CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 23 Mac 2010

isu rasuah

Karangan laras sastera

Isu 1 : Rasuah

Kes rasuah yang melibatkan pegawai tinggi kerajaan memberi implikasi yang amat besar. Perbuatan ini bukan sahaja tidak bermoral malah boleh menggugat kredibiliti dan kepercayaan orang ramai terhadap kewibawaan sektor kerajaan. Jelaskan

Pengenalan:
Rasuah boleh diibaratkan sebagai `penyakit barah' . Antara punca berlaku rasuah ialah perkembangan ekonomi dan taraf hidup yang menyebabkan orang ramai hilang nilai harga diri . Penglibatan kakitangan kerajaan dalam kegiatan rasuah memberi imej yang negatif kepada rakyat tempatan dan luara negara.

A. Kesan rasuah
1. Pengkhianatan terhadap negara
- pegawai kerajaan merupakan pemegang amanah rakyat dan kerajaan.
- kredibiliti jabatan, kementerian dan sebagainya kian terhakis.
- akauntabiliti serta integriti badan tersebut dipersoalkan.
- negara menuju kehancuran.

2. Wujud ketidakadilan sosial
- sesuatu pemberian, jawatan dan sebagainya tidak berdasarkan keupayaan, kelayakan, kebolehan serta potensi yang ada.
- sebaliknya berdasarkan kepada keuntungan atau laba yang diperoleh jika sesuatu jawatan itu diberikan. Mereka yang tidak layak diberi/ mendapat peluang.

3. Wujud amalan pilih kasih
- amalan pilih kasih secara berleluasa – lemahkan produktiviti kerana kualiti tidak lagi diutamakan sebaliknya budaya mementingkan "anda siapa" lebih diutamakan.

4. ketidakseimbangan agihan ekonomi
- setiap pemberian tender, kontrak, pengagihan saham dan kelulusan projek hanya kepada mereka yang dapat menawarkan imbalan yang menguntungkan..
- pengalaman dan kebolehan mengendalikan projek diabaikan
- wujudlah monopoli ekonomi dalam kalangan orang-orang tertentu sahaja dan berkisar dalam kelompok yang sama.

5. Menjadi amalan di semua peringkat jabatan
- pemberian habuan kepada orang tertentu yang melaksanakan tugas dikira biasa – segala urusan kerajaan dan orang perseorangan tidak dapat elak daripada terjebak dengan amalan rasuah.
- peringkat atasan – gejala rasuah bakal menentukan kepimpinan yang akan mentadbir jabatan, kementerian dan negara.
- sesetengah ahli masyarakat menerima amalan rasuah sebagai satu cara berurusan dengan jabatan kerajaan – cepat dan mudah apabila memberi habuan

6. Imej jabatan dan negara terjejas
- amalan rasuah akan menjejaskan imej dan kredibiliti jabatan kerajaan
- orang ramai akan memandang rendah kepada kakitangan awam
- rakyat dan pelancong akan menilai jabatan kerajaan dalam perspektif yang negatif

Kesimpulan:
Masyarakat mesti mempunyai sikap benci pada amalan rasuah. Keprihatinan masyarakat terhadap amalan rasuah dapat membendung kegiatan daripada berleluasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan