CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Isnin, 15 Mac 2010

contoh soalan

Sampel soalan


“Di peringkat antarabangsa, kemiskinan secara global boleh digambarkan sebagai pergantungan sebuah negara miskin kepada sesebuah negara maju. Pergantungan ini merangkumi aspek kewangan, teknologi dan kebebasan.”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Dewan Masyarakat, Mac 2005)

(i) Apakah yang dikaitkan dengan kemiskinan di peringkat dunia?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi kemiskinan di Negara-negara Dunia Ketiga.

Jawapan :

Kemiskinan digambarkan sebagai pergantungan sesebuah negara dalam aspek kewangan, teknologi dan kebebasan kepada negara maju.

Jawapan:
Langkah:
1.Negara Dunia Ketiga perlu bekerjasama untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.
2.Mengeksploitasi hasil kekayaan negara secara meluas dengan menggunakan teknologi moden.
3.Pemindahan teknologi dari negara-negara maju.
4.Meningkatkan sistem pendidikan – mengurangkan kadar buta huruf.
5.Meningkatkan taraf kesihatan – memanjangkan jangka hayat.韩



“……kerajaan mengawal akhbar adalah untuk memantau fungsi akhbar supaya mendatangkan faedah kepada kerajaan. Selain itu, pengawalan kebebasan akhbar juga dapat meminimumkan pengaruh negatif seperti penyebaran fitnah, penghinaan, penipuan dan melindungi sistem politik kerajaan.”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Dewan Masyarakat Disember 2004)

(i) Bagaimanakah kawalan akhbar berfaedah kepada sesebuah kerajaan?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan halangan-halangan yang dihadapi oleh pihak akhbar di peringkat global

Jawapan:

i.Akhbar berfaedah sekiranya kerajaan dapat mengawal fungsinya untuk meminimumkan pengaruh negatif dan melindungi sistem politik.

ii..Kebebasan akhbar disekat hampir seluruh negara di dunia, akhbar tidak dapat menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat.
2.Pihak wartawan seringkali menghadapi ancaman bunuh dan terdedah kepada pelbagai ugutan
3.Negara-negara komunis tidak membenarkan langsung pihak akhbar memaparkan kepincangan pentadbiran mereka dan seringkali wartawan ditangkap dan dipenjarakan
4.PIhak akhbar terpaksa melalui prosedur penerbitan dan pengeluaran yang ketat.


“Pisang mempunyai banyak khasiat seperti mengurangkan risiko penyakit jantung dan juga tekanan darah tinggi, secara langsung akan dapat mengekalkan dan menjamin tahap kesihatan seseorang. Zat potassium dapat membantu mengekalkan tekanan osmostik di dalam sel badan. Justeru, pisang mendapat sambutan baik dalam menu makanan setiap hari di dalam dan luar negara.”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Dewan Kosmik, Mei 2005)

(i) Mengapakah pisang menjadi keutamaan dalam menu harian ?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan langkah-langkah untuk mengembangkan industri buah-buahan tempatan?

Jawapan:
Banyak khasiat dan penting kepada kesihatan manusia menyebabkan pisang menjadi keutamaan menu harian seseorang.
:
Langkah:
1.Menggunakan teknologi meningkatkan pengeluaran melalui kaedah bioteknologi dan dapat mengawal masalah penyakit untuk meningkatkan hasil
2.Penggunaan benih daripada tisu kultur, penggunaan baja organik
3.Kaedah pengeksportan yang lebih efisien seperti kaedah sinaran (teknologi nuklear).
4.Kaedah pembungkusan yang terkawal.
5.Mencari pasaran-pasaran baru di kalangan negara-negara luar.

“Negara kita merupakan pasaran yang sangat berpotensi untuk industri satelit. Kedudukan Malaysia yang hampir dengan Khatulistiwa membolehkan negara kita menerima antara yang paling banyak cahaya matahari berbanding tempat lain. Keadaan ini memudahkan satelit mengumpulkan cahaya matahari dan menukarkannya ke dalam bentuk gelombang mikro untuk membawa maklumat angkasa lepas ke bumi.”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada, Dewan Kosmik Disember, 2004)


(i) Apakah kelebihan yang ada di negara kita dalam mengembangkan industri satelit?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, sarankan langkah-langkah yang sesuai untuk memajukan industri satelit negara.

Jawapan:
Negara mempunyai kelebihan untuk mengembangkan industri satelit kerana kedudukan berhampiran garisan khatulistiwa yang membekalkan cahaya yang cukup untuk proses penghantaran maklumat.
:
1.Menyediakan angkasawan Malaysia untuk meneroka angkasalepas dan mendaratkan angkasawan di bulan.
2.Teknologi menghasilkan satelit sendiri dan melancarkannya ke ruang angkasa
3.Menawarkan kursus / pengajian aeroangkasa di IPTA bagi melahirkan pakar-pakar dalam aeroangkasa

Tiada ulasan:

Catat Komen