CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 31 Mei 2010

MODUL TB 22- BUAT AYAT

Membina Ayat
Latihan 1
Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) saksi
(ii) disaksikan
(iii) kesaksian
(iv) musnah
(v) dimusnahkan
(vi) kemusnahan
Latihan 2
Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai peribahasa.

(i) pergi - pemergian
(ii) jauh - berjauhan
(iii) tenteram - ketenteraman

Latihan 3
Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai peribahasa.

(i) reda - redah
(ii) semester - semesta
(iii) lalai - lali

Latihan 4
Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai peribahasa.

(i) jaga - berjaga-jaga
(ii) jinak - berjinak-jinak
(iii) sesak - bersesak-sesak
Latihan Membina Ayat 5
Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
1. maya
2. jati
3. perisai
4. lebih
5. bestari
6. mangkin
7. mundar-mandir
8. ulang-alik
9. rendah
10. jalan
11. rantau
12. kuda-kuda
13. terperosok
14. tersungkur
15. terjelepok
16. terjunam

Tentukan betul atau salah ayat di bawah. Jika salah betulkan kesalahan tersebut.

1. Penyanyi Maya Karin akan mengekalkan konsep lagu pop dalam album barunya.
2. Sebagai anak jati Malaysia, dia berbangga dengan kemajuan yang dikecapi negaranya.
3. Penunjuk perasaan yang sedang berhimpun itu mengunakan kanak-kanak sebagai perisai.
4. Pasukan tentera itu bertempur melebihi tiga jam dengan pihak musuh.
5. Kelas 5 Bestari akan membuat lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi.
6. Kejayaan Amer dalam sukan olahraga menjadi mangkin bagi adiknya untuk menjuarai pertandingan itu.
7. Encik Hafiz mundar-mandir di ruang tamu sambil menunggu panggilan telifon daripada ibunya.
8. Pasukan penyelamat itu berulang-alik membawa mangsa banjir dengan bot.
9. Dia memandang rendah terhadap saya sejak dulu.
10. Jalanan cerita filem yang baru saya tonton tadi amat menarik.
11. Sudah lima hari dia berada di rantau orang.
12. Tukang kayu itu menyimpan kekuda itu di dalam stor.
13. Pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa hampir satu jam untuk mengeluarkan mangsa yang terperusuk di bawah van itu.
14. Haziq tesungkur apabila basikal yang dikayuhnya terlanggar seketul batu yang besar.
15. Pak Hassan terjelupuk apabila mengetahui anaknya menagih dadah.
16. Kereta itu Terjunam ke dalam gaung lalu terbakar.

LATIHAN KARANGAN BERPANDU

LATIHAN KARANGAN SYARAHAN

Soalan :
Anda terpilih mewakili sekolah dalam satu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan yang ditetapkan ialah “ Usaha-usaha untuk Memperkukuh Perpaduan Kaum dalam Kalangan Rakyat Malaysia”.
Sediakan teks syarahan itu selengkapnya.

Rangka Jawapan:

Pengenalan :
Kata alu-aluan
Bersyukur kerana diberi peluang menyampaikan syarahan
Serangkap pantun

Isi :
1. Perpaduan wujud apabila adanya muafakat
Semangat kerjasama / muafakat contohnya aktiviti gotong-royong di kampung / taman-taman perumahan
2. Ahli politik perlu mengetahui batas-batas berpolitik
Sesetengah pemimpin sengaja membakar semangat ahlinya
Tindakan mereka melukakan kaum-kaum lain
Semua pemimpin jangan membangkitkan hal-hal yang sensitive
3. Dasar Ekonomi Baru bertujuan merapatkan jurang ekonomi bumiputera
Pengalaman 13 Mei 1969 perlu dijadikan pengajaran
DEB memberi peluang orang Melayu merebut kekayaan Negara
Pekerja sesuatu syarikat perlu pelbagai kaum
4. Pelajar pelbagai kaum di sesebuah sekolah perlu bercampur gaul
Semua kaum belajar dalam satu bumbung
Kewujudan Sekolah Wawasan perlu diterima
Kerajaan perlu berterusan mencari formula
5. Sejak tahun satu didedahkan penggunaan bahasa Melayu
DBP mengatur pelbagai rancangan meningkatkan penguasaan masyarakat dalam bahasa Melayu
Semua rakyat perlu menggunakan bahasa Melayu sebagai alat memperteguh perpaduan
6. Keistimewaan kaum bumiputera tetap dipertahankan
Salah faham menyebabkan hak-hak keistimewaan mula dipertikaikan
Semua kaum perlu sedar akan hak masing-masing
Perlu lebih gigih bukan menyalahkan hak kaum-kaum lain

Penutup:
Penglibatan dari pemimpin hinggalah rakyat jelata
Perpaduan dapat mewujudkan keamanan Negara
Lafaz terima kasih

LATIHAN NOVEL JULIA

LATIHAN 1

“Latar merujuk kepada waktu dan tempat berlakunya sesuatu peristiwa yang melibatkan watak-watak dalam sesebuah cereka.”
Jelaskan penggunaan latar dalam novel Julia karya Abu Hassan Morad.

JAWAPAN CONTOH..
Secara umumnya, kisah yang dipaparkan dalam novel Julia menampilkan dua tempat atau dua latar utama.Pertama, di sekitar Kuala Lumpur, iaitu tempat asal Julia.Kemudian, pengarang membawa pembaca berganjak ke Perth,Barrack Street,St. George,Howord Street,Allen Areen,Convarstory,Collin Book Sellers,Stirling,Sg. Swan, dan Kings Park, bertempat di Australia.
Pengarang misalnya, menggambarkan suasana alam dengan pepohon menghijau subur dan pokok akasia di sepanjang jalan serta penduduknya berbilang bangsa dan sebagainya.Pengarang ingin pembaca menghayati setiap baris ayat yang diutarakan dengan memaparkan latar yang menarik.
Daripada sudut geografi, ternyata pembangunan tanah di Perth terancang dan dijaga dengan begitu rapi. Sisitem undang-undang dikuatkuasakan di mana pengarang turut memuatkan gambaran sepasukan polis di tepi jalan sedang meneropong untuk menyaman kenderaan yang tidak mengikut undang-undang atau peraturan jalan raya. Latar di Kuala Lumpur pula berkisar di rumah Julia dan di pejabat ayahnya.
Latar masa dalam novel Julia boleh dibahagikan kepada dua sub topic, iaitu:

1. Masa berlakunya peristiwa-peristiwa dalam novel
Peristiwa yang dijalani dalam kisah ini berlaku pada masa-masa tertentu sesuai dengan kejadiannya.Contohnya, peristiwa yang terjadi secara tiba-tiba atau secara kejutan.Namun, tidak pula diperkatakan waktu khusus seperti malam,siang,pagi,petang dan sebagainya.Misalnya, pengarang tidak menyatakan waktu kemalangan yang berlaku kepada Datuk Bakar dan Datin Maznah.Pengarang hanya mengemukakan tragedi tersebut ketika Julia berada di sekolahnya.Sudah tentu kemalangan itu berlaku lebih awal kerana waktu tempatan (Malaysia) dan waktu di Australia berbeza.Pengarang juga tidak menyatakan berapa lama masa yang di ambil oleh adik-adik Julia untuk memulihkan semangat masing-masing selepas menerima berita yang mengejutkan tentang kematian ibubapa mereka.Tidak ketinggalan juga pengarang tidak memasukkan masa yang diambil oleh Julia untuk memulihkan kembali perniagaan keluarganya itu.

2. Masa dalam keseluruhan novel
Pengarang tidak menjelaskan keseluruhan masa yang diambil dalam menjalinkan peristiwa-peristiwa dalam novel.Hal ini kerana semua kisah silam Julia diceritakan dan dibawakan semula dalam ingatan Julia.Penggunaan teknik imbas kembali telah dibaurkan dengan peristiwa-peristiwa semasa yang berlaku kepada diri Julia.Misalnya, Julia sering teringatkan peristiwa-peristiwa lalu tentang pertemuannya dengan Jun walaupun dia telah mengahwini Jun.Dengan adanya teknik imbas kembali ini, masa yang berlalu boleh dikatakan terasa agak lama.
Dalam novel ini turut digambarkan kehidupan masyarakat.Misalnya, pengarang memaparkan budaya pelajar dan muda-mudi di kota metropolitan yang bebas dari segi pergaulan dan terdedah kepada perkara-perkara yang tidak sihat.Misalnya, Rashid dan teman-temannya yang lain sering berpelesiran dan terlibat dengan gejala yang tidak sihat.Rashid juga tidak segan silu mengugut Julia.Akhirnya, Rashid di tangkap oleh pihak berkuasa.
Namun demikian,pendedahan agama turut dimuatkan oleh pengarang dalam novel ini.Pengarang mengisahkan pada setiap hujung minggu keluarga Julia akan mengadakan kuliah subuh.Sebelum Datuk Bakar meninggal dunia, dialah yang memberi kuliah subuh dan dibantu oleh Datin Maznah untuk menguatkan lagi penerangan.Selain itu, keluarga Julia tidak ketinggalan menziarahi pusara kedua-dua ibu bapa mereka pada setiap hujung minggu.


LATIHAN 2

Setelah membaca novel Julia, kita mulai terfikir tentang siapakah Julia yang sebenar yang ingin ditonjolkan oleh pengarang.Berikan ulasan yang selanjutnya tentang sikap dan peranan yang dimainkan oleh watak Julia sebagai watak protagonis.

JAWAPAN CONTOH..
Novel ini mengetengahkan watak-watak penting yang berperanan menghidupkan gaya atau jalan cerita.Judul novel ini yang tertera nama JULIA sekali gus menamakan watak utamanya sebagai Julia.Julia seorang gadis muslim yang berketrampilan tinggi,berkaliber dan cekal serta tabah hati dalam mengharungi ranjau hidup.
Corak kehidupannya di kota kosmopolitan Kuala Lumpur ialah sebagai seorang gadis remaja yang lincah dan agresif sifatnya.Pergaulan dengan teman-temannya agak bebas dan sering berpelesiran.
Namun, atas dasar kesedaran yang memuncak demi masa depannya kelak, ibu bapanya telah menghantarnya melanjutkan pengajian di Hidayah Islamic College. Semasa di Perth, Australia, banyak perkara baru yang dipelajari oleh Julia terutamanya untuk bekalan di akhirat.Julia tidak seperti yang dikenali oleh teman-temannya beberapa tahun yang lalu kerana corak kehidupannya kini bertukar kepada suatu suasana baru sebagai wanita Islam yang sebenar.
Selain itu,Julia merupakan watak utama atau protagonis dalam novel ini dan juga anak sulung daripada empat orang adik-beradik.Julia berasal daripada keluarga yang berada.Bapanya ialah pengurus besar syarikat BMPRO Holding Sdn. Bhd. Manakala ibunya pula sibuk dengan kerjanya sendiri.Di sinilah banyak menimbulkan konflik antara Julia dengan ibubapanya.Keluarganya bahagia walaupun Datuk Bakar mengambil keputusan berkahwin untuk kali kedua dengan Ummi Sarah.
Julia digambarkan sebagai seorang remaja yang bertanggungjawab dan dedikasi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.Ini dapat dilihat apabila dia dapat memulihkan semula perniagaan pelancongan bapanya yang dilanda masalah akibat kegawatan ekonomi dan masalah jerebu.
Julia juga mempunyai jiwa yang terlalu sensitive dan oleh sebab itulah dia gemar bermonolog sendiri atau bercakap sendirian.Sikapnya ini menjadi-jadi selepas kematian ibu bapanya akibat kemalangan jalanraya.Mungkin Julia merasakan tiada siapa lagi yang dapat menghibur dan memberikan nasihat.Namun, pengarang sengaja berbuat demikian kepada watak utamanya sebagai satu perangsang baru buat diri Julia sendiri yang keseorangan meskipun mempunyai Adi,Fatin, dan Sufi.

LATIHAN 3

Tuliskan sebuah esei pendek tentang dasar perjalanan Syarikat Kumpulan BMPRO Holding Sdn. Bhd. yang dikemukakan atau Abu Hassan Morad dalam novel remaja tersebut

JAWAPAN CONTOH..
Kumpulan BMPRO Sdn. Bhd. ditubuhkan untuk menyambut hasrat kerajaan memperbanyakkan golongan korporat menengah Melayu.Pendekatan syarikat ini ialah pendekatan institusi atau organisasi berpandangan jauh yang menonjolkan kepentingan jangka panjang, iaitu kepentingan kesinambungan hak ramai dengan mengutamakan peranan kolektif semua yang terlibat sebagai dorongan dan motivasi.Syarikat kumpulan BMPRO Holding Sdn. Bhd. mempunyai wawasan bermotifkan ‘CCL’ atau CEKAP CEKAL LANCAR.Cekap merujuk kemampuan pemikiran untuk membuat sesuatu keputusan berlandaskan syariat Islam, manakala Cekal merujuk jiwa yang cekap untuk memastikan potensi diri mukim dapat dimanfaatkan sebaik mungkin, dan Lancar merujuk kepada keupayaan tindakan fizikal bagi memastikan sesuatu kerja itu dapat dilaksanakan dengan efisien.
Makna di sebalik BMPRO itu adalah berasal daripada nama Bakar Maznah Profesional, iaitu syarikat yang membawa imej kekeluargaan.Sudah semestinya sebuah organisasi besar berkeyakinan untuk meningkatkan kualiti keluarga sebagai asas kepada pencapaian dalam syarkat ini.Ia mestilah bermula daripada hubungan keluarga yang harmoni dan bahagia.
Kesimpulannya, pengurusan manusia adalah sesuatu yang sentiasa berubah dan memerlukan ketua yang kreatif dan bijak.BMPRO Holding dan anak-anak syarikatnya akan memberi keutamaan untuk melahirkan sebanyak mungkin pasukan pengurusan muda yang lebih efisien dan komited terhadap tugas.Tetapi ini bukan bermakna staf lain diabaikan kerana CCL hanya akan berkesan apabila mendapat kerjasama daripada semua peringkat.

MODUL TB 21- AYAT PASIF

LATIHAN SPM I

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Adik yang sedang bermain di halaman rumah dipanggil kakak.
• Kakak memanggil adik yang sedang bermain di halaman rumah.

2. Anak-anak perlu diawasi oleh ibu bapa supaya tidak terjebak dalam
kegiatan yang tidak bermoral.
• Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak supaya tidak terjebak dalam kegiatan yang tidak bermoral.

3. Seutas jam tangan dihadiahkan oleh Puan Sharifah kepada anaknya
setelah lulus peperiksaan SPM dengan cemerlang.
• Puan Sharifah menghadiahkan seutas jam tangan kepada anaknya setelah lulus peperiksaan SPM dengan cemerlang.

4. Kesalahannya itu disedarinya selepas beberapa ketika.
• Dia menyedari kesalahannya itu selepas beberapa ketika.

5. Tanah itu diserahkan semula oleh kedua-dua belah pihak setelah memahami penerangan tersebut.
• Kedua-dua belah pihak menyerahkan tanah itu semula setelah memahami penerangan tersebut.

6. Spesies tumbuhan anak di hutan itu akan dikajinya sekali lagi.
• Dia akan mengkaji spesies tumbuhan anak di hutan itu sekali lagi.


LATIHAN SPM 2

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Novel berbahasa Inggeris itu sudah dibaca oleh Helen bulan lalu.
• Helen sudah membaca novel berbahasa Inggeris itu bulan lalu.

2. Para pengawas dinasihati oleh guru disiplin agar menunjukkan contoh yang baik kepada murid-murid yang lain.
• Guru disiplin menasihati para pengawas agar menunjukkan contoh yang baik kepada murid-murid yang lain.

3. Pemandangan di kampung nelayan itu saya lukis.
• Saya melukis pemandangan di kampung nelayan itu.

4. Tikus telah berjaya ditangkap oleh Si Comot, kucing kesayangan emak pagi tadi.
• Si Comot, kucing kesayangan emak telah berjaya menangkap tikus pagi tadi.

5. Tingkah laku anak haruslah diawasi oleh ibu bapa agar mereka tidak tersalah langkah.
• Ibu bapa haruslah mengawasi tingkah laku anak agar mereka tidak tersalah langkah.

6. Setelah lulus dalam ujian memandu Mei Ling dihadiahi sebuah kereta Kancil oleh Puan Lucy.
• Puan Lucy menghadiahi Mei Ling sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.


LATIHAN SPM 3

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Bayaran balik pinjaman tidak akan dituntut oleh Jabatan Perkhidmatan Awam daripada pelajar yang cemerlang.
• Jabatan Perkhidmatan Awam tidak akan menuntut bayaran balik pinjaman daripada pelajar yang cemerlang.

2. Eksperimen itu telah kau jalankan dengan baik.
• Kau telah menjalankan eksperimen itu dengan baik.

3. Pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormatan dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri Istana Alam Shah, Kelang.
• Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormatan dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri Istanan Alam Shah, Kelang.

4. Suzi dihadiahi Halim sejambak bunga ros sempena hari jadinya yang ke-23.
• Halim menghadiahi Suzi sejambak bunga ros sempena hari jadinya yang ke-23.

5. Stor sukan hendak kami kemas pada petang nanti.
• Kami hendak mengemas stor sukan pada petang nanti.

6. Nota sejarah saya telah anda ambil semalam.
• Anda telah mengambil nota sejarah saya semalam.


LATIHAN SPM 4

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga.
• Anda patut menyelesaikan tugas itu sekarang juga.

2. Jawatan yang dipegang oleh mereka sangat penting.
• Mereka memegang jawatan yang sangat penting.

3. Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya gemari.
• Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari.

4. Pokok-pokok itu dipangkas oleh para pekerja supaya sentiasa rendah.
• Para pekerja memangkas pokok-pokok itu supaya sentiasa rendah.

5. Nota pelajaran dikemaskinikan oleh mahasiswa itu supaya mudah membuat
ulang kaji.
• Mahasiswa itu mengemaskinikan nota pelajaran supaya mudah membuat ulang kaji.

6. Orang yang lurus bendul itu tidak harus kamu peralat sewenang-wenangnya.
• Kamu tidak harus memperalat orang yang lurus bendul itu sewenang-wenangnya.


LATIHAN SPM 5

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar
peraturan sekolah.
• Guru disiplin menahan pelajar itu selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.

2. Anak-anak sewajarnya dikawal oleh ibu bapa supaya mereka tidak bergaul dengan budak-budak nakal.
• Ibu bapa sewajarnya mengawal anak-anak supaya mereka tidak bergaul dengan budak-budak nakal.

3. Pelajar itu dihadiahi oleh guru bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya
memperoleh ‘A’ dalam peperiksaan percubaan SPM.
• Guru bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh ’A’ dalam peperiksaan percubaan SPM.

4. Satu misi dilaksanakan oleh mereka bersama-sama.
• Mereka melaksanakan satu misi bersama-sama.

5. Alat pendingin hawa itu dijualnya dengan harga yang tinggi.
• Dia menjual alat pendingin hawa itu dengan harga yang tinggi.

6. Komputer itu saya beli untuk adik di kolej.
• Saya membeli komputer itu untuk adik di kolej.


LATIHAN SPM 6

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Permukaan air itu dilitupi pokok teratai yang berwarna-warni.
• Pokok teratai yang berwarna-warni melitupi permukaan air itu.

2. Majalah bercorak akademik kurang diminati oleh golongan remaja meskipun bahan di dalamnya memberikan ilmu kepada mereka.
• Golongan remaja kurang meminati majalah bercorak akademik meskipun bahan di dalamnya memberikan ilmu kepada mereka..

3. Pondok buruk yang didiami oleh orang tua itu beratapkan rumbia dan berdinding buluh.
• Orang tua itu mendiami pondok buruk yang beratapkan rumbia dan berdinding buluh.

4. Adik perempuan saya dijahitkan baju kurung oleh kakak pada hujung minggu yang lalu.
• Kakak menjahitkan adik perempuan saya baju kurung pada hujung minggu yang lalu.

5. Rumah itu tidak berani kami hampiri kerana takut akan anjing peliharaan tuan rumah tersebut.
• Kami tidak berani menghampiri rumah itu kerana takut akan anjing peliharaan tuan rumah tersebut.

6. Kerja-kerja memperdalam Sungai Kinta itu akan ditangguhkan oleh mereka berminggu-minggu.
• Mereka akan menangguhkan kerja-kerja memperdalam Sungai Kinta berminggu-minggu.


LATIHAN SPM 7

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Segala masalah itu mesti kita hadapi dengan hati tabah.
• Kita mesti menghadapi segala masalah itu dengan hati tabah.

2. Pengalamannya di hutan itu diceritakan oleh Encik Firdaus apabila didesak oleh ahli keluarganya.
• Encik Firdaus menceritakan pengalamannya di hutan itu apabila didesak oleh ahli keluarganya.

3. Rotan-rotan itu dijemur oleh mereka berminggu-minggu sebelum dibelah.
• Mereka menjemur rotan-rotan itu berminggu-minggu sebelum dibelah.

4. Simen dari luar negara telah diimport oleh kerajaan untuk mengimbangi kekurangan simen dalam pasaran tempatan.
• Kerajaan telah mengimport simen dari luar negara untuk mengimbangi kekurangan simen dalam pasaran tempatan.

5. Semak onak yamg melingkari perdu pokok saya bersihkan.
• Saya membersihkan semak onak yang melingkari perdu pokok.

6. Bantahan telah dikemukakan oleh penduduk kampung itu kepada wakil rakyat mereka.
• Penduduk kampung itu telah mengemukakan bantahan kepada wakil rakyat mereka.




LATIHAN SPM 8

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Buah-buah mangga yang belum begitu masak diperam oleh Pak Yusuf dengan cara membungkusnya.
• Pak Yusuf memeram buah-buah mangga yang belum begitu masak dengan cara membungkusnya.

2. Semua hasil tanaman mereka diborongkan oleh penanam-penanam sayur di kampung itu kepada seorang tauke Cina.
• Penanam-penanam sayur memborongkan semua hasil tanaman mereka di kampung itu kepada seorang tauke Cina.
• Penanam-penanam sayur di kampung itu memborongkan semua hasil tanaman mereka kepada seorang tauke Cina.

3. Mata pelajaran Bahasa Melayu diajarkan oleh guru itu kepada pelajar-pelajar selama satu jam setengah pada setiap minggu.
• Guru itu mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar selama satu jam setengah pada setiap minggu.

4. Usahawan tempatan dinasihati oleh Perdana Menteri supaya mengambil langkah susulan yang sewajarnya.
• Perdana Menteri menasihati usahawan tempatan supaya mengambil langkah susulan yang sewajarnya.

5. Lakaran yang dibuatnya berdasarkan kain yang digunting oleh Puan Lim.
• Dia membuat lakaran berdasarkan kain yang digunting oleh Puan Lim.

6. Lelaki itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan tiga kali sebatan oleh Tuan Hakim.
• Tuan Hakim menjatuhi lelaki itu hukuman penjara lima tahun dan tiga kali sebatan.


LATIHAN SPM 9

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Seekor rusa jantan telah ditangkap oleh ayah sewaktu memburu di hutan.
• Ayah telah menangkap seekor rusa jantan sewaktu memburu di hutan.

2. Buah rambutan di belakang rumah telah dipetik oleh adik untuk diberi kepada pak cik yang datang dari Singapura.
• Adik memetik buah rambutan di belakang rumah untuk diberi kepada pak cik yang datang dari Singapura.

3. Halaman rumah kami disapu oleh kakak setiap hari kerana banyak daun gugur pada musim panas ini.
• Kakak menyapu halaman rumah kami setiap hari kerana banyak daun gugur pada musim panas ini.

4. Rumah banglo di tepi pantai itu saya beli dengan duit titik peluh saya sendiri.
• Saya membeli rumah banglo di tepi pantai itu dengan duit titik peluh saya sendiri.

5. Kuih bahulu yang sedap itu dibuat oleh ibu Kalsom sempena hari lahir Kalsom.
• Ibu Kalsom membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.

6. Kerusi-kerusi itu disusun oleh mereka di padang sebelum acara sukan bermula.
• Mereka menyusun kerusi-kerusi di padang sebelum acara sukan bermula.


LATIHAN SPM 10

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Bunga telur itu dibuat oleh Rosliza untuk majlis perkahwinannya.
• Rosliza membuat bunga telur itu untuk majlis perkahwinannya.

2. Beg pakaian yang besar dibawa oleh Hazif untuk ke Kuala Lumpur.
• Hazif membawa beg pakaian yang besar untuk ke Kuala Lumpur.

3. Buah-buahan ini mesti anda makan sehingga habis.
• Anda mesti makan buah-buahan ini sehingga habis.

4. Kereta api itu saya naiki untuk menziarahi nenek di Singapura.
• Saya menaiki kereta api itu untuk menziarahi nenek di Singapura.

5. Kebun pisang ayah saya dirosakkan oleh kerbau jantan yang liar itu.
• Kerbau jantan yang liar itu merosakkan kebun pisang ayah saya.

6. Badan peserta gimnastik Rusia digulingkan di atas lantai semasa pertandingan itu.
• Peserta gimnastik Rusia menggulingkan badan di atas lantai semasa pertandingan itu.


LATIHAN SPM 11

Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif.

1. Ceramah tentang bahaya merokok itu disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Kesihatan.
• Pegawai dari Jabatan Kesihatan itu menyampaikan ceramah tentang bahaya merokok.

2. Para pelajar diingatkan oleh pengetua sekolah itu agar sentiasa berwaspada sewaktu berulang-alik ke sekolah.
• Pengetua sekolah itu mengingatkan para pelajar agar sentiasa berwaspada sewaktu berulang-alik ke sekolah.

3. Gadis dari Brunei Darussalam itu diperisteri oleh Encik Halim sebulan yang lalu.
• Encik Halim memperisteri gadis dari Brunei Darussalam itu sebulan yang lalu.

4. Anak ayam emak saya telah disambar oleh helang pada tengah hari semalam.
• Helang menyambar anak ayam emak saya pada tengah hari semalam.

5. Sampan itu didayungnya dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu.
• Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu.

6. Penyalahgunaan dan pengedaran dadah telah diharamkan oleh kerajaan di negara ini.
• Kerajaan mengharamkan penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negara ini.

MODUL TB 20- AYAT AKTIF II

LATIHAN SPM 11
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Rakyat Malaysia sangat mementingkan perpaduan.
• Perpaduan sangat dipentingkan oleh rakyat Malaysia.

2. Irna mahu menyimpan raket badminton Iswan sebagai kenang-kenangan.
• Raket badminton Iswan mahu disimpan oleh Irna sebagai kenang-kenangan.

3. Pihak kerajaan akan memberikan insentif kepada mana-mana ahli sukan yang berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
• Intensif akan diberikan oleh pihak kerajaan kepada mana-mana ahli sukan yang berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

4. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu akan mengadakan mesyuarat tergempar.
• Mesyuarat tergempar akan diadakan di sekolah itu oleh Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG).
• Mesyuarat tergempar akan diadakan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.

5. Jika saya berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang, saya akan memilih jurusan perubatan.
• Jurusan perubatan akan saya pilih jika saya berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang.


LATIHAN SPM 12.
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Kita seharusnya memperkemas diri kita dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran agar dapat bersaing dengan bangsa lain.
• Ilmu pengetahuan dan kemahiran harus kita perkemaskan agar diri kita dapat bersaing dengan bangsa lain.

2. Pesuruhjaya sumpah itu memperakukan segala dokumen yang diserahkan kepadanya sebelum dihantar ke mahkamah.
• Segala dokumen yang diperakukan oleh Pesuruhjaya sumpah itu sebelum dihantar ke mahkamah.

3. Ah Meng telah menangkap ikan patin di sungai itu.
• Ikan patin telah ditangkap oleh Ah Meng di sungai itu.

4. Mei Ling menggondol tempat pertama dalam acara merentas desa.
• Tempat pertama digondol oleh Mei Ling dalam acara merentas desa.

5. Beberapa kilang yang beroperasi di sepanjang sungai itu telah membuang sisa toksik ke dalam sungai untuk menjimatkan kos operasi mereka.
• Sisa toksik telah dibuang ke dalam sungai oleh beberapa kilang yang beroperasi di sepanjang sungai itu untuk menjimatkan kos operasi mereka.


LATIHAN SPM 13
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Pihak guru sahaja tidak mampu mengawal pelajar-pelajar yang merokok jika ibu bapa tidak mengambil berat terhadap anak mereka.
• Pelajar-pelajar yang merokok tidak mampu dikawal oleh pihak guru sahaja jika ibu bapa tidak mengambil berat terhadap anak mereka.

2. Shafiq mengajak Wan menyaksikan perlawanan bola sepak yang berlangsung pada malam ini.
• Wan diajak oleh Shafiq menyaksikan perlawanan bola sepak yang berlangsung pada malam ini.

3. Asap tebal menyelubungi seluruh daerah itu selama beberapa jam akibat kebakaran kilang mercun.
• Seluruh daerah itu diselubungi oleh asap tebal selama beberapa jam akibat kebakaran kilang mercun.

4. Tujuan kami mengadakan program ini adalah untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik pelajar tahun ini.
• Program ini kami adakan bertujuan untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik pelajar tahun ini.

5. Beliau sentiasa memberi sokongan terhadap usaha yang kami lakukan.
• Sokongan terhadap usaha yang kami lakukan sentiasa diberikan sokongan oleh beliau.


LATIHAN SPM 14
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Mimi membuat bunga telur itu untuk majlis perkahwinannya.
• Bunga telur itu dibuat oleh Mimi untuk majlis perkahwinannya.

2. Halim membawa beg pakaian yang besar ke Sarawak.
• Beg pakaian yang besar dibawa oleh Halim ke Sarawak.

3. Anda mesti makan buah-buahan ini sehingga habis.
• Buah-buahan ini mesti anda makan sehingga habis.

4. Saya menaiki kereta api itu untuk menziarahi nenek saya di Singapura.
• Kereta api itu saya naiki untuk menziarahi nenek saya di Singapura.

5. Peserta gimnastik Austria menggulingkan badannya di atas lantai semasa pertandingan itu.
• Badan peserta gimnastik Austria itu digulingkan di atas lantai semasa pertandingan itu.


LATIHAN SPM 15
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Kerbau jantan yang liar itu merosakkan kebun pisang ayah saya.
• Kebun pisang ayah saya dirosakkan oleh kerbau jantan yang liar itu.

2. Beberapa pelajar telah mengalami kecederaan teruk sewaktu kebakaran asrama itu.
• Kecederaan teruk telah dialami oleh beberapa pelajar sewaktu kebakaran asrama itu.

3. Pengarah syarikat itu mengingatkan semua anak buah beliau agar sentiasa berbudi bahasa sewaktu melayani pelanggan mereka.
• Semua anak buah syarikat itu diingatkan oleh pengarahnya agar sentiasa berbudi bahasa sewaktu melayani pelanggan mereka.
• Semua anak buah beliau diingatkan oleh pengarah syarikat itu agar sentiasa berbudi bahasa sewaktu melayani pelanggan mereka.

4. Sekolah kami telah mengadakan Karnival Keusahawanan beberapa hari yang lepas.
• Karnival Keusahawanan telah diadakan oleh sekolah kami beberapa hari yang lepas.

5. Belia hari ini perlu menguasai teknologi maklumat sesuai dengan kehendak wawasan negara.
• Teknologi maklumat perlu dikuasai oleh belia hari ini sesuai dengan kehendak wawasan negara.

MODUL TB 19 - AYAT AKTIF

LATIHAN SPM 1
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Puan Azizah telah memarahi Azmi kerana memecahkan pasu bunga.
• Azmi telah dimarahi oleh Puan Azizah kerana memecahkan pasu bunga.

2. Ibu bapa harus mengawasi tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak tersalah langkah.
• Tingkah laku anak-anak harus diawasi oleh ibu bapa supaya mereka tidak tersalah langkah.

3. Puan Sarah menghadiahi Atiqah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.
• Setelah lulus dalam ujian memandu, Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah kereta Kancil.
• Atiqah dihadiahi oleh Puan Sarah sebuah kereta Kancil setelah lulus dalam ujian memandu.

4. Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah.
• Kedatangan biras ayah saya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah.

5. Dia mendayung sampan itu dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam
pertandingan tersebut.
• Sampan itu didayung olehnya dengan laju dengan harapan untuk mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut.


LATIHAN SPM 2
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Saya membeli rumah mewah di atas bukit itu dengan duit titik peluh saya sendiri.
• Rumah mewah di atas bukit itu saya beli dengan duit titik peluh saya sendiri.

2. Ibu Anita membuat kuih bahulu yang sedap itu sempena hari lahir Kalsom.
• Kuih bahulu yang sedap itu dibuat oleh ibu Anita sempena hari hari lahir Kalsom.

3. Mereka menyusun kerusi-kerusi itu di padang sebelum acara sukan bermula.
• Kerusi-kerusi di padang itu disusun oleh mereka sebelum acara sukan bermula.
• Kerusi-kerusi itu disusun oleh mereka di padang sebelum acara sukan bermula.

4. Semua pelajar sudah membaca buku cerita yang terdapat di perpustakaan.
• Buku cerita yang terdapat di perpustakaan sudah dibaca oleh semua pelajar.

5. Saya selalu memasang lampu di hadapan rumah sebelum tidur.
• Lampu di hadapan rumah selalu saya pasang sebelum tidur.


LATIHAN SPM 3
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Kamu perlu membereskan kerja yang diberikan oleh guru sebelum pulang nanti.
• Kerja yang diberikan oleh guru perlu kamu bereskan sebelum pulang nanti.

2. Ali telah mengambil buku itu semalam.
• Buku itu telah diambil oleh Ali semalam.

3. Saya sudah menyelesaikan tugasan itu semalam.
• Tugasan itu sudah saya selesaikan semalam.

4. Ayah memarahi Kamal kerana pulang jauh malam.
• Kamal dimarahi oleh ayah kerana pulang jauh malam.

5. Kakak mencuci pakaian kotor di bilik air.
• Pakaian kotor dicuci oleh kakak di bilik air.


LATIHAN SPM 4
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Saya telah mengirimi adik wang saku untuk keperluannya belajar di luar negara.
• Wang saku adik telah saya kirim untuk keperluannya belajar di luar negara.
• Adik telah saya kirimi wang saku untuk keperluannya belajar di luar negara.

2. Ayah menghadiahi emak seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
• Emak dihadiahi oleh ayah seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

3. Anda patut menyelesaikan tugas itu sekarang juga.
• Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga.

4. Beliau menyandang jawatan yang sangat penting dalam organisasi tersebut.
• Jawatan yang sangat penting dalam organisasi tersebut disandang oleh beliau.
• Jawatan yang sangat penting disandang oleh beliau dalam organisasi tersebut

5. Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari.
• Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya gemari.


LATIHAN SPM 5
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Pengetua mengarahkan guru-guru memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.
• Guru-guru diarahkan oleh pengetua memantau aktiviti pelajar pada waktu petang.

2. Saya mengangkat beg besar itu masuk ke bilik hotel dengan segera.
• Beg besar itu saya angkat masuk ke bilik hotel dengan segera.

3. Anda mesti menghadiri kursus itu untuk meningkatkan kemahiran anda.
• Kursus itu mesti anda hadiri untuk meningkatkan kemahiran anda.

4. Ali menemui buku itu di dalam beg pakaian.
• Buku itu ditemui oleh Ali di dalam beg pakaian.

5. Anda perlu mengelakkan perbuatan mencuri kerana perbuatan itu berdosa.
• Perbuatan mencuri perlu anda elakkan kerana perbuatan itu berdosa.




LATIHAN SPM 6
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Kebanyakan negara hari ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.
• Sistem pemerintahan demokrasi diamalkan oleh kebanyakan negara hari ini.

2. Pasukan petugas Agenda Teknologi Maklumat Kebangsaan bagi Pembangunan Struktur Informasi menggariskan beberapa langkah untuk membangunkan komputer peribadi buatan Malaysia sepenuhnya.
• Beberapa langkah digariskan oleh pasukan petugas Agenda Teknologi MaklumatKebangsaan bagi Pembangunan Struktur Informasi untuk membangunkan komputer peribadi buatan Malaysia sepenuhnya.

3. Ayah telah berjaya menangkap seekor rusa jantan sewaktu memburu di hutan.
• Seekor rusa jantan telah berjaya ditangkap oleh ayah sewaktu memburu di hutan.

4. Adlin telah memetik buah rambutan di belakang rumah untuk diberi kepada Siva.
• Buah rambutan di belakang rumah telah dipetik oleh Adlin untuk diberikan kepada Siva.

5. Adik terpaksa menyapu halaman rumah kami setiap hari kerana banyak daun yang gugur.
• Halaman rumah kami terpaksa disapu setiap hari oleh adik kerana banyak daun yang gugur.
• Halaman rumah kami terpaksa disapu oleh adik setiap hari kerana banyak daun yang gugur.



LATIHAN SPM 7
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Menteri Pelajaran telah mengingatkan pelajar agar tidak bergantung pada kerajaan untuk menyediakan segala kemudahan.
• Pelajar telah diingatkan oleh Menteri Pelajaran agar tidak bergantung pada kerajaan untuk menyediakan segala kemudahan.

2. Semua orang menentang kadar baru tol kerana membebankan orang ramai.
• Kadar baru tol ditentang oleh semua orang kerana membebankan orang ramai.

3. Jabatan Perkhidmatan Awam tidak akan menuntut bayaran balik pinjaman daripada pelajar yang cemerlang.
• Bayaran balik pinjaman tidak akan dituntut oleh Jabatan Perkhidmataaan Awam daripada pelajar yang cemerlang.

4. Awak telah menjalankan eksperimen itu dengan baik.
• Eksperimen itu telah awak jalankan dengan baik.

5. Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
• Pahlawan itu dianugerahi oleh baginda bintang kehormat dalam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.


LATIHAN SPM 8
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.
• Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah.

2. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.
• Nilai-nilai murni perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak sejak kecil lagi.

3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.
• Pelajar itu dihadiahi oleh guru Bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.

4. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.
• Pendulik kanak-kanak itu telah ditangkap oleh polis pada pagi tadi.

5. Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.
• Undang-undang negara mestilah kamu patuhi agar hidup kita aman.


LATIHAN SPM 9
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Mereka ke sekolah dengan menaiki bas.
• Bas dinaiki oleh mereka ke sekolah.

2. Pihak berkuasa telah berjaya membanteras aktiviti pembalakan haram itu.
• Aktiviti pembalakan haram itu telah berjaya dibanteras oleh pihak berkuasa.

3. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil itu.
• Beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan untuk membantu pengusaha industri kecil itu.

4. Ketua kampung menegur sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung.
• Sikap Karim dan Derus ditegur oleh ketua kampung yang suka menghabiskan masa di warung.
• Sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung ditegur oleh ketua kampung.

5. Penduduk setempat mempertikaikan keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah.
• Keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah dipertikaikan oleh penduduk setempat.


LATIHAN SPM 10
Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Ahmad menendang bola itu ke pintu gol.
• Bola itu ditendang oleh Ahmad ke pintu gol.

2. Hanis membaca buku cerita kanak-kanak itu di kantin.
• Buku cerita kanak-kanak itu dibaca oleh Hanis di kantin.

3. Saya melukis gambar itu kelmarin setelah diminta oleh Farah.
• Gambar itu saya lukis kelmarin setelah diminta oleh Farah.

4. Kamu perlu menyiapkan tugasan yang diberi pada hari ini juga.
• Tugasan yang diberi perlu kamu siapkan pada hari ini juga.

5. Tuan hamba perlu menemui Panglima Garang segera.
• Panglima Garang perlu tuan hamba temui segera.

Modul ringkasan

Soalan 1 : Rumusan
( 30 markah )

Baca petikan dibawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang punca ibu kurang bercakap dengan anak mereka dan kesannya terhadap anak-anak. Panjangnya rumusan anda itu hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Institut keluarga amat penting dan amat berharga kepada masyarakat hari ini kerana institusi inilah yang menjadi asas dalam membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu dan harmoni. Malangnya, keadaan institusi ini semakin terancam dan dilanda pelbagai masalah sosial. Kedudukan institusi ini yang sepatutnya menjadi asas kepada kekukuhan dan kerukunan masyarakat sudah semakin goyah. Rupa-rupanya semakin moden manusia tu, semakin ruwet pula kehidupannya, khususnya urusan rumah tangga mereka.
Pelbagai masalah timbul dalam institusi ini. Masalah perceraian, keganasan rumah tangga, penderaan isteri dan anak-anak, sumbang mahram, anak lari dan rumah, dan jurang generasi antara anak dengan ibu bapa adalah antara masalah kekeluargaan yang kerap menimpa institusi tersebut. Keadaan yang semakin hari semakin memburuk ini menimbulkan kebimbangan kepada semua pihak. Banyak pihak yang menimbulkan persoalan. Bagaimanakah kita dapat membentuk masyarakat penyayang atau masyarakat
madani jika keluarga hari ini sentiasa dalam keadaan porak-peranda dan kacau-bilau?
Sebagaimana yang diketahui, tuntutan kewangan, hambatan tugas, kewajipan sosial dan pelbagai tuntutan lain telah menyebabkan ibu bapa dan anak-anak tidak kecukupan masa untuk melakukan sesuatu perkara bersama-sama. Mereka semakin sukar berbual-bual dan beramah mesra antara satu dengan yang lain, makan dan menonton televisyen atau filem bersama-sama, berbincang hal-hal keluarga atau hal pelajaran, apatah lagi untuk keluar bersiarsiar bersama-sama. Ada masanya ibu bapa terlalu penat untuk untuk bermesra dengan anak-anak. Ketiadaan kesempatan dan masa untuk mengamalkan amalan yang asas dalam keluarga ini sedikit sebanyak menjejaskan ikatan kemesraan dan hubungan kekeluargaan di kalangan ahli keluarga.
Senario bapa atau ibu yang tidak sempat bertemu dengan anak-anak mereka kerana urusan perniagaan dan kerjaya di tempat lain sehingga seminggu atau lebih merupakan suatu keadan yang biasa. Ada kalanya, sebagai akibat hambatan kerja si bapa pulang lewat malam dari pejabat dan pada ketika itu anaknya sudahpun masuk tidur. Keesokannya pula, sebelum anak bangun daripada tidur, si bapa sudah keluar rumah lebih awal lagi semata-mata hendak mengelakkan kesesakan lalu lintas!.Ada banyak cara untuk mengeratkan dan merapatkan hubungan kekeluargaan. Salah satu cara yang amat berkesan adalah melalui perundingan atau amalan musyawarah di kalangan ahli keluarga.
(Disesuaikan daripada majalah Dewan Masyarakat)


latihan 2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah meningkatkan minat terhadap pelaburan saham amanah di kalangan masyarakat. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

Penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2003 telah membawa faedah yang amat besar kepada orang ramai dalam memberi kesedaran kepada mereka mengenai
kepentingan industri saham amanah dan kepentingannya kepadanegara. Selepas kegawatan ekonomi yang menyaksikan saham-saham amanah oleh beberapa buah negara mengalami kemalapan ketara, keyakinan pelabur terutamanya kaum bumiputera turut luntur sehingga hari ini. Semangat ini perlu dibangkit kembali oleh pengurus-pengurus dana dengan menyuntik keyakinan baru kepada orang ramai. Dengan adanya keyakinan , masyarakat akan terus melabur walaupun menghadapi masalah kewangan. Masyarakat perlu tahu akan konsep risiko dan pulangan daripada pelaburan yang dibuat. Oleh itu, mereka perlu diberi
pendidikan sepenuhnya tentang kegiatan saham amanah
Banyak rungutan daripada para pelabur amanah saham negeri dan yang ditaja oleh beberapa pertubuhan telah membuat aduan mengenai nasib mereka ”yang tidak terbela” setelah membuat pelaburan dalam amanah saham berkenaan. Para pengurus dana terutamanya ajen-ajen mereka perlu bersikap ikhlas dalam memberi penerangan. Lebih penting lagi, program susulan dengan para pelabur perlu ditingkatkan agar mereka tiada keseorangan dalam menangani sebarang masalah yang dihadapi. Para pengurus dana tidak seharusnya hanya mengejar keuntungan dan komisen semata-mata.

Semasa berkempen pelbagai kata manis diucapkan tetapi selepas melabur dan saham itu pula jatuh tiada apa-apa berita yang diterima. Sebenarnya kaum bumiputera masih lagi lemah dalam urusan pelaburan. Sejak produk-produk pelaburan dilancarkan, penyertaan kaum bumiputera terlalu sedikit bilangannya. Oleh itu, pengurus dana digesa agar memberi penekanan kepada usaha meningkatkan ilmu dan kemahiran pelaburan supaya masyarakat lebih bijak merancang kewangan
dan pelaburan mereka. Sesungguhnya industri saham amanah memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi negara, berpotensi untuk lebih maju dan perlu diperluaskan lagi.

Kita mahu MSAM 2003 yang bertemakan “Saham Amanah Pilihan Pelabur Bijak” diperluas ke peringkat negeri dan daerah supaya kesedaran itu lebih meluas. Bagi memantapkan pemahaman generasi muda tentang saham amanah, murid-murid sekolah harus didedahkan dengan pengetahuan pelaburan. Walaupun usia amanah saham di negara ini sudah dikatakan matang, pengetahuan masyarakat masih belum masak sepenuhnya. Dalam keghairahan pengurus dana menjalankan kempen menarik pelabur, kempen kesedaran juga harus seiring dan dipertingkatkan.

(Diubahsuaikan daripada Tingkatkan Fahaman

Mengenai Saham Utusan Malaysia 29.4.2003)

latihan 3
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan negatif penggunaan internet dan langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kelebihan utama internet berbanding dengan media lain ialah keupayaannya memberikan maklumat tanpa sekatan. Internet membolehkan masyarakat memperoleh dan menyebarkan maklumat dengan bebas. Internet bukan sahaja menjelaskan konsep demokrasi maklumat, malah dapat mengubah cara manusia berkomunikasi. Perubahan cara komunikasi inilah yang menerbitkan krisis dalam aspek keselamatan maklumat dan aspek tanggungjawab.

Sesungguhnya, pengenalan internet menimbulkan perdebatan dalam pelbagai isu. Penyebaran bahan imperialisme yang dapat meruntuhkan nilai-nilai budaya dan moral sesuatu bangsa jelas menunjukkan bahawa internet mudah dikaitkan dengan perkara-perkara yang kurang menyenangkan. Internet merupakan media yang membolehkan sesiapa sahaja menerbitkan bahan kepada masyarakat dunia dengan kos yang sangat murah. Hakikat ini telah menyebabkan kerajaan-kerajaan di seIuruh dunia cuba mengawal media baru ini. Keupayaan rangkaian canggih ini menyebarkan imej digital menyebabkan internet sering dijadikan wahana untuk menyebarkan bahan tidak bermoral secara talian terus.


Di samping itu, internet digunakan juga untuk menyebarkan pelbagai judul buku yang diharamkan di sesetengah negara. Malah, penerbit buku di seluruh dunia mempersoalkan pelanggaran hak cipta yang banyak dilakukan dalam internet. SeIain itu, rangkaian ini juga digunakan untuk menyebarkan iklan yang mungkin tidak diterima oleh media lain, kerana iklan itu melanggar kod etika pengiklanan seperti mengeksploitasikan wanita dan cita rasa kanak-kanak. Kebebasan penyebaran maklumat menyebabkan internet digunakan untuk menyebarkan fitnah dan khabar angin terhadap kerajaan atau organisasi tertentu. Internet turut menimbulkan masalah perundangan terbesar dalam undang¬-undang harta intelek dan kebebasan hak asasi.

Beberapa terbitan Ensiclopedia World Wide telah disebarkan melalui internet tanpa izin pemegang hak ciptanya. Perbuatan tersebut memang menyalahi undang-undang, tetapi perkara ini telah berlaku dalam ruang siber dewasa ini. Kebimbangan terhadap internet turut tertumpu terhadap kegiatan jenayah ekonomi dan penipuan dalam transaksi talian terus. Internet menjadikan sempadan geografi semakin tidak jelas. Internet sering mencabar amalan budaya dan moral. Menyedari hakikat ini, banyak negara berusaha mengambil Iangkah-Iangkah yang sewajarnya bagi memerangi penyalahgunaan internet.

Soalan 2 : Pemahaman [10 markah]

Soalan 2(a) — Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai kata sering dijadikan wahana? [2 markah]
(ii) Internet mempunyai beberapa kebaikan. Nyatakan kebaikan tersebut. [3 markah]
(iii) Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri laman web mata pelajaran yang menarik.

latihan 4
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan proses kitar semula dan masalah-masalah pelaksanaannya di Malaysia. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Proses kitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan menggunakan semula bahan-bahan yang pernah dianggap sebagai sampah. Kitar semula memungkinkan bahan¬-bahan yang terbuang dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia membuang sampah-sarap dalam pelbagai bentuk pada kadar 15000 tan sehari? Apakah yang akan berlaku dalam tempoh sepuluh tahun jika keadaan ini berterusan?

Sisa bahan buangan yang terdiri daripada 27% kertas, 36.5% sisa buangan dari rumah, 3.9% besi, 3.7% kaca, 16.4% plastik dan 12.5% lain-lain. Hal ini akan menyebabkan pencemaran alam sekitar. Pembuangan sampah dan sisa buangan rumah dilonggokkan di tepi-tepi jalan bukan sahaja menyakitkan mata memandangnya, malah bau yang busuk tentu sahaja mengganggu keselesaan kita. Lebih teruk lagi kesannya akan mengancam sistem air bawah tanah yang menjadi salah satu punca sumber air dalam kehidupan kita. Kita sering kali merungut apabila sampah melewati kawasan rumah kita kerana baunya yang busuk. Hal ini seharusnya kita ambil sebagai iktibar kerana jika kitar semula tidak diamalkan dan kita sendiri mengambil sikap endah tak endah, kita akan dibelenggu oleh bau yang busuk sepanjang masa. Melalui amalan kitar semula, kita dapat membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar demi kesejahteraan hidup.

Kerajaan amat bersungguh-sungguh dalam melaksanakan kempen kitar semula untuk memastikan ruang hidup manusia akan terus terpelihara. Pada masa ini terdapat kira-kira 230 buah tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya dianggarkan berkeluasan 20 hingga 150 ekar bergantung kepada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Andainya keadaan ini berterusan tentulah kawasan kediaman akan terjejas. Lantaran itu, usaha ini juga dapat menjamin persekitaran yang lebih sihat dan bersih. Keadaan di kawasan pembuangan sampah yang kotor dan menjijikkan tentu sahaja menjadi tempat pembiakan serangga perosak. Oleh itu, proses kitar semula ini bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembuangan sampah, malah dapat mengawal penyakit daripada merebak.

Walaupun aktiviti pengutipan sampah sekarang memberi peluang pekerjaan kepada sesetengah orang, namun jika program kitar semula dilaksanakan, lima kali lebih banyak peluang pekerjaan akan tersedia untuk warga Malaysia. Keperluan terhadap jurutera, pakar mesin, pakar alam sekitar, pekerja am dan sebagainya amat dikehendaki oleh kilang-kilang terbabit. Dari segi jangka panjang, kos untuk melaksanakan kitar semula jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan biaya pemuliharaan alam sekitar yang telah musnah. Oleh itu, masyarakat mestilah dididik supaya peka akan masalah yang kita cipta ini. Pelaksanaan kaedah ini tidak sukar untuk dijayakan. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan semakin giat menggalakkan pengitaran semula bahan-bahan buangan menerusi majlis perbandaran di setiap daerah dan kawasan. Malah, kita memuji langkah Jabatan Alam Sekitar yang mengadakan pelbagai aktiviti menerusi media massa dan mengadakan penerangan hingga ke sekolah dalam usaha melahirkan rakyat yang mencintai alam sekitar. Oleh itu, kerjasama yang berterusan oleh semua pihak iaitu individu, masyarakat, pihak berkuasa, media massa, kerajaan dan pihak swasta amat dituntut untuk menjamin pengekalan kebersihan dalam kehidupan.

Soalan 2(a) : Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata menyakitkan mata memandangnya. [2 markah]

(ii) Apakah kesan daripada pembuangan sampah yang tidak terurus? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan alam sekitar dihargai? [4 markah]


latihan 5Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang langkah-langkah menangani masalah vandalisme dan akibat daripada masalah tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perbuatan merosakkan harta benda awam atau vandalisme kian hari kian menular di negara kita. Harta benda awam telah dirosakkan sewenang-wenangnya. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini telah mengundang pelbagai komplikasi. Pengerusi Jawatankuasa Antivandalisme Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur, Datuk Lee Lam Thye mengelaskan vandalisme kepada vandalisme perlakuan, iaitu menjual harta benda yang dicuri, vandalisme dendam dan vandalisme conteng. Gejala negatif ini biasanya melibatkan mereka yang berusia antara 15 hingga 21 tahun. Antara kemudahan-kemudahan awam yang sering menjadi mangsa ialah telefon awam, papan tanda, lif rumah pangsa dan dinding-dinding bangunan. Saban tahun, kerajaan memperuntukkan wang berjuta-juta ringgit untuk meningkatkan keselesaan rakyat dengan menyediakan kemudahan awam kepada rakyatnya. Malangnya, wujud golongan yang tidak berkesedaran sivik tergamak untuk merosakkan harta benda awam ini. Justeru, kita perlu menghalusi punca-puncanya dan mengorak langkah proaktif demi memeranginya ke akar umbi.

Memandangkan ketenatan masalah vandalisme, suatu penyelesaian segera amat diperlukan untuk menghapuskan masalah ini. “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa berperanan untuk mendidik anak-anak agar menghargai harta benda awam. Pihak sekolah pula harus memberikan bimbingan dan nasihat tentang pentingnya menjaga harta benda awam. Konsep “Masyarakat Penyayang” harus dihidupkan semula supaya para remaja sedar akan peranan mereka selaku pembela bangsa pada hari muka. Masyarakat perlu bersikap proaktif terhadap gejala vandalisme yang dilakukan di kawasan mereka.

Langkah drastik, iaitu mengenakan tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang melakukan vandalisme perlu dilaksanakan. Akta Kerajaan Tempatan yang menetapkan sesiapa yang merosakkan harta benda awam boleh didenda RM2000.00 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan perlu dikuatkuasakan. Pihak berkuasa disarankan agar membuat rondaan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan remaja. Pesalah-pesalah vandalisme wajar didenda supaya melakukan kerja-kerja kemasyarakatan. Selain itu, langkah bersama yang boleh diambil ialah mengadakan program tindakan bersama seperti menganjurkan pameran yang melibatkan agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur.

Tindakan setegas-tegasnya amat perlu supaya dapat menimbulkan keinsafan dan memberi pengajaran kepada mereka yang ingin melakukan vandalisme agar berfikir sebelum berbuat demikian. Tindakan ini juga secara tidak langsung dapat menjimatkan kos kerajaan untuk membaiki kerosakan terhadap harta awam. Disebabkan benteng didikan agama yang rapuh, golongan ini akan melakukan kegiatan vandalisme demi mendapatkan perhatian masyarakat.


2(a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan berikut menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengundang pelbagai komplikasi.
[2 markah]

(ii) Mengapakah tindakan tegas perlu dilaksanakan untuk menangani masalah vandalisme?
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh diambil untuk membentuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab? [4 markah]



[4 markah]

MODUL KARANGAN LEMAH 1

ARAHAN
Baca karangan di bawah.
1. Tentukan apa masalah pelajar ini.
2. cuba cari apakah soalan yang telah dijawab oleh pelajar ini
3. Cuba baiki semula karangan ini menjadi sebuah karangan yang menarik.

Contoh 1

Pada masa kelmarin malam , saya ingin pergi adalah peristiwa yang tiada senang berlupa pada saya.
Pada kelmarin malam , tepat pukul 8 pm saya serang menontoh television yang berhampir tamat. Pada masa ini , ibu pun bersedia untuk pergi ke pasar malam yang berdekatan dengan rumah saya . Saya cuba Tanya ibu saya hendak pergi mana dan saya hendak berikut . Selepas itu , saya membawa beberapa ringga untuk membeli- belah .

Selepas itu , saya menjalan bersama ibu saya ke pasar malam yang berdekatan dengan rumah saya . Ibu pergi gerai baju luluh , tetapi tidak ada yang adalah ibu minat . Selepas pergi gerai buah-buahan dan sedikit sayur-sayuran untuk esok pagi. Ibu saya keluar sehelai sepuluh ringgi kepada beg tangan ibunya.

Selepas itu saya tolong ambilkan ibu membeli itu , kerana ibu hendak bersimpankan duit yang baki itu. Aapabila saya dan ibu hendak pergi gerai lain tiba-tiba beg tangan ibu saya diragut oleh seorang pemuda yang tidak dikenali. Selepas itu ibu saya berjerit-jerit ada penculi. Saya berasa terkejut, sekarang ada beberapa orang pemuda berlari pergi untuk mencari penculi itu. Saya pun bersama beberapa orang pemuda pergi.

Kami mencari tepa 10 minit selapsa saya dan beberapa orang pemuda telah berusaha untuk mendapatkan beg tangan ibu saya . Selepas saya, ibu saya bersama beberpa pemuda tersebut itu serta penangkat itu pergi balai polis . Selepas polis hendak membuat laporan kepada peristiwa tadi . Oleh itu sampai pukul 10 pm baru boleh balik rumah. Sebelum balik rumah saya da ibu saya berucapkan terima kasih kepada pemuda-pemuda bekerjasama tangkat pemcuri itu .
Pada masa membuat laporan , polis memberitahu kami pencuri itu telah menrompas banyak kali di tempat pasar malam lain . Dan kadang kali mencuri jalan-jalan yang tidak orang banyak berjalan itu .
Kami kembali rumah tepat 10 pm. Alih keluarga bertanya tentang perkara yang kenapa lambat balik rumah , selepas kami mencakap tentang peristiwa tadi kepada alih keluarga saya . Bapa cakap saya sangat berani bertangkap pencuri .

contoh 2

Hari ini ialah hari Sabtu . Kampung kita telah mengadakan pasar malam setiap minggu . Tempat pasar malam itu berdekatan dengan rumah saya . Emak dan saya juga berbincang pukul berapa kita hendak pergi ke pasar malam itu .
Pada pukul 8.00 saya bersama ibunya telah berkunjung ke pasa malam yang berdekatan dengan rumah saya untuk membeli-belah . Sampai ke tempat itu , susaana itu sangat banyak orang , bising dan banyak barangan yang murah. Ibunya dan saya juga pergi membeli bela . Emak pergi tempat menjual makanan beli makanan untuk saya dan dia pergi membeli buah-buahan . Pada ketika itu saya sangat gembira kerana ada makanan boleh makan .
Pada ketika itu saya telah nampak seorang pemuda yang berpakaian mereh , topinya juga merah , rambutnya juga panjang. Perasaan pada ketika itu ialah saya berasa hairan kenapa lelaki itu hendak memakai pakaian yang macam ini . Saya tidak dapat berfikir kalau saying pakain macam ini ?
Tiba-tiba emak menjerit dengan kuat kerana beg tangan emaknya telah diragui oleh seorang pemuda yang tidak dikenali. Ketika ibunya menjerit , saya meraikan kuatnya usaha menangkap pemuda itu . Beberapa orang pemuda juga berusaha menolong saya menangkap pemuda itu kerana pasar malam sangat banyak orang dan sesak. Kita susah nak tangkap pemuda itu . Pemuda itu sambil melari sambil merosakkan gerai-gerai yang terletak di sebelah tepi jalan . Suasana itu sangat berselerak . Pemuda itu lari sangat cepat tetapi saya juga tidak kalah kepadanya kerana saya ada latihan berlari di sekolah . Akhirnya saya bersama beberapa orang pemuda telah berusaha menangkap pemuda itu dan mendapatkan beg tangan ibunya .
Selepas itu kami juga hantar pemuda itu ke balai polis . Pemuda itu ialah tadi yang saya nampak dan tidak setujui itu . Polis pun sangat terima kasih kepada kami kerana dapat menangkapkan pemuda itu kerana pemuda itu sentiasa mencuri di pasar malam tetapi pemuda itu sangat pandai sembunyi. oleh sebab itu tidak dapat ditangkap oleh polis .
Selepas itu saya dan ibunya mengucapkan ribuan terima kasih kepada 3 orang pemuda yang membantu saya menangkap pemuda itu .
Pada masa itu , saya berasa gembira kerana 3 orang pemuda itu menolong kita menangkap pencuri . Kita perlu menolong antara satu sama lain .

MODUL TB 17 - SAMBUNG AYAT

LATIHAN SPM 11
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut


Perubahan dalam sistem pendidikan negara kita sedang dilakukan. Perubahan itu bertujuan mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah. Menteri pelajaran mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam sistem pendidikan sebagai punca bertambahnya penganggur di kalangan siswazah. Sistem pendidikan ini sudah ketinggalan zaman. Sistem tersebut hanya mengeluarkan tenaga siswazah bagi “keperluan semalam”. Yang diperlukan ialah siswazah yang terlatih untuk “keperluan esok”.

1) Perubahan dalam sistem pendidikan negara kita sedang dilakukan. perubahan itu bertujuan untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah.
2) Menteri pelajaran mengenal pasti kelemahan-kelemahan dalam sistem pelajaran sebagai punca bertambahnya penganggur di kalangan siswazah.
3) Sistem pendidikan ini sudah ketinggalan zaman kerana sistem tersebut hanya mengeluarkan tenaga siswazah bagi “keperluan semalam”tetapi yang diperlukan ialah siswazah yang terlatih untuk “keperluan esok”.


LATIHAN SPM 12

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut



Remaja yang nakal sering menimbulkan masalah. Masalah tersebut terpaksa dipikul oleh anggota keluarga. Masalah tersebut terpaksa juga dipikul oleh anggota masyarakat juga. Kenakalan remaja dianggap suatu masalah sosial. Masalah tersebut begitu rumit. Masalah tersebut kian bertambah. Pertambahan masalah kenakalan remaja ini berlaku mengikut peredaran masa. Yang dimaksudkan dengan perlakuan yang nakal itu ialah sebarang perlakuan yang melanggar norma-norma masyarakat. Perlakuan tersebut mengaibkan kepentingan masyarakat. Perlakuan tersebut mewujudkan konflik.

1) Remaja yang nakal sering menimbulkan masalah yang masalah tersebut terpaksa dipikul oleh anggota keluarga dan masalah tersebut terpaksa juga dipikul oleh anggota masyarakat juga.
2) Kenakalan remaja dianggap suatu masalah sosial yang masalah tersebut begitu rumit dan masalah tersebut kian bertambah pertambahan masalah kenakalan remaja ini berlaku mengikut peredaran masa.
3) Yang dimaksudkan dengan perlakuan yang nakal itu ialah sebarang perlakuan yang melanggar norma-norma masyarakat dan perlakuan tersebut mengaibkan kepentingan masyarakat serta perlakuan tersebut mewujudkan konflik.


LATIHAN SPM 13

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut


Kejohanan Sukan Korporat Dunia dirasmikan oleh Perdana Menteri. Perasmian sukan itu dilakukan di Stadium Negara. Suasana ketika perasmian sukan itu sungguh meriah. Perasmian sukan itu mendapat pujian para peserta. Rekod penyertaan yang terbanyak dicatat dalam kejohanan ini. Sambutan hebat diberikan oleh syarikat korporat dari luar negara. Hal ini merupakan suatu penghormatan kepada negara kita. Hal ini membayangkan kemampuan Malaysia menganjurkan sukan tersebut.

1) Kejohanan Sukan Korporat Dunia dirasmikan oleh Perdana Menteri perasmian sukan itu dilakukan di Stadium Negara dan Suasana ketika perasmian sukan itu sungguh meriah.
2) Perasmian sukan itu mendapat pujian para peserta kerana rekod penyertaan yang terbanyak dicatat dalam kejohanan ini serta sambutan hebat diberikan oleh syarikat korporat dari luar negara.
3) Hal ini merupakan suatu penghormatan kepada negara kita dan hal ini membayangkan kemampuan Malaysia menganjurkan sukan tersebut


LATIHAN SPM 14

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal. Penggubalan itu berlangsung pada Ogos 1971. Penggubalan itu adalah hasil daripada persidangan di kalangan para cendekiawan Melayu. Satu resolusi telah dicapai daripada persidangan itu. Resolusi itu berasaskan tiga prinsip utama. Prinsip yang pertama ialah Kebudayaan kebangsaan hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. Prinsip yang kedua ialah unsur-unsur kebudayaan kebangsaan. Prinsip yang ketiga ialah Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.. Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal ekoran peristiwa rusuhan kaum. Rusuhan itu berlaku pada 13 Mei 1969. Rusuhan itu mencatat sejarah hitam negara.



1) Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal dan penggubalan itu berlangsung pada Ogos 1971. penggubalan itu adalah hasil daripada persidangan di kalangan para cendekiawan Melayu.
2) Satu resolusi telah dicapai daripada persidangan itu yang resolusi itu berasaskan tiga prinsip utama prinsip yang pertama ialah Kebudayaan kebangsaan hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini , prinsip yang kedua ialah unsur-unsur kebudayaan kebangsaan dan prinsip yang ketiga ialah Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.
3) Dasar Kebudayaan Kebangsaan digubal ekoran peristiwa rusuhan kaum. rusuhan itu berlaku pada 13 Mei 1969 dan rusuhan itu mencatat sejarah hitam negara.

MODUL TB 16- SAMBUNG AYAT

LATIHAN SPM 1

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.


Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita. Binatang-binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu. Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan. Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia. Manusia berburu sesuka hati mereka. Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran. Penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.

1) Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita binatang-binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu
2) Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan yang Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia seperti manusia berburu sesuka hati mereka dan Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan.
3) Antara langkah untuk membendung hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran dan penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.


LATIHAN SPM 2

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut. Mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan.


1) Televisyen merupakan salah satu media sebaran am yang televisyen direka untuk memberikan manfaat kepada manusia manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek
2) Malangnya, Akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat telah dilakukan dan hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat
3) Malangnya, Para penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut dan mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan


LATIHAN SPM 3

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen. Rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh RTM. Rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga. Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat. Hal ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik. Mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga

1) Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen yang rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh RTM dan rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga.
2) Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat dan hal ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja.
3) Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik dan mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga


LATIHAN SPM 4

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer. Pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara ini. Langkah Kementerian Pendidikan ini dialu-alukan oleh ibu bapa. Hal ini kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan. Kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah luar bandar. Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer. Langkah ini diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami bidang komputer juga.

1) Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer. pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara ini.
2) Langkah Kementerian Pelajaran dialu-alukan oleh ibu bapa demi hal ini kerana langkah ini dapat membantu mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan yang kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah luar bandar.
3) Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer serta langkah ini diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami bidang komputer juga.


LATIHAN SPM 5
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.


Bercuti ke Pulau Sayak adalah judul sebuah buku. Buku ini tergolong dalam jenis novel kanak-kanak. Buku ini dikarang oleh Darulsalam. Buku ini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya. Mereka bercuti ke Pulau Sayak. Mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tanpa disedari. Nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.

1) Bercuti ke Pulau Sayak adalah judul sebuah buku. buku ini tergolong dalam jenis novel kanak-kanak. buku ini yang dikarang oleh Darulsalam.
2) Buku itu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bercuti ke Pulau
Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama
dengan rakannya ketika mereka bercuti ke Pulau Sayak
3) Tanpa disedari mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tetapi tanpa
disedari. Nasib mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan
kumpulan itu.

LATIHAN SPM 6
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.


Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat. Kepesatan ini berlaku sejak beberapa tahun yang lalu. Kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan. Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini. Kedatangan mereka adalah untuk mencari rezeki. Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan. Keistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing .

1) Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat . kepesatan ini berlaku sejak beberapa tahun yang lalu serta kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan
2) Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini. Kedatangan mereka adalah untuk mencari rezeki.
3) Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan walau bagaimanapun keistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan oleh segolongan rakyat asing .


LATIHAN SPM 7

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius. Keadaan ini mencemaskan manusia di seluruh dunia. Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia. Manusia memperlakukan bumi sewenang-wenangnya. Tujuan mereka berbuat demikian ialah untuk mengaut keuntungan. Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil. Fenomena-fenomena tersebut termasuklah peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.

1) Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius dan keadaan ini mencemaskan manusia di seluruh dunia.
2) Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia yang manusia memperlakukan bumi sewenang-wenangnya tujuan mereka berbuat demikian ialah untuk mengaut keuntungan.
3) Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil. Fenomena-fenomena tersebut termasuklah seperti peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.

LATIHAN SPM 8
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.

Penangkapan ikan laut dalam di Malaysia akan dipertingkatkan. Usaha ini adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara. Usaha ini dilakukan dengan kerjasama pakar-pakar perikanan tempatan. Pakar perikanan luar negeri turut memberikan kerjasama. Penangkapan ikan laut dalam ini bertujuan memberikan faedah kepada nelayan tempatan. Usaha ini dapat meningkatkan pendapatan negara. Usaha ini bertujuan memulihkan sumber ikan di perairan pantai juga.


1) Penangkapan ikan laut dalam di Malaysia akan dipertingkatkan. usaha ini adalah selaras dengan Dasar Pertanian Negara.
2) Usaha ini dilakukan dengan kerjasama pakar-pakar perikanan tempatan dan pakar perikanan luar negeri turut memberikan kerjasama.
3) Penangkapan ikan laut dalam ini bertujuan memberikan faedah kepada nelayan tempatan untuk usaha ini dapat meningkatkan pendapatan negara serta usaha ini bertujuan memulihkan sumber ikan di perairan pantai juga.


LATIHAN SPM 9
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Kehadiran pengemis di ibu kota makin meningkat. Mereka terdiri daripada pelbagai keturunan. Peringkat umur mereka pun pelbagai. Kehadiran mereka menimbulkan suatu keadaan yang tidak menyenangkan kita. Kehadiran mereka menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada negara. Hal ini boleh menjejaskan usaha kerajaan. Usaha tersebut ialah untuk menarik pelancong datang ke Malaysia. Usaha tersebut dapat menggalakkan perkembangan perusahaan pelancongan. negara.

1) Kehadiran pengemis di ibu kota makin meningkat dan mereka terdiri daripada pelbagai keturunan serta peringkat umur mereka pun pelbagai.
2) Kehadiran mereka menimbulkan suatu keadaan yang tidak menyenangkan kita serta Kehadiran mereka menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada negara.
3) Hal ini boleh menjejaskan usaha kerajaan usaha tersebut ialah untuk menarik
pelancong datang ke Malaysia dan usaha tersebut dapat menggalakkan
perkembangan perusahaan pelancongan negara.


LATIHAN SPM 10

Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tigq ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut

Isu alam sekitar makin diberi perhatian kini. Hal ini berikutan rumusan yang dicapai daripada sidang Puncak Bumi. Sidang tersebut diadakan di Rio de Jenerio pada bulan Jun 1992. Di Malaysia, masalah pencemaran masih dalam keadaan yang terkawal. Langkah berhati-hati perlu diambil. Tujuannya ialah untuk mengelakkan timbulnya pelbagai masalah alam sekitar. Antara masalah-masalah alam sekitar itu termasuklah pencemaran air, dan pencemaran udara. Selain itu pencemaran berlaku daripada aktiviti pembangunan yang tidak terancang.

1) Isu alam sekitar makin diberi perhatian kini. hal ini berikutan rumusan yang
dicapai daripada sidang Puncak Bumi yang sidang tersebut diadakan di Rio de
Jenerio pada bulan Jun 1992.
2) Di Malaysia, masalah pencemaran masih dalam keadaan yang terkawal dan langkah berhati-hati perlu diambil. tujuannya ialah untuk mengelakkan timbulnya pelbagai masalah alam sekitar.
3) Antara masalah-masalah alam sekitar itu termasuklah pencemaran air, dan
pencemaran udara dan selain itu pencemaran berlaku daripada aktiviti
pembangunan yang tidak terancang.

MODUL TB 15- PERIBAHASA III

BEBERAPA BENTUK SOALAN PERIBAHASA
Contoh 1
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Rakyat Malaysia hari ini semakin luntur pegangan bahawa walaupun di mana-mana juga mereka berada di Malaysia ini, mereka hendaklah patuh akan undang-undang supaya kehidupan lebih harmoni. Keadaan bertambah teruk apabila terdapat segelintir pendatang asing yang datang ke bumi Malaysia ini menganggap negara ini seperti negara mereka sendiri dan bebas melakukan apa-apa sahaja. Kesannya, perpaduan dalam kalangan masyarakat semakin goyah. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana mampu menjadi barah yang lebih kronik pada masa akan datang.
[ 6 markah ]
Jawapan contoh :

1. dimana bumi dipijakdi situ langit dijunjung

2.

3.

Contoh 2
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat ini.

(i) Kehidupan penduduk Taman Bukit Indah sentiasa berada dalam keadaan harmoni dan sentosa kerana penduduknya bahu-membahu setiap kali apabila ada sesuatu majlis.
(ii) Para pekerja asing di syarikat itu patuh sahaja akan arahan yang diberikan oleh majikan mereka kerana bimbang akan diberhentikan kerja.
(iii) Jika kita hendak berjaya dalam pelajaran,kita perlu belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya dan tercapai cita-cita.
[ 6 markah ]
Jawapan contoh :

1. berat sama dipikul ringan sama dijinjing

2. bagai kerbau dicucuk hidunga

3. di mana ada kemahuan disitu ada jalan

Contoh 3
Bina ayat berdasarkan peribahasa yang diberikan di bawah ini.

(i) Bagai aur dengan tebing.
(ii) Bak cendawan tumbuh selepas hujan.
(iii) Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

[ 6 markah ]
Jawapan Contoh :
1. Dengan berpandukan maksud peribahasa _____________________________________ , Effendi memajukan syarikat ayahnya bersama-sama dengan adik-adiknya.

2. Bangunan pencakar langit semakin banyak di ibu kota Kuala Lumpur ibarat cendawan tumbuh selepas hujan

3. Pak cik Johari mendidik anak-anaknya sejak kecil lagi kerana dia berpegang pada peribahasa melentur buluh biar dari rebungnya

Contoh 4
Isi tempat kosong di bawah ini dengan peribahasa yang sesuai.
(i) Sewaktu usia masih muda dan tenaga masih kuat, seseorang perlu bekerja dengan tekun dan berjimat cermat seperti kata peribahasa ______________________________________________________________.
(ii) Sejak Mustafa berjawatan tinggi dan mempunyai rumah yang besar di ibu kota,dia mulai sombong dan tidak mahu pulang ke kampung lagi.Sikap Mustafa ini umpama ______________________________________________________________.
(iii) Apabila kerja sukar dilakukan dengan bersama-sama ,maka kerja itu akan menjadi lebih mudah.Situasi ini sama dengan maksud peribahasa ______________________________________________________________ .

[ 6 markah ]
Jawapan contoh :
(i)
(ii)
(iii)


Contoh 5
Berikan maksud setiap peribahasa di bawah ini.
(i) Biar mati anak, jangan mati adat
(ii) Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
(iii) Kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya.

Jawapan contoh :
(i)
(ii)
(iii)
[ 6 markah ]

MODUL TB 14 - PERIBAHASA ii

Latihan Peribahasa 11
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Penduduk Taman Nusa Idaman mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan persekitaran. Mereka sepakat untuk melakukan kerja sama ada mudah atau susah. Penduduk taman yang berbilang kaum itu bertolak ansur dan hidup aman dan damai. Sekiranya ada penduduk di taman itu yang menghadapi kesusahan, penduduk yang lain turut bersimpati dan cuba membantu.

Latihan Peribahasa 12
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Kerajaan telah memilih Kampung Muafakat sebagai kampung angkat. Kampung itu terpilih kerana majoriti penduduknya rajin bekerja dan mereka juga mudah memberikan pertolongan jika diperlukan. Dalam salah satu projek yang dijalankan, penduduk kampung telah bersepakat untuk mendirikan rumah Pak Dali semula yang hampir roboh. Sikap pemuda-pemuda kampung yang suka menghabiskan masa di tepi-tepi jalan pula amat dikesalkan kerana tidak sudi membantu walaupun telah ditegur.

Latihan Peribahasa 13
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Gejala sosial dalam kalangan remaja begitu membimbangkan. Walaupun telah diberi teguran dan dinasihati oleh keluarga, guru dan masyarakat pelbagai masalah sosial terus berlaku. Ada antara remaja terbabit telah ditangkap dan dihantar ke pusat serenti atau pusat pemulihan akhlak. Golongan ini memang menyusahkan masyarakat yang cinta akan kedamaian. Walaupun begitu, ibu bapa dan keluarga mereka tetap tidak berputus asa, malahan terus berusaha untuk memastikan masalah ini dapat diatasi.

Latihan Peribahasa 14
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Masyarakat kampung terkenal dengan semangat bekerjasama. Hal ini dapat dilihat apabila ada majlis kenduri-kendara. Masyarakat di bandar pula lebih mementingkan diri sendiri dan keadaan ini berpunca daripada latar belakang hidup yang berbeza. Jika berlaku sesuatu masalah, mereka terasa berat untuk membantu. Namun, keistimewaan tinggal di bandar, penduduknya akan terasa aman kerana tiada orang yang menyibuk akan hal orang lain. Sedangkan jika di kampung, apabila berlaku sahaja sesuatu perkara, akan gemparlah seluruh kampung.


Latihan Peribahasa 15
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Pak Mahat yang telah lama berniaga makanan di kampung telah mengambil keputusan untuk mencuba nasib dengan membuka restoran di Kuala Lumpur. Perniagaannya sangat baik kerana sejak akhir-akhir ini dia telah mendapat keuntungan yang banyak hingga kehidupannya menjadi senang. Setelah beberapa tahun, sikap tamak mula bersarang di hatinya menyebabkan dia menutup restorannya dan melibatkan diri sebagai kontraktor bangunan. Malangnya, syarikat barunya itu telah gagal mendapat sebarang projek dan diisytiharkan muflis hingga menyebabkan dia menjadi miskin.

Latihan Peribahasa 16
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Budaya dan minat membaca hendaklah dipupuk sejak kecil lagi. Kita bersyukur kerana sudah ada pihak yang berani tampil dengan beberapa pendekatan sistematik bagi menimbulkan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak yang berusia tiga hingga empat tahun agar mereka mahir membaca. Ahli keluarga terutamanya ibu bapa juga harus menampilkan teladan dalam memupuk minat membaca. Sekiranya budaya ini sudah dijadikan amalan, sudah pasti anak-anak akan mengikut jejak langkah mereka. Masyarakat perlu sedar bahawa tanpa ilmu pengetahuan yang diperoleh daripada pembacaan, mereka akan terus menjadi masyarakat yang buta ilmu dan ketinggalan zaman.


Latihan Peribahasa 17
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Pak Din bekerja sebagai seorang peniaga kecil-kecilan. Dia tidak hanya bergantung pada pendapatan sebagai peniaga sahaja, sebaliknya turut mengambil upah menjahit baju sebagai cara untuk menambahkan pendapatannya. Pak Din juga sering beringat dan tidak boros berbelanja dan akan menyimpan wang untuk keperluan semasa susah. Walau bagaimanapun, dia amat sedih apabila kedainya terbakar akibat kecuaiannya.

Latihan Peribahasa 18
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Muniandy masih tidak puas hati dan terus menuntut harta pusaka peninggalan ayahnya daripada abang-abangnya walaupun pembahagian sama rata telah dibuat. Perangainya itu menimbulkan kemarahan keluarganya kerana semasa ayahnya masih hidup, Muniandy dengan lantang mengatakan bahawa dia tidak kisah akan harta tersebut. Sikapnya itu menjadi penyebab hubungan mereka sekeluarga terjejas walaupun sebelum ini mereka sekeluarga cukup akrab.

Latihan Peribahasa 19
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Para pengunjung yang datang ke kedai lelongan itu amat sedikit walaupun iklan tentang lelongan itu telah disebarkan secara meluas menerusi media massa. Sebahagian daripada pelanggan yang datang ke kedai itu berasa kesal kerana barangan yang ada di situ tidak banyak pilihan untuk dibeli seperti yang disangka oleh mereka. Jelaslah perkara itu hanyalah omong kosong dan tidak menepati maklumat dalam iklan yang disiarkan. Nampaknya pengunjung pulang dengan hampa kerana terpaksa pulang tanpa membeli apa-apa barangan.

Latihan Peribahasa 20
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Setiap indinvidu yang ingin berjaya tidak boleh hanya mengharapkan bantuan dan simpati orang lain. Mereka perlulah berusaha dengan gigih kerana tiada kejayaan untuk orang yang malas. Apabila sudah berjaya, jangan pula kita melupakan jasa semua pihak yang telah menolong kita seperti ibu bapa, guru dan pihak kerajaan. Kita juga perlu bijak membuat keputusan dan jangan pula terlalu mengikut arahan orang lain tanpa usul periksa atau memikirkan kesan negatifnya kepada diri kita sendiri.

MODUL TB 13-PERIBAHASA

Latihan Peribahasa 1
Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.

1. mencari jalan

2. anak dagang

3. memerah otak

4. batu penghalang

5. lintah darat

Latihan Peribahasa 2
Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.

1. kacang lupakan kulit

2. bak cendawan tumbuh selepas hujan

3. bagai kaca terhempas ke batu

4. seperti lembu dicucuk hidung

5. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua



Latihan Peribahasa 3
Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.

1. di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

2. bukit sama didaki, lurah sama dituruni

3. kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

4. sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

5. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Latihan Peribahasa 4
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah ini.
1. Rahmat dan Kamal merupakan sahabat karib sejak kecil dan mereka sering bekerjasama dalam apa jua situasi.

2. Fatimah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh majikannya itu dengan bersungguh-sungguh dan dia sanggup tidak tidur semalaman.

3. Farid tidak menghadapi sebarang masalah ketika menetap di luar negara kerana dia mudah menyesuaikan diri dengan adat resam dan budaya hidup masyarakat setempat .

4. Penduduk kampung itu sering berganding bahu dan menyelesaikan masalah mereka bersama-sama untuk mengekalkan keharmonian hidup yang mereka kecapi selama ini.

5. Kita tidak akan mencapai segala yang dihajati jika tidak berusaha bersungguh-sungguh.



Latihan Peribahasa 5
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah ini.

1. Pinjaman perniagaan peniaga itu sudah diluluskan oleh pihak bank dan hanya menunggu masa sahaja untuk menjalankan perniagaannya sendiri.

2. Adib sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kerana dia mudah faham apa yang diajarkan oleh guru.

3. Pelancong itu merungut apabila mendapati hotel penginapannya tidak
menyediakan segala kemudahan yang dijanjikan semasa dia membuat tempahan dahulu.

4. Pak Ali tidak pernah lupa untuk menyimpan sebahagian daripada pendapatan bulanannya sebagai bekalan semasa dalam kesusahan.

5. Anak-anak sepatutnya dididik sejak mereka kecil lagi untuk memastikan mereka mempunyai akhlak yang cemerlang.


Latihan Peribahasa 6
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Semangat kejiranan masih diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Hubungan ini dikukukuhkan dengan aktiviti bekerjasama dan bergotong-royong sesama jiran tetangga. Mereka akan menghadapi situasi susah dan senang bersama-sama. Amalan ini sudah sebati dalam diri mereka kerana telah diwarisi sejak turun-temurun.




Latihan Peribahasa 7
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Encik Asyraf menjalankan perniagaan runcit di kampungnya. Kebanyakan barangannya dijual dengan harga yang tinggi kerana dia ingin mengaut keuntungan yang lebih. Encik Asyraf juga terkenal dengan sikapnya yang suka berbangga dengan kejayaannya dalam perniagaan. Walau bagaimanapun, isterinya tidak bersikap sedemikian sebaliknya dia sering merendah diri dan tidak keberatan membantu mereka yang dalam kesusahan.

Latihan Peribahasa 8
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Halim bekerja di sebuah syarikat pengangkutan. Dia merupakan seorang pekerja yang rajin dan akan menyiapkan tugasannya sehingga selesai walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Halimah berperanan penting di tempat kerjanya kerana dia sangat berkemahiran dan mampu mengendalikan syarikat dengan baik. Dia sentiasa meningkatkan kecekapannya supaya kebolehannya setanding dengan pegawai-pegawai yang lain.


Latihan Peribahasa 9
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Fatin Nabila merupakan seorang pelajar yang cemerlang di sekolahnya. Semasa mengulang kaji pelajaran, dia akan menjawab setiap soalan yang diberikan oleh gurunya dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat jawapan yang tepat. Fatin Nabila sedar bahawa untuk meraih kejayaan, dia perlu berusaha dengan tekun. Walaupun letih, dia percaya bahawa keperitan yang dialaminya sekarang akan menjanjikan kesenangan pada masa hadapan.


Latihan Peribahasa 10
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

David masih memegang status kerakyatan Malaysia walaupun sudah dua puluh tahun menetap di England. Dia tidak menghadapi sebarang kesulitan tinggal di sana kerana dia mudah menyesuaikan diri dengan kehidupan masyarakat setempat. David mendapati kehidupan di England tidaklah sehebat yang disangkakan sebagaimana yang sering didengarnya sebelum ini. Namun dia terpaksa meneruskan kehidupannya di sana kerana kontrak kerjanya masih belum tamat.

MODUL TB 12-PISAHKAN AYAT

Latihan 1


Pengajaran komponen sastera bukan saja dapat meningkatkan penguasaan bahasa Melayu,malah dapat mewujudkan patriotisme dalam kalangan pelajar,membina jati diri,mengukuhkan minat membaca,dan membolehkan pelajar menghargai karya sastera yang banyak berisi pengajaran.



Latihan 2

Pisahkan ayat-ayat dalam petikan di bawah kepada enam ayat dengan mengekalkan maksud dan struktur asalnya.

Komputer dan teknologi maklumat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat masa kini. Bilangan pengguna semakin meningkat setiap hari yang terdiri daripada pelbagai golongan . Keadaan ini telah merangsang sebilangan usahawan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang berasaskan teknologi maklumat.




Latihan 3

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian pisahkan kandungan petikan itu kepada tidak kurang daripada enam ayat dasar. Anda hendaklah mengekalkan struktur dan maksud asalnya.

Warga tua yang memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ahli keluarga. Mereka tidak suka ditempatkan di rumah-rumah kebajikan yang terdapat di seluruh negara. Oleh sebab itu, anak-anak tidak wajar mengabaikan ibu bapa mereka, sebaliknya perlu membelai mereka.


Latihan 4

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian pisahkan kandungan petikan itu kepada tidak kurang daripada enam ayat dasar. Anda hendaklah mengekalkan struktur dan maksud asalnya.


Sasterawan merupakan golongan yang memiliki kesedaran tentang kelemahan dan kekuatan masyarakatnya. Mereka berkarya tanpa memikirkan faedahnya dan mereka mendapat kepuasan serta keseronokan apabila buah fikiran mereka dihargai oleh masyarakat.




Latihan 5

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian pisahkan kandungan petikan itu kepada tidak kurang daripada enam ayat dasar. Anda hendaklah mengekalkan struktur dan maksud asalnya.


Universiti Malaya yang tersergam megah di Kuala Lumpur merupakan universiti yang tertua dan ternama di Malaysia. Mahasiswa dan mahasiswi datang dari seluruh Malaysia kerana hendak menimba ilmu di situ.

MODUL TB 12-PISAHKAN AYAT

Latihan 1


Pengajaran komponen sastera bukan saja dapat meningkatkan penguasaan bahasa Melayu,malah dapat mewujudkan patriotisme dalam kalangan pelajar,membina jati diri,mengukuhkan minat membaca,dan membolehkan pelajar menghargai karya sastera yang banyak berisi pengajaran.



Latihan 2

Pisahkan ayat-ayat dalam petikan di bawah kepada enam ayat dengan mengekalkan maksud dan struktur asalnya.

Komputer dan teknologi maklumat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat masa kini. Bilangan pengguna semakin meningkat setiap hari yang terdiri daripada pelbagai golongan . Keadaan ini telah merangsang sebilangan usahawan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang berasaskan teknologi maklumat.




Latihan 3

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian pisahkan kandungan petikan itu kepada tidak kurang daripada enam ayat dasar. Anda hendaklah mengekalkan struktur dan maksud asalnya.

Warga tua yang memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ahli keluarga. Mereka tidak suka ditempatkan di rumah-rumah kebajikan yang terdapat di seluruh negara. Oleh sebab itu, anak-anak tidak wajar mengabaikan ibu bapa mereka, sebaliknya perlu membelai mereka.


Latihan 4

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian pisahkan kandungan petikan itu kepada tidak kurang daripada enam ayat dasar. Anda hendaklah mengekalkan struktur dan maksud asalnya.


Sasterawan merupakan golongan yang memiliki kesedaran tentang kelemahan dan kekuatan masyarakatnya. Mereka berkarya tanpa memikirkan faedahnya dan mereka mendapat kepuasan serta keseronokan apabila buah fikiran mereka dihargai oleh masyarakat.




Latihan 5

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian pisahkan kandungan petikan itu kepada tidak kurang daripada enam ayat dasar. Anda hendaklah mengekalkan struktur dan maksud asalnya.


Universiti Malaya yang tersergam megah di Kuala Lumpur merupakan universiti yang tertua dan ternama di Malaysia. Mahasiswa dan mahasiswi datang dari seluruh Malaysia kerana hendak menimba ilmu di situ.