CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 15 Mac 2010

soalan 5

Soalan 5
Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) antara tahun 2000 hingga 2004.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) merupakan sebuah pertubuhan yang mentadbir skim keselamatan sosial yang memberi perlindungan kepada para pekerja terhadap beberapa kejadian luar jangka seperti bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa perjalanan, keilatan dan kematian.

Pada tahun 2000, jumlah penerima faedah ialah 222,350 pencarum, telah meningkat kepada 223,845 pencarum pada tahun 2001. Data ini terus meningkat bagi tahun 2002, 2003 dan 2004 iaitu masing-masing 232,327 pencarum, 239,004 pencarum dan 255,381 pencarum.

Sepanjang tahun 2000, sebanyak 76,004 pencarum berinsurans telah menerima bayaran faedah hilang upaya sementara. Sebanyak 20,009 pencarum pula telah menerima faedah hilang upaya kekal. 25,900 pencarum telah menerima faedah orang tanggungan, sekiranya pencarum berinsurans meninggal dunia akibat bencana kerja, orang-orang tanggungannya berhak menerima faedah ini.

Sementara itu, seramai 18,324 pencarum telah menerima pencen ilat. Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada orang berinsurans terhadap keilatan atau kematian akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

Manakala bagi faedah pencen penakat keilatan atau kematian akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan adalah seramai 82,113 pencarum.

Pada tahun 2001, pencarum yang menerima faedah hilangupaya sementara menurun sebanyak 8715 orang dan pada tahun 2002 menurun lagi kepada 62881 pencarum. Pada tahun 2003 dan 2004, bilangan pencarum yang menerima faedah hilangupaya sementara terus menurun kepada 56766 pencarum dan 56309 pencarum.

Faedah hilangupaya kekal pula telah membuat pembayaran kepada seramai 19707 pencarum pada tahun 2001. Bilangan pencarum yang menerima faedah ini telah mengalami peningkatan sebanyak 2253 orang bagi tahun 2002 berbanding tahun sebelumnya dan pada tahun 2004 terdapat seramai 22505 pencarum. Tetapi bagi tahun 2003 hanya seramai 19542 pencarum sahaja yang menerima faedah ini.

Faedah orang-orang tanggungan pula telah diterima oleh seramai 27485 pencarum pada tahun 2001, meningkat kepada 29097 pencarum pada tahun 2002, dan terus meningkat pada tahun 2003 dan 2004 iaitu masing-masing sebanyak 31123 pencarum dan 32836 pencarum.

Manakala bagi faedah pencen ilat pula, seramai 21083 pencarum telah menerima pada tahun 2001, 23499 pencarum pada tahun 2002. Bilangan pencarum terus meningkat sebanyak 1543 pencarum dan pada tahun 2004 berjumlah 29385 pencarum

PERKESO juga telah membuat pembayaran faedah pencen penakat kepada pencarum-pencarumnya yang berinsurans. Pada tahun 2001, seramai 88281 pencarum telah menerima faedah ini. Bilangan pencarum yang menerima faedah ini terus meningkat untuk tahun 2002, 2003 dan 2004 iaitu 94890 pencarum, 106531pencarum dan 114346 pencarum.



[size="3"](Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Perangkaan Tahunan, Jabatan Statistik, 2004)

Malaysia: Jumlah Penerima Faedah daripada Pertubuhan Keselamatn Sosial (PERKESO) pada Tahun 2000 hingga 2004
JAWAPAN Soalan 5
: GRAF GARIS KOMPONEN韩冰

Tiada ulasan:

Catat Ulasan