CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Rabu, 29 Disember 2010

SEJ T 6 Imigran di Tanah Melayu

Kedatangan Imigran

Pengenalan

Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perubahan politik telah membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Selain orang Cina dan India, terdapat satu lagi kumpulan imigran di Tanah Melayu iaitu orang Indonesia yang datang dari Kalimantan, Jawa, Sumatera, Sulawesi, Riau dan lain-lain Kepulauan Indonesia.

Orang Indonesia

1. Pengenalan

Sebelum pemerintahan Inggeris, orang Indonesia telah berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka adalah orang Minangkabau, orang Bugis dan orang Jawa. Orang Minangkabau dari Sumatera Barat telah berhijrah secara beramai-ramai ke Negeri Sembilan pada abad ke-14. Orang Bugis dari Sulawesi Selatan telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di Selangor, Perak dan Johor. Orang Jawa berhijrah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20 untuk bekerja sebagai buruh di lading kopi, lading getah dan juga di lombong-lombong bijih timah. Pada penghujung abad ke-19, penghijrahan masuk orang Indonesia semakin meningkat. Hal ini disebabkan keperluan buruh dalam sektor penanaman padi dan kopi diikuti oleh perkembangan perusahaan bijih timah dan getah.

2. Sebab kedatangan

a. Faktor politik

Tekanan politik oleh pihak penjajah (Belanda) telah mendorong kemasukan orang-orang Indonesia ke Tanah Melayu. Sebagai contoh, orang Jawa telah dikenakan Sistem Kultur (1830-1870) atau Sistem Tanaman Paksa. Sistem ini telah menyebabkan rasa kurang senang orang-orang Jawa terhadap pemerintahan Belanda. Pertambahan penduduk Indonesia yang tinggi juga menyebabkan tanah pertanian di Jawa tidak cukup.

b. Faktor sosial

Penduduk di Indonesia terutamanya dari Pulau Jawa dan Sumatera telah bertambah dengan pesat. Pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan pertambahan keluasan tanah pertanian ataupun pengeluaran tanaman makanan telah menyebabkan kemiskinan dan kemerosotan taraf hidup para petani.

c. Faktor ekonomi

Peluang ekonomi seperti sektor pertanian iaitu getah, padi, kelapa dan lain-lain adalah pendorong utama kepada kemasukan orang-orang Indonesia ke Tanah Melayu. Kestabilan politik di Tanah Melayu adalah lebih baik jika dibandingkan dengan Indonesia juga merupakan faktor pendorong bagi kemasukan orang Indonesia. Galakan pembesar-pembesar tempatan untuk mengerjakan kawasan pertanian juga telah mendorong kepada lebih ramai kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu. Sebagai contoh, Orang Kaya Bakar (Muar) telah menggunakan tenaga orang Indonesia untuk mengerjakan dusun buah-buahannya. Persamaan dengan orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari segi bahasa, agama, adat resam dan sebagainya telah menyebabkan mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Tanah Melayu.

3. Sumbangan

Orang Indonesia turut menyumbangkan tenaga dalam perusahaan getah dan bijih timah di samping dalam pertania seperti padi, kelapa, dusun buah-buahan dan sebagainya. Kecenderungan dalam mengusahakan pertanian yang sama dengan tempat asal mereka adalah pendorong kepada kedatangan orang Indonesia ke Tanah Melayu.

4. Cara kemasukan

Tidak ada satu sistem yang tertentu yang dilalui oleh orang Indonesia untuk datang ke Tanah Melayu di mana mereka berusaha sendiri untuk datang ke sini.

5. Komposisi penduduk orang Indonesia

a. Orang Jawa

Orang Jawa merupakan orang Melayu yang paling banyak berhijrah ke Tanah Melayu. Menjelang tahun 1930, terdapat 17000 orang Jawa di Tanah Melayu dan Singapura. Mereka bekerja sebagai buruh di lading kopi dan getah atau lombong bijih timah. Kebanyakan orang Jawa terdapat di negeri Johor, selangor dan Perak.

b. Orang Banjar

Orang Banjar berasal dari Daerah Banjarmasin. Mereka mengusahakan penanaman padi. Kebanyakan mereka mendiami kawasan-kawasan pinggir pantai dan lembah-lembah sungai di Perak, Selangor dan Johor. Pada tahun 1931, bilangan penduduk Banjar di Tanah Melayu ialah 45382 orang.

c. Orang Bugis

Orang Bugis berasal dari Pulau Sulawesi membuka petempatan di Selangor, Johor dan Perak. Mereka menjalankan kegiatan pertanian.

d. Orang Boyan

Orang Boyan berasal dari Pulau Boyan telah menetap di Bandar-bandar seperti Singapura, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Mereka mahir dalam pemeliharaan kuda lumba.

e. Orang Minangkabau

Orang Minangkabau dari Sumatera menetap di Negeri Sembilan. Kebanayakan mereka terlibat dalam kegiatan perniagaan dan pertanian.

6. Bilangan penduduk orang Indonesia

Pada tahun 1947, bilangan penduduk Indonesia di Tanah Melayu adalah lebih kurang 307150 orang. Daripada jumlah ini, 60% terdiri daripada orang Jawa. Pada tahun 1957 bilangan penduduk Melayu (termasuk orang Indonesia) ialah 2427834 orang iaitu 49.8% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

Orang Cina

1. Pengenalan

Sejak abad ke-15, orang Cina telah datang ke Tanah Melayu. Pembukaan Melaka dan hubungan perdagangan di antara Melaka dengan negara China menggalakkan kedatangan orang Cina. Penghijrahan orang Cina semakin bertambah menjelang awal abad ke-19. Orang Cina telah berhijrah ke Negeri-negeri Selat akibat perkembangan perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura serta dasar pemerintahan British di Pulau Pinang dan Singapura yang longgar memudahkan lagi kemasukan imigran Cina. Orang Cina berhijrah ke Johor pada masa pemerintahan Temenggung Ibrahim (1825-1862) untuk membuka lading gambir dan lada hitam. Penghijrahan masuk orang Cina meningkat lagi pada pertengahan abad ke-19. Mereka berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja sebagai buruh di lombong bijih timah dan ladang lada hitam.

2. Sebab kedatangan

a. Faktor penolak

i. Sebab sosial dan ekonomi

Bencana alam seperti yang berlaku di China seperti kemarau, banjir dan sebagainya menyebabkan penderitaan yang teruk ke atas penduduknya. Pertanian yang menjadi nadi ekonomi China ketika itu tidak dapat dijalankan akibat bencana alam dan ini akhirnya berlaku kebuluran yang teruk akibat bekalan makanan yang tidak mencukupi. Pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan pembukaan tanah pertanian turut menyebabkan hasil pertanian tidak mencukupi. Sebagai contoh, penduduk Cina berjumlah 181 juta pada tahun 1751 telah bertambah menjadi 432 juta pada tahun 1851. Serentak dengan itu, Kerajaan Manchu mengenakan cukai yang tinggi untuk menanggung perbelanjaan pentadbirannya. Ramai petani tidak dapat membayar cukai dan terpaksa menjual tanahnya. Akibatnya, 60-90% daripada petani kehilangan tanah.

ii. Kekacauan dan korupsi politik di negara China

Keadaan politik di China yang tidak stabil telah menggalakkan kedatangan orang-orang Cina ke Tanah Melayu. Dinasti Manchu yang menguasai China pada tahun 1644 mengamalkan dasar diskriminasi terhadap penduduk Cina tempatan. Orang-orang Cina yang tidak puas hati sering melancarkan pemberontakan untuk menggulingkan Kerajaan Manchu. Salah satu pemberontakan yang terkenal ialah Pemberontakan Taiping (1850-1864). Pemberontakan ini dipimpin oleh Hung Hsiu-Chuan tetapi gagal menggulingkan Kerajaan Manchu. Oleh itu, kerajaan bertindak lebih tegas dan kejam untuk memadamkan perasaan tidak puas hati rakyat dan pemberontakan. Oleh itu, ramai orang Cina terpaksa melarikan diri daripada menjadi mangsa kekejaman Kerajaan Manchu.

b. Faktor penarik

i. Perkembangan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu

Peluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu. Keperluan tenaga buruh bagi menjayakan perusahaan bijih timah adalah salah satu faktor di samping peluang-peluang perniagaan yang banyak di kawasan Bandar terutamanya. Peluang untuk mengerjakan pertanian di bawah sistem Kangcu (Johor) menggalakkan lagi kedatangan orang-orang Cina. Di bawah sistem ini, mereka diberi tanah untuk mengerjakan pertanian terutamanya lada hitam.

ii. Kestabilan politik

Kestabilan politik hasil daripada dasar pemerintahan British yang liberal menjadi salah satu faktor penarik. British juga menggalakkan kedatangan orang-orang Cina dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti subsidi tambang dan sebagainya memandangkan keperluan tenaga buruh yang murah dan banyak. Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 telah menjamin lagi kestabilan politik. Hal ini telah menjadi tarikan bagi kemasukan modal Eropah dalam sektor perlombongan bijih timah dan pertanian ladang. Keadaan ini mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan menarik minat orang Cina untuk datang ke Tanah Melayu.

3. Sumbangan

Kedatangan orang Cina telah menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu terutamanya di kawasan bijih timah yang penting seperti Larut, Lukut, Kinta, Lembah Klang dan Sungai Ujong. Buktinya berdasarkan kepada peningkatan eksport: pada 1850 – 6500 tan, 1890 – 15101 tan, 1900 – 43000 tan, 1905 – 57733 tan, 1937 – 77000 tan. Dari segi perniagaan pula, banyak kedai dibuka oleh orang-orang Cina terutamanya di Bandar-bandar yang terletak di kawasan perlombongan. Kegiatan penanaman lada hitam juga telah berkembang terutamanya melalui sistem Kangcu.

4. Cara kemasukan

a. Melalui sistem tiket kredit

Orang yang tidak mampu membayar tambang sendiri dibiayai secara hutang oleh seorang ejen. Mereka terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi suatu tempoh masa sehingga hutang mereka dijelaskan. Kumpulan imigran ini dikenali sebagai “singkheh” dan mereka menjadi bebas setelah habis mambayar hutang tambang perjalanan mereka.

b. Melalui cara persendirian

Orang Cina datang ke Tanah Melayu melalui bantuan rakan atau ahli keluarganya ataupun dengan perbelanjaan sendiri. Ramai yang masuk melalui cara ini apabila Kerajaan China memansuhkan undang-undang menyekat penghijrahan penduduk pada tahun 1897.

c. Melalui Sistem Kangcu

Sistem Kangcu diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim di Johor untuk menggalakkan orang Cina berpindah dan menetap kekal di Johor. Di bawah sistem Kangcu, orang Cina digalakkan masuk dan membuka ladang-ladang lada hitam, gambir, kopi, teh, sayur-sayuran dan bunga cengkih.

5. Komposisi penduduk orang Cina

a. Orang Hokkien

Orang Hokkien menjadi pedagang dan peniaga dan menetap di oelabuhan-pelabuhan yang penting seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.

b. Orang Kantonis dan Hakka

Orang Kantonis dan Hakka merupakan pelombong dan bertumpu di kawasan perlombongan bijih timah.

c. Orang Teochew

Orang Teochew menumpukan perhatian pada pertanian dan perdagangan. Mereka bekerja di ladang-ladang gambir, lada hitam dan tebu terutamanya di Johor dan Seberang Perai serta di kawasan Pantai Perak.

d. Orang Hailam

Orang Hailam bekerja sebagai orang gaji di rumah orang Barat sebelum Perang Dunia Pertama dan menjadi buruh di ladang getah serta membuka kedai-kedai minuman.

6. Bilangan penduduk orang Cina

Di antara kelompok-kelompok Cina tersebut, kelompok yang terbesar ialah Hokkien. Pada tahun 1921, 32.4% (380656) daripada jumlah penduduk Cina di Tanah Melayu (1174777) terdiri daripada orang Hokkien. Kumpulan yang kedua besar ialah Kantonis yang membentuk 28.3% (332307), diikuti oleh Hakka (18.6%), Teochew (11.1%), Hailam (5.9%) dan lain-lain (3.7%). Kemasukan orang Cina bertambah dengan pesat pada abad ke-20. Pada tahun 1941, orang Cina merupakan kaum terbesar di Tanah Melayu, mereka membentuk kira-kira 43% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu berbanding dengan orang Melayu yang merupakan 41% pada tahun tersebut. Menjelang tahun 1921, kira-kira 22% daripada jumlah orang Cina dilahirkan di Tanah Melayu. Namun selepas Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1957, 74.7% daripada bilangan orang Cina dilahirkan di Tanah Melayu. Mereka membentuk 37.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

Orang India

1. Pengenalan

Orang India datang ke Tanah Melayu sejak abad yang pertama. Mereka dipercayai datang sebagai pedagang. Pedagang-pedagang India ini menggelarkan Tanah Melayu sebagai Suvarnabumi atau Tanah Emas. Orang India hanya berhijrah secara beramai-ramai pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 akibat perkembangan perusahaan getah yang telah meningkatkan keperluan tenaga buruh yang murah dan ramai. Pada awal abad ke-19, bilangan orang India yang berhijrah akibat pembukaan Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Selepas penubuhan Negeri-negeri Selat (1826), pihak British membawa masuk buruh-buruh dan banduan-banduan India untuk membina bangunan awam dan jalan raya di Negeri-negeri Selat. Keperluan buruh India meningkat berikutan perkembangan perusahaan getah. Hampir semua orang yang berhijrah masuk ke Tanah Melayu berasal dari India Selatan terutamanya dari wilayah Madras (Tamil Nadu) dan India Utara dari Punjab.

2. Sebab kedatangan

a. Faktor penolak – keadaan sosioekonomi di India

Bencana alam yang berterusan di India telah menimbulkan penderitaan yang teruk pada penduduk akibat hasil pertanian yang tidak mencukupi. Sebagai contoh, Dataran Tinggi Deccan dan India Selatan mengalami bencana alam seperti kemarau yang merosakkan tanaman. Hal ini mengakibatkan kira-kira 30 peristiwa kebuluran pada pertengahan abad ke-19. Penindasan oleh tuan tanah juga menyebabkan orang India semakin menderita. Walaupun India sebuah negara yang luas, namun bukan semua rakyatnya mempunyai tanah. Jika dibandingkan dengan petani-petani di Tanah Melayu, walaupun miskin, mereka masih mempunyai tanah sendiri untuk diusahakan. Kebanyakan petani di India terpaksa mengusahakan tanah yang dipunyai oleh tuan-tuan tanah yang mengenakan cukai yang tinggi. Sebagai contoh, terdapat tuan tanah yang mengalami 80% daripada hasil tanaman sebagai bayaran sewa. Pertambahan penduduk yang tinggi menyebabkan taraf hidup orang India semakin teruk, contohnya pada tahun 1845, penduduk India berjumlah 131 juta dan meningkat kepada 390 juta pada tahun 1941. Penindasan kasta yang teruk di India juga mendorong orang India datang ke Tanah Melayu. Mengikut Arasaratnam dalam bukunya Indians in Malaysia and Singapore, lebih 1/3 daripada jumlah orang India yang berhijrah dari India Selatan ke Tanah Melayu pada tahun 1931 adalah dari kasta-kasta rendah. Kasta tertinggi ialah Brahmin, kedua Kastranya, ketiga Vaisya dan akhir sekali Sundra.

b. Faktor penarik

i. Perkembangan perusahaan getah

Peluang ekonomi di Tanah Melayu terutamanya dalam sektor pertanian telah menggalakkan kedatangan orang-orang India ke Tanah Melayu. Keperluan tenaga buruh dalam sektor pertanian di Tanah Melayu seperti getah, tebu, kopi dan sebagainya adalah faktor utama kemasukan orang India.

ii. Galakan daripada Kerajaan British

Dua buah perkhidmatan awam yang paling banyak menggunakan buruh India ialah Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya. Di samping itu, peluang pekerjaan bagi golongan menengah di Tanah Melayu turut dipenuhi oleh orang India seperti kerani, guru, doktor dan lain-lain. Orang India seperti kerani, guru, doktor dan lain-lain. Pada tahun 1920-an kestabilan politik di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang-orang India. Di samping itu, adanya koordinasi di antara Kerajaan British di Tanah Melayu dan Kerajaan British di India telah memudahkan lagi kemasukan orang India di Tanah Melayu. Kejayaan orang-orang India yang lebih awal datang ke Tanah Melayu juga telah mendorong kepada kemasukan lebih ramai orang India.

3. Sumbangan

Kemasukan orang-orang India telah menyebabkan pembukaan lebih banyak kawasan getah. Buktinya pada 1897 – 345 ekar, 1900 – 46 ribu ekar, 1905 – 48 ribu ekar, 1906 – 85 ribu ekar, 1909 – 200 ribu ekar, 1911 – 1 juta ekar, 1914 – 1.5 juta ekar, 1918 – 2.5 juta ekar dan 1940 – 3.5 juta ekar. Di samping dalam perusahaan getah orang India juga telah menyumbangkan tenaga professional seperti guru, doctor, kerana dan lain-lain lagi.

4. Kemasukan

a. Sistem buruh kontrak

Sistem buruh kontrak telah diperkenalkan sejak tahun 1820 bagi mengambil buruh-buruh India untuk bekerja di ladang tebu dan kopi. Di bawah sistem ini, pemilik sesebuah ladang getah akan membuat pesanan bagi buruh-buruh melalui seorang ejen di India. Ejen ini akan pergi ke kampung-kampung dan mengumpulkan buruh-buruh India yang ingin datang ke Tanah Melayu. Tambang pelayaran buruh-buruh itu akan dibiayai oleh majikan-majikan yang membuat pesanan tersebut. Setibanya di Tanah Melayu, buruh-buruh itu diserahkan kepada majikan. Mereka perlu menandatangani satu kontrak untuk bekerja dengan majikan itu selama 5 tahun dengan suatu gaji yang ditetapkan. Pekerja-pekerja ini biasanya dilayani dengan teruk. Mereka dipaksa bekerja selama 9-10 jam sehari dan 6 hari seminggu. Gaji mereka rendah dan jika pekerja jatuh sakit, dia tidak mendapat gaji. Di samping itu, mereka juga terpaksa membayar sebahagian daripada gaji mereka untuk menjelaskan tambang perjalanan. Pada tahun 1910, sistem ini dihapuskan.

b. Sistem Kangani

Sistem ini diperkenalkan pada tahun 1898. Sistem ini, majikan yang ingin mendapat buruh dari India akan menghantar seorang Kangani atau mandur dari ladangnya ke India. Kangani ini akan balik ke kampung halamannya di India dan mengumpulkan saudara mara, sahabat ataupun penduduk sekampungnya yang ingin berhijrahke Tanah Melayu. Kangani ini akan membayar tambang dan lain-lain perbelanjaan bagi buruh-buruh sehingga ketibaan mereka di ladang majikan. Di ladang, buruh-buruh bekerja di bawah jagaan Kangani yang mereka kenal dan dilayan dengan baik. Pada tahun 1907, Tabung Imigrasi diwujudkan oleh Negeri-negeri Melayu Bersekutu untuk membiayai kos pengambilan buruh India. Melalui tabung ini, majikan dikehendaki membayar kos pelayaran serta $5 setahun bagi setiap buruh India. Sistem Kangani juga mempunyai kelemahannya. Tiap-tiap kangani dibiayai mengikut bilangan pekerja yang diambil. Oleh itu, sesetengah daripada mereka cuba memperoleh seberapa ramai pekerja yang boleh dari India. Lama-kelamaan, mereka juga menjadi ejen sistem kontrak. Pada tahun 1938, sistem ini diberhentikan akibat zaman kemelesetan ekonomi yang menyebabkan permintaan buruh dikurangkan.

5. Komposisi penduduk orang India

a. Orang Tamil

Golongan Tamil membentuk 82% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu pada tahun 1931. Kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh di estet-estet getah dan kelapa sawit. Sebilangan kecil orang Tamil juga berkhidmat dalam jabatan-jabatan kerajaan.

b. Orang Malayali

Orang Malayali membentuk kira-kira 6% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu pada tahun 1931. Kebanyakan mereka bekerja di estet getah dan dalam perkhidmatan kerajaan sebagai kerani dan profesional.

c. Orang Telugu

Orang Telugu merupakan kira-kira 5% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu pada tahun 1931 dan bekerja sebagai buruh di estet.

d. Orang India Utara

Kumpulan etnik ini terdiri daripada Punjabi (Sikh), Benggali, Sindhi, Gujerati, Parsis dan Marwaris. Kebanyakan mereka terlibat dalam perniagaan. Orang Sikh berkhidmat sebagai pegawai keselamatan dan pasukan polis.

6. Bilangan penduduk orang India

Jumlah orang India di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1911 ialah 172465 orang dan di seluruh Tanah Melayu ialah 267159 orang. Pada tahun 1921, jumlah ini meningkat kepada 305219 di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan 470099 di Tanah Melayu. Pada tahun 1931, jumlah penduduk India di Tanah Melayu ialah 621847. Pada tahun 1921, 12% daripada penduduk India dilahirkan di Tanah Melayu dan pada tahun 1957, 62.1% yang lahir di Tanah Melayu. Pada tahun 1957 juga, bilangan orang India di Tanah Melayu ialah 695985 orang (11% daripada penduduk Tanah Melayu).

SEJ T 6 Ing di Sabah dan Sarawak

Imperialisme British

di Sabah dan Sarawak

Pengenalan

Sementara melihat penubuhan pusat perdagangan di Tanah Melayu oleh British, di Sabah dan Sarawak juga berlakunya keadaan yang sama. Apa yang tidak sama ialah di Borneo, penguasaan sesuatu kawasan adalah bercorak imperialis khasnya di Sarawak. Keluarga Brooke telah menduduki Sarawak dan menjadi raja putih; manakala Kompeni Berpiagam Borneo Utara hanya memainkan peranannya dalam sector ekonomi di Sabah.

Sarawak

Pada tahun 1841, James Brooke, seorang bekas tentera SHTI, telah dilantik sebagai Gabenor Sarawak oleh Raja Muda Hashim, iaitu wakil Sultan Brunei di Sarawak. Perlantikan Brooke adalah untuk membalas jasa beliau menghapuskan pemberontakan yang dicetuskan oleh Pangeran Indera Mahkota.

Pada 24 Januari 1841, James Brooke dilantik sebagai “Raja Sarawak” oleh Pangeran Muda Hashim. Dengan itu, James Brooke telah memulakan pemerintahan Raja Putih di Sarawak.

Pada tahun 1842, James Brooke telah melawat Brunei untuk mendesak Sultan Brunei supaya mengiktirafnya sebagai wakil baginda di Sarawak.

Dalam usaha mengukuhkan kuasanya di Sarawak, James Brooke mendapat tentangan daripada pribumi Sarawak seperti orang Iban di kawasan Saribas dan Skrang serta Sharif Sahap, seorang ketua lanun di Sadung. Antara tahun 1843 hingga 1846, James Brooke telah melancarkan beberapa serangan ke atas petempatan pribumi dengan mendapat bantuan angkatan tentera laut British.

James Brooke kemudian meluaskan kuasanya ke atas Mukah yang kaya dengan sagu. Selepas mendapatkan kebenaran Sultan Brunei untuk meletakkan Mukah di bawah kuasanya, James Brooke telah mendirikan kota di Sarikei dengan alasan untuk menjaga keamanan di situ.

Antara tahun 1853-1861, Sultan Brunei terpaksa menyerahkan beberapa kawasan kepasa James Brooke. Antaranya ialah Sungai Sadong, Saribas, Rajang, Semarahan, Krian, Sekrang dan kawasan dari Rajang hingga Tanjung Kindurong.

Pada tahun 1890, Sultan Brunei telah menyerahkan kawasan Limbang kepada Raja Charles Brooke kerana beliau mewujudkan keamanan di wilayah tersebut.

Sabah

Sebelum British bertapak, Sabah dikuasai oleh 2 pihak iaitu bahagian barat Sabah yang terletak di bawah Kesultanan Brunei dan bahagian Timur Sabah yang dikuasai oleh Kesultanan Sulu.

British mula berdagang dengan Sabah apabila seorang pegawai British yang bernama Alexander Dalrymple berjaya menandatangani perjanjian perdagangan dengan Sultan Sulu, Sultan Muizuddin pada tahun 1761. Menurut perjanjian tersebut, pihak British diberi kebenaran untuk mendirikan pusat perdagangan dan berniaga dalam kawasan taklukan Sulu, iaitu wilayah-wilayah di Timur Kimanis.

Pada tahun 1763, Dalrymple dibenarkan mendirikan pusat perdagangan di Pulau Balambangan tetapi telah dimusnahkan oleh Datu Tating, saudara Sultan Israel Sulu pada tahun 1775.

Kemudian, John Herbert, seorang pegawai British yang mentadbir Pulau Balambangan, terpaksa membuka petempatan baru di Pulau Labuan. Walaupun beliau memajukan Pulau Labuan tetapi petempatan ini terpaksa dibatalkan kerana pembukaannya bercanggah dengan arahan SHTI. Walau bagaimanapun, pada tahun 1846, British dengan arahan James Brooke telah berjaya mendapatkan Labuan daripada Sultan Brunei dan dijadikan Tanah Jajahan Mahkota British.

Namun, British tidak dapat menjajah Sabah sehingga penubuha Kompeni Berpiagam Borneo Utara (KBBU) pada tahun 1881.

Sebelum pentadbiran KBBU, kegiatan ekonomi Sabah dijalankan oleh seorang wakil Amerika Syarikat bernama Charles Lee Moses. Pada tahun 1865, C.L. Moses telah mendapat konsesi ke atas beberapa kawasan di pantai barat Sabah selama 10 tahun dengan bayaran $9500 daripada Sultan Brunei – Sultan Abdul Mumin (1852-1885). C.L. Moses tidak berniat memajukan konsesi ini lalu dijual kepada The American Trading Company yang diketuai oleh William Torrey, seorang pedagang Amerika Syarikat di Hong Kong.

William Torrey telah datang ke Sabah untuk memajukan kawasan yang dibelinya dengan menanam tebu dan kopi di Kimanis tetapi tidak menguntungkan. Pada tahun 1875, William Torrey telah menjual secara konsesinya kepada 2 orang ahli perniagaan iaitu Baron Von Overbeck (Konsul Jeneral Austria di Hong Kong) dan Alfred Dent (seorang peniaga British). Pada masa pembelian konsesi itu, tempoh konsesi selama 10 tahun itu telah tamat.

Oleh itu, Overbeck dan Dent pergi ke Brunei memperbaharui perjanjian dengan Sultan Brunei pada tahun 1877. Syarat-syarat perjanjian 1877 ialah:

a. Sultan Brunei menyerahkan hak kedaulatannya ke atas Sabah kepada Syarikat Overbeck dan Dent.

b. Sultan dibayar $15000 setahun sebagai ganjaran.

Seterusnya pada tahun 1878, Sultan Sulu di Jolo telah menandatangani perjanjian dengan Overneck dan Dent. Baginda bersetuju menyerahkan haknya ke atas Sabah kepada Syarikat Overbeck dan Dent.

Kemudian, Syarikat Overbeck dan Dent membuat keputusan untuk membentuk sebuah syarikat British supaya rakyat British boleh melabur dalam syarikat itu. Overbeck terpaksa menjual segala bahagian konsesinya kepada Alfred Dent kerana syarikat yang akan dibentuk itu ialah syarikat British dan Overbeck bukan bangsa British.

Kini, Alfred Dent menjadi pemilik tunggal konsesi di Sabah dan memohon piagam daripada kerajaan British dan Kompeni Berpiagam Borneo Utara (KBBU) ditubuhkan untuk mentadbir Sabah. Dengan menganugerahkan piagam kepada syarikat itu, Kerajaan British dapat meluaskan pengaruhnya secara tidak langsung ke atas Sabah. KBBU telah memerintah Sabah dari tahun 1881 hingga tahun 1946.

SEJ T 6 Hubungan Inggeris dengan Negeri-negeri Melayu Naungan Siam 1826-1863

Hubungan Inggeris dengan Negeri-negeri Melayu Naungan Siam 1826-1863

Pengenalan

Walaupun Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 memberi peluang kepada Inggeris untuk meluaskan pengaruhnya di Negeri-negeri Melayu, tetapi Inggeris di India tidak berbuat demikian. Dalam perjanjian tersebut, ternyatalah bahawa Semenanjung Tanah Melayu adalah di dalam lingkungan pengaruh British. Tetapi, Siam telah berusaha untuk menjadikan dirinya sebagai “tuan” ke atas negeri-negeri Melayu. Keadaan ini telah menimbulkan huru-hara dan pegawai-pegawai Negeri-negeri Selat telah mengambil tindakan tanpa restu dari India untuk mengatasinya.

Hubungan British dengan Siam dan Kedah sebelum 1824

Pada awal abad ke-19, negeri Siam menjadi kuat semula di bawah pemerintahan Dinasti Chakri. Raja Chakri, iaitu Raja Rama I telah memindahkan ibu negerinya dari Ayuthia ke Bangkok (1783) dan ingin menegakkan semula kuasanya ke atas negeri-negeri Melayu seperti Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Negeri-negeri tersebut tidak menghantar bunga emas ke Siam sejak Siam berperang dengan Burma pada tahun 1760-an. Selepas kemusnahan ibu negerinya, iaitu Ayuthia oleh Burma pada tahun 1767, Siam telah dapat mengawal jajahan takluknya di Negeri-negeri Melayu Utara.

Pada tahun 1816, Kedah diarah oleh Kerajaan Siam supaya menyerang negeri Perak kerana gagal menghantar bunga emas kepadanya. Sultan Ahmad Tajuddin dengan berat hati telah menyerang Perak. Sultan Perak disingkirkan dan sebagai ganti, dilantik pula Raja Muda manjadi sultan yang disifatkan sebagai wakil pemerintah Siam di Perak.

Sungguhpun Sultan Ahmad telah memenuhi kehendak Siam, namun Siam masih curiga dan tidak puas hati terhadap baginda. Ini disebabkan sultan telah berusaha untuk membebaskan Kedah dari cengkaman Siam. Dalam hal ini, Siam menuduh sultan telah bersuhabat dengan Burma. Sebelum itu, kecurigaan Siam terhadap Kedah telah pun wujud apabila bekas sultan (Sultan Abdullah Muharam Syah) menyerahkan Pulau Pinang kepada pihak British tanpa pengetahuan Siam. Berhubung dengan perkara-perkara di atas, Sultan Ahmad telah diarahkan ke Bangkok tetapi baginda enggan berbuat demikian kerana dapat menjangkakan hukuman yang akan di terima.

Keengganan Sultan Ahmad itu telah menimbulkan kemarahan Siam. Oleh itu, pada tahun 1821, Kerajaan Siam mengarahkan Gabenor Ligor iaitu Nakhon Si Thammarat menyerang Kedah. Sultan meminta bantuan dari Inggeris. Malangnya, pihak Inggeris di Pulau Pinang atas arahan dari Kerajaan India tidak dapat memberi bantuan ketenteraan kepada baginda.

Pihak British berusaha mengelakkan terjadinya perselisihan dengan Siam walaupun pendudukan Siam ke atas negeri Kedah menimbulkan kebimbangan kepadanya. British bimbang, bekalan makanan yang diperlukan dari Kedah akan terjejas di samping perdagangan British di Pulau Pinang terganggu.

British benar-benar dalam keadaan yang serba salah. Di satu pihak, British inginkan persahabatan dengan Siam dan di pihak yang lain, British tidak mahu merosakkan hubungannya dengan sultan Kedah kerana ia sedikit sebanyak akan menjatuhkan imej British di mata Negeri-negeri Melayu yang lain. Oleh itu, dari segi jangka panjang, British harus meneruskan hubungan baik dengan sultan Kedah.

Oleh itu, pihak British menghantar perwakilan John Crowford ke Bangkok pada tahun 1822 bagi mengadakan perjanjian persahabatan dan perdagangan. Dalam rundingan ini, John Crowford meminta Kerajaan Siam melantik semula sultan Kedah yang telah diturunkan takhta. Cadangan beliau ditolak. Walau bagaimanapun, John Crowford berjaya memperolehi maklumat penting mengenai Siam dan juga kelemahan-kelemahan tentera Siam.

Persetiaan Awal dengan Raja Ligor, 1825

Pada tahun 1825, Kerajaan India atas desakan Gabenor Fullerton bersetuju menghantar satu perwakilan ke Bangkok untuk memulihkan hubungan perdagangan dengan Siam. Kapten Henry Burney dilantik untuk mengetuai perwakilan tersebut.

Akan tetapi, Gabenor Fullerton mengarahkan Kapten Burney untuk menemui Raja Ligor bagi mewujudkan hubungan damai dan untuk merintis jalan bagi perwakilan Inggeris ke Bangkok.

Apabila Kapten Burney tiba di Ligor, beliau mendapati bahawa tentera laut Raja Ligor sudah bersiap sedia untuk menyerang Selangor dan Perak. Burney memberi amaran kepada Raja Ligor bahawa sekiranya beliau menyerang Perak atau Selangor, maka British akan campur tangan.

Oleh sebab Raja Ligor menyedari bahawa pihak British tidak lagi mengikuti dasar pro-Siam, maka beliau bersetuju menandatangani perjanjian sementara pada 31 Julai 1825 dengan Kapten Burney untuk mengelakkan tindakan perang ke atas Siam. Syarat-syarat Perjanjian Awal ini ialah:

a. Raja Ligor tidak akan menyerang Perak dan Selangor.

b. Raja Ligor memberi peluang kepada Perak dan Selangor untuk membuat keputusan sama ada hendak menghantar bunga emas atau tidak.

c. Raja Ligor bersetuju menemani Kapten Burney mengadap Raja Siam di Bangkok.

d. Inggeris bersetuju tidak akan campur tangan dalam negeri Kedah.

e. Sultan Kedah dibenarkan kembali ke Kedah. Sultan hendaklah menghantar “bunga emas” setiap tiga tahun dan membayar sebanyak $4000 tiap-tiap tahun sebagai jajahan takluk Siam.

Setelah perjanjian itu dihantar ke India untuk mendapatkan pengesahan, Gabenor Fullerton menghantar John Anderson ke Perak dan Selangor untuk memulihkan hubungan kedua-dua negeri ini dan Sungai Bernam dijadikan sempadan.

Perjanjian Burney, 1826

Perjanjian sementara yang ditandatangani oleh Burney dengan Raja Ligor mendapat pengesahan dari Kerajaan India. Dengan itu, Kapten Burney sekali lagi dihantar (pada bulan Disember 1825) ke Siam lagi bagi mendapatkan pengiktirafan perjanjian tersebut. Sesungguhnya, Kapten Burney dihantar ke Bangkok dengan tujuan berikut:

a. Untuk menjamin bahawa British tidak berniat buruk terhadap Siam dan ingin mengukuhkan hubungan perdagangan dan persahabatan dengannya.

b. Beliau dikehendaki merundingkan pemulihan takhta Kerajaan Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin.

c. Memastikan Perak dan Selangor serta negeri-negeri Melayu yang lain terpelihara.

Sungguhpun keadaan ini agak sulit tetapi dengan kebijaksanaan dan diplomasi, akhirnya Burney berjaya mendapat tolak ansur dari pidak Siam setalah rundingan-rundingan berjalan selama 6 bulan. Kejayaan ini juga adalah atas kerjasama yang diberikan oleh Raja Ligor dan pegawai-pegawai Siam yang besifat sederhana. Akhirnya, pada 20 Jun 1826, satu perjanjian telah ditandatangani iaitu Perjanjian Burney.

SEJ T 6 Desentralisasi

Desentralisasi

Pengenalan

1 Julai 1896, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang digabungkan sebagai persekutuan yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pertubuhan persekutuan telah menyebabkan berlakunya pemusatan kuasa kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan khasnya, Residen Jeneral. Pemusatan kuasa telah menyebabkan Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan kuasa. Berpunca daripada beberapa faktor, British mengamalkan desentralisasi dalam usaha mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Desentralisasi merupakan satu proses pemulangan kuasa pentadbiran secara berperingkat dari segi pentadbiran dan kewangan kepada kerajaan negeri di samping pada masa yang sama, kerajaan pusat mengekalkan kuasa yang cukup bagi menjaga keselesaan pentadbiran. Densentralisasi dilaksanakan semasa John Anderson (1904-1920), Lawrence Guillemard (1920-1927) dan Sir Cecil Smith (1930-1935) yang menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Sebab-sebab perlaksanaan desentralisasi

1. Bantahan Sultan

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah menyebabkan berlakunya pemusatan kuasa kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat, khususnya Residen Jeneral. Pemusatan kuasa yang keterlaluan telah menimbulkan bantahan Sultan, contohnya Sultan Idris (Perak) dalam Persidangan Raja-raja Kedua mengecam hebat pemusatan kuasa dan mendesak diambil langkah-langkah dalam melaksanakan desentralisasi bagi mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri.

Sultan dan Residen telah kehilangan kuasa kerana mereka tertakluk kepada arahan Residen Jeneral dalam melaksanakan pentadbiran. Majlis Mesyuarat Negeri telah kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran kerana semua urusan pentadbiran persekutuan dijalankan oleh kerajaan pusat. Walau bagaimanapun, Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa untuk meluluskan undang-undang tetapi undang-undang ini digubal oleh pegawai persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang.

Majlis Mesyuarat Negeri tidak mempunyai kuasa pembatalan dan terpaksa menerima undang-undang yang ditetapkan. Sultan juga tidak bersetuju dengan tindakan British tidak menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan sebagaimana yang terdapat dalam Perjanjian Persekutuan 1895. Walaupun Majlis Mesyuarat Persekutuan kemudiannya ditubuhkan pada tahun 1909, tetapi ianya masih gagal mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Sultan Iskandar masih tidak puas hati dengan langkah-langkah tersebut telah berangkat ke England pada tahun 1924 dengan tujuan untuk mendesak Pejabat Tanah Jajahan mengambil langkah yang lebih tegas dalam melaksanakan desentralisasi.

2. Mempengaruhi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menyertai persekutuan

Selepas Perjanjian Bangkok ditandatangani pada 9 Julai 1909, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dipindahkan dari Siam kepada British. Johor juga diletakkan di bawah pengaruh British pada tahun 1914. Rancangan British ketika itu ialah untuk menubuhkan persekutuan yang lebih besar yang merangkumi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. Penubuhan persekutuan akan memberi kebaikan kepada ekonomi, politik dan sosial kepada British.

Dalam usaha untuk mempengaruhi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menyertai Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British telah melaksanakan desentralisasi di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Tanpa melaksanakan desentralisasi, sudah tentu pemerintah Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu tidak akan menyertai persekutuan kerana takut kehilangan kuasa seperti Sultan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

3. Menghadkan kuasa Residen Jeneral

Penubuhan persekutuan telah menyebabkan Residen Jeneral muncul sebagai orang yang paling berkuasa dalam persekutuan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Residen Jeneral. Beliau mempunyai kuasa penuh dalam semua hal-ehwal Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak dapat menyekat kuasa Residen Jeneral. Malah, Gabenor Negeri-negeri Selat yang menjadi Pesuruhjaya tinggi juga tidak dapat mengawal Resdien Jeneral. Selain itu, sudah menjadi kecenderungan Residen Jeneral untuk menjalankan pentadbiran tanpa merujuk kepada Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang diharapkan tidak dapat mengawal kuasa Residen Jeneral sehingga ianya ditubuhkan pada tahun 1909. Akibatnya British melaksanakan desentralisasi dalam usaha untuk menyekat kuasa Residen Jeneral.

4. Sokongan orang Melayu

Desentralisasi juga dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapat sokongan orang Melayu, terutamanya Sultan-sultan Melayu. British mendapati sokongan orang Melayu amat penting bagi mengekal dan mengukuhkan kedudukan British di Tanah Melayu. Tanpa sokongan orang Melayu, pentadbiran British di Tanah Melayu akan menghadapi masalah. Pada tahun 1920-an, sokongan orang Melayu amat diperlukan bagi mengimbangi tekanan politik orang Cina. Pada tahun 1930-an, majority orang Cina menjadi ahli Parti Kuomintang atau PKM yang sedang menjalankan usaha anti-British di Tanah Melayu. Mereka telah melakukan rusuhan, mogok dan lain-lain untuk melumpuhkan ekonomi dan politik Tanah Melayu kerana matlamat utama mereka ialah untuk menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis Malaya.

5. Kesan kemelesatan ekonomi

Kemelesetan ekonomi 1920-an dan 1930-an telah menyebabkan kejatuhan harga getah dan bijih timah. Kejatuha harga getah dan bijih timah telah menjejaskan pendapatan Negeri-negeri Melayu yang bergantung kepada kedua-dua perusahaan tersebut. Pendapatan yang berkurangan sudah tentu menyebabkan pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu dianggap “Top Heavy”. Telah dikritik kerana ianya telah membebankan kewangan. Sekiranya jabatan-jabatan ini dipindahkan pada pentadbiran kerajaan pusat kepada kerajaan negeri, sudah tentu bebanan pentadbiran kerajaan pusat dapat dikurangkan. Cadangan tersebut telah mendapat persetujuan Jabatan Kuasa Penggunaan Wang pada 1923.

6. Pergelutan kuasa antara Residen Jeneral dengan Pesuruhjaya Tinggi

Pada 1920-an, berlaku pergelutan kuasa antara Resdien Jeneral dan Pesuruhjaya Tinggi khususnya antara George Maxwell dengan Lawrence Guillemard. Mereka telah mengemukakan cadangan-cadangan yang bertujuan untuk menonjolkan pengaruh masing-masing. Akibatnya, Lawrence Guillemard selaku Pesuruhjaya Tinggi telah merangka cadangan-cadangan desentralisasi dalam usaha untuk menyekat pengaruh Residen Jeneral.

7. Kebimbangan terhadap kuasa asing

Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 berlaku beberapa peristiwa yang membuka peluang kepada bertapaknya kuasa-kuasa asing di Tanah Melayu yang sangat membimbangkan British. Sekiranya kuasa asing bertapak di Tanah Melayu, sudah tentu kedudukan dan kepentingan British di Tanah Melayu terancam.

Contohnya, pada tahun 1899-1900, Jerman berusaha untuk mendapatkan Langkawi dari Sultan Kedah untuk dijadikan perhentian angkatan laut Jerman. Pada tahun 1900, Rusia berusaha mendapatkan Ujong Salang dari Siam. Pada tahun 1902, Sultan Zainal Abidin (Terengganu) telah meluluskan permohonan Amerika untuk mengerjakan perlombongan di Terengganu. Akibatnya British melakukan desentralisasi di Negeri-negeri Melayu Bersekutu agar Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menyertai persekutuan yang dicadangkan olah British, seterusnya dapat mengelakkan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu mengadakan hubungan dengan kuasa-kuasa lain.

8. Desakan Cecil Clementi

Cecil Clementi Smith yang menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi (1930-1935) telah mendesak British melaksanakan desentralisasi di Negeri-negeri Melayu Bersekutu ke arah mempengaruhi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menyertai persekutuan. Akibat desakan Cecil Clementi, Kerajaan British menghantar Setiausaha Rendah Tetap Pejabat Tanah Jajahan iaitu Samuel Wilson untuk mengkaji dan melaporkan langkah-langkah yang boleh diambil ke arah melaksanakan desentralisasi.

9. Kegagalan Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP)

Walaupun Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan pada tahun 1896, MMP hanya ditubuhkan 13 tahun kemudian iaitu pada tahun 1909. Penubuhan MMP gagal mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. MMP berkuasa penuh dalam semua hal ehwal Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan MMP.

Sultan-sultan dan Residen-residen tetap kehilangan kuasa kerana mereka tertakluk di bawah MMP dalam menjalankan pentadbiran. Majlis Mesyuarat Negeri telah kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran kerana tertakluk di bawah MMP. Dalam MMP kedudukan Sultan hanya sebagai ahli biada tanpa kuasa pembatal. Akibatnya, cadangan-cadangan Sultan kerap kali ditolak oleh ahli-ahli lain. Malah persidangan dapat dijalankan walaupun tanpa kehadiran Sultan. Kegagalan MMP dalam usaha untuk mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Neegri menyebabkan British meneruskan usaha ke arah melaksanakan desentralisasi.

Langkah-langkah ke arah desentralisasi

1. John Anderson

Langkah pertama dalam melaksanakan desentralisasi dijalankan oleh John Anderson yang menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan (1904-1920). Beliau amat bersimpati terhadap bantahan Sultan mengenai pemusatan kuasa. Beliau telah mengkaji bantahan Sultan Idris dan Persidangan Raja-raja Kedua diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1903.

Dalam usaha untuk melaksanakan desentralisasi John Anderson menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada tahun 1909. Majlis Mesyuarat Persekutuan dianggotai oleh Pesuruhjaya Tinggi sebagai pengerusi, Residen Jeneral, 4 orang Residen, 4 orang Sultan dan 4 orang ahli tidak rasmi (3 British dan 1 Cina). Persidangan pertama diadakan pada 11 Disember 1909. Majlis Mesyuarat Persekutuan akan menjadi badan pentadbir Persekutuan Negeri Negeri Melayu Bersekutu. Semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Majlis Mesyuarat Persekutuan. Majlis Mesyuarat Persekutuan juga diberi kuasa penggubal undang-undang tetapi undang-undang mestilah diuruskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri.

Persidangan akan dilaksanakan sekurang-kurangnya setahun sekali. Penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan telah membolehkan Sultan dan golongan peniaga berbincang dengan British mengenai masalah-masalah yang dihadapi. John Anderson juga memindahkan beberapa jabatan yang tidak penting kepada kerajaan negeri. Pada tahun 1910, jawatan Residen Jeneral ditukar menjadi Setiausaha.

Langkah yang dijalankan oleh John Anderson dianggap tidak berkesan ke arah melaksanakan desentralisasi kerana ianya gagal mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Walaupun kuasa Residen Jeneral dikurangkan tetapi kuasa tersebut diambil alih oleh Pesuruhjaya Tinggi. Penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan hanya mengukuhkan kuasa Pesuruhjaya Tinggi kerana semua undang-undang yang diluluskan mesti ditandatangani oleh beliau.

Sultan dan Residen tetap kehilangan kuasa kerana mereka tertakluk di bawah arahan Majlis Mesyuarat Persekutuan dalam menjalankan pentadbiran Majlis Mesyuarat Negeri telah kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan Majlis Mesyuarat Persekutuan. Walaupun Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang, tetapi undang-undang tersebut digubal oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan. Majlis Mesyuarat Negeri tidak mempunyai kuasa pembatal dan terpaksa menerima semua undang-undang yang dipersetujui. Dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan, kedudukan Sultan hanya sebagai ahli biasa tanpa kuasa pembatal. Akibatnya, cadangan Sultan kerap kali ditolak oleh ahli-ahli yang lain.

Malah persidangan dapat dijalankan walaupun tanpa kehadiran Sultan. Keadaan ini menyebabkan bantahan terhadap pemusatan kuasa semakin lantang disuarakan terutama oleh Sultan-sultan kerana mereka menganggap langkah John Anderson tidak berkesan ke arah mengembalikan kuasa Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri. Antara tahun 1911-1920, tidak banyak langkah yang dijalankan ke arah melaksanakan desentralisasi kecuali beberapa jabatan yang tidak penting dipindahkan kepada pentadbiran negeri. Kemakmuran ekonomi ketika itu menimbulkan rasa puas hati kepada semua pihak. Selain itu, ketika itu juga British terlibat dalam Perang Dunia Pertama di Eropah.

2. Lawrence Guillemard (1920-an)

Langkah kedua ke arah desentralisasi dijalankan oleh Lawrence Guillemard yang menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat selaku Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan pada tahun 1920-1927. Pada tahun 1920-an, bantahan terhadap pemusatan kuasa semakin lantang disuarakan, terutamanya oleh Sultan-sultan kerana mereka menganggap langkah John Anderson tidak berkesan ke arah melaksanakan desentralisasi.

Pada tahun 1924, Sultan Iskandar berangkat ke England untuk mendesak Pegawai Pejabat Tanah Jajahan mengkaji langkah yang lebih tegas ke arah desentralisasi. Selepas menerima arahan dari Pejabat Tanah Jajahan, Lawrence Guillemard telah merangka cadangan-cadangannya pada tahun 1925 dan dikemukakan pada tahun 1927. cadangan-cadangannya ialah:

a. Jawatan Ketua Setiausaha (Residen Jeneral) dibubarkan dan kuasa diserahkan semula kepada Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri.

b. Bilangan ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan ditambah kepada 13 ahli rasmi dan 11 ahli tidak rasmi.

c. Semua jabatan dipindahkan kepada pentadbiran kerajaan negeri kecuali jabatan pos, kastam, telegram dan keretapi.

d. Hal-hal kewangan dibahagi dua iaitu berkaitan dengan kerajaan persekutuan diuruskan oleh kerajaan pusat dan yang berkaitan dengan kerajaan negeri diuruskan oleh kerajaan negeri.

Pada tahun 1926, pentadbiran kerajaan negeri disusun semula terutamanya yang berkaitan dengan kewangan. Pada tahun 1927, kedudukan ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan telah dipindah di mana Sultan-sultan tidak lagi menjadi ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan tetapi 4 orang pembesar Melayu dilantik sebagai wakil Sultan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Selain daripada cadangan Lawrence Guillemard, George Maxwell yang menjadi Ketua Setiausaha ketika itu juga telah mengemukakan beberapa cadangan ke arah melaksanakan desentralisasi. Pada tahun 1923, beliau menubuhkan 2 jawatankuasa, iaitu Jawatankuasa pengagihan kuasa pusat dan jawatankuasa kewangan. Jawatankuasa pengagihan kuasa pusat bertujuanmengkaji ke arah melaksanakan desentralisasi. Jawatankuasa kewangan pula bertujuan mengkaji hal-hal kewangan yang berkaitan dengan persekutuan dan negeri. George Maxwell juga mencadangkan semua jabatan dipindahkan ke kerajaan negeri kecuali jabatan pertanian, pertahanan, polis, pos dan perubatan.

Cadangan Lawrence Guillemard dan George Maxwell mendapat sokongan Sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu tetapi ditentang oleh golongan peniaga. Golongan peniaga menganggap langkaj tersebut akan melemahkan kerajaan pusat yang sudah tentu menjejaskan pelaburan mereka. Golongan ini mahupun sebuah kerajaan pusat yang kukuh bagi menjamin pelaburan mereka di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Mereka juga tidak yakin dengan pentadbiran kerajaan negeri yang dikuasai oleh orang Melayu.

3. Cecil Clementi Smith (1930-an)

Langkah seterusnya diambil oleh Cecil Clementi Smith semasa menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat selaku Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan (1930-1935). Pada tahun 1930-an, selain dari masalah politik, masalah ekonomi juga telah disuarakan. Kedudukan ekonomi orang Melayu jauh ketinggalan berbanding orang Cina. Cecil Clementi Smith amat bersimpati dengan nasib orang Melayu. Beliau telah mengambil langkah-langkah untuk menyekat kepentingan orang asing terutamanya orang Cina. Sejak tahun 1932, kemasukan orang Cina dan India dihadkan. Parti-parti yang dianggotai oleh orang Cina iaitu Parti Kuomintang dan PKM diharamkan. Dalam persidangan Raja-raja di Seri Menanti pada tahun 1931, Cecil Clementi mengemukakan cadangan-cadangan ke arah melaksanakan desentralisasi. Cadangannya ialah:

a. Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibubarkan dan ditubuhkan sebuah Kesatuan Tanah Melayu yang merangkumi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.

b. Semua jabatan dipindahkan kepada pentadbiran negeri, kecuali jabatan kastam, pertahanan, kewangan, pos, telegraf, polis dan keretapi.

c. Jawatan Ketua Setiausaha ditukar menjadi Setiausaha Persekutuan yang tarafnya lebih rendah dari Residen.

Cadangan Cecil Clementi bertujuan untuk mengurangkan kuasa kerajaan pusat. Selain itu, ialah untuk mewujudkan satu gabungan politik yang lebih besar merangkumi semua negeri di Tanah Melayu. Cadangan Cecil Clementi disokong oleh Negeri-negeri Melayu Bersekutu tetapi ditentang oleh Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan golongan peniaga serta Negeri-negeri Selat. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu tidak mahu menyertai kesatuan politik kerana bimbang akan kehilangan kuasa seperti Sultan-sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Golongan peniaga dan Negeri-negeri Selat menetang kerana langkah tersebut menjejaskan taraf pelabuhan bebas Negeri-negeri Selat.

Akibat bantahan Negeri-negeri Selat, Kerajaan British telah menghantar Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan iaitu Samuel Wilson untuk mengkaji dan melaporkan langkah-langkah yang boleh diambil ke arah melaksanakan desentralisasi. Beliau tiba di Tanah Melayu pada 1932 dan mengemukakan cadangannya pada tahun 1933. Cadangan-cadangannya ialah:

a. Jawatan Ketua Setiausaha ditukar menjadi Setiausaha Persekutuan yang tarafnya lebih rendah dari Residen.

b. Gabenor Negeri-negeri Selat menjadi Pesuruhjaya Tinggi 9 buah negeri Tanah Melayu.

c. Ketua jabatan negeri akan diwujudkan.

d. Jabatan negeri tertakluk di bawah arahan jabatan persekutuan.

e. Semua jabatan dipindahkan kepada pentadbiran kerajaan negeri kecuali jabatan kastam, kewangan, pertahanan, polis, pos, telegram dan keretapi.

f. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa menggubal undang-undang negeri tersebut.

g. Fungsi Majlis Mesyuarat Negeri-negeri Selat diteruskan bagi menguruskan hal-ehwal Negeri-negeri Selat.

h. Fungsi Majlis Mesyuarat Persekutuan diteruskan dengan beberapa pindaan.

i. Kenaikan pangkat bagi orang Melayu dipercepatkan.

j. Wakil orang bukan Melayu akan dilantik.

Kesimpulan

Cadangan Samuel Wilson mula dilaksanakan pada tahun 1934. Pada tahun 1934, jawatan Ketua Setiausaha ditukar menjadi Setiausaha Persekutuan. Menjelang tahun 1939, beberapa jabatan telah dipindahkan kepada pentadbiran kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, usaha untuk melaksanakan desentralisasi terganggu akibat dari serangan Jepun ke atas Tanah Melayu mulai 8 Disember 1941.

SEJ T 6 Dasar tidak camput tangan

Dasar Tidak Campur Tangan

Pengenalan

Sehingga bulan September 1873, Kerajaan British pada keseluruhannya mengamalkan dasar tidak campur tangan dalam hal-ehwal Negeri-negeri Melayu. Pertambahan dalam tanah jajahan British adalah dilarang sama sekali. Segala percubaan untuk mengadakan perjanjian-perjanjian politik telah dikecam oleh Kerajaan British di India. British khuatir bahawa perikatan-perikatan akan mengakibatkan penglibatan dalam perang-perang tempatan (terutamanya dengan Siam) yang akan menelan perbelanjaan besar. Siam dalam abad kesembilan belas ingin menegakkan semula kuasanya ke atas Negeri-negeri Melayu.

British ingin mengekalkan persahabatan dengan Siam memandangkan SHTI mempunyai perdagangan yang semakin maju dengan Siam. Sebab lagi dasar tidak campur tangan tersebut ialah kepentingan-kepentingan British di Semenanjung Tanah Melayu adalah bersifat perniagaan. Negeri-negeri Selat tidaklah dianggap sebagai batu loncatan bagi penubuhan satu Empayar British di Semenajung Tanag Melayu tetapi hanya sebagai pusat-pusat perdagangan. Namun demikian, terdapat beberapa peristiwa di mana British telah campur tangan dalam hal-ehwal Negeri-negeri Melayu sama ada untuk melindungi kepentingan-kepentingan mereka atau kerana menepati ikatan-ikatan perjanjian.

Penawanan Kedah oleh Siam 1821

Pada tahun 1821 Siam menawan Kedah. Sultan Kedah (Ahmad Tajuddin) memohon bantuan tentera British di Pulau Pinang untuk mendapatkan semula takhta kerajaannya. British enggan memberi bantuan tentera kepada Sultan Ahmad Tajuddin. British hanya memberi perlindungan politik dan rela membantu baginda melalui cara perundingan dengan Siam.

Persetiaan Low 1826

Kapten James Low menandatangani satu persetiaan dengan Sultan Perak pada 18 Oktober 1826. Antara lain, SHTI bersetuju memberi perlindungan kepada Perak sekiranya diancam oleh Siam, Selangor atau Negeri-negeri Melayu yang lain. Kapten Low seterusnya memusnahkan pusat lanun di Sungai Kurau dan menawan Nakhoda Udin yang merupakan ejen Siam. Tindakan-tindakan Kapten Low tersebut dikecam oleh Kerajaan British di India. Beliau tidak dibenarkan menjalankan pekerjaan politik untuk sementara waktu.

Penentuan sempadan antara Melaka dan Johol

Semasa penentuan sempadan antara Melaka dan Johol pada tahun 1833, Gabenor Ibbetson tidak membuat tuntutan ke atas sebuah kawasan yang kaya dengan bijih timah dan emas. Kawasan tersebut tidak pula dituntut oleh Penghulu Johol. Gabenor Ibbetson dengan kelulusan Kerajaan India menjadikannya sebagai sebahagian dari Daerah Johol.

Perang Linggi 1833

Perang Linggi meletus pada tahun 1833 apabila Saiyid Shaaban (Yamtuan Muda Rembau) ingin menawan Encik Katas (Pembesar Linggi) yang menguasai beberapa lombong bijih timah. Perang tersebut mengancam perdagangan saudagar-saudagar Cina Melaka. Mereka juga mengadu bahawa Saiyid Shaaban mengenakan cukai yang tinggi ke atas bijih timah yang dibawa melalui Sungai Linggi. Gabenor Ibbetson enggan camour tangan dan tindakan beliau ini disokong oleh Kerajaan India.

Perebutan kuasa di Perak 1853

Pada tahun 1853 Sultan Perak digulingkan oleh musuhnya. Kedua-duanya meminta bantuan British. Kerajaan British di India mengarahkan Gabenor Butterworth supaya jangan memberi sebarang bantuan. Beliau hanya dibenarkan menjadi pengantara.

Permintaan Raja Yusof 1869

Pada tahun 1869, Raja Yusof dari Perak meminta bantuan British bagi mendapatkan takhta kerajaan tetapi permintaan Raja Yusof ditolak.

Pertikaian antara Tengku Ali dan Temenggung Ibrahim

Sebelum pembukaan Singapura oleh Stamford Raffles pada tahun 1819, Temenggung Abdul Rahman mentadbirkan Singapura dan Johor bagi pihak Sultan Johor yang menetap di Riau. Sultan Johor ketika itu ialah Abdul Rahman yang di bawah pengaruh Belanda. Beliau merupakan adik kepada Tengku Hussein yang sepatutnya ditabalkan sebagai Sultan Johor. Raffles membawa Tengku Hussein ke Singapura dan mengiktiraf beliau sebagai sultan.

Perjanjian-perjanjian tahun 1819 dan 1824 yang menyerahkan Singapura kepada British telah ditandatangani bersama oleh Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman. Kuasa sebenar di Johor berada di tangan Temenggung Abdul Rahman. Sultan Hussein merupakan pemerintah Johor pada teori sahaja. Beliau tidak diiktiraf sebagai Sultan Johor oleh Negeri-negeri Melayu yang lain.

Pada pertengahan abad ke-19, satu pertikaian atas hasil negeri Johor meletus antara Ali (anak Sultan Hussein) dan Temenggung Ibrahim (anak Temenggung Abdul Rahman). Pada tahun 1847 Ali telah menuntut pengakuan sebagai Sultan Johor daripada Kerajaan British di India. Tuntutan beliau ditolak apabila ianya tidak disokong oleh Gabenor Butterworth. Namun demikian melalui satu perjanjian pada tahun 1855, Kerajaan British membenarkan Ali menggunakan gelaran Sultan. Beliau diberi pencen sebanyak $500 sebulan dan kuasa mentadbirkan daerah Muar di Johor.

Perjanjian tahun 1855 tersebut mengesahkan hak Temenggung Ibrahim dan waris-warisnya memerintah negeri Johor kecuali daerah Muar. Temenggung Ibrahim meninggal dunia pada tahun 1862 dan digantikan oelh anaknya, Temenggung Abu Bakar. Dengan kebenaran British, beliau menggunakan gelaran Maharaja.

Semasa kematian Sultan Ali pada tahun 1877, British telah membenarkan Maharaja Abu Bakar menguasai daerah Muar. Jumlah pencen bagi anaknya telah ditambahkan kepada $1250 sebulan. Gelaran Sultan ditarik balik dan beliau dikenali sebagai “Tunku”.

Pada tahun 1855 Kerajaan British mengiktiraf Maharaja Abu Bakar sebagai Sultan Johor.

Perang Naning 1831-1832

Lewis (penguasa Tanah di Melaka) dan Gabenor Fullerton berpendapat bahawa penduduk Naning perlu membayar satu persepuluh daripada hasil mereka kepada pentadbiran Melaka. Mereka juga bercadang untuk melantik pembesar-pembesar Naning sebagai pengutip cukai atau membayar mereka pencen melalui cara pampasan. Cadangan-cadangan tersebut ditentang oleh Dol Said, Penghulu Naning. Perang Naning meletus apabila British menghantar sebuah pasukan tentera untuk memaksa Dol Said menerima cadangan-cadangan British. British memenangi Perang Naning yang melibatkan 1400 orang tentera dan perbelanjaan sebanyak £100000. Naning digabungkan dengan Melaka dan diletakkan di bawah kawalan seorang Penguasa. Dol Said diberi pencen dan sebuah rumah di Melaka.

Perjanjian Anderson dengan Selangor dan Perak 1825

Pada tahun 1825, Gabanor Fullerton mengarah Anderson untuk menyelesaikan pertikaian-pertikaian antara Selangor dan Perak. Anderson seterusnya menandatangani perjanjian-perjanjian dengan Selangor pada 20 Ogos 1825 dan dengan Perak pada 6 September 1825. Melalui perjanjian-perjanjian ini, Perak dan Selangor bersetuju untuk tidak menyerang satu sama lain. Sungai Bernam ditetapkan sebagai sempadan antara Perak dan Selangor.

Persetiaan Awal Kapten Burney 1825

Melalui persetiaan ini, Raja Ligor memberi jaminan untuk tidak menyerang Perak dan Selangor atau menentang pemulihan takhta Kerajaan Kedah kepada Sultan Ahmad Tajuddin. Raja Ligor juga tidak akan memaksa Perak untuk menghantar bunga emas ke Siam.

Pembedilan kubu pertahanan di Terengganu 1862

Pada tahun 1862 Gabenor Negeri-negeri Selat, Cavenagh menghantar sebuah kapal perang untuk menyerang kubu pertahanan di Terengganu.