CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 23 Mac 2010

masalah penyakit kardiovaskular

masalah penyakit kardiovaskular

Penyumbang utama penyakit kardiovaskular ialah arteriosklerosis iaitu gumpalan lemak yang terkumpul dalam saluran darah. Jelaskan punca berlaku penyakit kardiovaskular dan cadangkan langkah-langkah pencegahan yang efektif.

Pengenalan:
Penyakit kardiovaskular merupakan antara pembunuh utama masyarakat Malaysia. Amalan gaya hidup seseorang dikatakan faktor penyumbang penyakit ini.

Punca:
1. Amalan pemakanan / diet
Pemakanan yang tidak seimbang, kandungan lemak, kolesterol, gula tinggi. Darah pekat, arteri / salur darah tersumbat. Memberi tekanan kepada jantung - menjadi lemah. Kekurangan oksigen ke otak – menyebabkan strok.

2. Obesiti
Keupayaan jantung mengepam darah terbatas kerana kandungan kolesterol berlebihan di arteri. Memaksa jantung bekerja keras untuk menghantar darah ke seluruh badan. Kegagalan jantung gagal mengepam darah menyebabkan angina ahmar/strok.

3. Gaya hidup
Pengambilan alkohol, merokok mengganggu fungsi jantung. Nikotin / tar dalam rokok akan mempercepatkan proses pengumpulan lemak di arteri – menyempitkan saluran darah dan menyebabkan denyutan jantung laju.
Kurang bersenam – sistem badan menjadi lemah dan organ dalaman tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

4. Pemeriksaan / rawatan
Pemeriksaan awal tidak dilakukan. Tidak mengetahui tanda awal / diagnosis penyakit. – kes berlanjutan menyebabkan strok

5. Tekanan / stress
Tekanan kerja menyebabkan perubahan hormon- berlaku ketidakseimbangan dalam rutin harian, contoh amalan pemakanan akan berubah . Tidak mengimbangi stress dengan kaedah renggangan seperti bersenam - Menyebabkan serangan neurosis dan psikosis .

Langkah
6. Diet yang seimbang
Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang- makanan berkhasiat yang diperlukan untuk membina sistem badan yang dapat mengurang risiko jangkitan penyakit.

7. Amalan gaya hidup sihat
Menjauhi amalan merokok, pengambilan alkohol. Melakukan senaman atau pergerakan psikomotor, rekreasi.

8. Rawatan berkala
Mendapatkan rawatan untuk mengesan tanda-tanda awal / diagnosis penyakit. Dapat mengelakkan serangan tahap kritikal.

Kesimpulan:
Diet yang seimbang dan amalan hidup yang positif mampu mencegah penyakit ini

skema : 2 punca + 2 langkah

4 ulasan:

  1. terima kasih cikgu. ianya dapat membantu saya.

    BalasPadam
  2. Terima Kasih cikgu. Minta halalkan Ilmu yang cikgu berikan ini.

    BalasPadam
  3. syukran cikgu, mohon copy untuk rujukan

    BalasPadam
  4. thanks for the info. now i can finish my assignment

    BalasPadam