat modal daripada Jabatan Pertanian Muar pada tahun 2007. Beliau juga menerima bantuan barang seperti ketuhar, meja dan juga bangunan untuk menghasilkan produk beliau. Bantuan yang beliau terima dalam anggaran RM 30,000

iii) Pendaftaran Perniagaan
Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris telah memulakan perniagaan ini pada 25 Januari 2011. Perusahaan ini dijalankan di alamat No 200, Felcra Bukit Kepong, 85300, Labis. Nombor pendaftaran beliau ialah XXXXX

iv) Tujuan / Kepentingan Produk
Bahulu ini dijual oleh Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris di beberapa kawasan di sekitar daerah Muar dan juga beberapa pasar raya di bandar Segamat seperti di Pasaraya KipMart dan Nirwana. Beliau juga menjual produk beliau di Hospital Segamat. Pegusaha membekalkan bahulu ini dalam jumlah 150 bungkus seminggu. Satu bungkus bahulu dijual dengan harga RM 16.00. Selain itu, beliau juga menghantar produk beliau di kedai-kedai runcit di Felcra Bukit Kepong  dalam kuantiti yang kecil iaitu antara 60 hingga 70 bungkus. Terdapat juga permintaan daripada penduduk setempat yang membuat pesanan dalam bentuk pek besar untuk majlis perkahwinan. Biasanya ia dijadiakan sebagai cenderamata semasa majlis perkahwinan.


C. Kaedah / Cara Penghasilan

i. Tenaga Pekerja
Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris menjalankan perniagaan ini bersama suaminya iaitu Encik Mohd Muharam bun Sujak. Beliau tidak mempunyai tenaga pekerja yang lain. Biasanya mereka bekerja daripada pukul 9 pagi sehinggalah pukul 6 petang. Mereka juga bekerja tidak mengikut masa. Mereka juga bekerja mengikut permintaan pelanggan  produk mereka.

ii) Senarai Bahan Yang Digunakan
Pengusaha perlu menyediakan beberapa barangan mengikut kuantiti yang berikut untuk satu adunan :
Gula - 2 kilo setengah
Tepung  - 2 kilo setengah
Ising – 1 camca
Telur – 54 biji
 
iii) Senarai Peralatan
Bagi menghasilkan produk di atas, pengusaha ini memerlukan peralatan seperti di bawah :
 
Pemanas tepung                                               Mesin pemukul telur
                      Acuan bahulu                                                            Ketuhar

 
iv) Proses Kerja / Peringkat Penghasilan Barang
Bagi menghasilkan kuih bahulu ini, pertama sekali telur perlulah dibasuh sehingga bersih. Hal ini demikian telur yang dibeli di kedai atau pasar raya kadang-kadang masih terdapat kekotoran pada lapisan luar telur itu terutama najis ayam dan bulunya. Keadaan ini akan menjejaskan tahap kebersihan bagi proses pembuatan makanan. Selepas itu telur akan dipecahkan sebiji-sebiji  dan telur tersebut perlulah dipukul atau digoncang menggunakan peralatan tertentu sehingga kembang dan pekat bersama gula. Tepung pula perlulah diayak dahulu menggunakan mesin khas. Seterusnya, campurkan kesemua bahan tersebut. Kacau acuan tersebut dalam beberapa minit. Sementara itu, ketuhar hendaklah dipanaskan terlebih dahulu. Apabila ketuhar telah panas, letakkan sedikit minyak di dalam pencetak kuih supaya adunan tidak melekat. Kemudian, masukkan acuan tersebut ke dalam pencetak dan bakar di dalam ketuhar selama 10 minit.
Selepas 10 minit bekas bahulu tersebut bolehlah dikeluarkan daripada ketuhar. Bagi mengeluarkan bahulu daripada bekasnya kita hanya memerlukan sebatang lidi yang bersih. Lidi ini digunakan kerana ia mamudahkan kerja tersebut dan tidak menyebabkan bahulu rosak .

D. Perkembangan Produk
i) Kemajuan yang Dicapai
Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris pada awalnya hanya membuat bahulu ini apabila ada tempahan saja daripada kawan-kawannya. Beliau juga pada awalnya hanya menghantar produk beliau di kedai runcit di Felcra Bukit Kepong sahaja dalam kuantiti yang sedikit. Selepas itu, sambutan agak menggalakkan dan beliau menerima tempahan daripada pelbagai pihak dan menerima tempahan untuk majlis perkahwinan. Produk beliau juga dihantar di merata tempat seperti di kawasan Muar dan Segamat dengan kuantiti yang besar dan banyak. Produk beliau juga boleh didapati di pasaraya besar di Segamat dan Muar. Dengan jumlah jualan yang mula bertambah menyebabkan pendapatan bulanan beliau semakin bertambah dan mampu memperbesarkan lagi perusahaan beliau.

*ii) Cabaran / Masalah yang Dihadapi
Antara masalah yang dihadapi oleh pengusaha ialah bahan-bahan yang diperlukan seperti masalah harga telur yang mula meningkat. Dengan telur sebagai bahan utama , pengusaha tidak boleh mengurangkan jumlah telur bagi mengurangkan kos pembuatan bahulu tersebut. Jika telur dikurangkan ia akan menyebabkan mutu bahulu yang dihasilkan akan menjadi kurang . Contohnya kegebuan dan warna bahulu tersebut.

iii) Potensi Produk
Produk makanan tradisional kuih bahulu keluaran Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris sangat berpotensi untuk dimajukan dan dikembangkan. Antara faktornya adalah, beliau sering mendapat permintaan yang memberangsangkan. Lebih-lebih lagi apabila tiba musim perkahwinan.

iv) Perancangan Masa Hadapan
Puan Hjh. Khatijah bt hj. Idris dan suami beliau, Encik Muhammad Muharam bin Sujak, bercadang untuk meluaskan lagi produk mereka di merata tempat. Selain itu, mereka juga ingin memperbesarkan perusahaan mereka ini dan lebih dikenali. Mereka juga berhasrat untuk mendapatkan sijil halal daripada pihak JAKIM supaya produk mereka betul-betul dijamin halal dan tiada keraguan bagi pembeli untuk membeli.

Ahad, 22 April 2012

Contoh Hasil Kajian Kerja Kursus Sejarah 2012


Cara tulis hasil kajian

  1. Tajuk kajian

Perusahaan Makanan – Kerepek Pisang

  1. Senarai kandungan

Bil
Perkara
1
Tajuk kajian
2
Senarai kandungan
3
Penghargaan
4
Objektif kajian
5
Kaedah kajian
6
Hasil kajian
6.1. maklumat asas produk
6.2. latar belakang
6.3.kaedah / cara penghasilan
6.4. perkembangan produk

7
Rumusan
8
Lampiran
9
Rujukan



  1. Penghargaan

Syukur saya kehadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Sejarah pada kali ini yang bertajuk Produk Kerepek Pisang. Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu Encik Mohamad Bin Ali kerana telah membantu saya dalam penyediaan kerja kursus ini. Hasil tunjuk ajar beliau sepanjang penyediaan kerja kursus ini merupakan hasil komitmen yang jitu daripada beliau.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Abu Bin Isnin dan Puan Aminah Bt Talib yang memberi kebenaran kepada saya dalam usaha menyudahkan kerja kursus ini.
Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada rakan saya Rabu Bin Harun dan Khamis Bin Syawal kerana turut sama menyumbang tenaga dan masa kepada saya dalam proses melaksanakan kerja kursus ini.  Sekian terima kasih.



  1. Objektif kajian
1.      Mengkaji dan meneliti peranan pengeluaran produk makanan tempatan di negara kita.
2.      Meneliti kaedah , cara kajian lapangan dijalankan terutama daripada segi prosedur dan langkah
3.      Menentukan faedah produk makanan tempatan di negara ini daripada segi ekonomi dan sosial.
4.      Menyenaraikan jangkaan masa depan dan permasalahan produk keluaran tempatan di negara kita.

  1. Kaedah kajian


Terdapat 4 kaedah kajian yang saya lakukan bagi memenuhi keperluan melaksanakan Kerja Kursus Sejarah 2012 . Maklumat adalah seperti di bawah.

1.                  Kaedah kajian membaca buku ilmiah. Saya merujuk beberapa buku di perpustakaan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.
2.                  Kaedah mengakses internet saya gunakan bagi mengetahui perkara berkaiatan dengan tajuk kajian dengan lebih mendalam .
3.                  Kaedah Melawat Tempat Kajian saya praktikkan bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan hurian kajian kerja kursus ini.Saya melawat tempat kajian pada 2 Mac 2012 pada pukul 2.30 petang di lokasi XXXX.
4.                  Kaedah seterusnya ialah dengan merujuk tajuk kajian pada akhbar dan majalah .

  1. Hasil kajian

    1. maklumat asas produk tempatan

  i.    nama produk

Produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah kerepek pisang. Pengusaha ini mengeluarkan pisang tanduk ,kapok , berangan , nipah dan pisang lang.
- masukkan gambar barangan yang telah dipacking
-         contoh barang keluaran lain ( kalau ada )

 ii.    kategori 

Produk tempatan yang dikaji ialah makanan ringan  iaitu kerepek pisang.

iii.    nama pengusaha / syarikat / status hak milik

Produk kerepek pisang ini telah diusahakan oleh Encik A bin B. Beliau telah menubuhkan syarikat ABC ini  mulai tahun 2000 sehingga sekarang. Encik A Bin B merupakan pemilik tunggal ( tuan punya ) perusahaan kerepek pisang ini.

iv.    Lokasi

Tempat kajian yang dilakukan oleh penulis beralamat di Nombor 13 Jalan Selasih , Felcra Bukit Kepong Muar. Ianya terletak kira-kira 85 kilometer daripada bandar Muar . Lokasi tempat kajian ini bolehlah dikatakan berada di luar bandar.

- buat peta dari jalan utama menunju ke tempat kajian – ringkas sahaja/ jadikan lampiran. Letakkan petujuk sekali / nama jalan / kawasan sekeliling/ macam peta orang kerja kahwin tu tapi detail sikit .

    1. latar belakang
  i.    sejarah kewujudan

(penerangan saya -  bila produk ini dimulakan pengeluarannya. Siapa yang terlibat , berapa banyak pengeluaran , di mana ia dijalankan )

Perusahaan kerepek pisang ini telah dimulakan secara kecil-kecilan pada tahun 1990. Ianya dilakukan oleh Encik A Bin B bersama isterinya iaitu Puan C Bt D. Kerepek yang dikeluarkan pada skala kecil sahaja iaitu dijual di pasar malam dan permintaan daripada penduduk kampung.
-         kalau ada gambar lama – scan / print/ untuk tunjukkan perbezaan dahulu dan sekarang

 ii.    punca dan jumlah modal – sama ada persendirian / berkongsi / hasil bantuan atau pinjaman
- ( penerangan saya - bagaimana pengusaha memulakan perusahaannya / adakah dengan menggunakan duit bank/ pinjaman / pinjaman daripada saudara mara / ambil alih daripada orang lain atau warisan keluarga / meneruskan legasi

Contoh - Pada awal pengeluaran kerepek pisang , Encik A bin B menggunakan wang simpanannya di bank bagi memulakan perniagaan dan pengeluaran kerepek pisang.
Sekitar tahun 2008 beliau telah mendapatkan pinjaman daripada bank pertanian sebanyak RM 10 000 untuk membeli mesin yang lebih baik dan dapur. Beliau juga menggunakan wang tersebut untuk membeli beberapa peralatan baru seperti xxxxxx.
Pihak Jabatan Pertanian juga ada memberikan bantuan daripada segi xxx.
Pihak Fama dan Mardi membantu beliau dengan cara XXXX.

iii.    pendaftaran perniagaan / lesen perniagaan

-         phostostat lesen pengusaha- jadikan lampiran
-         kalau dia tak bagi – ambil gambar sahaja
-         kalau tak ada lesen – tuliskan pengusaha ini tidak memiliki lesen perniagaan
-         lihat tarikh mulakan perniagaan / lesen diperolehi
-         nama dan alamat lokasi perusahaan boleh ambil di sini.

iv.    tujuan / kepentingan produk

-         ( penerangan saya ) kenapa produk dijual
-         kepentingan produk – memenuhi keperluan setempat/ tempatan / permintaan orang ramai / penuhi permintaan kedai runcit / untuk majlis perkahwinan/ tempahan taman perumahan / syarikat pemaju/ kilang

Contoh huraian
Kerepek pisang jenama Kerepek Felcra ini dijual oleh pengusahanya di beberapa kawasan di sekitar pekan Labis dan beberapa pasar raya di bandar Segamat iaitu seperti Giant, Kip Mart dan Nirwana. Pengusaha membekalkan kerepek ini dalam jumlah 100 bungkus seminggu. Setiap pek ini beratnya ialah kira-kira 400 gram dan dijual dengan harga RM 4.00.
Beberapa kedai runcit juga ada menempah kerepek ini tetapi dalam jumlah pesanan yang agak sedikit iaitu kira-kira 40 peket sebulan. Terdapat juga permintaan daripada penduduk setempat yang membuat pesanan dalam bentuk pek besar untuk majlis perkahwinan. Biasanya ia dijadikan cendera mata semasa majlis perkawinan.
( kalau ada masukkan gambar packing kecil / besar )

    1. kaedah / cara penghasilan

  i.    tenaga kerja
-         berapa tenaga kerja diperlukan
-         adakah bergaji- nyatakan jumlah gaji secara mudah ( antara RM 600 ke RM 900 )
-         bilangan pekerja/ umur / jantina
-         sumber pekerja dari mana( penduduk tempatan )
-         kemahiran yang ada pada pekerja
-         kalau rajin buat senarai nama pekerja / umur / 3hn pengalaman berapa tahun bekerja
-         pekerja sepenuh masa / separuh masa
contoh
- Encik A bin B menggajikan kira-kira 3 orang pekerja bagi membantu dalam  penghasilan kerepek pisang beliau. Pekerja ini digajikan bagi membantu kerja –kerja pengeluaran daripada awal hingga akhir. Pekerja yang dimaksudkan ini datangnya daripada penduduk setempat dan berumur dalam lingkungan 40 hingga ke 50 tahun. Pekerja akan bekerja daripada pukul 8.00 hingga 4.00 petang. Mereka akan berehat pada pukul 12.30 hingga pukul 2.00 petang. Encik A bin B tidak bekerja pada hari Ahad. Pekerja ini boleh dikatakan mahir dalam kesemua proses pengeluaran kerepek pisang kerana ianya tidak memerlukan kemahiran yang tinggi bagi menghasilkannya. Penggunaan mesin hanyalah pada peringkat pemotongan kecil pisang mentah.

 ii.    senarai bahan yang digunakan

-         bahan yang digunakan oleh pengusaha bagi menghasilkan produk.
Contoh

-         Pengusaha perlu menyediakan beberapa barangan mengikut kuantiti yang berikut bagi menyiapkan satu pengeluaran / sehari
-         Pisang tanduk – 50 kg
-         Minyak masak  – 5  kg
-         Garam – 200 gm
-         Kalau rajin ambil gambar bahan/ tuliskan apa bahan itu
-         Kalau tak ada cari kat internet contoh bahan yang digunakan
-         Tak perlu detail

iii.    senarai peralatan
-         bagi menghasilkan produk di atas, pengusaha ini memerlukan peralatan seperti di bawah :
-         Kuali -
-         Tong gas – 1 unit
-         Alat Tapisan – 2 unit
-         Dulang – 10 unit
-         Plastik –
-         Mesin pemotong pisang

-         ambil gambar dengan nama mesin yang berkaitan/ tak perlu semua

iv.    proses kerja / peringkat penghasilan bahan

-         pembuatan barangan keluaran ini memerlukan beberapa proses iaitu
-         aktiviti a
-         aktiviti b
-         aktiviti c
-         aktiviti d
-         buat gambar proses pengeluaran dijalankan
-   sediakan gambar rajah jika perlu bagi setiap peringkat pengeluaran

Bagi menghasilkan kerepek pisang , pisang tanduk yang dibeli akan dibuang kulit luarnya dengan menggunakan pisau biasa. Setelah kulit luar dibuang pisang tersebut akan direndam dengan air untuk membersihkannya. Proses seterusnya ialah memotong pisang nipis-nipis. Seorang pekerja akan memasukkan pisang tersebut ke dalam lubang pada mesin pemotong pisang. Hasilanya akan mengeluarkan satu bentuk hirisan yang standard dan dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Masa yang diambil untuk memotong nipis pisang ini ialah kira-kira setengah jam sahaja. Seterusnya pisang tersebut akan dimasukkan ke dalam kuali yang berisi minyak dan garam . Tujuan  garam diletakkan sedikit demi sedikit di dalam kuali ini ialah bagi menyebatikan rasa garam dengan pisang tersebut. Sukatan garam yang sesuai hendaklah dibuat supaya minyak bercampur  garam tersebut tidak terlalu masin. Jika terlalu masin pelanggan tidak akan membeli kerepek ini lagi. Pada masa ini jumlah garam yang dimasukkan adalah mengikut keperluan dan mengikut sukatan yang seragam.

    1. perkembangan produk
  i.    kemajuan yang dicapai – kapasiti / jumlah pengeluaran / kakitangan / teknologi / keuntungan yang diperoleh

sepanjang beberapa tahun pengeluaran kerepek pisang Encik Ali Bin Abu ini beliau yang bermula dengan cara kecil –kecilan pada masa sekarang telah mengedar dan memasarkan barangan keluarannya dengan lebih meluas. Jumlah tempahan bulanan beliau mula bertambah iaitu kira-kira 500 peket sebulan untuk memenuhi permintaan setempat dan pasar raya. Dengan jumlah jualan yang mula bertambah menyebabkan pendapatan bulanan beliau bertambah dan mampu membesarkan lagi perusahaan beliau.

 ii.    cabaran / masalah yang dihadapi

Anara masalah yang dihadapi oleh pengusaha ialah  beliau pernah berhadapan dengan masalah bekalan pisang yang tidak stabil. Pernah juga beberapa ketika pisang tanduk yang menjadi menu utama pengeluarannya tidak dapat dibekalkan oleh tuan punya kebun pisang. Beliau terpaksa membeli pisang tersebut daripada pembekal yang lain. Ini menyebabkan berlakunya perubahan daripada seri harga  belian pisang. Ini menyebabkan beliau terpaksa menaikkan harga jualan setiap pek kerepek yang dijual. Keadaan ini menyebabkan jumlah permintaan dikurangkan oleh pembeli.
Pengusaha juga berhadapan dengan masalah kenaikan harga minyak masak. Keadaan ini menjejaskan margin keuntungan kerana kos pengeluaran bagi pembelian minyak masak adalah besar.

iii.    potensi produk
Produk kerepek keluaran Encik Ali Bin Abu ini berpotensi untuk dikembangkan . Ianya adalah memandangkan beberapa faktor seperti permintaan yang agak tetap kerana kerepek ini selalu dimakan dan dihidangkan dalam banyak keadaan. Contohnya semasa kenduri kendara , majlis perkahwinan dan sebagainya.

-          
iv.    perancangan masa hadapan

Pada masa akan datang beliau bercadang untuk menambah pengeluaran kerepek pisang daripada segi keluaran dan jaringan pemasaran. Oleh yang demikian beliau ada bercadang untuk mengusahakan kebun pisang di kawasan tempat tinggal beliau dan mungkin menggunakan peraih yang tetap bagi mendapatkan bekalan pisang untuk jangka masa yang panjang.

Beliau juga mungkin mengeluarkan kerepek pisang yang manis , kerepek pisang pedas iaitu mengambilkira daripada barangan berasaskan ubi kayu. Namun begitu perkara ini masih belum dilaksanakan kerana beliau tidak dapat menjangkakan sambutan daripada masyarakat buat masa ini.

  1. rumusan – unsur patriotisme yang diperoleh daripada kajian ini / iktibar kepada diri calon , bangsa dan negara

Kajian yang dilakukan selama kira-kira sebulan ini menemukan saya dengan pelbagai perkara yang baru dan bernilai. Ia mengajar saya tentang tatacara penuh untuk mendapatkan bahan melalui pelbagai kaedah yang dicadangkan .Natijah  kajian yang saya lakukan ini juga menelurkan  beberapa unsur patriotisme yang saya perolehi. Melalui kajian yang saya lakukan , sangat pantas jika kita  berbangga sebagai rakyat Malaysia. Kita harus merasa bersyukur kerana hidup di dalam sesebuah negara yang aman damai yang pesat membangun.


Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada perkembangan dan kemajuan pesat perusahaan ini  adalah kerana nilai-nilai murni yang diamalkan oleh pihak pengurusan yang terdiri daripada  pengusaha  dan juga para pekerja . Di sini lahir pelbagai nilai murni  seperti bersatu padu, bertolak ansur, bekerjasama, hormat menghormati dan sentiasa bermuafakat dalam setiap urusan dan perkara. Sikap mementingkan diri , untuk kepentingan diri dan seperti perumpamaan enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing boleh dikatakan tiada dalam diri setiap daripada mereka . Ia melahirkan satu bentuk perpaduan dan kekitaan yang jitu antara mereka.
Pihak pengurusan yang penuh  bertanggungjawab dalam setiap tindakan juga merupakan antara nilai murni yang dapat diperhatikan sepanjang kajian. Sebagai pengurus beliau yang menjadi orang sumber saya memperlihatkan sikap dan sifat ini dalam setiap tindakan dan langkah yang dilakukan .
Akhirulkalam , Kajian Kerja Kursus Sejarah ini juga telah  menyedarkan saya tentang pentingnya sifat sentiasa berusaha dan tidak mudah putus asa  pada setiap masa sesuai dengan proses pembuatannya yang menuntut kesabaran dan kegigihan.

  1. lampiran
    1. gambar ( proses pengeluaran / barangan keluaran )
    2. peta / lokasi di mana tempat kajian dijalankan/ ringkas sahaja
    3. dokumen – lesen / photostat/ gambar lesen
    4. bahan lain yang berkaitan
  2. rujukan – mengikut format penulisan yang diberi

buku
Nama pengarang,Tahun diterbitkan buku,Tajuk buku, tempat buku diterbitkan , nama penerbit
Contoh
Dr Zambri Yahya, 2000, Melangkah ke Hadapan, Kuala Lumpur, DBP

Jurnal
Nama penulis, Tajuk Tulisan dalam Jurnal ( tajuk besar jurnal ) Bil berapa, Bulan terbit, Tahun terbit
Contoh
Zakaria Abu, “ Majulah Sukan untuk Negara” dalam Jurnal Sukan Malaysia, Bil 7 , April 2010

Ensiklopedia
Tajuk, jilid, tahun terbit

Akhbar
Nama Akhbar, tarikh akhbar( hari bulan tahun ) , halaman

Orang sumber
Nama orang, umur , alamat ( siap poskod ) negeri

Melawat tempat kajian
Nama tempat, alamat tempat ( siap poskod ) negeri

Majalah
Nama majalah, tarikh , tahun

Internet
http//www.geocities.com ( cursor letak kat adress, copy, paste kat sini, enter,( nanti keluar biru )





Khamis, 19 April 2012


RUMUSAN

Kajian yang dilakukan selama kira-kira sebulan ini menemukan saya dengan pelbagai perkara yang baru dan berfaedah. Ia mengajar saya tentang tatacara penuh untuk mendapatkan bahan melalui pelbagai kaedah yang dicadangkan . Melalui kajian yang saya lakukan , sangat sesuai  jika kita  berbangga sebagai rakyat Malaysia. Kita harus merasa bersyukur kerana hidup di dalam sesebuah negara yang aman damai yang pesat membangun.

Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada perkembangan dan kemajuan pesat perusahaan ini  adalah kerana nilai-nilai murni yang diamalkan oleh pihak pengurusan yang terdiri daripada  pengusaha  dan juga para pekerja . Di sini lahir pelbagai nilai murni  seperti bersatu padu, bertolak ansur, bekerjasama, hormat menghormati dan sentiasa bermuafakat dalam setiap urusan dan perkara. Sikap mementingkan diri  seperti perumpamaan enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing boleh dikatakan tiada dalam diri setiap daripada mereka . Ia melahirkan satu bentuk perpaduan dan kekitaan yang jitu antara mereka.

Pihak pengurusan yang memiliki sikap penuh  bertanggungjawab dalam setiap tindakan juga merupakan antara nilai murni yang dapat diperhatikan sepanjang kajian. Sebagai pengurus beliau memperlihatkan sikap dan sifat ini dalam setiap tindakan  yang dilakukan .

Akhirulkalam , Kajian Kerja Kursus Sejarah ini juga telah  menyedarkan saya tentang pentingnya sifat sentiasa berusaha dan tidak mudah putus asa  pada setiap masa sesuai dengan proses pembuatannya yang menuntut kesabaran dan kegigihan.

Rabu, 18 April 2012

SOALAN UNTUK KERJA KURSUS SEJARAH 2012


SORRRRRRY

DAH DUA MINGGU INTERNET SAYA KEJAP TERANG KEJAAP GELAP


SORRRRRY KALAU TAK SEMPAT UPDATE KAN APA-APA KAT SINI.


TAJUK


ADA SOALAN TENTANG KERJA KURSUS MASUKKAN KAT SINI.
KALAU INTERNET SAYA OK SAYA BALAS