Obesiti
Pendahuluan:
PADA hari ini masalah lemak berlebihan yang keterlaluan atau juga dikenali sebagai obesiti merupakan antara topik paling popular dibicarakan terutama mengenai usaha untuk mencari penawarnya. Obesiti diertikan sebagai jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak.
Punca:
1) Ubat-ubatan
-Amalan memakan sesetengah ubat-ubatan seperti steroid atau ubat tradisional Cina boleh mengakibatkan berat badan bertambah. Steroid yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit diabetes dan hipertensi.
2)Masalah genetik.
-Terdapat beberapa gen dalam tubuh yang menyebabkan berat badan berlebihan. Sindrom-sindrom seperti Prader-Willi, Laurence Moon Biedl dan sebagainya boleh menyebabkan obesiti
-Sindrom metabolik. Sindrom metabolik iaitu sejenis penyakit keturunan menyebabkan seseorang itu mempunyai berat badan yang berlebihan, diabetes, hipertensi, tahap kolesterol yang tinggi, gout dan sebagainya
3)Pemakanan.
-Pemakanan yang berlebihan terutama makanan yang mengandungi kalori (tenaga) tinggi. Ini termasuklah makanan yang mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi.
4)Kurang melakukan senaman.
-Kesibukan bekerja, menonton televisyen dan banyak menghabiskan masa di depan komputer.Oleh demikian,tidak mempunyai masa bersenam.
Langkah mengatasi:
1)Senaman
-Senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap hari dalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan. Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 minit setiap hari daripada bersenam selama dua jam tetapi hanya seminggu sekali. Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya
2)Ubat-ubatan
Kaedah ini dapat membantu mengurangkan sebanyak antara lima hingga 10 peratus berat badan. Terdapat empat jenis ubat-ubatan iaitu
-Lipase inhibator. Ubat ini menghalang enzim lipase di dalam saluran penghadaman memproses lemak makanan yang dimakan daripada menyerap ke dalam tubuh. Bagaimanapun, ia hanya menyekat 1/3 daripada lemak tersebut dan bakinya akan memasuki sistem penghadaman makanan.
- Ubat mengekalkan paras hormon adrenalin dan serotonin. Dengan memakan ubat ini, ia akan mengawal fungsi selera makan dalam otak yang menyebabkan individu terbabit berasa kenyang. Kesan sampingannya ialah hipertensi, sukar tidur, jantung berdebar, panas dan sebagainya.
- Ubat kencing manis. Ia boleh bertindak terhadap sel-sel tubuh dengan memperbaiki sensitiviti sel terhadap hormon insulin.
- Ubat antikemurungan. Walaupun ia boleh menurunkan berat badan, ia tidak digunakan untuk mengurangkan berat badan kerana ia boleh menimbulkan kesan sampingan
3)Diet
- Elakkan makanan yang tinggi kandungan kalori seperti makanan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan. Banyakkan makanan yang direbus dan dibakar.
- Elakkan menggunakan susu pekat manis.
- Kurangkan kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih.
- Makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan.
- Jangan gelojoh ketika makan dan ambil masa untuk memberi rasa kekenyangan.
- Kurangkan makan di waktu malam, elakkan snek ketika menonton televisyen.
- Pengurangan antara 500 hingga 1,000 kalori sehari dapat mengurangkan antara 0.5 hingga 1 kilogram sebulan
kesimpulan:
-obesiti membawa kesusahan dan mengancam kesihatan kita.
-kita perlu tahu tentang status kesihatan dan BMI(Indeks Jisim Badan)kita.
thanks ......
BalasPadamTHANKS
BalasPadamTERIMA KASIH
BalasPadamterima kasih....sangat membantu...:)
BalasPadamSYUKRAN! THANK YOU! TERIMA KASIH!!!
BalasPadamTerima kasih untuk karangan ini.. izinkan saya ambil isi isi karangan, halalkan ya..
BalasPadamTERIMA KASIH, THANK YOU
BalasPadamTerima kasih.Karangan ni sangat membantu saya untuk membuat kerja sekolah.
BalasPadam