CIKGU RAZAK

CIKGU RAZAK

Selasa, 23 Mac 2010

gaya hidup sihat

Gaya Hidup Sihat

Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Amalan Gaya Hidup Sihat. Kempen ini menekankan kepada amalan ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’.Huraikan amalan gaya hidup sihat yang boleh dipraktikkan oleh rakyat Malaysia.

1. Diet yang seimbang
- pengambilan makanan berdasarkan piramid makanan
- melebihkan pengambilan makanan berserat spt sayur-sayuran dan mengurangkan makanan berlemak dan berkolesterol tinggi spt daging

2.Bersenam / Bereakreasi
- meluangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit sehari, dua kali seminggu
- dapat melancarkan pengaliran darah, menjamin kesihatan kardiovaskular, mengelakkan obesiti dengan pembakaran lemak / kalori.

3. Elakkan stres / tekanan
- kawal kemaharan, emosi
- berjumpa kaunselor, rakan pembimbing,
- menjalankan aktiviti kerohanian, yoga, bermeditasi

4. Pemeriksaan kesihatan berkala
- menjalankan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh sekurang-kurangnya setahun sekali untuk mengesan / mendiagnosis penyakit
- mendapatkan imunisasi yang lengkap cth: hepatitis, BCG, polio untuk bayi dan kanak-kanak.

5. Menjaga kebersihan diri dan persekitaran
- memastikan penjagaan kebersihan peribadi, cth: mandi, membasuh tangan dengan cara yang betul,
- tidak berkongsi barangan peribadi spt berus gigi, tuala mandi, sikat rambut

- memastikan kawasan dalam dan luar rumah bebas daripada medium penyebar penyakit spt sampah sarap, air yang bertakung.

6. Menjauhi amalan negatif
- tidak merokok, minum arak / alkohol, seks bebas, menagih dadah
- boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti kanser, Aids, hepatitis, sakit jantung.

7. Rawatan alternatif
- ayurvedha (kaedah rawatan kaum India), perubatan herba, homeopati, akupuntur, spa
- dapat menghilangkan stres, meregangkan otot, mengubati pelbagai penyakit, meningkatkan stamina.

SKEMA : 4+0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan